Menteri Dengan Mi Segera


 

Bila kita bercakap pasal mi segera kita akan sebut “Maggi”. Walaupun mungkin yang dimakan “Indomie” atau “Mamee” dan lain-lain. Begitu kuatnya jenama “Maggi” di negara kita sehingga ia sinonim dengan mee segera.
Mengapa? Mungkin kerana “Maggi” sampai dulu di negara ini mendahului jenama lain. Mungkin kerana kita kenal “Maggi” sebelum kita kenal mi segera yang lain. Saya kenal “Maggi” pada 1968 kalau tak silap. Masa belajar Tingkatan 1. Hampir setiap minggu makan “Maggi mee”. Hanya ada perisa ayam ketika itu. Sepeket 50 sen.
Boleh dikatakan kita semua sudah menjamah mi segera terutamanya “Maggi”. Daripada budak-budak, golongan dewasa serta orang tua. Daripada pelajar, pekerja, orang tak ada kerja, hilang kerja, suri rumah hingga lah ke CEO. Malah pak menteri.
Azmin Ali pernah menaik muat gambar di media sosial ketika menikmati mi segera. Azmin yang merupakan menteri kanan dalam pentadbiran Muhyiddin Yassin tersenyum ketika bergambar dengan mi segeranya.
Tidak lama kemudian, Ismail Sabri Yaakob, juga menteri kanan dalam pentadbiran Muhyiddin, juga bergambar menjamu selera dengan mi segera.
Wee Ka Siong, menteri pengangkutan pun tumpang. Makan mi segera depan kamera dan hantar ke media sosial. Ada lagi menteri makan mi segera?
Ada. Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa. Berselera dengan semangkuk besar mi segera. “Shoot” dan “post” ke media sosial.
Tak pasti mi segera apa yang mereka makan. “Maggi” atau jenama lain. Tetapi rakyat anggap pak menteri makan mi Maggi. Seperti disebut tadi “Maggi” sinonim dengan mi segera.
Mungkin pihak Maggi boleh terbitkan iklan untuk uar-uarkan produk mereka makanan kegemaran menteri. Tetapi saya rasa tidak akan berlaku. Sebab rakyat amat marah dengan gelagat pak menteri. Lihat sahaja komen di media sosial kita akan tahu rakyat meluat.
Dalam keadaan dewasa ini yang menekan, ramai kata pak menteri “ngada-ngada”.
Lalu pelbagai kata-kata keras, juga sinis, pedih, dan tajam dikeluarkan. Tidak perlu saya ulangi apa yang sudah dan masih diperkatakan.
Yang ingin saya tanya ialah mengapa si menteri makan mi segera, ambil gambar, dan hantar ke media sosial?
Ada yang syak itu semua dilakukan untuk membolehkan pak menteri “membuktikan” kepada rakyat mereka juga sama seperti mereka, makan apa yang rakyat makan. Maksudnya “I am one of you” dan bukan elitis.
Berdasarkan reaksi marah yang tercetus jelas “strategi” (jika ia sesungguhnya strategi untuk meningkatkan imej) tidak berjaya.
Mengapa rakyat tidak “termakan”? Kerana ramai percaya ia tidak realistik. Bagi mereka, menteri boleh sahaja memesan makanan dengan cepat. Ada pegawai serta pembantu yang boleh pergi beli atau memesan agar makanan dihantar segera ke pejabat menteri. Makanan yang lazim dimakan pak menteri. Tidak perlu makan mi segera.
Tetapi mungkin kali ini pak menteri mahu ubah selera? Mungkin tetapi pada ketika rakyat sedang marah kerajaan (kita tahu mengapa, tidak perlu dijelaskan di sini) langkah menteri dengan mi segera dilihat “sumbang”. Apatah lagi dikatakan ada menteri yang bergambar memakai jam tangan jenama mewah yang mahal harganya.
Lantas jika pak menteri mahu menonjolkan imej sederhana, ia sukar diterima ramai. Apatah lagi jika jam tangan diambil kira. Malah yang tidak berjam tangan mahal juga tidak dilihat sebagai “simple”.
Perlu diingat apa yang dihuraikan ini kesimpulan komen rakyat marhean di media sosial. Umumnya ramai berpendapat gambar menteri makan mi segera “photo op” atau peluang bergambar semata-mata.
Untuk bercakap lanjut, elok kita bertanya mengapa kita sendiri makan mi segera? Jawapan kita mungkin boleh buat kita tahu mengapa menteri pun makan mi segera.
Ada antara kita – rakyat biasa – makan mi segera kerana memang kita suka. Ada yang berbuat demikian kerana ia murah dan kita kesempitan wang. Apa lagi waktu ini.
Dulu pelajar kerap dikaitkan dengan keadaan begitu. Sama juga anak bujang yang baru mula kerja di ibu kota. Tetapi sekarang sejak Covid-19 melanda ramai yang “masuk” ke dalam golongan ini. Adakah menteri makan mi segera juga kerana ia murah dan menteri kesempitan wang? Kita tahu jawapannya.
Beralih ke satu lagi sebab kita makan mi segera. Ia senang dimasak sedap dimakan. Apabila kita kesuntukan masa mengejar rezeki, kita mesti makan cepat. Mi segera boleh dikatakan makanan segera.
Pak menteri juga sibuk. Atau itulah gambarannya. Mereka juga mengejar masa untuk melaksanakan bermacam tugas. Perlu hadir mesyuarat, pertemuan, perlu ke sana ke sini. Oleh itu mereka juga terpaksa makan dengan cepat. Mi segera lah jawabnya.
Saya akui jika itu sebabnya menteri makan mi segera maka ia boleh diterima. Kerana mengejar masa maka menteri makan mi segera seperti kita rakyat biasa.
Cuma makan je lah. Tidak perlu ambil gambar. Serahkan amalan ambil gambar dengan makanan kepada anak-anak muda. Pak menteri bukan muda lagi. Hanya sedikit muda daripada saya.
Kalau nak juga ambil gambar dengan mi segera ambillah dan hantar kepada isteri, anak, dan keluarga. Tidak perlu dimuat naik di media sosial untuk tular. Meskipun saya tahu orang politik kena “iklan” diri sendiri.
Namun letak gambar makan mi segera inilah akibatnya. Dimarah dan dimaki, dipersenda rakyat yang sedang marah. - FMT 
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2021/06/menteri-dengan-mi-segera.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Must+Know+the+T

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ebit Liew Pulanglah Segera Kami Malu Menteri Mufti Ularmak Tak Boleh Diharap

Ebit Liew Pulanglah Segera Kami Malu Menteri Mufti Ularmak Tak Boleh Diharap

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 220 hits
NORMAN RADZUANEbit Liew pulanglah segera kami malu MENTERI MUFTI ULARMAK TAK BOLEH DIHARAP Pulanglah segera Ebit Liew kami malu bila melihat bangsa Cina membantu tanpa persoalkan bendera putih bangsa apa agama apa dan parti apa yg memerluka...
Mi Segera Belah Empat Lampin Bayi Dipakai Berulang Danial Zaini

Mi Segera Belah Empat Lampin Bayi Dipakai Berulang Danial Zaini

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 340 hits
Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY KUALA LUMPUR Pelawak dan penyanyi Danial Zaini 28 mengaku tidak mampu untuk hanya membatukan diri di saat ramai menghantar mesej peribadi kepadanya meminta bantuan makanan gara gara terjejas dengan situasi Perint...
Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 275 hits
Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin ketika sidang media di Ibu Pejabat JKR di Sembulan Kota Kinabalu KOTA KINABALU Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera membekalkan vaksin ke Sabah yan...
Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan Asean Ke 15

Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan Asean Ke 15

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 237 hits
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Menteri Menteri Pertahanan ASEAN ke 15 yang dihoskan oleh Brunei Darussalam sebagai Pengerusi ADMM 2021 melalui persidangan video hari ini Mesy...
Gempar Portal Lapor Mesyuarat Luar Biasa Menteri Menteri Umno Dengan Presiden Petang Ini

Gempar Portal Lapor Mesyuarat Luar Biasa Menteri Menteri Umno Dengan Presiden Petang Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 172 hits
inforakyat netPara menteri dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu dikatakan akan mengada mesyuarat dengan Presiden Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada jam 3 00 petang ini di Bangunan UMNO PWTC Menurut sumber mesyuarat tersebut diatur seca...
Sotong Goreng Guna Tepung Goreng Segera Mr Celup Tepung Station Ori Terengganu

Sotong Goreng Guna Tepung Goreng Segera Mr Celup Tepung Station Ori Terengganu

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 645 hits
Assalamualaikum dan hi macam mana dengan aktiviti harian korang sepanjang pkp ni harap semuanya okay sihat dan ceria selalu Zaza macam biasalah kalau tak ada kerja nak buat petang hari lepak dekat kebun je ambil angin kebun tepi rumah je du...
Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 249 hits
Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 yang berkuatkuasa hampir sebulan telah menyebabkan kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Muhammad Faisal Abdul Aziz kemerosotan kualiti hidup...
Wordplay And Slang For Brand Name

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Makan Steamboat Dapat Henna Free


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage