Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik Suka Kumpul Mayat Wanita Kanak Kanak Untuk Dijadikan Patung
Anatoly Yuryevich Moskvin merupakan seorang sejarawan yang mempunyai ‘hobi’ pelik dan menakutkan – mengawet dan menghias mayat wanita muda dan kanak-kanak.
Kisahnya telah menggemparkan Rusia pada tahun 2011 apabila pihak berkuasa menemui beberapa mumia yang pernah dilaporkan hilang di perkuburan di sana.
Kisah awal kehidupan & titik permulaan ‘hobi pelik’
Anatoly dilahirkan pada 1966 di sebuah bandar di Rusia, Gorki (kini dikenali sebagai Nizhny Novgorod). Pada usia 9 tahun, dia dikatakan pernah menjadi mangsa pemerkosaan seorang lelaki yang tidak dikenali.
Seorang yang pintar dari segi akademik, dia sering menjadi pelajar teratas di dalam kelasnya, namun sering dibuli dan dipinggirkan rakan sebaya. Anatoly menghabiskan masa dan wangnya untuk membeli buku dan belajar beberapa bahasa (dia dikatakan mampu menguasai 13 bahasa).
Tarikh 4 Mac 1979 merupakan hari yang mengubah hidupnya dan detik penting yang membentuk Anatoly menjadi individu pencipta ‘sejarah baru’ di Rusia.
Pada hari tersebut, Anatoly dan rakan sekelasnya diwajibkan menyertai pertandingan mengumpul kertas terpakai anjuran sekolah dan kerajaan.
Persaingan yang kuat untuk menang membuatkan para pelajar memasuki setiap ceruk untuk mengutip kertas terbuang. Begitu juga Anatoly. Dalam pencarian, dia telah bertembung dengan sekumpulan individu yang berpakaian pelik, memegang lilin di hadapan sebuah keranda sambil menyanyi dalam bahasa asing.
Gambar hiasan. (Kredit: Google)
Menyedari dirinya tersalah tempat, Anatoly beransur pergi. Namun, salah seorang hadirin telah menahan dan menyuruhnya untuk mencium mayat di dalam keranda tersebut.
Mayat tersebut adalah milik seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun bernama Natasha Petrova yang maut akibat terkena renjatan elektrik.
Sedar ianya bukan upacara pengebumian biasa, Anatoly menolak permintaan tersebut namun gagal. ‘Dipaksa’ ibu bapa kanak-kanak itu, Anatoly akhirnya akur mencium dahi si mati yang diselaputi lilin. Sejak itu, dia sering didatangi Natasha di dalam mimpi.
Minatnya terhadap perkuburan, dunia mistik dan alam ghaib menjadi subur. Dia dikatakan mula menyertai kumpulan-kumpulan pengamal ilmu hitam yang melakukan ritual terhadap bangkai haiwan.
Ditahan, polis jumpa mumia di dalam rumah
Pada usia 45 tahun, Anatoly ditahan atas tuduhan mengganggu perkuburan di Nizhny Novgorod.
Dalam serbuan pihak polis ke atas rumahnya, kelihatan beberapa ‘patung’ bersaiz manusia yang lengkap berpakaian cerah dengan wajah dan sendi dibalut kain.
Ada antaranya diletakkan di atas rak atau sofa di dalam bilik-bilik kecil yang dipenuhi buku dan kertas.
Tiada tulang sebenar yang kelihatan dalam rakaman berkenaan dan ada antara wajah ‘patung’ tersebut ditutup dengan topeng.
Pun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada setiap patung mengandungi jasad manusia ataupun tidak.
Menurut polis, jasad-jasad yang ditemui merupakan milik kanak-kanak perempuan dan wanita muda yang diberi pakaian dari si mati.
Anatoly dilaporkan menghias mayat mereka dengan memakaikan lipstik, mekap dan but seolah-olah mereka merupakan sebuah patung.
Bukan itu sahaja, Anatoly juga meletakkan peti muzik di dalam rongga rusuk jasad mayat yang diawetnya serta menandakan setiap ‘patung’ dengan tarikh lahir mereka.
Antara barangan lain yang ditemui di rumah Anatoly adalah gambar dan plat nama yang diambil dari batu nisan serta peta perkuburan di bandar tersebut.
Malah, jejak tapak kasut yang ditemui di perkuburan menyerupai tapak kasut ditemui di rumahnya.
Sebahagian media Rusia mendakwa perkuburan Muslim tidak diganggu dalam kegiatan ‘rompakan’ itu.
Tambah pihak polis, Anatoly turut mempelajari budaya kuno Celtic di sebuah Universiti tempatan dan menulis beberapa buku dan kajian akademik mengenai subjek berkenaan.
Digelar pakar perkuburan
Anatoly melawat sebuah kubur. (Kredit: Daily Mail)
Menurut media tempatan, Anatoly ditangkap ketika sedang membawa satu beg berisi tulang-temulang. Beberapa detektif yang pada awalnya merujuk beliau sebagai pakar perkuburan mengenai kes penggalian semula kubur yang berlaku telah mengesyaki sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.
Dalam satu temubual pada 2007 oleh sebuah akhbar tempatan, Anatoly berkata dia telah mula melawat tapak-tapak perkuburan ketika masih belajar.
Dia mendakwa telah memeriksa 752 perkuburan di daerah itu sekitar tahun 2005 hingga 2007 dan sanggup berjalan sehingga 30 kilometer sehari.
Dia juga pernah mengaku menghabiskan malamnya di ladang terbiar dan pernah tidur di dalam sebuah keranda yang disediakan untuk pengebumian.
“Anda tinggalkan anak anda kesejukan, saya bawa dia pulang dan hangatkannya”
Februari tahun lalu, pencuri mayat ini dilaporkan dibebaskan dari wad psikiatri Rusia. Anatoly yang kini berusia 52 tahun dilaporkan merancang untuk berpindah ke Moscow.
Tamatnya penahanan Anatoly menimbulkan ketidakpuasan hati dalam kalangan keluarga mangsa.
Sebelum ditahan, dia sempat berpesan kepada pihak polis agar tidak menanam jasad mangsa terlalu dalam kerana dia akan mengumpulkan mereka semula setelah bebas kelak.
Dia turut memberitahu ibu bapa mangsa,
“Anda meninggalkan anak-anak anda kesejukan, dan saya membawa mereka pulang dan menghangatkan mereka.”
Polis menolak dakwaan tindakannya berkait pengaruh seksual.
Sumber: BBC, Daily Mail, Dark Histories
The post (Video) Kisah Lelaki Rusia Ada Hobi Pelik, Suka Kumpul Mayat Wanita & Kanak-Kanak Untuk Dijadikan ‘Patung’ appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2020/06/11/video-kisah-lelaki-rusia-ada-hobi-pelik-suka-kumpul-mayat-wanita-kanak-kanak-untuk-dijadikan-patung/