Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera


Cafe Hostel Pantai Menyediakan Menu Masakan Thai Original Yang Pastinya Sedap Dan Memikat Selera || Salam semua, baru - baru ini, kita ada pergi jalan - jalan cari makan di satu cafe yang namanya "Cafe Hostel Pantai". Jarang sangat kita buat review pasal makan - makan kat tempat sedap kan.


 Kebetulan jer ni, adik balik mengidam nak makan macam - macam dia, dah la balik lambat nak beraya kat kampung. Dia ada cerita la yang Cik Epal tu ada jalan - jalan kat Kelantan. Siap tunjuk - tunjuk video Cik Epal pergi makan kat mana.

Siapa peminat Cik Epal kat sini. Mesti ramai ini, Entah lah adik kita sorang ni minat sangat dengan Cik Epal :D. Makan kat sini sebab review daripada Cik Epal la ni. Sedap ke tidak. Jom sama - sama baca review ikhlas dari kita ya.

Nama Cafe Hostel Pantai ni tak sure jugak kenapa, tapi drive lalu nak masuk ke cafe ni ternampak hostel pantai. di sebelah cafe ni. Memang kalau orang tak biasa dengan jalan memang sesat, sebab cafe ini tersorok dalam sikit, dah la dari jalan utama, masuk jalan - jalan kampung pulak.


Cafe Yang Full House Penuh Orang 

Cafe ni kalau ikutkan buka pukul 3.30 petang. Itu pun pergi lewat sikit, sampai - sampai cafe dah penuh orang. Terkejut den. Itu lah sepatutnya kena bertolak awal sikit, kalau tak nak tercari - cari meja. Ini pun nasib ada meja kosong muat lah dalam 4 orang duduk. Kat sebelah tu pasangan suami isteri dan anak kecil.

Beranikan diri nak tanya, kot ada orang, sekali si suami tu cakap tak ada orang, dia siap pelawa duduk lagi. Allah syukur sangat. Full house sungguh cafe ni, Masa nak parking, mata ni dah jeling- jeling sebab perasan macam ramai sangat kot tak ada meja nak duduk huu.

Sebab ada yang parking sebelah kami macam pergi sekejap kat cafe tu kemudian datang balik kat kereta, kemudian drive pergi. Alhamdulillah kali ini ada rezeki kami.

Pandang sekeliling, orang tengah khusyuk makan. Kecik sungguh cafe ini ingatkan, luas tak padan dengan orang tak putus - putus datang. Atap pun zink, bermandi peluh sekejap walaupun kipas ada tapi jauh sikit. Kita duduk kat tempat yang open ni, tapi tak tahu lah kot sebelah dalam ada lagi.  Orang sanggup datang sini dah dengar menu pun sedap - sedap kan.


Menu - Menu Yang Diorder Di Cafe Hostel Pantai 

Ohh sebelum terlupa ya, cafe ini memang terkenal dengan menu masakan thai. Nak tahu sejauh mana autentik ke tidak menu - menu ini semua. Nanti baca :D.

Menunggu pun tak lama duduk sekejap,ada adik datang bawa menu yang nak diorder. Baca ke menu semua sedap - sedap tak tahu mana nak pilih. Di sini memang terkenal dengan daging harimau menangis. Walaupun banyak menu lain yang sedap - sedap, ada 5 menu sahaja yang kami pilih.  Nak tahu apa yang kami order di cafe ini.

1. Udang Goreng Telur Masin 
2. Daging Bakar Harimau Menangis 
3. Seafood Goreng Mabuk 
4. Tom Yam Merah Camput
5. Miang Talapia Goreng


Makanan pun cepat sampai tunggu sekejap jer, faham dengan ramai orang ni nak siapkan masakan tu ambil masa juga, ingat kan takut lambat sebab nampak macam ramai orang. Ambil bau pun dah tahu bau thai sangat hii. Tak boleh nak pilih rating mana satu menu yang paling sedap, ke semuanya sedap. 
Jom nak perkenalkan menu. Tanya jugak adik tu menu apa yang paling famous kat sini yang biasa orang order, dia cakap la Miang Talapia goreng, tak ingat dah masuk miang tu apa, ni bukan makan "miang" satu lagi tu ya :D. 

1. Miang Talapia Goreng 
Cantik sungguh presentation miang talapia goreng ini dalam dulang. Nampak green penuh dengan ulam, ikan talapia memang digoreng garing dan ada juga dipping sauce iaitu sos pencicah hijau yang sangat sedap, kita syak mesti ada letak daun ketumbar juga dalam tu. Dengan rasa masam, masin dan manis dan pedas bila cicah dengan isi ikan talapia memang meletup - letup dalam mulut. Terlajak sedap weh !. Memang direkomen untuk korang cuba ya. 

2. Daging Bakar Harimau Menangis

Dulu - dulu dengar daging bakar harimau menangis, terfikir - fikir sedap tahap mana ni, orang viral kata sedap sangat. Sebaik saja sampai daging bakar harimau menangis depan mata, drooling habis dah ni tak sabar nak  cicah, Sos pencicah tu nampak menarik sangat kemerahan sebab ada letak serbuk lada, dan pekat sikit sebab ada letak beras sangai tumbuk.

Rasanya sudah tentu masakan Thai kan kena ada elemen masam, masin, manis dan pedas.  Terbayang - bayang dah ni,  kena repeat ke macam mana ni. hii


3. Tom Yam Merah Campur

Tom yam pekat molek, dengan rasa yang seimbang, memang sedap lah. Kalau orang Kelantan panggil, "nyakut molek". Tom yam ni ada seafood dan ayam. Bertambah makan nasi kalau ada tom yam


4. Seafood Goreng Mabuk

Tengah cari menu yang sedap, terpandang lah menu seafood goreng mabuk. Bila dengar nama menu ni dengar perkataan mabuk tu terfikir mabuk macam mana :D. Not bad jugak sedap, lebih kepada bau daun selasih banyak dan ada biji lada hitam segar diketuk rasanya lada hitam dah tu. Masakan Thai kan tak lari kena ada daun limau purut.


5. Udang Goreng Telur Masin

Udang telur masin sedap weh, makan ratah gitu jerr. Secukup rasa.

Itulah sedikit sebanyak review yang ikhlas, dengan menu yang diorder. Total berjumlah RM 90 3 orang makan, itupun dah kenyang perut rasa kena tambah untuk 4 orang makan. Alhamdulillah kenyang perut, menu ke semua sedap, pastinya yang menu lain yang tak cuba lagi mesti sedap jugak.


Tak apa nanti lain kali kita repeat pulak. Persekitaran okay cuma ramai orang sikit ni, kena pergi awal - awal, kalau tak pun tunggu la sekejap pelanggan sudah makan ke. Tempat parking pun luas.

Layanan okay, sebab ni bawak budak kecik banyak kerenah sikit.

Lokasi Cafe Hostel Pantai 

Buat sesiapa yang nak jalan - jalan di Kelantan nak cuba makan di Cafe Hostel Pantai, berdekatan dengan Kem Kijang, Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu. 

Ini link facebook page Kafe Hostel Pantai >>> kafe hostel pantai

Jemput tonton video di bawah ya. Jeliro sungguh menu - menu. :). satu meja hari tu penuh dengan seafood. Nak rasa masakan thai original, jemput datang sini, semestinya korang akan teruja nak makan.


Baca sini >>> Kota Bharu Lunch Box Delivery Dengan Pelbagai Menu Western Dan Korea Yang wajib Dicuba ( Murah & Sedap )
Baca sini >>> Perisa Flavoured Milk Tea Dari Cool Blog Sangat Sedap, Patut Cuba
Baca sini >>> Nikmati Sarapan Pagi Nasi Lemak Sambal Strawberry Di Abang Strawberry Cafe Di Cameron Higlands.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.wanisukarno.com/2019/06/cafe-hostel-pantai-menyediakan-menu-masakan-thai-original-yang-pastinya-sedap-dan-memikat-selera.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

Fenomena Boba Ini 6 Menu Masakan Boba Yang Boleh Korang Cuba Di Rumah

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 339 hits
Fenomena boba bubble tea atau pearl makin menular di kalangan masyarakat negara ini sejak beberapa bulan lalu Dikenali dengan pelbagai nama ia ternyata menjadi minuman popula yang selalu menghiasi dinding media sosial Rasanya yang enak dica...
Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat

Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Pergh Terangkat

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 1119 hits
Resepi Rumah Terbuka Aneka Menu Makanan Sedap Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Yezzahh entri resepi rumah terbuka yang dinanti nanti Raya kan sebulan So selagi tak habis Raya selagi tu lah rumah terbuka sentiasa terbuka untuk sem...
Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap Meraung Ketahui Rahsianya

Ada Sebab Mengapa Lauk Masakan Datin Liazalee Sedap Meraung Ketahui Rahsianya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 434 hits
Ada kisah menarik mengapa lauk Asam Pedas Jenahak Datin Liazalee Ahmad dipanggil Asam Pedas Meraung Ada bahan ramuan yang jadi rahsia tetapi kini dikongsikan dengan RASA Ni semuanya dari gara gara abang saya bila makan dia kata asam pedas n...
Sarapan Puding Roti Gaya Arab Sedap Makan Supper Nanti

Sarapan Puding Roti Gaya Arab Sedap Makan Supper Nanti

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 556 hits
Masyarakat Arab memang suka makan yang manis manis Di samping susu yogurt mereka suka meletakkan rempah seperti kayu manis saffron Dan yang mereka suka adalah meletak kekacang seperi badam gajus pistachio dan lain lain Ada juga suka mencamp...
Kuih Muih Tradisi Kelantan Nama Pelik Tapi Sedap Cukup Lemak Manisnya

Kuih Muih Tradisi Kelantan Nama Pelik Tapi Sedap Cukup Lemak Manisnya

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 1722 hits
Kebanyakan kuih muih di Kelantan berasaskan tepung pulut beras santan dan wajib manis sebab tu sedap walaupun ada setengah nama kuihnya pelik pelik Ternyata orang orang Cik Siti Wan Kebang kreatif buat kuih Tak percaya cuba beberapa jenis k...
Cara Buat Aiskrim Durian Homemade Gebu Sangat Sedap

Cara Buat Aiskrim Durian Homemade Gebu Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 622 hits
Musim durian murah dan banyak ni macam macam boleh dihasilkan menggunakan raja buah ni Salah satu yang anda boleh cuba ialah Aiskrim Durian Lembut sedap dan persis aiskrim yang dijual di pasaran tu Rugi kalua tak cuba resipi perkongsian sau...
Nak Juga Beyblade Original

Nak Juga Beyblade Original

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 748 hits
Salam dears Dari awal bulan puasa lagi si kembar dah minta nak guna duit Raya beli mainan Yup walaupun berkali kali Mama kata Hari Raya tak semestinya dapat duit raya jangan berharap dan jangan minta tapi diorang opkos laaa masih yakin akan...
Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

Langkah Demi Langkah Buat Kulit Pie Tee Rangup Dan Inti Sedap Mudah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 645 hits
Dapat makan Pie Tee tengahari atau petang ni perggh memang sedap Kudapan dari masakan Baba dan Nyonya ni memang cukup terkenal Makan satu tak cukup ni Selain inti ayam dan sayuran korang boleh ganti dengan udang pun sedap juga Ni langkah la...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp

Winstar Tingkatkan Kapasiti Untuk Ambil Peluang Peralihan Tenaga Solar