Menteri Pasola Dan Cap Ayam Ph Penyebab Malaysia Kekeringan Pelaburan Galak Jual Aset Negara Tok Mat




Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipenuhi barisan jemaah menteri bertaraf ‘menteri pasola’ dan ‘cap ayam’ menyebabkan negara kekeringan pelaburan asing, bidas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Katanya, walaupun setelah lebih setahun empat bulan PH berkuasa, keadaan ekonomi negara amat runcing dan semakin merosot.
“Sudah setahun empat bulan tiada apa-apa pun. Keadaan negara amat runcing, ekonomi negara merosot, tukaran mata wang teruk. Tiada ada usaha, tiada hala tuju langsung. Minyak kelapa sawit rendah tak buat apa-apa melainkan suruh minum minyak sawit satu sudu satu hari….
“Padahal minyak sawit (merudum) disebabkan mereka yang bongkak dan sombong, dapat sahaja kuasa menuding jari kepada negara yang banyak mengimport banyak minyak kelapa sawit. Menuding jari kepada negara China kerana mengatakan (kononnya) projek-projek di negara ini penuh dengan rasuah.
“Buatlah secara diplomasi, janganlah dipotong atau ditamatkan kontrak kerana ia kontrak antarabangsa yang ditandatangani oleh negara kita. Mengapa dibatalkan begitu sahaja tanpa rundingan antara negara dengan negara,” bidasnya.
Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata demikian ketika berucap di majlis Ceramah Perdana Hijratul Rasul dan Penyatuan Ummah Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Pasir Mas, di sini malam tadi.
Turut sepentas Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Menteri Besar Kelantan yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Ahmad Yakob dan Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Panglima Perang Mohd Nassurudin Daud.
Hadir sama Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Md Alwi Che Ahmad, barisan kepimpinan UMNO Bahagian Pasir Mas dan PAS kawasan.
Sewajarnya, kerajaan perlu berpakat dengan negara pengeluar minyak kelapa sawit yang lain seperti Indonesia iaitu mewujudkan kelab OPEC (negara pengeluar minyak) bagi menjaga pasaran, cadang Mohamad yang juga mesra dikenali sebagai Tok Mat.
Jelasnya lagi, kekeringan pelaburan asing di negara ini juga disebabkan ketidaktentuan pucuk pimpinan negara.
“Orang tak mahu datang melabur ke negara kita kerana tidak ada ketentuan tentang kepimpinan. Semalam Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad-Perdana Menteri) ada mengatakan di New York akan melepaskan jawatan tiga tahun lagi. Dan dia akan meletakkan jawatan sebelum pihan raya umum kelima belas nanti.
“Maknanya bila tidak ada ketentuan… politik kita tidak stabil, pelabur dari luar negara tidak akan datang untuk melabur ke sini. Tidak ada pelaburan yang besar datang ke negara kita. Negara kita kekeringan pelabur dari luar. Tetapi kerajaan kita yang dipandu ekonominya oleh menteri kewangan, Lim Guan Eng tidak berbuat apa-apa.
“Bahkan beliau membuat sesuatu yang tidak betul. Sepatutnya bila tidak ada duit pelaburan datang dari luar negara, kerajaan melabur dalam pasaran domestik tetapi tak buat itu, dia batalkan projek-projek. Ini menyebabkan tiada aliran tunai. Pasaran saham amat kering mengalami masalah aliran tunai yang amat teruk. Begitu juga dengan hutang negara,” katanya lagi.
PH juga tempelaknya seolah-olah tidak cukup dengan RM82 bilion duit Petronas yang dijarah ditambah pula harta-harta negara dijual begitu sahaja tetapi dalam masa yang sama rakyat tidak mendapat manfaatnya.
“Semalam kita dengar di New York, Perdana Menteri kata akan jual Petronas Carigali. Satu persatu harta hendak dijual.
“Lebih RM100 bilion hutang baharu, RM82 bilion duit Petronas, RM30 bilion aset negara dijual, RM19.1 bilion harta Tabung Haji diambil semasa harga pasaran semasa jatuh merudum.
“Kata nak bayar hutang (negara)? Tapi hutang tak dibayar… hutang 1MDB? Tak bayar juga. Di mana diletaknya duit kalau dikatanya hendak beri kepada orang (rakyat), tiada siapa pun dapat… nelayan masih belum dapat sepenuhnya bantuan seperti zaman Barisan Nasional dahulu, pesawah padi, penoreh getah tiada bantuan. Semua subsidi dan peruntukan di sekolah dikurangkan,” tegasnya.
Oleh kerana itulah katanya, blok pembangkang hendaklah diperkukuhkan supaya pada pilihan raya umum akan datang kerajaan PH wajib dikalahkan bagi menyelamatkan negara dari terus ke lembah kehancuran. – UMNO ONLINE




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/09/28/menteri-pasola-dan-cap-ayam-ph-penyebab-malaysia-kekeringan-pelaburan-galak-jual-aset-negara-tok-mat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rakyat Akan Hukum Ph Jika Asyik Jual Aset Negara Kata Wakil Rakyat Pasir Gudang

Rakyat Akan Hukum Ph Jika Asyik Jual Aset Negara Kata Wakil Rakyat Pasir Gudang

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 295 hits
Hassan Abdul Karim KUALA LUMPUR Kerajaan Persekutuan diminta tidak mengambil jalan mudah untuk membayar hutang negara dengan menjual aset negara Malah kerajaan digesa mencari jalan lain untuk menyelesaikan masalah tersebut Ahli Parlimen Pas...
Bongkar Cerdiknya Ph Jual Aset Negara Rm2 5 Juta Tiap Jam

Bongkar Cerdiknya Ph Jual Aset Negara Rm2 5 Juta Tiap Jam

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 293 hits
PH jual RM36 bilion aset negara dalam 500 hariKL Kerajaan PH telah menjual terlampau banyak aset negara iaitu RM35 789 bilion dalam hanya 500 hari pemerintahannya bersamaan purata RM60 juta sehari atau RM2 5 juta setiap jam Butiran terperin...
Jual Aset Negara Umpama Kerajaan Jual Kain Baju Sendiri Khalid Ibrahim

Jual Aset Negara Umpama Kerajaan Jual Kain Baju Sendiri Khalid Ibrahim

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 337 hits
Khalid Jual aset Khazanah macam jual kain baju kita Apabila kerajaan sudah mula menjual asetnya untuk membayar hutang ia akan memberi gambaran bahawa negara dalam keadaan terdesak maka harga yang ditawarkan pembeli dibimbangi akan jatuh kat...
Hentikan Dulu Tindakan Jual Aset Negara

Hentikan Dulu Tindakan Jual Aset Negara

papar berkaitan - pada 22/9/2019 - jumlah : 368 hits
KATA MP Khazanah ertinya harta atau aset Khazanah Nasional ertinya aset negara Sebagai ahli parlimen saya minta kerajaan persekutuan mencari jalan lain untuk membayar hutang negara sekarang Jangan cari jalan mudah dengan menjual harta Khaza...
Kerajaan Ph Ni Kerjanya Jual Aset Sahaja

Kerajaan Ph Ni Kerjanya Jual Aset Sahaja

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 272 hits
PM Kerajaan akan jual hartanah tidak pentingPETALING JAYA Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kebimbangannya mengenai keadaan kewangan negara sambal menyatakan Putrajaya sedang berusaha untuk menjual hartanah tidak penting di dalam dan ...
Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

Ph Jual Aset Strategik Th Rm2 6 Bilion Jawab Dengan Fakta Bukan Salahkan Pemuda Dr Najmil

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 520 hits
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf Rawa yang bertanggungjawab dalam urusan hal ehwal Lembaga Tabung Haji seharusnya melakukan penjelasan berkenaan penjualan aset strategik institusi tersebut berserta fakta bukann...
10 Penyebab Utama Kematian Di Malaysia

10 Penyebab Utama Kematian Di Malaysia

papar berkaitan - pada 17/9/2019 - jumlah : 282 hits
Punca utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit penyakit tidak berjangkit yang selalunya disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan di bawah ini adalah senarai punca tersebut dan penerangan bagi setiap istilah tersebut...
Matxi Corp Memasuki Malaysia Secara Rasmi Dan Seterusnya Negara Korea Dan Amerika Syarikat

Matxi Corp Memasuki Malaysia Secara Rasmi Dan Seterusnya Negara Korea Dan Amerika Syarikat

papar berkaitan - pada 24/9/2019 - jumlah : 332 hits
Di KLCC Matxi Corp hari ini meraikan ulang tahun ke 2 sekali dengan sempena pelancaran Matxi Corp serta perayaan ulang tahun ke 2 Matxi S G dengan kehadiran 2 000 pengedar dari 30 negara Pada kesempatan ini Matxi Corp mengumumkan pelaburan ...
Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia

Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2019 - jumlah : 854 hits
Jawatan Kosong Bank Negara Malaysia Portal jawatan kosong ingin berkongsi maklumat peluang pekerjaan yang kini dibuka di Bank Negara Malaysia dan kepada Warganegara Malaysia yang berminat serta berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah

Merayau Sampai Ke Jelebu

Makan Kek Di Maneh By Momo

Suasana Natal Di Luar Negeri Masing Masing Penjuru Dunia Punya Perayaan Unik

23 Disember Isnin 10 00 Pagi Dari Pahang Online Maya Penat Ditempat Kerja Rumah Bagaimana

Bodohnya Walaun Derma Duit Kepada Dap Bagi Duit Kat Kapiaq Woiiii