Penemuan Harta Karun Di Laut Malaysia


Tidak ramai mengetahui bahawa, di dalam kegelapan dasar lautan di beberapa lokasi rahsia perairan Malaysia, tersembunyi banyak khazanah misteri yang tidak ternilai harganya yang menjadi buruan ramai pemburu harta karun.

Gambar hiasan

Selama ratusan tahun, khazanah 'harta karun' itu hanya tersadai melewati masa tanpa disedari sesiapa sehinggakan kewujudannya di dasar laut itu sekadar menjadi mainan dan lokasi kediaman buat ribuan ikan serta hidupan laut.

Lama terpendam di dasar lautan, akhirnya sekitar 30 tahun lalu, beberapa penyelam mula meninjau keadaan di dasar laut dan ketika itulah mereka menyedari ada satu bentuk tinggalan aneh yang terdampar di sebalik kawasan air yang terasing itu.

Selepas diamati dan didekati, akhirnya penyelam terbabit menyedari bahawa di dasar Laut China Selatan dan Selat Melaka di negara ini, tersimpan banyak warisan kapal karam purba yang mengandungi khazanah yang tidak ternilai harganya.

Sejarah kewujudan kapal karam di dasar lautan negara dikatakan bermula seiring dengan sejarah Tanah Melayu pada zaman silam yang terletak di lokasi strategik iaitu di tengah jalan laut yang menghubungkan dunia Timur dan Barat.

Kelebihan itu menyebabkan banyak Kerajaan Melayu Lama di Tanah Melayu menjadi lokasi persinggahan pedagang, terutamanya Kerajaan Melaka menjadi terkenal sebagai satu daripada lokasi terkemuka perdagangan abad ke-15.

Kapal dagang asing yang singgah dan melalui perairan negara pada zaman silam ternyata bukan calang-calang, lantaran membawa banyak harta atau khazanah untuk perdagangan.

Karam di perairan negara

Ada antara kapal yang membawa barang dagangan berharga itu yang karam di perairan negara akibat pelbagai sebab, antaranya melanggar batu karang, dibedil dalam peperangan atau dipukul ribut.

Seterusnya, melewati masa sedari zaman penjajahan Portugis, Belanda, British sehinggalah ke Jepun, semakin banyak pula kapal yang membawa pelbagai harta karun, karam di dasar laut perairan negara.

Mengikut buku Mysteries of Malaysian Shipwrecks, dijelaskan sehingga kini, lebih 10 kapal karam sudah ditemui di perairan Malaysia dan selain Jabatan Muzium, usaha mencari kapal itu turut membabitkan pihak swasta mahupun orang perseorangan termasuk pencari harta karun.

Kapal Tentera Jepun

Antara usaha terawal dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut dilakukan sekitar penghujung era 1970-an apabila kerajaan Terengganu bersama Jabatan Muzium dan dibantu Tentera Laut Diraja Malaysia menemui bangkai kapal karam tentera Jepun berhampiran Chendering.

Kapal Tentera Jepun itu karam kerana terkena tembakan peluru berpandu dan tenggelam kira-kira 30 meter di dasar laut.

Risdam

Penemuan terbesar dalam kerja mencari kapal karam di dasar laut negara dikatakan dicatat pada tahun 1980 apabila bangkai kapal dagang Risdam ditemui di perairan Mersing, Johor.

Kapal dagang milik Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) itu berusia 253 tahun dan karam pada tahun 1727.

`Harta karun' yang ditemui dalam kapal itu berupa 90 gading gajah, kira-kira 100 jongkong timah dan dua tembikar Thailand.

Diana

Pada tahun 1993 pula, Kapal Diana milik British yang karam di perairan Selat Melaka pada tahun 1817 ditemui bersama muatan kargo seberat 11 tan.

Antara barang dibawa kapal itu ketika karam ialah pinggan mangkuk, set teh dan kira-kira 24,000 unit tembikar China daripada jenis biru serta putih.

Nassau

Pada tahun yang sama, sebuah lagi kapal karam ditemui iaitu kapal Nassau milik Belanda ditemui pada kedalaman 27 meter dari paras laut berhampiran Port Dickson.

Kapal itu dipercayai karam dalam pertempuran `Tanjung Tuan' antara Belanda dengan Portugis pada tahun 1606.

Antara harta karun ditemui adalah senapang besi, meriam gangsa, kelengkapan pelayaran seperti kompas, 1,000 syiling perak Sepanyol dan bekas minuman.

Nanyang Dan Nanhai

Pada tahun 1995, dua lagi kapal karam ditemui iaitu Nanyang dan Royal Nanhai. Kapal Nanyang yang dipercayai dari China ditemui berhampiran perairan Johor.

Kira-kira 400 seramik sudah dikeluarkan dari kapal yang tenggelam pada tahun 1380 itu.

Kapal Royal Nanhai yang tenggelam pada tahun 1460 pula ditemui kira-kira 40 batu nautika dari Pantai Timur. Sebanyak 21,000 seramik antaranya buatan Thailand, China dan Vietnam ditemui di dalamnya.

