Perutusan Khas Muhyiddin Dinanti Rakyat Hari Ini



Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini, perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek, hari ini, pasti dinanti-nantikan rakyat.

Perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung pada pukul 3 petang menerusi saluran stesen televisyen tempatan serta rangkaian media sosial.


Jika diimbas kembali, berikutan penularan pandemik Covid-19, Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lepas, disusuli PKPB bermula 4 Mei.

Pelaksanaan PKP dan PKPB jelas membuahkan hasil dalam memerangi penularan pandemik Covid-19 berdasarkan statistik penurunan kes positif baharu dari sehari ke sehari, sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.




Jelas sekali, perutusan khas yang akan disampaikan Muhyiddin amat dinanti-nantikan rakyat di negara ini khususnya pemain industri ekonomi.


Mengenai situasi jangkitan kes positif Covid-19 yang dilaporkan sehingga 12 tengah hari semalam, walaupun kembali melonjak ke tiga angka kepada 277 kes berbanding 93 kes pada hari sebelumnya, Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas Covid-19.


Pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 semalam, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan daripada 277 kes, hanya enam kes melibatkan warganegara Malaysia, iaitu empat kes penularan tempatan dalam kalangan warganegara manakala dua lagi adalah kes import warganegara yang mendapat jangkitan daripada luar negara.

Sementara itu, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi temu bual untuk dokumentari mengenai PKP terbitan Bernama TV baru-baru ini, memaklumkan Malaysia bakal menyaksikan perubahan besar dalam dasar pengambilan pekerja asing dan kawalan terhadap pendatang tanpa izin (PATI) pasca-pandemik Covid-19.

Beliau dipetik sebagai berkata sudah tiba masanya dasar itu disemak semula susulan warga asing yang dilihat sebagai antara kumpulan penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di negara ini serta beberapa negara lain termasuk Singapura.

“Ekonomi termasuk sektor pelancongan dilihat sangat terkesan dengan penularan Covid-19, menyaksikan banyak hotel dan kilang bakal ditutup serta pembuangan pekerja berlaku sekali gus menyebabkan jumlah pengangguran meningkat,” katanya.

Mengulas mengenai pemulihan ekonomi pasca Covid-19 yang agak perlahan, beliau berkata dasar kerajaan pasti mengutamakan rakyat tempatan untuk bekerja dalam negara berbanding warga asing. — Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/06/perutusan-khas-muhyiddin-dinanti-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perutusan Khas Aidilfitri Muhyiddin Penuh Nasihat Buat Seluruh Umat Islam

Perutusan Khas Aidilfitri Muhyiddin Penuh Nasihat Buat Seluruh Umat Islam

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 450 hits
PETALING JAYA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengakhiri perutusan khas Aidilfitri yang penuh nasihat buat seluruh umat Islam dengan lirik lagu raya nyanyian Ahmad Jais Dalam perutusannya itu Muhyiddin turut memaklumkan keputusan Putrajaya...
Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

Tinggal 6 Hari Lagi Pkpb Dijadual Tamat Khabar Gembira Tetap Dinanti Rakyat

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 398 hits
Malaysia dilihat semakin menghampiri situasi bebas COVID 19 apabila kes positif terus menunjukkan penurunan sekali gus membolehkan pembukaan beberapa sektor ekonomi lagi untuk dimanfaatkan segenap lapisan masyarakat di negara ini Menuju kir...
Pkpb Perutusan Khas Pm Dinantikan Rakyat

Pkpb Perutusan Khas Pm Dinantikan Rakyat

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 326 hits
Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini pasti dinanti nantikan rakyat...
Rakyat Tak Sabar Menanti Perutusan Khas Pm Petang Ini

Rakyat Tak Sabar Menanti Perutusan Khas Pm Petang Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 424 hits
KUALA LUMPUR Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini pasti dinanti na...
Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yasin Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

Perutusan Khas Tan Sri Muhyiddin Yasin Berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 685 hits
Antara intipati Perutusan khas YAB Perdana Menteri tadi adalah PKPB akan berakhir pada 9 Jun dan digantikan dengan PKPP bermula dari 10 Jun hingga 31 Ogos 2020lebih banyak kelonggaran diberikanPergerakan rentas negeri dibenarkan kecuali ke ...
Perutusan Khas Perdana Menteri Untuk Tamatkan Pkpb Apa Yang Rakyat Inginkan

Perutusan Khas Perdana Menteri Untuk Tamatkan Pkpb Apa Yang Rakyat Inginkan

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 376 hits
Semua sedia maklum bahawa pada hari ini 7Jun 2020 Perdana Menteri Malaysia PM8 akan membuat suatu pengumuman yang penting buat rakyat Malaysia Sejak 18 Mac 2020 rakyat Malaysia telah dikawal pergerakan mereka untuk memudahkan KKM menghadapi...
Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

Najib Mahu Pru Muhyiddin Mahu Perkuat Pn Di Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 465 hits
Keadaan semakin tidak menentu dalam Perikatan Nasional ketika PM Muhyididn Yassin cuba mengelak berlakunya pilihan raya umum kerana partinya Bersatu tidak akan sempat merundingkan kerusi dengan parti parti yang lebih senior seperti Umno dan...
Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

Keputusan Tamat Pkpb Bergantung Kepatuhan Rakyat Pada Sop Muhyiddin

papar berkaitan - pada 24/5/2020 - jumlah : 436 hits
B Perdana menteri Muhyiddin Yassin berkata keputusan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bergantung kepada keupayaan rakyat menjadikan perintah berkenaan Prosedur Operasi Standard sebagai resam biasa kehidupan mereka Perd...
Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 652 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR hari ini dijangka memberi penjelasan berhubung spekulasi peralihan kuasa Bagaimanapun dalam kenyataan media petang tadi PKR sekadar berkata parti itu akan menyokong Pakatan Harapan dan sekutunya untuk...
Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Emily Ratajkowski S Legs And Feet In Tights 7

Openai Releases Gpt 5 2 Codex The Most Advanced And Secure Ai For Coding

Kes Tylenol Beracun Chicago 7 Maut Pembunuh Masih Misteri

Tenang Melihat Mekar Bunga Kertas Di Laman

Cuti Sekolah Dah Nak Mula Hati Ibu Pun Mula Berfikir

Lirik Lagu Jalan Keluar Empty Page