Suami Saya Tak Selamat Di Dhaka Kata Isteri Bekas Duta Bangladesh


 
Mohamed Khairuzzaman adalah bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia dari 2007 hingga 2009.GEORGE TOWN: Isteri bekas Duta Bangladesh hari ini merayu kepada pihak berkuasa Malaysia supaya tidak menghantar pulang suaminya ke Dhaka dengan berkata, “tidak selamat” untuk suaminya berada di sana.
Mohamed Khairuzzaman, 65, bekas Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh ke Malaysia dari 2007 hingga 2009, dibawa oleh pihak berkuasa dari kediamannya di Ampang semalam. Dia dilaporkan dikehendaki di negara asalnya atas sebab tidak didedahkan.
Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin berkata, penahanan bekas diplomat itu dibuat menurut prosedur perundangan.
Isteri Mohamed, Rieta Rahman, memberitahu FMT bahawa penahanan suaminya bermotif politik.
“Suami saya seorang yang baik, seorang duta gred A dan lelaki yang tidak bersalah tanpa rekod jenayah,” katanya menerusi panggilan telefon dari Amerika Syarikat, di mana dia kini menetap bersama anaknya.
“Bangladesh tidak selamat untuk orang yang tidak bersama kerajaan sekarang. Dia tidak boleh bertahan jika dia dihantar pulang.”
Tahanan politik
Rieta, 60, berkata, Mohamed sebelum ini pernah ditahan tanpa pertuduhan atau perbicaraan selama tiga tahun sembilan bulan pada 1996 dan Amnesty International menganggapnya sebagai tahanan politik dan tahanan hati nurani apabila dibebaskan pada 2001 semasa berlakunya pertukaran kerajaan.
Penangkapan itu adalah berkaitan dengan “pembunuhan penjara” pada 1975 yang mengakibatkan kematian empat ahli parti politik Liga Awami (yang merupakan kerajaan semasa yang memerintah di Bangladesh) Mohamed, yang merupakan bekas pegawai tentera, adalah suspek dalam pembunuhan itu.
Selepas berkhidmat di Kementerian Luar Negeri dari 2003, Mohamed dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia pada 2007. Dua tahun kemudian, beliau dipanggil semula selepas berlaku pertukaran kerajaan.
Rieta berkata, suaminya memutuskan untuk kekal dalam buangan di Malaysia kerana bimbang akan dianiaya jika berada di sana. Katanya, dia dan suaminya telah mendapatkan status pelarian lebih awal sebagai langkah keselamatan.
Katanya, Mohamed memperbaharui visanya setiap dua tahun tanpa sebarang masalah, tetapi baru-baru dia dinafikan visa oleh pihak imigresen tanpa memberikan sebarang alasan.
Permohonan kad hijau
Rieta berkata, mereka kemudian memohon kad hijau di Amerika Syarikat untuk tinggal bersama anak sulung mereka.
Katanya, Mohamed berdepan masalah dalam melengkapkan permohonan itu kerana tidak boleh mendapatkan pengesahan keselamatan daripada polis Malaysia seperti yang dikehendaki oleh AS.
Dia mempersoalkan “misteri” penahanan suaminya dengan mendakwa bahawa pegawai imigresen yang diiringi oleh “pengiring keselamatan tinggi” telah menceroboh masuk ke rumahnya di Ampang.
“Rakan-rakannya pergi mencarinya tetapi hanya diberitahu bahawa ia adalah kes sulit yang berprofil tinggi. Tiada sesiapa yang tahu apa-apa.
“Kali terakhir saya bercakap dengannya pagi kelmarin (Rabu). Dia tidak sihat dan berasa tertekan. Memandangkan keadaan itu, dia bimbang tentang anak lelaki kami yang lain di Dhaka.
“Saya tertanya-tanya sama ada dia akan dibenarkan mengambil ubat untuk tekanan darah dan lain-lain (penyakit). Saya harap seseorang boleh hentikan pengusirannya,” katanya.
Beliau berkata, seorang peguam Malaysia telah dihubungi untuk cuba menghalang suaminya daripada dihantar pulang. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/suami-saya-tak-selamat-di-dhaka-kata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wanita Roboh Rumah Elak Bekas Suami Pindah Masuk Bersama Isteri Baharu

Wanita Roboh Rumah Elak Bekas Suami Pindah Masuk Bersama Isteri Baharu

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 269 hits
Wanita roboh rumah elak bekas suami pindah masuk bersama isteri baharu JAKARTA Seorang isteri di Desa Gedungbanteng Ponorogo dalam wilayah Jawa Timur nekad merobohkan rumah miliknya bersama suami selepas dia diceraikan asbab orang ketiga la...
Soalan Ujian Lisan Spm Apa Perkahwinan Idaman Anda Tak Sesuai Untuk Tingkatan 5 Kata Bekas Timbalan Menteri

Soalan Ujian Lisan Spm Apa Perkahwinan Idaman Anda Tak Sesuai Untuk Tingkatan 5 Kata Bekas Timbalan Menteri

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 238 hits
Seorang bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata KPM pada masa depan perlu lebih teliti memberi soalan dan berusaha menyediakan soalan lebih memartabatkan pelajar PETALING JAYA Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ujian ...
Bila Isteri Rajin Berdoa Semuanya Jadi Senang Untuk Suami

Bila Isteri Rajin Berdoa Semuanya Jadi Senang Untuk Suami

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 249 hits
Doa seoran isteri untuk suami sangat penting terutamanya ketika dia keluar mencari rezeki untuk keluarga Sokongan isteri diperlukan supaya suami terus kuat dan bersemangat untuk bekerja dan menyediakan yang terbaik Apabila seorang isteri de...
Vide0 Isteri Pasrah Berkongsi Kasih Dicub1t Suami Risau Joran Kena Himp1t

Vide0 Isteri Pasrah Berkongsi Kasih Dicub1t Suami Risau Joran Kena Himp1t

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 385 hits
Setiap insan mempunyai hobi yang berbeza beza ada yang suka menonton wayang berjalan2 dan ada juga yang suka memancing Jika memancing merupakan hobi anda maka anda adalah seseorang yang sabar Memancing memerlukan kesabaran yang tinggi Ianya...
Suruh 12 Anak Kutip Sedekah Pasangan Suami Isteri Raih Pendapatan Lumayan Hampir Rm9k Sebulan

Suruh 12 Anak Kutip Sedekah Pasangan Suami Isteri Raih Pendapatan Lumayan Hampir Rm9k Sebulan

papar berkaitan - pada 5/2/2022 - jumlah : 254 hits
Pasangan suami isteri di Sampit Kotawaringin Timur Indonesia didakwa memperoleh wang dengan cara yang mudah dengan hanya menyuruh 12 anak mereka mengutip sedekah Hasil keuntungan yang diperolehi dikatakan lumayan sehingga mereka mampu membe...
Dah Kahwin Setahun Yg Lalu Konon Bekas Kakak Ipar Isteri Ded4h Azlee Khairi Tipu Tarikh Nikah

Dah Kahwin Setahun Yg Lalu Konon Bekas Kakak Ipar Isteri Ded4h Azlee Khairi Tipu Tarikh Nikah

papar berkaitan - pada 6/2/2022 - jumlah : 467 hits
Pelakon Azlee Khairi 33 baru baru ini telah mengesahkan yang dia telah bernikah secara dalam talian pada Januari 2021 dengan kru penerbangan Nurul Hidayah atau Dhiya dan dikurniakan cahaya mata lelaki Muhammad Putera Ardanee yang kini berus...
Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

Sempat Bergelar Isteri 3 Hari Sahaja Suami Dijemput Ilahi Selepas Kemalangan

papar berkaitan - pada 7/2/2022 - jumlah : 248 hits
Takdir yang sudah tertulis buat pengantin baru Sharifah Erin Nurshafieka apabila hanya sempat bergelar isteri tiga hari sahaja setelah suami tersayang Muhammad Mustaqim Mustafa telah dijemput ilahi kerana terlibat dalam kemalangan Memetik l...
Suami Tikam Isteri Sampai Mati Guna Pengetip Kuku Sebab Tak Nak Bangun Dari Tidur

Suami Tikam Isteri Sampai Mati Guna Pengetip Kuku Sebab Tak Nak Bangun Dari Tidur

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 340 hits
The ReporterPolis menahan seorang lelaki pada Jumaat lalu kerana membunuh isterinya berusia 59 tahun Mayat mangsa yang dikenali sebagai Fatmawati ditemui dalam keadaan tidak bernyawa dengan kesan tikaman di dagu yang ditikam oleh suspek men...
Berkongsi Makanan Suami Isteri

Berkongsi Makanan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 8/2/2022 - jumlah : 211 hits
BERKONGSI MAKANAN SUAMI ISTERI Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt SESIAPA sahaja jika tidak keberatan boleh berkongsi Tapi kali ini PC tertarik sangat mahu berkongsi atau memberi pendapat sendiri ber...
Rafizi Ramli Protes Pemilihan Pkr Ini Yang Berlaku Sebenarnya

Sepak Takraw Piala Asia Penantian 34 Tahun Regu Berpasukan Berlarutan Thailand Tewaskan Malaysia 2 0

Gempar Shamsul Iskandar Dedah Kenapa Pmx Mahu Singkirkan Rafizi Ma

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Tattoo Supplies Essential Tools For Professional Tattoo Artists

Makan Malam Di Rodakafe Kulai

Bomb Battle S New Outlet At The Curve Set To Redefine Immersive Experiences


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cuktech Expands Product Line In Malaysia With Launch Of Three Innovative Power Products

Apa Yang Allah Jauhkan Mungkin Itu Yang Terbaik Untukmu Saat Ini

Perut Lembu Air Asam

Folder Custom Untuk Persaraan Pilihan Bijak Organisasi Profesional

Three Innovative Power Products By Cuktech

Amalan Doa Daripada Habib Umar Bin Hafidz Untuk Anak Yang Nakal