Longquan

Kapal Longquan yang karam pada tahun 1400, ditemui semula pada tahun 1996 sekitar 23 batu nautika dari pantai Pantai Timur. Ia membawa seramik dari China dan Thailand.

Xuande

Pada tahun yang sama, Kapal Xuande yang karam pada tahun 1540 ditemui pada jarak 34 batu nautika dari pantai negara ini.

Kapal itu membawa harta karun berupa seramik dari China dan Thailand. Kapal Turiang yang dipercayai dari China, tenggelam pada tahun 1370 dan ditemui pada 1998 di perairan Johor.

Desaru

Kapal Desaru yang turut membawa seramik buatan China, ditemui pada kedalaman 20 meter dari paras laut berdekatan Mersing.

Kapal yang karam pada tahun 1830 dan temui pada tahun 2001 itu berukuran panjang 30 meter dan tujuh meter lebar.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Misteri Penemuan Lubang Harta Karun Di Pulau OakUpacara Menarik Harta Karun Dari Alam Ghaib
sumber: bharian



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/07/penemuan-harta-karun-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Tekan Singapura Malaysia Haramkan Eksport Pasir Laut

Tun M Tekan Singapura Malaysia Haramkan Eksport Pasir Laut

papar berkaitan - pada 4/7/2019 - jumlah : 235 hits
Malaysia sumber terbesar pasir laut ke Singapura telah mengharamkan eksport komoditi tersebut kata para pegawai di Kuala Lumpur Langkah itu menurut pedagang akan merumitkan pelan atau cita cita pengembangan atau membesarkan pulau berkenaan ...
Kementerian Kewangan Nak Jual Harta Malaysia Di Hong Kong

Kementerian Kewangan Nak Jual Harta Malaysia Di Hong Kong

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 289 hits
Bangunan itu dibeli oleh kerajaan persekutuan pada tahun 1980 untuk HK 212 juta dan ia menempatkan agensi kerajaan Malaysia dan kedutaan Malaysia Kementerian Kewangan sedang mencari ejen hartanah untuk melupuskan sebuah bangunan di Hong Kon...
Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

Penyelidik Antarabangsa Dakwa Malaysia Antara 10 Buah Negara Paling Banyak Mencemarkan Laut

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 392 hits
Seperti yang kita tahu lebih daripada 70 permukaan Bumi adalah air dan 96 5 daripada bekalan air dunia berpunca daripada lautan Namun kadangkala kita terlupa bahawa di dalam lautan luas itu juga ada makhluk Tuhan yang bernyawa dan perlu dil...
Misteri Harta Karun Jeneral Yamashita

Misteri Harta Karun Jeneral Yamashita

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 490 hits
Dikatakan banyak usaha usaha pihak perseorangan mahupun organisasi berusaha mencari harta karun Yamashita ini bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di negara lain di Asia Tenggara namun menurut pakar sejarah dipercayai bahawa harta harta kar...
Sbdj Siri 82 Harta Karun Di Kaki Changkat

Sbdj Siri 82 Harta Karun Di Kaki Changkat

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 269 hits
Kita berjaga jaga mungkin orang betul mungkin tidak Datuk mengingatkan Ia terus bangun Bersedia menghadapi seribu kemungkinan Rasa bimbang itu berakhir dengan kemunculan dua anggota polis serta kawan Alang Abdul Rauf yang telah diperintahka...
Nubia Red Magic 3 Versi 12gb Ram Turut Ke Malaysia Berharga Rm2799

Nubia Red Magic 3 Versi 12gb Ram Turut Ke Malaysia Berharga Rm2799

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 198 hits
Nubia sebelum ini telah menyatakan akan menawarkan Red Magic 3 untuk pasaran tempatan malah ada beberapa penjual yang telah mula mengambil pra tempahan untuk peranti berkenaan sejak beberapa minggu lepas Sebelum ini kita hanya mengetahui in...
Siemens Melancarkan Pusat Kompetensi Teknikal Sedia Membantu Malaysia Dalam Pengeluaran Pintar Pada Peringkat Asean

Siemens Melancarkan Pusat Kompetensi Teknikal Sedia Membantu Malaysia Dalam Pengeluaran Pintar Pada Peringkat Asean

papar berkaitan - pada 1/7/2019 - jumlah : 222 hits
Baru baru ini Siemens Digital Industries Software telah melancarkan Pusat Kompetensi Digital Asia di Pulau Pinang Fokus pelaksanaan pusat ini bertujuan untuk menjalankan penyelidikan perundingan dan sebarang pembangunan projek industri bagi...
Not So Easy For Sarawak To Leave Malaysia Says Baru Bian

Not So Easy For Sarawak To Leave Malaysia Says Baru Bian

papar berkaitan - pada 30/6/2019 - jumlah : 377 hits
Works Minister Baru Bian launches the Pan Borneo Dashboard which monitors the progress of the Pan Borneo Highway project on a real time basis in Kota Kinabalu today KOTA KINABALU Sarawak PKR chief Baru Bian has rejected the idea of the stat...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids