Mi Segera Belah Empat Lampin Bayi Dipakai Berulang Danial Zaini


Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY KUALA LUMPUR : Pelawak dan penyanyi, Danial Zaini, 28, mengaku tidak mampu untuk hanya membatukan diri di saat ramai menghantar mesej peribadi kepadanya meminta bantuan makanan gara-gara terjejas dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 kini.
Menurut Danial, hatinya luluh di saat mengetahui terlalu ramai yang terpaksa mengikat perut dan berada dalam kedaifan lantaran tidak mampu untuk bekerja atau sukar mendapatkan pertolongan.
“Bayangkanlah perasaan saya, nak makan pun rasa tak lalu bila setiap hari ada yang mesej minta tolong mereka terputus bekalan makanan, hidup susah dalam keadaan sekarang ini yang bukannya satu perkara rekaan.
“Ada keluarga terpaksa belah empat satu paket mi segera, si bapa hirup kuah saja dan mi diberi pada anak-anak untuk dimakan. Ada yang lampin pakai buang bayi itu dicuci dan dipakai berkali-kali. Tuala wanita pun sama bahkan ada yang tak pakai pun.
“Semuanya kerana tak ada duit, tak ada kerja dan ada juga yang langsung tak dapat bantuan. Tergamakkah saya untuk duduk diam sahaja dan tak ambil tahu bila mereka minta tolong?”katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Menurut Danial lagi, berikutan itu sejak sebulan yang lalu dia menyertai Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia demi meneruskan hasrat membantu lebih ramai individu yang terjejas akibat pandemik pada waktu ini.
“Ini bukan kali pertama saya turun padang buat kebajikan. Sebelum PKP pun ada saja, tapi tak diceritakan kepada orang sebab saya tak rasa ia satu keperluan dan bimbang orang fikir nak menunjuk-nunju atau riak.
“Bukan juga untuk publisiti. Dulu saya buat seorang, tapi bila terlalu ramai yang minta tolong, saya perlu bergerak dengan pasukan supaya dapat mencakupi skala bantuan lebih luas terutama di luar bandar,”katanya.
Bagaimanapun, kata Danial, dia melihat terlalu ramai golongan miskin bandar yang terjejas pada waktu ini dan sebolehnya golongan ini dijadikan sasaran utama ketika ini.
“Miskin kampung dengan miskin bandar berbeza. Miskin kampung kalau tak ada duit boleh lagi pergi menjala ikan atau masuk hutan. Di bandar ini kita nak kemana? Menerusi kempen bendera putih sekarang ini pun saya percaya ada yang masih segan dan malu nak beritahu mereka susah.
“Tak semua sanggup nak beritahu mereka sedang susah dan terdesak sedangkan di dapur memang sudah tiada beras atau lauk untuk dimakan. Itu belum lagi bab bil-bil keperluan yang sudah lama tertunggak tidak mampu dijelaskan,”katanya.
Sementara itu, Danial melahirkan rasa syukur kerana banyak pihak membuka mata dan saling membantu mengikut keupayaan masing-masing terutama golongan selebriti dan artis yang sama-sama menggerakkan misi bantuan.
Pun begitu, dia benar-benar berharap agar bantuan berbentuk makanan yang disampaikan tidak dicatu dengan jumlah yang tidak munasabah memandangkan ada pihak sebelum ini yang berbuat demikian.
“Janganlah bagi tiga biji telur, beras yang dicatu dalam plastik, mi segera tiga bungkus sedangkan penerima bantuan keluarganya ramai. Satu lagi, jangan buat demi kandungan media sosial.
“Buat mereka yang perlukan bantuan, jangan segan mesej saya atau di Instagram Pertubuhan Generasi Muafakat Malaysia atau hubungi talian 010-6536464. Mungkin kami tak dapat banu semua, tapi kami cuba tolong pada mereka yang benar-benar terjejas,”katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/mi-segera-belah-empat-lampin-bayi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

Pemimpin Korup Sama Seperti Lampin Bayi Dah Penuh Kena Tukar Naim Daniel

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 281 hits
Berikutan pelbagai kontroversi mengaitkan ahli politik kebelakangan ini ramai pihak meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir pemimpin bersikap lepas tangan dengan masalah yang menimpa rakyat Mana tidaknya ramai yang dikhabarkan mem...
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu Dan Bayi Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 324 hits
Makanan Untuk Ibu Mengandung Yang Tinggi Dengan Khasiat Untuk Ibu dan Bayi Dalam Kandungan l Assalamualaikum Mengandung antara detik terindah dalam kehidupan seorang wanita Perasaan gembira tu tak tahu nak digambarkan macam mana Lagi lagi b...
20 Bayi Di Bangka Terpapar Selama Pandemi Covid 19

20 Bayi Di Bangka Terpapar Selama Pandemi Covid 19

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 309 hits
Selain puluhan bayi yang terpapar Covid 19 terdapat 189 balita atau anak usia satu sampai empat tahun terpapar virus Corona
Tertukar Bayi Wajib Kembali Berbin Binti Bapa Kandung Mufti

Tertukar Bayi Wajib Kembali Berbin Binti Bapa Kandung Mufti

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 328 hits
Kesilapan membin atau membintikan bayi yang tertukar dengan keluarga lain wajar dibetulkan semula meletakkan nama bapa sebenar agar tidak menimbulkan isu berbangkit di kemudian hari terutama membabitkan pembahagian pusaka Mufti Kelantan Moh...
Kenapa Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan Ini Antara Sebabnya

Kenapa Bayi Lelaki Kuat Menyusu Berbanding Bayi Perempuan Ini Antara Sebabnya

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 293 hits
Betul ke bayi lelaki menyusu lebih banyak dari bayi perempuan Mengikut RNI Malaysia 2017 keperluan bayi lelaki lebih tinggi dari bayi perempuan pada usia 0 6 bulan iaitu lebih kurang 50 kalori Ini bersamaan dengan 75ml susu ibu Ini adalah s...
Warga Temukan Bayi Terbungkus Plastik Hanyut Di Saluran Irigasi Sruweng Kebumen

Warga Temukan Bayi Terbungkus Plastik Hanyut Di Saluran Irigasi Sruweng Kebumen

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 201 hits
Kasubbag Humas Polres Kebumen Iptu Tugiman mengatakan mayat ditemukan sekitar pukul 09 30 WIB di saluran irigasi desa setempat Minggu
Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

Redakan Panas Badan Bayi Dengan 2 Bahan Dapur Ini Sahaja

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 293 hits
Kenapa tetiba boleh timbul tentang kunyit lak ni kredit google manfaat co id Kisahnya disebabkan my hero Irfan yang baru umur 8 bulan mengalami panas badan suhu sekitar 37 6 C di bahagian leher terlebih sedikit dari paras normal sedikit bat...
Urban Renewal Not A Dirty Term

Time To Rethink Wildlife Crossings On Our Highways

Rafizi I Was Told I D Be Lifted Up In Pas But I M Not Interested

Lawat Siti Jamumall Tindakan Rakan Diselar Netizen Yang Penting Rakam Dulu

Kpn Gerak Program Arkib Komuniti Mahu Masyarakat Jadi Penjaga Sejarah

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Keratan Anak Pokok Rose Jepun Dah Sampai

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dari Derita Ke Kaya Raya Inilah Pkr

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Nasi Impit Kuah Kacang Untuk Minum Petang

Acar Buah Tengku Ampuan Pahang Juara Pertandingan Masakan

May 18 2025

Rossa Aku Baik Saja Chord