Ketua Menteri Sarawak Kini Digelar Premier Tetapi Dap Kata Gps Syok Sendiri


The Reporter



Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 bagi menukar terma Ketua Menteri kepada Premier telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, semalam. RUU tersebut disokong oleh 67 ADUN dan enam lagi ADUN tidak menyokong. 


Jawatan Ketua Menteri Sarawak kini digantikan nama baharu iaitu Premier Sarawak. 


Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pindaah tersebut mengembalikan semangat asal kepada Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) iaitu apabila Sarawak bersetuju mengambil bahagian dalam pembentukan negara baharu, Malaysia, statusnya menjadi sebagai satu daripada tiga wilayah (Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak) harus dikekalkan. 


Ia meletakkan Sarawak sebagai salah satu daripada tiga wilayah dan statusnya dianggap tidak sama dengan negeri-negeri lain dalam Persekutuan Tanah Melayu. 


Pindaan itu juga dibuat kerana, dalam beberapa tahun selepas pembentukan Malaysia, kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi semakin menyusut dan dianggap sama taraf dengan negeri lain di Tanah Melayu. 


"Kita tentunya tidak mahu setaraf dengan negeri lain seperti Pulau Pinang dan Melaka kerana ketika Sarawak dan Sabah bersama membentuk Malaysia, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan tidak bersekutu diwakili oleh Persekutuan Tanah Melayu.


"Oleh itu, untuk memberi gambaran jelas status Sarawak berbeza dengan negeri lain adalah dicadangkan supaya nama jawatan Ketua Menteri digantikan kepada Premier.


"Seperti yang diamalkan di wilayah Komanwel lain yang menganggap penubuhan serupa dengan Malaysia termasuk Australia dan Kanada, Ketua Persekutuan disebut sebagai Perdana Menteri dan Ketua Wilayah yang membentuk Persekutuan disebut sebagai 'Premier' manakala negeri lain diketuai oleh Ketua Menteri," katanya.


Terdahulu, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen (DAP Padungan) membantah dan menyifatkan pindaan tersebut sebagai syok sendiri. Bagi Chong, tiada keperluan untuk menukar gelaran itu hanya untuk menunjukkan perbezaan status pemimpin Sarawak berbanding negeri lain. 


"Itu hanya syok sendiri sebab Abang Johari (Ketua Menteri) keluar dari Sarawak, dia tetap dianggap sebagai Ketua Menteri sama juga seperti Ketua Menteri negeri lain dan kami beranggapan pindaan perlembagaan ini tidak memberi apa-apa manfaat," katanya. 


Selain itu, Chong turut membangkitkan pertukaran terma tersebut yang dijangka akan menimbul kekeliruan terutamanya penggunaan istilah yang sesuai dalam Bahasa Melayu. 


Bagaimanapun Abdul Karim berkata, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu tampil memberi perkataan yang tepat dan bersesuaian dengan gelaran baharu tersebut. Tetapi beliau percaya, istilah Premier sudah cukup baik digunakan dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris untuk jawatan tersebut. 


Sumber: Harian Metro


February 16, 2022 at 02:35AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2022/02/ketua-menteri-sarawak-kini-digelar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dari Ketua Menteri Kepada Premier Rakyat Ditakok Lama Juga Keh Keh Sedih

Dari Ketua Menteri Kepada Premier Rakyat Ditakok Lama Juga Keh Keh Sedih

papar berkaitan - pada 18/2/2022 - jumlah : 159 hits
Remaja mendaki Bukit Kelingkang selama 2 jam untuk dapatkan internet coverage bagi menghadiri temuduga online untuk menjadi guru Ketua Menteri dah jadi Premier Tapi rakyat hidup masih di takuk lama Berpuluh tahun diperintah oleh parti yang ...
Sarawak Mahu Tukar Gelaran Ketua Menteri Kepada Perdana Menteri

Sarawak Mahu Tukar Gelaran Ketua Menteri Kepada Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 218 hits
Malaysiakini Kerajaan negeri Sarawak akan menukar gelaran ketua menteri kepada perdana menteri Sarawak Hal ini akan dilakukan melalui pindaan terhadap perlembagaan negeri apabila DUN Sarawak bersidang buat kali pertama sejak kemenangan besa...
Sarawak Premier Najib Not Amused By Dap Rep S Toilet Humour

Sarawak Premier Najib Not Amused By Dap Rep S Toilet Humour

papar berkaitan - pada 17/2/2022 - jumlah : 227 hits
Pending assemblyperson Violet Yong s decision to liken the new term for Sarawak s chief executive to a popular tissue paper brand has drawn flak from former prime minister Najib Abdul Razak According to Najib the Sarawak government s decisi...
Kata Adun Bila Pm Pertahan Menteri Langgar Sop

Kata Adun Bila Pm Pertahan Menteri Langgar Sop

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comTindakan Perdana Menteri Ismail Sabri mempertahankan Menteri Kanan Pertahanan Hishamuddin Hussein kerana melanggar Prosedur Operasi Standard Covid 19 jelas mencerminkan kekusutan akauntabiliti dan amalan dua darjat kerajaan ...
Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 265 hits
JOHOR BAHRU Sesi persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 pada Mac ini akan diteruskan walaupun kes Covid 19 kini semakin meningkat Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ini kerana peratusan...
Kata Hebat Sangat Siap Ada Bulan Kesiapsiagaan Lah Lantik Menteri Yang

Kata Hebat Sangat Siap Ada Bulan Kesiapsiagaan Lah Lantik Menteri Yang

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 162 hits
Menurut Ahli Parlimen Tangga Batu Rusnah Aluai beliau telah banyak kali membawa masalah penduduk di kawasan berkenaan namun berakhir dengan jawapan belum ada kajian dilakukan berkenaan masalah banjir Banjir kilat bukan perkara luar biasa ia...
Gelaran Premier Bukan Untuk Megah Diri Kata Abang Jo

Gelaran Premier Bukan Untuk Megah Diri Kata Abang Jo

papar berkaitan - pada 20/2/2022 - jumlah : 130 hits
Kerajaan Sarawak berpandangan bahawa gelaran ketua kerajaan negeri perlu berbeza daripada negeri negeri lain dalam persekutuan menurut Abang Johari Openg MIRI Perubahan gelaran Ketua Menteri Sarawak kepada Premier bukan satu langkah untuk m...
Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

Jpm Tak Campur Tangan Siasatan Rci Tabung Haji Kata Menteri

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 148 hits
Idris Ahmad berkata pihaknya hanya menyerahkan senarai nama anggota RCI kepada Yang di Pertuan Agong dan baginda telah memberi tauliah IPOH Jabatan Perdana Menteri tidak akan mencampuri siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung isu ber...
Soalan Ujian Lisan Spm Apa Perkahwinan Idaman Anda Tak Sesuai Untuk Tingkatan 5 Kata Bekas Timbalan Menteri

Soalan Ujian Lisan Spm Apa Perkahwinan Idaman Anda Tak Sesuai Untuk Tingkatan 5 Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 196 hits
Seorang bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata KPM pada masa depan perlu lebih teliti memberi soalan dan berusaha menyediakan soalan lebih memartabatkan pelajar PETALING JAYA Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ujian ...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly