10 Penyebab Utama Kematian Di Malaysia


Punca utama kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh penyakit-penyakit tidak berjangkit yang selalunya disebabkan oleh gaya hidup yang tidak sihat dan di bawah ini adalah senarai punca tersebut dan penerangan bagi setiap istilah tersebut.

Gambar hiasan

Terima kasih kepada Institute for Health Metrics and Evaluation atas statistik ini, yang boleh dirujuk di halaman www.healthdata.org/malaysia.

1. Penyakit jantung iskemia

Istilah yang biasa diguna orang ramai adalah sakit jantung. Fungsi utama jantung adalah mengepam darah untuk membawa oksigen ke organ di seluruh badan melalui rangkaian saluran darah. Jantung juga memerlukan oksigen untuk menjalankan tugasnya.

Jantung menerima oksigen dari sekumpulan saluran darah yang dipanggil arteri koronari.

Jika saluran ini tersekat dan otot jantung tidak menerima oksigen secukupnya, seseorang itu akan merasa sakit di dada oleh kerana otot tersebut tidak berfungsi.

2. Jangkitan salur pernafasan bahagian bawah

Salur pernafasan adalah jalan yang dilalui udara apabila kita menarik nafas. Semasa menarik nafas, udara akan melalui hidung dan destinasi akhirnya adalah organ paru-paru.

Di antara 2 titik tersebut, udara akan melalui mulut, tekat, pita suara, trakea, bronkus, dan alveoli.

Anda boleh mendapat jangkitan di mana-mana saluran ini dan jangkitan paling umum adalah di bahagian atas di mana seseorang akan mendapat gejala selsema dan batuk.

Jika jangkitan melibatkan bahagian paru-paru, antara penyakit yang boleh membunuh adalah pneumonia.

3. Penyakit salur darah otak

Lebih dikenali sebagai 'stroke' atau angin ahmar, penyakit ini terjadi apabila otak tidak mendapat oksigen yang mencukupi.

Prosesnya hampir seperti sakit jantung bagaimanapun, bukan sahaja sekatan di saluran darah yang membawa kepada 'stroke' malah pendarahan juga menjadi puncanya.

4. Penyakit Alzheimer

Penyakit Alzheimer sering dikaitkan dengan masalah cepat lupa. Bahasa kasarnya adalah nyanyuk. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana penyakit ini boleh membunuh?

Ini kerana penyakit Alzheimer turut membawa masalah lain seperti masalah tidak seimbang semasa berjalan atau tidak dapat mengawal tabiat buang air kecil dan besar.

Mereka yang mengalami penyakit ini lebih berisiko jatuh, patah tulang dan dihidapi jangkitan kerana penjagaan diri tidak teratur.

5. Kemalangan jalan raya

Kebanyakan kematian yang disebabkan kemalangan jalan raya boleh dielakkan. Sentiasa patuh had laju, beri isyarat apabila ingin bertukar lorong dan berhenti rehat jika berasa penat. Ingat. Anda mampu mengubahnya!

6. COPD

Ini merupakan penyakit sekatan pernafasan kronik. Penyakit ini selalunya melibatkan golongan perokok tegar.

Antara punca lain adalah pencemaran udara dan pendedahan kepada bahan pencemar semasa bekerja. Penyakit ini tidak boleh pulih.

Mereka yang menghidapi penyakit ini mudah sesak nafas dan lebih mudah mendapat jangkitan peparu.

7. Kanser paru-paru

Kanser ini adalah keadaan di mana sel-sel di dalam badan tumbuh dengan agresif di luar kawalan biasa, yang tumbuh secara banyak akan merampas sumber nutrisi dari sel biasa.

Seperti COPD, aktiviti merokok akan menaikkan risiko mendapat kanser pau-paru.

Jika anda memerlukan bantuan untuk menghentikan tabiat merokok, anda boleh merujuk nasihat doktor.

Antara langkah awal menghentikan tabiat ini adalah gula-gula getah nikotin.

8. Diabetes

Malaysia terkenal dengan makanan dan minuman yang pelbagai sepanjang masa. Kebanyakan makanan ini bagaimanapun tidak sihat sebaliknya mempunyai kandungan gula yang tinggi.

Diabetes berlaku apabila pankreas didedahkan kepada gula yang terlalu banyak dan akhirnya organ tersebut menjadi 'penat' dan tidak sensitif kepada gula.

Pankreas berfungsi menghasilkan insulin yang memproses gula di dalam badan dan Diabetes mampu merosakkan setiap organ di badan jika tidak dikawal.

Ia boleh merosakkan saraf mata, menyebabkan buta atau merosakkan salur darah di kaki yang membawa kepada amputasi.

9. Penyakit buah pinggang kronik

Ini adalah penyakit jangka panjang di mana prestasi buah pinggang merosot secara berperingkat.

Antara fungsi buah pinggang adalah membuang toksin dalam badan, mengawal tahap air dalam badan, menghasilkan hormon dan melaraskan tahap asid dalam badan.

Namun, ia boleh rosak akibat penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi.

10. Kanser kolorektal

Kanser ini melibatkan bahagian usus besar yang terletak di hujung sistem penghadaman makanan.

Jika anda mengalami perubahan dalam tabiat membuang air besar, darah dalam najis dan turun berat badan secara mendadak, sila berjumpa dengan doktor kerana tanda-tanda tersebut mungkin amaran kanser kolorektal.

Gaya hidup tidak sihat seperti tidak makan sayur-sayuran, tidak bersenam, merokok dan pengambilan alkohol meningkatkan lagi risiko bagi kanser ini.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Maksud Kematian Bagi 6 Agama Dan Kepercayaan Di Dunia10 Negara Paling Ramai Rakyatnya Bunuh Diri
sumber: fmt



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2019/09/punca-utama-kematian-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 261 hits
Hai Assalamualaikum semua sempena hari Maulidur Rasul ini mambang nak kongsikan beberapa tips yang mambang belajar dan serba sedikit ilmu yang mambang tahu mengenai Blog yang menggunakan platform Blogger Jom baca sampai habis Di sini ada 3 ...
Penemuan Raja Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia

Penemuan Raja Ratu Mi Maggi Goreng Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 423 hits
Hi Korang Dalam menghitung detik untuk menyambut Hari Malaysia dan sebagai sebahagian daripada kempen MAGGIgorengMYstail rakyat Malaysia dari seluruh pelusuk negara dan pelbagai lapisan masyarakat telah menghantar resipi Mi MAGGI Goreng ter...
Adhia Mokhtar Kembali Mewarnai Persada Seni Suara Malaysia

Adhia Mokhtar Kembali Mewarnai Persada Seni Suara Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 356 hits
Kembali menyanyi dengan lagu terbaru Di Bayang Rindu hasil komposer Amai RK Studio 7296 Lagu yang penuh bait rindu dan melodi yang membuai perasaan Boleh layan Dah dengar Macam mana okay kan
Program Usahawan Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia

Program Usahawan Majlis Tindakan Keselamatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 320 hits
Tambah ilmu keusahawanan Pada sesiapa yang free setiap hari Selasa atau Khamis apa kata korang ke Program Seminar Keusahawan MTKAM bertempat di Seri Kuching Business Park KL Masuk adalah PERCUMA Untuk maklumat lanjut korang boleh hubungi no...
Malaysia Voices Concern Over Haze With Indonesia

Malaysia Voices Concern Over Haze With Indonesia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 300 hits
Malaysia has reiterated its concern on the impact of persistent transboundary haze to the Malaysian public and its offer to assist Indonesia in extinguishing forest fires in Kalimantan and Sumatera This was conveyed at a meeting today led b...
Malaysia Vs Uae Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia Fifa 2022

Malaysia Vs Uae Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia Fifa 2022

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 1016 hits
Saksikan pertembungan Malaysia menentang UAE dalam misi memburu kelayakan piala dunia FIFA 2022 Qatar Selasa bermula pukul 8 30 malam KEPUTUSAN PENUHMalaysia 1 2 Emiriah Arab Bersatu1 Syafiq Ahmad Malaysia 43 Ali Ahmed Mabkhout Emiriah Arab...
Kelayakan Piala Dunia Keputusan Malaysia Lawan Uae

Kelayakan Piala Dunia Keputusan Malaysia Lawan Uae

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 856 hits
Kelayakan Piala Dunia Keputusan Malaysia Lawan UAE Adakah Skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejutan dengan mengatasi pasukan Emiriah Arab Bersatu pada aksi Kumpulan G pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 Piala Asia 2023 malam ini Mal...
Jerebu Malaysia Bukan Dari Indonesia Menteri

Jerebu Malaysia Bukan Dari Indonesia Menteri

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 381 hits
JAKARTA Indonesia hari ini menafikan berlakunya jerebu rentas sempadan dari republik ini yang menjejaskan negara jiran Malaysia dan Singapura Bagaimanapun kenyataan Menteri Lingkungan Hidup dan Kehutanan Siti Nurbaya itu dilihat meragukan a...
Selepas Tewas Ditangan Malaysia Indonesia Kecundang Pula Kepada Thailand Dalam Kelayakkan Piala Dunia

Selepas Tewas Ditangan Malaysia Indonesia Kecundang Pula Kepada Thailand Dalam Kelayakkan Piala Dunia

papar berkaitan - pada 11/9/2019 - jumlah : 636 hits
Selepas tewas dalam perlawanan pertama di tangan Malaysia minggu lepas yang menyaksikan beberapa kejadian tidak diingini berlaku Indonesia sekali lagi dikejutkan di laman sendiri kali ini tewas 0 3 kepada Thailand dalam perlawanan kelayakka...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids