Menu Masakan Laut Jadi Kegemaran Datin Saidatulnisa


Teruja melihat sentuhan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin kala merias wajah, sungguh anggun, tak jemu mata memandang. Maka tidak hairan beliau sering menjadi pilihan golongan elit dan bangsawan. Pengalaman yang luas dan peribadinya yang sentiasa merendah diri meletakkan diri beliau istimewa buat mereka yang mengenalinya.
Biarpun sibuk dengan urusan kerja, rumah tangga tetap diutamakan. Ketika bertanya pada Datin sudikah untuk berkongsi resipi dari air tangannya sendiri, tanpa menolak krew RASA dipelawa ke kediaman indah beliau.
Cuma pesannya “ tak tahu apa rasanya bila sesekali masak,” Ternyata bila kami merasa hidangan dari air tangan beliau jauh dari apa yang diperkata, sangat sedap dan bertambah kami semua makan.
Turut meriah pada hari tersebut Datin Saidatul ditemani suami tercinta Datuk Mohd Ariffin Abdullah serta jemputannya yang merupakan teman-teman rapat. “Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam gini, sambil makan sambil bertukar cerita,” akui beliau.

Masakan yang digemari keluarga
Cerita Datin Saidatul, keluarga lebih mementingkan healthy food dan kurangkan makan makanan berkoleksterol tinggi memandangkan dalam keluarga iaitu ayah ada gout, maka anak-anak pun risau dirinya pula ada gout. Oleh kerana pentingkan kesihatan,  anak-anak lebih suka beliau menyediakan masakan yang berebus.
“Cara memasak saya sangat simple. Contohnya setiap hidangan mesti ada sayur. Datuk paling menggemari nasi lemak. Kalau masak nasi lemak di waktu tengah hari. Antara lauk pauknya ialah ayam masak merah, telur goreng dan kangkung celur,” terangnya.

Akui beliau banyak mengikut cara emak memasak. Kegemaran masakan emak ialah asam pedas. Hari-hari lauk tersebut dimasaknya kerana arwah bapa sangat menyukai Asam Pedas Ikan Parang. Jadi sudah terbiasa dengan asam pedas maka satu keluarga menyukai asam pedas dan juga masak lemak cili api.
“ Tak ada rahsia dalam masakan , emak masak simple , campak-campak je. Dalam keluarga yang pandai masak ialah kakak dan Jojie,”akuinya.
Dalam mencari bahan basah untuk dimasak, beliau lebih suka berkunjung ke pasar yang menawarkan barang yang segar seperti pasar di Pandamaran atau di aeon Jusco.
Menurut beliau, tiga masakan utama pada hari ini adalah menu kegemarannya. “ Saya memang suka makanan laut. Boleh dikatakan setiap minggu makan ketam. Namun bila check kolesterol tinggi, terus anak-anak bising. Mereka terus suruh saya stop makan atau masak makanan laut,” ceritanya.
Sempat juga berkongsi tip masakan, bagi masakan bercili, cili perlulah digoreng hingga naik minyak. Kalau rasa mentah, rasa tidak enak buat kita tak lalu nak makan. Bila masak gulai lemak pula, emak pesan jangan tinggalkan , ia perlu selalu dikacau agar tidak pecah minyak.

KETAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan A
500 gram ketam (dibersihkan)
2 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa)
3 batang serai (diketuk)
Garam secukup rasa
Bahan B
15 biji cili api-kisar
2 biji cili merah- kisar
2 inci kunyit hidup-kisar
1 cawan air
Cara memasak:
Masukkan bahan yang dikisar. Ketam, serai dan garam ke dalam periuk. Masakkan sehingga mendidih.Masukkan santan pekat dan kacau sehingga mendidih sekali lagi.Perasakan garam dan tutup api.Sedia dihidangkan.
SOTONG MASAK KICAP
BAHAN A
3 ekor sotong (dipotong kecil)
2 biji tomato (dipotong empat)
1 pokok daun bawang (dipotong kecil)
3 sudu makan kicap pekat
3 sudu makan sos tomato
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
BAHAN B
1 labu bawang besar
2 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi.Masukkan sotong dan goreng sehingga garing.Masukkan air, kicap pekat dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.Apabila mendidih, masukkan sotong, tomato, bawang besar, daun bawang dan kentang.Gaul dan angkat. Sedia dihidangkan.
SAMBAL UDANG PETAI
BAHAN A
500 gram udang
30 biji petai
1/2 cawan air asam jawa
3 tangkai serai (diketuk)
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam & gula secukup rasa
1 labu bawang besar
BAHAN B (DIKISAR)
20 tangkai cili kerlng
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
Cara memasak:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serai sehingga pecah minyak.Masukkan air asam jawa. Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak.Masukkan udang, petai, bawang besar, garam dan sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api yang kecil.Apabila sudah pekat dan pecah minyak, tutupkan api dan hidangkan

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2019/07/menu-masakan-laut-jadi-kegemaran-datin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 367 hits
Fenomena boba bubble tea atau pearl makin menular di kalangan masyarakat negara ini sejak beberapa bulan lalu Dikenali dengan pelbagai nama ia ternyata menjadi minuman popula yang selalu menghiasi dinding media sosial Rasanya yang enak dica...
Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera

Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 867 hits
Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera Salam semua baru baru ini kita ada pergi jalan jalan cari makan di satu cafe yang namanya Cafe Hostel Pantai Jarang sangat kita buat review pas...
Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap Meraung Ketahui Rahsianya

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap Meraung Ketahui Rahsianya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 518 hits
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung Ada bahan ramuan yang jadi rahsia tetapi kini dikongsikan dengan RASA Ni semuanya dari gara gara abang saya bila makan dia kata asam pedas n...
Perbicaraan Kes Suv Terhumban Ke Laut 24 September Ini

Perbicaraan Kes Suv Terhumban Ke Laut 24 September Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2019 - jumlah : 233 hits
Perbicaraan kes SUV terhumban ke laut 24 September ini Dikemas kini 55 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Jun 2019 12 06PM
Kemenhub Evaluasi Program Tol Laut Usai Kapal Feeder Kandaga V Alami Keterlambatan

Kemenhub Evaluasi Program Tol Laut Usai Kapal Feeder Kandaga V Alami Keterlambatan

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 240 hits
Evaluasi ini menyusul adanya laporan dari masyarakat terkait keterlambatan jadwal kedatangan Kapal Tol Laut di Pulau Kisar Kabupaten Maluku Barat Daya Maluku dan Pulau Larat Kabupaten Kepulauan Tanimbar
Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

Penumpang Feri Pulau Pinang Terjatuh Ke Laut

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 430 hits
Penumpang feri Pulau Pinang terjatuh ke laut Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 1 Jul 2019 11 25PM
Tun M Tekan Singapura Malaysia Haramkan Eksport Pasir Laut

Tun M Tekan Singapura Malaysia Haramkan Eksport Pasir Laut

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 254 hits
Malaysia sumber terbesar pasir laut ke Singapura telah mengharamkan eksport komoditi tersebut kata para pegawai di Kuala Lumpur Langkah itu menurut pedagang akan merumitkan pelan atau cita cita pengembangan atau membesarkan pulau berkenaan ...
Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

Ketua Menteri Pulau Pinang Sahkan Jas Lulus Projek Tambak Laut 3 Pulau

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 351 hits
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow hari ini mengesahkan projek tambak laut 3 pulau sudah diluluskan pihak berkuasa persekutuan menurut laporan portal berita Free Malaysia Today Bercakap di luar Pameran Expo Taiwan di sini beliau berka...
Penemuan Harta Karun Di Laut Malaysia

Penemuan Harta Karun Di Laut Malaysia

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 938 hits
Tidak ramai mengetahui bahawa di dalam kegelapan dasar lautan di beberapa lokasi rahsia perairan Malaysia tersembunyi banyak khazanah misteri yang tidak ternilai harganya yang menjadi buruan ramai pemburu harta karun Gambar hiasan Selama ra...
Investigation Reveals Millions Of Ringgit Transferred Into Najib S Account Testifies Former Io

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

The Enigmatic Voynich Manuscript Unraveling A Century Old Puzzle

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Why Every Homeowner In Katoomba Needs A Reliable Electrician On Speed Dial


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pelajar Perempuan Hilang Dari Asrama Ibu Rayu Rakaman Dashcam Orang Ramai Cari Anak

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa

Raya Aidilfitri 2025

Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Night Side Songs A Pioneering Palliative Care Musical

5 Jenis Ujian Emosi Di Hari Raya