Soalan Ujian Lisan Spm Apa Perkahwinan Idaman Anda Tak Sesuai Untuk Tingkatan 5 Kata Bekas Timbalan Menteri


 
Seorang bekas Timbalan Menteri Pendidikan berkata KPM pada masa depan perlu lebih teliti memberi soalan dan berusaha menyediakan soalan lebih memartabatkan pelajar. (Gambar Bernama)PETALING JAYA: Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching berkata ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bahasa Melayu bertajuk ‘Apa perkahwinan idaman anda?’ yang menjadi pertikaian warganet sejak beberapa hari lalu, tidak sesuai diberikan kepada pelajar berusia 17 tahun.
Teo Nie Ching.Ahli Parlimen Kulai itu berkata, pelajar Tingkatan 5 tidak seharusnya dipaksa berfikir mengenai perkahwinan, kerana banyak lagi isu utama yang harus dititikberatkan dalam kehidupan mereka.
“Soalan seperti ini langsung tidak sesuai dan tidak harus diberikan kepada pelajar Tingkatan 5 yang umur mereka baru 17 tahun.
“Mereka tidak sepatutnya fikir pun pasal perkahwinan kerana ada banyak lagi isu yang penting dalam kehidupan mereka seperti pencapaian akademik mereka, cukupkah usaha mereka di sekolah selama ini dan mampukah keluarga mereka membiayai yuran ke universiti idaman mereka,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Teo meminta Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan sama ada soalan itu ditanya dalam ujian lisan SPM, dan sekiranya benar, kementerian harus memohon maaf kepada semua pelajar Tingkatan 5 dan ibu bapa mereka.
Katanya, pada masa depan KPM perlu lebih teliti memberi soalan dan berusaha menyediakan soalan lebih memartabatkan pelajar.
“Saya menyeru Kementerian Pendidikan untuk mengesahkan bahawa soalan ini benar-benar ditanya dalam ujian lisan SPM, dan jika benar, mohon maaf kepada semua pelajar Tingkatan 5 yang terpaksa menjawab soalan itu dan ibu bapa mereka.
Tangkap layar antara komen ibu bapa di media sosial mengenai soalan ujian lisan bahasa Melayu diterima anak mereka dan ia mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada warganet.“Pada masa sama, KPM perlu berikhtiar untuk memberi soalan yang lebih memartabatkan pelajar dalam masa hadapan,” katanya.
Sejak beberapa hari lalu, ibu bapa kepada pelajar Tingkatan 5 berkongsi di media sosial mengenai soalan ujian lisan bahasa Melayu yang diterima anak mereka, dan ia mengundang pelbagai reaksi berbeza daripada warganet yang sebahagian besar mengecam soalan demikian.
FMT difahamkan soalan itu berkait dengan silibus adat dan kebudayaan di dalam buku teks bahasa Melayu Tingkatan 4 muka surat 112 hingga 113 yang menyentuh persembahan yang terdapat dalam majlis dan semangat kerjasama jiran tetangga.
FMT sudah menghubungi KPM untuk penjelasan lanjut. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/02/soalan-ujian-lisan-spm-apa-perkahwinan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

Kes Covid Meningkat Menteri Kata Spm Dan Sesi Sekolah Tetap Diteruskan

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 265 hits
JOHOR BAHRU Sesi persekolahan dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2021 pada Mac ini akan diteruskan walaupun kes Covid 19 kini semakin meningkat Menteri Kanan Pendidikan Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata ini kerana peratusan...
Pemimpin Dap Tak Faham Konsep Soalan Perkahwinan Idaman

Pemimpin Dap Tak Faham Konsep Soalan Perkahwinan Idaman

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 181 hits
Pemimpin Dap tak faham konsep soalan perkahwinan idaman Di sebalik kritikan terhadap soalan ujian lisan Sijil Pelajaran Malaysia bahasa Melayu bertajuk Apa perkahwinan idaman anda wakil sebuah persatuan guru tampil mempertahankan penyediaan...
Pru 15 Sesuai Dijalankan Antara Julai Sept Cadang Bekas Timbalan Pengerusi Spr

Pru 15 Sesuai Dijalankan Antara Julai Sept Cadang Bekas Timbalan Pengerusi Spr

papar berkaitan - pada 2/2/2022 - jumlah : 121 hits
AGENDA DALY Bendera parti bertanding semasa Pilihan Raya Negeri Melaka lalu Pilihan Raya Umum Ke 15 paling sesuai dijalankan sekitar antara Julai dan September tahun ini namun kerajaan perlu mengambil beberapa langkah segera sebelum ia dija...
Air Botol Kayangan Anak Bekas Menteri Umno Anggap Teruk Sangat Orang Bebal

Air Botol Kayangan Anak Bekas Menteri Umno Anggap Teruk Sangat Orang Bebal

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 153 hits
Oleh FAZLI RADZI February 3 2022 Mohamed Nedim Nazri menempelak sikap orang ramai di media sosial yang membangkitkan isu air botol mineral jenama Evian Anak bekas menteri Umno Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yang juga kini Ahli Parlimen...
Kata Adun Bila Pm Pertahan Menteri Langgar Sop

Kata Adun Bila Pm Pertahan Menteri Langgar Sop

papar berkaitan - pada 16/2/2022 - jumlah : 171 hits
malaysiakini comTindakan Perdana Menteri Ismail Sabri mempertahankan Menteri Kanan Pertahanan Hishamuddin Hussein kerana melanggar Prosedur Operasi Standard Covid 19 jelas mencerminkan kekusutan akauntabiliti dan amalan dua darjat kerajaan ...
Sentuhan Fizikal Nasihat Timbalan Menteri Wanita Gagal Memahami Realiti Nurul Izzah

Sentuhan Fizikal Nasihat Timbalan Menteri Wanita Gagal Memahami Realiti Nurul Izzah

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 167 hits
Nasihat Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Siti Zailah Mohd Yusoff menyarankan wanita untuk mengambil pendekatan berlembut dengan suami manakala suami menggunakan sentuhan fizikal yang lembut kepada isteri sekiranya...
Hiburan Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas Timbalan Menteri Dikecam Gara Gara Isu Tegur Isteri Derhaka

Hiburan Sentuhan Fizikal Lembut Tapi Tegas Timbalan Menteri Dikecam Gara Gara Isu Tegur Isteri Derhaka

papar berkaitan - pada 14/2/2022 - jumlah : 196 hits
Tular di media sosial apabila kenyataan daripada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat dikecam oleh beberapa Ahli Parlimen Pembangkang berikutan memberi panduan kepada pasangan suami isteri bagi mengekalkan keharmonian...
Percakaran Dengan Umno Akibat Langgar Pesan Nik Aziz Kata Bekas Pemimpin Pas

Percakaran Dengan Umno Akibat Langgar Pesan Nik Aziz Kata Bekas Pemimpin Pas

papar berkaitan - pada 4/2/2022 - jumlah : 200 hits
BORHAN AHMADPercakaran antara Pas dengan Umno sekarang berlaku selepas ia pernah diberikan amaran oleh pemimpin besar Pas Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat satu waktu dahulu bahawa Orang Islam tidak patut dipatut ular dari lubang yang ...
Prn Johor 3 Bekas Perdana Menteri Berentap Buktikan Pengaruh

Prn Johor 3 Bekas Perdana Menteri Berentap Buktikan Pengaruh

papar berkaitan - pada 13/2/2022 - jumlah : 162 hits
Pilihan Raya Negeri Johor yang akan berlangsung 12 Mac depan sebenarnya bakal menyaksikan pertembungan sengit di antara dua pihak sahaja iaitu Barisan Nasional dengan parti parti politik yang bukan BN Bunyinya agak pelik tetapi itulah hakik...
Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

O G Firm Right To Dismiss Worker For Refusing Covid 19 Jab Says Industrial Court

How To Survive Thanksgiving Travel

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Hoya Pro1 Uv Filter

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly