Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat



Keadaan semakin tidak menentu dalam Perikatan Nasional ketika PM Muhyididn Yassin cuba mengelak berlakunya pilihan raya umum kerana partinya Bersatu tidak akan sempat merundingkan kerusi dengan parti-parti yang lebih senior seperti Umno dan Pas.
Manakala bekas PM Najib Razak inginkan PRU seberapa segera kerana yakin Muafakat Nasional mampu menang besar.
Bagi Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong keadaan tersebut akan membuat pentadbiran kerajaan PN menjadi lebih tidak menentu.
“Sementara Muhyiddin sedang berusaha keras untuk menarik lebih ramai ahli parlimen Pakatan Harapan (PH), Najib mahu PRU.
“Beliau (Najib) tidak mahu Muhyiddin sebagai perdana menteri dan khabar angin terkini adalah Umno menggesa untuk pembubaran (parlimen) pada pertengahan tahun ini,” kata Liew dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, bekas timbalan menteri pertahanan tersebut tidak menyertakan bukti bagi menyokong dakwaannya.
Liew turut mendakwa bahawa meskipun Muhyiddin dilihat sebagai tunggak utama dalam PN, Najib turut memainkan peranan di belakang tabir.
Jelasnya lagi, Najib kini menunggu peluang untuk menyingkirkan Muhyiddin.
Justeru, Liew berkata terdapat dua strategi yang diambil PN dalam menentang PH dan gabungannya, Warisan serta kem bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad di Bersatu.
Kata Liew lagi, Najib dan Muhyiddin masing-masing mahu memecah-belahkan sekutu PH bagi mendapat majoriti selesa di Dewan Rakyat.
Bagi mencapai perkara tersebut, Liew berkata mereka – Muhyiddin dan Najib- melancarkan propaganda dalam kalangan sekutu PH bagi menimbulkan rasa tidak percaya di antara pemimpin dan penyokong.
Bagaimanapun, kata Liew, ketika Muhyiddin sedang berusaha keras untuk menarik sokongan lebih ramai anggota parlimen PH, Najib mahu PRU diadakan segera.
Liew kemudian mendakwa Najib kini tidak dapat menunggu lebih lama untuk PRU diadakan kerana berdepan dengan pelbagai pertuduhan rasuah.
Muhyiddin juga, katanya, kesuntukan dalam mendapatkan sokongan sebelum persidangan parlimen pada Julai.
Liew turut menyorot bahawa pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mengesyaki bahawa kerajaan akan cuba untuk menunda persidangan parlimen pada Julai dengan alasan membendung penularan Covid-19 sekiranya Muhyiddin masih tidak dapat meraih majoriti selesa.
“Bagaimanapun, perdana menteri tidak boleh lari dari persidangan parlimen bagi Belanjawan 2021, (kerana) tanpa persidangan itu, kerajaan tidak mempunyai peruntukan untuk dibelanjakan tahun depan,” kata Liew lagi.
Liew juga berkata bahawa sekiranya Muhyiddin ingin meraih majoriti selesa di parlimen, Muhyiddin akan mahu melihat Najib dipenjara.
“Tidak mengapa sekiranya Muhyiddin tidak layak (sebagai perdana menteri), tetapi jika Najib ke penjara di bawah pengawasannya terhadap pertuduhan rasuah, kredibiliti politik Muhyiddin akan meningkat.
“Muhyiddin juga dapat mengatakan bahawa dia tidak berkompromi dengan prinsipnya, setidaknya dalam kes 1MDB,” kata Liew.
Kata Liew lagi, Muhyiddin juga sedang berusaha untuk mengelakkan PRU baru kerana sedar bahawa ahli Bersatu di bawahnya turut akan disingkirkan.
“Najib yang dicemari dengan skandal 1MDB yakin bahawa beliau boleh memenangi PRU dengan gabungan Umno-PAS (iaitu) Muafakat Nasional yang berlawan dengan Perikatan Nasional ditubuhkan Muhyiddin,” jelas Liew.
Kumpulan Najib, kata Liew, juga menunggu perpecahan sekutu PH kerana percaya bahawa Mahathir dan Presiden PKR Anwar Ibrahim tidak sehaluan.
Justeru, kata Liew, sekutu PH perlu berganding bahu secara teguh supaya rancangan Najib dapat digagalkan.
“Saya berasa yakin dengan rakyat Malaysia pertengahan (middle ground). Saya percaya jika mereka teguh, rancangan Najib dapat digagalkan.
“Gabungan kuasa Umno dan PAS tidak sekuat yang disangka. Satu tambah satu tidak semestinya bersamaan dengan dua.
“Situasi masih keruh sekarang tetapi jika sekutu PH bersatu, kita bakal mempunyai harapan,” kata Liew.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27973

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

Tak Amalkan Penjarakan Sosial Dengan Warga Emas Di Dewan Rakyat Komen Najib

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 403 hits
Pada zaman Covid ini kita sering disuruh patuh SOP pakai mask dan amalkan penjarakan sosial terutamanya dengan kumpulan warga emas yang paling berisiko tinggi Lalu Teresa Kok pun buat posting kata mereka patuh SOP pakai mask dan amalkan pen...
Anger In Malaysia At Coup Pm Muhyiddin S Release Of Najib S Stepson From 1mdb Linked Money Laundering Charges

Anger In Malaysia At Coup Pm Muhyiddin S Release Of Najib S Stepson From 1mdb Linked Money Laundering Charges

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 377 hits
KUALA LUMPUR A deal to drop money laundering charges linked to the 1MDB scandal against a producer of Hollywood hit Wolf of Wall Street is terrible for Malaysia the country s former attorney general said today Riza Aziz who is also the step...
Cops Probe Ex Minister Over Worthless Rubbish Remarks On Dewan Rakyat Sitting

Cops Probe Ex Minister Over Worthless Rubbish Remarks On Dewan Rakyat Sitting

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 475 hits
Police are probing former Water Land and Natural Resources minister Xavier Jayakumar over a video clip where he is heard saying that the recent Dewan Rakyat sitting would be worthless and rubbish This was confirmed by Bukit Aman Criminal In...
Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 344 hits
B Perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah berkenaan Prosedur Operasi Standard sebagai resam biasa kehidupan mereka Perd...
Dr M Sits Among Opposition In Dewan Rakyat S First Sitting Under New Government

Dr M Sits Among Opposition In Dewan Rakyat S First Sitting Under New Government

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 281 hits
Langkawi MP Tun Dr Mahathir Mohamad today was seen sitting among the federal Opposition MPs in the Dewan Rakyat cementing his position as being in the Opposition despite also being from the ruling party Parti Pribumi Bersatu Malaysia whose ...
Bn Sokong Pn Hingga Parlimen Bubar Sedia Hadapi Pru 15 Kata Najib

Bn Sokong Pn Hingga Parlimen Bubar Sedia Hadapi Pru 15 Kata Najib

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 363 hits
Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak menengaskan Barisan Nasional akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional sehingga Pilihan Raya Umum ke 15 Bekas perdana menteri itu berkata jika Pakatan Harapan membuat onar sehingga keraj...
Najib S Return And Muhyiddin S Sad Ending

Najib S Return And Muhyiddin S Sad Ending

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 267 hits
ADUN SPEAKS Ahmad Zahid Hamidi s latest Facebook posting on Umno s readiness for GE15 is a crystal clear indication that Zahid Hamidi and Najib Abdul Razak are likely to have reached a deal for Najib s return as Umno president The optics ar...
Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

Datuk Razlanrafii Sidang Dewan Rakyat Selesai Masa Untuk Pembangkang Berhenti Bermain Sandiwara Politik

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 374 hits
1 Desas desus sebelum ini yang mendakwa mantan Perdana Menteri YAB Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mendapat perkenan Tuanku untuk mengisytiharkan jumlah sokongan Ahli Ahli Dewan Rakyat selepas perletakan jawatan beliau akhirnya terjawab 2 Pat...
Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

Pro Anwar Ph Leaders Were Against Dewan Rakyat Vote To Choose Dr M S Successor Audio Reveals

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 319 hits
Saifuddin Nasution and Xavier Jayakumar among PH leaders who said it would be up to the coalition not the Dewan Rakyat to choose the prime minister PETALING JAYA Pakatan Harapan leaders gunning for Anwar Ibrahim to replace Dr Mahathir Moham...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba