Rakyat Mahu Pkp Ditamatkan Jika Disambung Lagi Masaalah Buat Muhyiddin



Menjelang jam 3.00 petang ini di mana Muhyiddin Yassin akan menyampaikan perutusan khasnya, tumpuan tentunya adalah sama ada PKPB yang berakhir pada 9 Jun akan disambung lagi atau ditamatkan.Tetapi, melihat kepada pengumuman Ismail Sabri Yaakob semalam yang menyebut kedai gunting rambut dan salun kecantikan akan dibenarkan beroperasi pada 10 Jun, manakala pasar malam, bazar dan terbuka hanya akan diizinkan dibuka semula pada 15 Jun, ternampak bahawa PKPB mungkin bersambung lagi selepas tempoh yang ada sekarang tamat pada Selasa, 9 Jun depan.Harus diakui bahawa ramai yang kini mula gelisah jika tempoh PKPB disambung lagi, sebaliknya mereka mahu ia ditamatkan segera.Dengan kes Covid-19 yang semakin menurun dan disiplin rakyat sekarang ini boleh dikata ditahap membanggakan, terutama dari segi pemakaian topeng muka, penjarakan sosial dan menjaga kebersihan diri, rata-rata berpendapat tiada sebab PKPB mahu disambung lagi.Lebih-lebih lagi dengan banyak sektor ekonomi telah dibuka dan perniagaan berjalan seperti biasa sejak PKPB dikuatkuasakan, walaupun dalam tahap yang perlahan, jika kerajaan memikirkan kepentingan ekonomi yang mungkin terus lumpuh, menamatkannya adalah pilihan yang wajar sekali.Kekangan paling utama kepada sektor ekonomi jika PKPB terus dikuatkuasakan ialah halangan perjalanan merentas negeri.Oleh kerana dalam perniagaan seseorang itu perlu berjumpa dengan orang lain, bermesyuarat, berbincang, melawat tapak dan sebagainya, tidak dibenarkan merentas negeri akan menjadikan banyak urusan tergendala dengan sendirinya.Setelah hampir tiga bulan tidak dibenarkan merentas negeri, bayangkan berapa banyak urusan perniagaan telah tergendala?Lantaran itu, adalah mustahak untuk kerajaan segera menamatkan PKPB dan membenarkan perjalanan rentas negeri berlaku seperti sediakala.Begitu pun, untuk memastikan Covid-19 tidak muncul semula, amalan penjarakan sosial, pemakaian topeng muka, penjagaan kebersihan dan pematuhan terhadap syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, wajar kekal dikuatkuasakan tanpa memilih bulu.Hanya dengan adanya kebebasan dalam perjalanan ini, berserta beberapa sektor perniagaan yang telah dibenarkan beroperasi sebelum ini, ia merupakan suatu pilihan yang dapat menjadikan ekonomi negara dipulihkan dalam kadar yang munasabah, kalau pun tidak dalam waktu yang segera.Sebelum ini ramai yang gelisah dan mengeluh kerana banyak urusan perniagaan mereka terhenti kerana PKP dan PKPB, selain tidak kurang yang tutup perniagaan dan hilang pekerjaan akibat daripadanya.Makanya, jika urusan perniagaan dan ekonomi ini terhalang lagi melebihi tempoh yang lebih lama, pasti ramai yang terus sengsara dan menyalahkan kerajaan atas apa yang berlaku.Akhirnya, Muhyiddin akan menerima kesan paling parah dengan sokongan rakyat terus merudum terhadapnya.Sudahlah keabsahan kerajaannya menjadi pertikaian segenap penjuru, ditambah lagi dengan kemerosotan sokongan rakyat yang berpunca daripada ramai yang perut lapar dan poket kosong, kemungkinan kalah jika PRU diadakan dalam waktu terdekat adalah paling mungkin sekali.Untuk itu, paling baik ialah jika Muhyiddin menamatkan terus PKPB dan membiarkan kegiatan ekonomi berjalan seperti biasa sebagaimana banyak negara lain juga telah melakukannya.Selain itu, satu lagi kegiatan yang perlu dibuka segera dengan sepenuhnya ialah masjid dan surau.Di mana-mana kita boleh mendengar keluhan tentang kelembapan kerajaan Melayu/Islam PN ini dalam membenarkan amalan beribadat di masjid dan surau seperti sediakala.Membenarkan hanya 12 orang atau 30 orang bersolat jemaah dianggap tidak praktikal, berlawanan dan terlalu ekstrem dengan amalan penjarakan sosial yang dibenarkan di kedai-kedai makan, restoran dan mengunjungi pusat membeli-belah yang tiada jumlah tertentu yang ditetapkan.Lagi pun, di kebanyakan masjid dan surau, kecuali solat Jumaat, jumlah jemaah yang hadir pada setiap solat waktu biasanya tidak pun melebihi tiga saf.Dengan yang demikian, kalau masjid dan surau dibuka sepenuhnya dan solat secara berjarak satu meter dilakukan, ia tidak sama sekali menjadikan ruang bersolat penuh atau sesak yang boleh memberi risiko kepada berkembangnya wabak Covid-19.Lalu, di mana logiknya dengan ketetapan hanya 12 atau 30 orang saja dibenarkan bersolat jemaah di masjid dan surau?Apakah hanya 12 atau 30 orang atau kalangan AJK masjid saja yang mahu masuk syurga?Berdasarkan ini, terutama berkaitan memulihkan ekonomi dan mengiamarahkah semula masjid dan surau, pilihan kini di tangan Muhyiddin menentukannya.Kalau mahu terus ditolak rakyat, umumkanlah sambung lagi PKP pada perutusan khasnya petang ini. (Shahbudindotcom 07/06/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/rakyat-mahu-pkp-ditamatkanjika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentas Negeri Sudah Dibenarkan Pkp Sudah Ditamatkan Disambung Dengan Pkpp

Rentas Negeri Sudah Dibenarkan Pkp Sudah Ditamatkan Disambung Dengan Pkpp

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 767 hits
Secara ringkasnya ini adalah maklumat yang penting dalam ulasan berkenaan PKPP pada perutusan Perdana Menteri bertarikh 7 Jun 3PM 1 Pelancongan domestik dibenarkan tetapi pintu masuk antarabangsa masih ditutup 2 Operasi premis perniagaan ke...
Kit Siang Tuduh Muhyiddin Elak Isu Sidang Dewan Rakyat

Kit Siang Tuduh Muhyiddin Elak Isu Sidang Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 260 hits
Lim Kit Siang KUALA LUMPUR Seperti tidak sabar sabar mahu melakukan serangan Ahli Parlimen Iskandar Putri Lim Kit Siang menyoal tentang Sidang Dewan Rakyat pada Julai hadapan Malah kata pemimpin utama DAP itu Perintah Kawalan Pergerakan Pem...
Rm9 Bilion Tangani Isu Pengangguran Rakyat Kekal Kerja Pm Muhyiddin Yassin

Rm9 Bilion Tangani Isu Pengangguran Rakyat Kekal Kerja Pm Muhyiddin Yassin

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 328 hits
Sebanyak RM9 bilion akan diperuntuk kerajaan bagi menangani cabaran kadar pengangguran yang meningkat dan memastikan pengekalan pekerjaan rakyat dalam negara dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negara ekoran wabak Covid 19 Perdana Menteri...
Mesra Ambil Kisah Suka Mengusik Buat Rakyat Sayang Pm Muhyiddin

Mesra Ambil Kisah Suka Mengusik Buat Rakyat Sayang Pm Muhyiddin

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 381 hits
KUALA LUMPUR Kaca mata rakyat sering melihat seseorang yang bergelar pemimpin lebih lebih lagi jika berstatus nombor satu pastinya sibuk dengan urusan negara mana mungkin ambil kisah cerita cerita rakyat biasa di media sosial atau mengusik ...
Hindar Politiking Selami Aspirasi Rakyat Ramuan Kejayaan Muhyiddin

Hindar Politiking Selami Aspirasi Rakyat Ramuan Kejayaan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 321 hits
Kerajaan perlu sentiasa peka dengan ketidakselesaan rakyat BANGI Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya membina persepsi positif dalam pandangan rakyat ketika negara mengalami tempoh sukar berdepan krisis ekonomi dan kesihatan aki...
Anwar Slams Muhyiddin S Deafening Silence Insists On Return To Dewan Rakyat

Anwar Slams Muhyiddin S Deafening Silence Insists On Return To Dewan Rakyat

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 320 hits
Anwar Ibrahim says Muhyiddin Yassin has not responded to claims he wanted to entice Umno members to join PPBM with promises of government posts PETALING JAYA PKR president Anwar Ibrahim has slammed Muhyiddin Yassin for keeping mum over a le...
Perutusan Khas Muhyiddin Dinanti Rakyat Hari Ini

Perutusan Khas Muhyiddin Dinanti Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 278 hits
Menjelang sama ada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan atau berakhir pada Selasa ini perutusan khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek hari ini pasti dinanti nantikan rakyat...
Walaupun Pkp Tamat 7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru Discover Ini Akan Diteruskan

Walaupun Pkp Tamat 7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru Discover Ini Akan Diteruskan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 370 hits
Selain belajar kemahiran baru ada juga yang belajar untuk mulakan hobi baru small Cover image via Oh Bulan span span small i Artikel ini ditaja oleh Spritzer i p Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac lepas ramai yang...
Sokong Muhyiddin Selagi Membawa Kebaikan Kepada Rakyat

Sokong Muhyiddin Selagi Membawa Kebaikan Kepada Rakyat

papar berkaitan - pada 3/6/2020 - jumlah : 329 hits
Tetapi kecurangan berpolitik atau politik kotor jika ada perlu ditentang Mahathir sendiri sudah tentu tidak akan menghalang PN untuk melakukan kebaikan kepada rakyat tetapi yang silap atau salah perlu diperbetulkan Bekerjasama dengan penyam...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba