Mesra Ambil Kisah Suka Mengusik Buat Rakyat Sayang Pm Muhyiddin



KUALA LUMPUR - Kaca mata rakyat sering melihat seseorang yang bergelar pemimpin lebih-lebih lagi jika berstatus nombor satu pastinya sibuk dengan urusan negara, mana mungkin 'ambil kisah' cerita-cerita rakyat biasa di media sosial atau mengusik mereka

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuktikan walaupun sibuk merencana pelbagai perancangan sepanjang 100 hari pentadbirannya ditambah pula negara berdepan penularan pandemik koronavirus (Covid-19), sifat kebapaan beliau terserlah sehingga diberi jolokan 'Abah' kerana mengambil tahu bermacam-macam hal rakyat yang dikongsikan di media sosial

Lihat sahajalah bagaimana Perdana Menteri kelapan itu sejak dilantik ke jawatan itu pada 1 Mac lepas, bukan setakat bersahaja ketika menyampaikan perutusan mahupun pengumuman berkaitan Covid-19 tetapi turut menyelitkan isu-isu yang mendapat tempat di hati rakyat seperti kumpulan Facebook 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'

Seorang pentadbir kumpulan tersebut, Azlan Mohd Shukri, 47, menyifatkan tindakan Perdana Menteri 'mengusik' isu yang dianggap remeh oleh segelintir pihak secara sendiri telah memenangi hati rakyat walaupun baru sahaja mentadbir negara


"Bukan (Perdana Menteri) sebelum ini tidak bagus, semua ada pendekatan masing-masing tetapi bila ini (Muhyiddin) usik isu yang kita anggap mungkin tidak penting, ia sangat mengejutkan, mengiktiraf usaha rakyat untuk mengisi masa semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac

"Begitu juga ada masa cara berpakaian beliau ketika mengumumkan sesuatu sangat santai, berkemeja biasa, singsing lengan dan ini buat kita terasa dekat, kadang-kadang rasa sedih seolah-olah beliau keletihan bekerja untuk rakyat," katanya kepada Bernama

Kepedulian Muhyiddin terhadap isu-isu warganet bukan itu sahaja, malah beliau telah mengejutkan rakyat apabila menghadiahkan tripod kepada YouTuber suami isteri yang menggunakan nama 'Sugu Pavithra' dalam tempoh empat hari selepas Bernama menyiarkan kisah pasangan itu pada 8 Mei

Penerima, M Sugu, 29, dan S Pavithra, 28, yang tinggal di kuarters milik sebuah syarikat perladangan di Sungai Siput, Perak bukan sahaja terkejut, malah tidak percaya Perdana Menteri akan memberikan hadiah kepada mereka berserta kad ucapan dengan kata-kata semangat

"Siapalah kami ini untuk dapat hadiah daripada Perdana Menteri. Kami sangat berterima kasih, tidak sangka Perdana Menteri tahu mengenai kami walaupun beliau sibuk," kata Pavithra yang popular dengan masakannya kini mempunyai seramai 626,000 pelanggan akaun YouTube

Perkongsian Sugu Pavithra mengenai hadiah daripada Muhyiddin menerima pelbagai reaksi daripada warganet antaranya Awie Amri yang menulis "Siapa sayang PM terbaru kita like sikit" dan Muhamad Syafiq Ahmad Zainal menyatakan "Perdana Menteri kita sporting dan kelakar," tulisnya di ruangan komen

Turut memuji ialah pengguna dengan nama VB Creation yang menyatakan:"Walaupun sibuk dengan jadual kerja beliau tetap tampil memberikan peralatan penting untuk memberi galakan kepadanya (Pavithra) dalam usaha untuk meningkatkan taraf kehidupannya. Tiada PM pernah melakukan ini sebelum ini, anda telah cipta sejarah yang menunjukkan anda sayangkan negara. Tabik hormat & semoga tuhan sentiasa merahmati PM yang disayangi. Amen"

Tidak ketinggalan mencuit hati rakyat apabila Muhyiddin ketika dalam perutusan khas Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (Tambahan) pada 6 April secara berseloroh menyatakan beliau tahu terdapat pihak yang mengubah ucapannya menjadi lagu rap

Remix 'ke sana, ke sini' itu dihasilkan oleh Bass Agents terdiri daripada dua individu iaitu Nick Chia dan Chia Khoo Hoong yang menyatakan "Kami fikirkan ia mungkin kelakar apabila menggabungkan suara Perdana Menteri dalam muzik kami untuk tingkatkan kesedaran," tulis mereka di laman Instagram

Gurauan Perdana Menteri yang beliau juga tahu ada suami memakai baju kelawar isteri serta ada yang berbasikal di dalam rumah semasa PKP bukan sahaja menghiburkan rakyat, malah merasakan dekat di hati walaupun beliau hanya berucap di kaca televisyen

"Saya harap ini bukanlah kejadian yang pelik atau buang tabiat orang kata. Ini adalah sebahagian daripada aktiviti anda semua untuk menghilangkan rasa bosan duduk di rumah (kerana PKP)," kata Muhyiddin

Bersempena hari lahir ke-73 beliau pada 15 Mei lepas, rakyat Malaysia daripada semua kaum mempamerkan rasa sayang kepada Perdana Menteri dengan mengucapkan Selamat Hari Lahir dan mendoakan kesejahteraan beliau menerusi pelbagai platform media sosial milik Perdana Menteri

Fatin Nazira Ammir Hamzah antaranya melontarkan ucapan "Selamat hari lahir untuk Abah...semoga Abah sentiasa dalam lindungan dan rahmat kasih sayang ALLAH SWT, terus kuat dalam memimpin Malaysia semampu Abah"

Lee Seong Boon pula mengucapkan "Terima kasih PM Tan Sri Muhyiddin Yassin, Selamat Hari Lahir kepada anda. Semoga tuhan sentiasa merahmati anda", manakala Mageswari Murugiah mengucapkan "Selamat hari lahir Tan Sri, Perdana Menteri yang terbaik untuk rakyat dalam waktu sukar ini."
Ternyata sikap bersahaja, sempoi dan 'usik' isu warganet telah berjaya meletakkan Muhyiddin di hati rakyat pelbagai kaum. Terima kasih Abah. - Bernama

from Sehinggit Media https://ift.tt/37e0XwN
via Merah Hati Cintaku

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://merahhaticintaku.blogspot.com/2020/06/mesra-ambil-kisah-suka-mengusik-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Khas Muhyiddin Dinanti Rakyat Hari Ini

Perutusan Khas Muhyiddin Dinanti Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 302 hits
Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini pasti dinanti nantikan rakyat...
Kisah Mahathir Disailang Muhyiddin

Kisah Mahathir Disailang Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/5/2020 - jumlah : 328 hits
Salam Semalam punya update ya Berdasarkan daya ingatan saya 1 Pencalonan Tun M sebagai Calon PM A MPT sebulat suara memutuskan Tun M sebagai Calon tetapi Presiden tidak mengumumkannya Sebab itulah MP Bersatu ingat semua sokong Presiden seba...
Sokong Muhyiddin Selagi Membawa Kebaikan Kepada Rakyat

Sokong Muhyiddin Selagi Membawa Kebaikan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 346 hits
Tetapi kecurangan berpolitik atau politik kotor jika ada perlu ditentang Mahathir sendiri sudah tentu tidak akan menghalang PN untuk melakukan kebaikan kepada rakyat tetapi yang silap atau salah perlu diperbetulkan Bekerjasama dengan penyam...
Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik Suka Kumpul Mayat Wanita Kanak Kanak Untuk Dijadikan Patung

Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik Suka Kumpul Mayat Wanita Kanak Kanak Untuk Dijadikan Patung

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 736 hits
Anatoly Yuryevich Moskvin merupakan seorang sejarawan yang mempunyai hobi pelik dan menakutkan mengawet dan menghias mayat wanita muda dan kanak kanak Kisahnya telah menggemparkan Rusia pada tahun 2011 apabila pihak berkuasa menemui beberap...
Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 400 hits
Keadaan semakin tidak menentu dalam Perikatan Nasional ketika PM Muhyididn Yassin cuba mengelak berlakunya pilihan raya umum kerana partinya Bersatu tidak akan sempat merundingkan kerusi dengan parti parti yang lebih senior seperti Umno dan...
Rakyat Mahu Pkp Ditamatkan Jika Disambung Lagi Masaalah Buat Muhyiddin

Rakyat Mahu Pkp Ditamatkan Jika Disambung Lagi Masaalah Buat Muhyiddin

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 239 hits
Menjelang jam 3 00 petang ini di mana Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khasnya tumpuan tentunya adalah sama ada PKPB yang berakhir pada 9 Jun akan disambung lagi atau ditamatkan Tetapi melihat kepada pengumuman Ismail Sabri Yaak...
Kit Siang Tuduh Muhyiddin Elak Isu Sidang Dewan Rakyat

Kit Siang Tuduh Muhyiddin Elak Isu Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 286 hits
Lim Kit Siang KUALA LUMPUR Seperti tidak sabar sabar mahu melakukan serangan Ahli Parlimen Iskandar Putri Lim Kit Siang menyoal tentang Sidang Dewan Rakyat pada Julai hadapan Malah kata pemimpin utama DAP itu Perintah Kawalan Pergerakan Pem...
Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

Muhyiddin Akan Tentukan 6 Wakil Rakyat Ada Kes Mahkamah Dilepaskan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 349 hits
Tun Mahathir Mohamad mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan memastikan enam orang wakil rakyat yang sedang di dalam perbicaraan mahkamah tidak akan didapati bersalah Malah katanya sewaktu Muhyiddin rancang untuk terima Umno dan Najib Razak ...
Anwar Slams Muhyiddin S Deafening Silence Insists On Return To Dewan Rakyat

Anwar Slams Muhyiddin S Deafening Silence Insists On Return To Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 348 hits
Anwar Ibrahim says Muhyiddin Yassin has not responded to claims he wanted to entice Umno members to join PPBM with promises of government posts PETALING JAYA PKR president Anwar Ibrahim has slammed Muhyiddin Yassin for keeping mum over a le...
Dugaan Pagi Khamis

Insentif Mahasiswa Johor Sesi 1 2025

A Noble Idea But Can A Non Islamic Religious Affairs Advisory Board Strengthen National Unity

Sambal Bendi Goreng

A Country Residence In Moscow By Ariana Ahmad Where Refined Design Meets Artful Living

Utp Breaks Into Top 50 In Asia University Rankings

Lajnah Baru Tok Hepi Dapat Berita Ini

Photoshoot Raya 2025 Di Rizq Production


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tak Sampai Sebulan Dilahirkan Ain Edruce Sebak Anak Diserang Virus Rsv

Infinix Kembangkan Siri Note 50 5g Dengan Model Baharu Note 50x 5g Note 50s 5g

Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda Yan

Brownies Monster Merbok

Peringatan Domain Blog Tamat Tempoh

Top Metal Recycling Companies In Malaysia Hydro Metal