Golongan M40 Setengah Juta Jadi B40 Kerajaan Perlu Bantu Segera



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa hampir sebulan telah menyebabkan kesempitan hidup yang semakin parah dalam kalangan rakyat.
Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz, kemerosotan kualiti hidup dapat digambarkan dalam laporan Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (AEC) baru-baru ini, menyatakan lebih 600,000 isi rumah dari golongan berpendapatan pertengahan atau M40 telah tergelincir ke dalam kategori golongan berpendapatan rendah B40.
“Menerusi dialog Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pula kita didedahkan data yang menunjukkan situasi ekonomi rakyat amat meruncing.
“Antaranya 200,000 orang hampir kosong simpanan mereka di KWSP, 6.24 juta ahli di bawah 55 tahun hanya ada kurang dari RM10,000 dalam Akaun 1, serta berdasarkan Purata Simpanan Kebangsaan Rakyat Malaysia, tanpa KWSP, purata rakyat Malaysia yang mempunyai tabungan adalah negatif 0.5%.
“Dalam masa sama, kerajaan hari ini masih gagal untuk mendapatkan bekalan vaksin mencukupi. Menurut kenyataan dari Perdana Menteri, kerajaan gagal untuk memberi 400,000 dos vaksin sehari akibat dari kegagalan pihak pembekal membekalkan vaksin mengikut kehendak negara.
“Kenyataan ini menzahirkan usaha melawan Covid-19 menerusi sasaran mencapai imuniti kelompok akan berlarutan untuk satu tempoh yang lama dan sudah pasti sekatan seperti PKP mungkin akan turut berpanjangan dan memberi gambaran Pelan Pemulihan Negara bakal berlanjutan,” katanya dalam satu kenyataan.
Oleh kerana pandemik tidak akan berakhir dalam jangka masa pendek, malah pembinaan semula ekonomi negara memakan masa lebih lama, pemimpin ABIM itu menyarankan agar kerajaan merangka satu pelan komprehensif untuk meminimumkan kesengsaraan hidup rakyat
“Pertama, ABIM menggesa kerajaan bertanggungjawab terhadap kesan langsung dari PKP. Satu pakej bantuan besar-besaran harus ditunaikan kepada rakyat meliputi B40 serta M40 yang juga berada dalam kedudukan bakal tergelincir ke golongan B40 pada bila-bila masa. Ini termasuk moratorium pinjaman automatik yang harus dilaksanakan sama seperti PKP 1.0.
“Kedua, pihak kerajaan harus mencari alternatif atas kegagalan yang berlaku termasuk kegagalan mendapat bekalan vaksin yang mencukupi untuk memastikan kesengsaraan hidup rakyat tidak terlalu berpanjangan. Menyalahkan satu pihak lain tanpa kemukakan alternatif tidak akan sama sekali membantu rakyat mengakhiri keperitan hidup
“Apatah lagi kerajaan telah mengumumkan peruntukan program vaksinisasi sejumlah RM 5 bilion meliputi setiap aspek perlaksanaannya termasuk pembelian vaksin pada 17 Mac 2021, sepertimana yang diumumkan Kementerian Kewangan. Maka, rakyat berhak mengetahui sebanyak mana jumlah itu telah memberi nilai kepada keselamatan dan kesejahteraan mereka,” katanya lagi.
Selain itu, ABIM juga menyarankan kerajaan mengkaji semula perancangan yang dibentangkan dengan penglibatan bersama semua pihak memandangkan situasi semasa, terutama jumlah angka kes Covid-19 masih mencanak dikhuatiri akan gagal menemukan hasil dari perancangan yang dikemukakan sebelum ini.
Hal itu, kata Faisal, termasuklah kajian semula terhadap SOP yang tidak jelas dalam aspek penguatkuasaan PKP 3.0


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32415

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

Senarai Insentif Disediakan Bantu Golongan B40 Usahawan Orang Asli

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 246 hits
Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyediakan beberapa insentif dalam usaha membantu usahawan terjejas dan golongan B40 bagi meneruskan kelangsungan dan meningkatkan pendapatan mereka Menterinya Datuk Abd Latiff Ahmad berkata antara insen...
Vaksinasi Segera Golongan Pendidik Bantu Buka Sekolah Lebih Cepat

Vaksinasi Segera Golongan Pendidik Bantu Buka Sekolah Lebih Cepat

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 182 hits
i Guru turut kemuka 5 isu utama pendidikan perlu ditangani ketika PdPR BANGI Ikatan Guru Guru Muslim Malaysia hari ini mengetengahkan lima isu utama pendidikan yang perlu ditangani kerajaan ketika Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Antara...
Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

Kes Bunuh Diri Meningkat Ketika Pandemik Kerajaan Perlu Bantu Golongan Terkesan Teruk Kata Anwar

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 238 hits
Anwar Ibrahim berkata dengan peningkatan kes bunuh diri sebanyak 20 iaitu daripada 188 kes pada 2018 kepada 226 kes dilaporkan sepanjang tahun lalu usaha perlu dilakukan bagi membantu golongan terkesan teruk akibat pandemik PETALING JAYA Ke...
Peminjam Golongan B40 M40 T20 Usahawan Mikro Dapat Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

Peminjam Golongan B40 M40 T20 Usahawan Mikro Dapat Moratorium 6 Bulan Tanpa Syarat

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 273 hits
Sebentar tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mengumumkan bantuan yang akan disalurkan kepada rakyat Antara yang menarik perhatian dan paling diharapkan rakyat adalah pemberian moratorium secara automatik
Bantuan Khas Covid 19 Pemulih Buat Golongan Miskin Tegar B40 Dan M40

Bantuan Khas Covid 19 Pemulih Buat Golongan Miskin Tegar B40 Dan M40

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 855 hits
Bantuan Khas Covid 19 PEMULIH Buat Golongan Miskin Tegar B40 dan M40 Pada 28 Jun 2021 Kerajaan telah mengumumkan bantuan terbaharu kepada rakyat Malaysia susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3 0 iaitu Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan ...
M40 Jadi B40 Terpaksa Minta Beras Sekarang

M40 Jadi B40 Terpaksa Minta Beras Sekarang

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 239 hits
M40 jadi B40 terpaksa minta beras sekarang Ada masa saya tiada beras terpaksa meminta kepada yang ada Ibu tunggal M40 Ibarat jatuh ditimpa tangga Itu perumpamaan buat ibu tunggal berusia 45 tahun Siti Suzanne Anton yang pernah bertugas seba...
Masih Dikategorikan M40 Dibuang Kerja 8 Bulan Lepas Ibu Tunggal Anak 5 Tak Dapat Bantuan B40

Masih Dikategorikan M40 Dibuang Kerja 8 Bulan Lepas Ibu Tunggal Anak 5 Tak Dapat Bantuan B40

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 492 hits
Dugaan yang melanda kepada ibu tunggal 45 tahun Siti Suzanne Anton ini ternyata dapat membuka mata kita bahawa betapa besarnya impak pandemik Covid 19 ini terhadap seseorang bahkan ekonomi juga
Moratorium Automatik 6 Bulan Tak Kira B40 M40 T20

Moratorium Automatik 6 Bulan Tak Kira B40 M40 T20

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 244 hits
MALAYSIAKINI Moratorium automatik selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro untuk pinjaman bank tanpa mengira kelas masyarakat Permohonan boleh dibuat bermula 7 Julai nanti Tiada lagi syarat penguran...
Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

Buka Segera Parlimen Dan Kerajaan Yang Stabil

papar berkaitan - pada 17/6/2021 - jumlah : 217 hits
NORMAN RADUANBerdasarkan kenyataan media saya cuba memahami ke Bawah Duli Tuanku dan Raja2 Melayu mahukan Parlimen dibuka semula dgn kadar segera Seri Paduka Baginda juga mahukan kerajaan yg lebih stabil Kerajaan yg stabil bagi pandangan sa...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri

10 Cuka Epal Terbaik Untuk Kesihatan Kecantikkan Anda