Bekalkan Segera Vaksin Ke Sabah Rakyat Kecewa Tangguh Temujanji Bung Moktar


Timbalan Ketua Menteri l yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (kanan) ketika sidang media di Ibu Pejabat JKR di Sembulan, Kota Kinabalu.


KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan digesa untuk segera membekalkan vaksin ke Sabah yang kini dilihat semakin berkurangan bekalan ekoran permintaan tinggi rakyat di negeri ini untuk menerima vaksin.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, pendaftaran penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera selain secara manual turut menjadi faktor kepada kekurangan bekalan vaksin di negeri ini.

“Pendaftaran dan permintaan yang tinggi dikalangan rakyat menjadi faktor kurangnya bekalan vaksin ini dan saya difahamkan beberapa hospital dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Sabah terpaksa menangguhkan temu janji penerima vaksin.

“Perkara ini tidak seharusnya berlaku dan sudah pasti ada rakyat yang kecewa apabila tiba giliran namun terpaksa menangguhkan pemberian vaksin pada satu tarikh yang ditetapkan kemudian,”katanya ketika dihubungi disini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya berkata, ketika ini hanya 10,000 hingga 11,000 orang dalam sehari rakyat di Sabah menerima dos vaksin dan boleh ditingkatkan kepada 20,000 sehari.

“Namun, ekoran bekalan vaksin yang terhad selain kekangan yang lain menyebabkan sasaran ini sukar dicapai selain usaha mencapai imuniti kelompok dengan cepat agak sukar jika bekalan vaksin masih tidak mencukupi.

“Meskipun kerajaan telah mempergiat pelbagai kempen kesedaran termasuk Program Jangkauan Luar ke luar bandar serta pembukaan PPV yang baru, tetapi jika bekalan vaksin tidak mencukupi, usaha itu hanyalah sia-sia kerana bekalan masih kurang,”katanya.

Sehubungan dengan itu Bung meminta kerajaan Pusat khususnya kementerian yang berkaitan agar melihat isu ini sebagai perkara penting agar keadilan bagi penerima vaksin di negeri ini dapat dipenuhi selari dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, kerajaan pusat wajar mengambil kira aspek keselamatan dan kesihatan rakyat Sabah dengan membekalkan vaksin mencukupi untuk kegunaan rakyat di Sabah kerana negeri ini mencatat angka kes positif COVID-19 dalam jumlah terkawal dan seharusnya boleh beralih ke Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

“Banyak negara telah berjaya mengekang penularan pandemik COVID-19 melalui pemberian vaksin kepada rakyatnya, justeru kita perlu mempercepatkan proses pemberian vaksin kepada rakyat di negara ini khususnya di Sabah.

“Dimana kita mensasarkan dalam bulan Oktober ini sekurang-kurangnya 85 peratus rakyat Sabah sudah meneria vaksin,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/07/bekalkan-segera-vaksin-ke-sabah-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dine In Sabah Bung Moktar Sokong Penuh Longgar Sop

Dine In Sabah Bung Moktar Sokong Penuh Longgar Sop

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 309 hits
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menyokong keputusan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berhubung isu melonggarkan prosedur operasi standard di negeri berkenaan Dine in Sabah Bung Moktar sokong penuh longgar SOP B...
Akhirnya Rakyat Disuruh Membeli Vaksin

Akhirnya Rakyat Disuruh Membeli Vaksin

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 172 hits
Tall Stupid AKHIRNYA RAKYAT DISURUH MEMBELI VAKSIN Akhirnya Menteri yg menyelaras program Imunisasi Covid 19 ini berkata rakyat yg mahu segera divaksin boleh ke sektor swasta dan terpaksa membayar sendiri kos tersebut Gila apa ni Kita semua...
Awani Borneo 22 06 2021 Pendaftaran Vaksin Rendah Di Sabah Vaksin Bergerak Di Pedalaman

Awani Borneo 22 06 2021 Pendaftaran Vaksin Rendah Di Sabah Vaksin Bergerak Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 360 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Gerakkan NGO beli tempatan dan latih ketua adat cadangan DAP Sabah Naik bot ambil vaksin di PPV bergerak S
Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja Kepentingan Rakyat Atau Pembalak

Tangguhkan Segera Projek Pembinaan Jalan Dari Kampung Mat Daling Ke Kampung Pasir Raja Kepentingan Rakyat Atau Pembalak

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 1143 hits
TEMERLOH Projek Jalan Luar Bandar sepanjang 52 55 kilometer dari Kampung Mat Daling Jerantut Pahang ke Kampung Pasir Raja Dungun Terengganu asalnya dicadangkan oleh seorang pembalak tegar pada zaman kleptokrat Ia diluluskan beberapa tahun l...
Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

Hiburan Saya Takut Jarum Tapi Tiara Jacquelina Minta Rakyat Tak Bazirkan Dos Vaksin

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 229 hits
Pelakon dan penerbit berprofil tinggi Puan Sri Tiara Jacquelina berkongsi sebuah video hantaran di akaun Instagramnya dimana beliau sedang mendapatkan suntikan vaksin COVID 19 AdvertisementMenurut Tiara beliau seseorang yang amat takut deng...
Rakyat Kecewa Apa Ubatnya

Rakyat Kecewa Apa Ubatnya

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 252 hits
KALAU tengok tanda pagar atau hashtag di twitter semalam ia memberi gambaran seolah olah kemarahan rakyat sudah memuncak Mengejutkan apabila tanda pagar seperti itu menjadi trending Sebenarnya rakyat bukannya marah tetapi lebih kepada kecew...
Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

Inilah Sebabnya Kerajaan Tidak Mesra Rakyat Ini Mesti Segera Ditumbangkan

papar berkaitan - pada 23/6/2021 - jumlah : 223 hits
Ini antara kisah berkait permohonan moratorium automatik bersasar PKP 3 0 yang dikongsikan kepada saya 1 Dia punya temuduga untuk dapatkan moratorium ibarat mahu mohon jawatan Pengarah Tidak semudah seperti dikhabarkan Baki gaji berapa Bera...
Lebih 3 000 Imam Guru Agama Sabah Telah Menerima Vaksin

Lebih 3 000 Imam Guru Agama Sabah Telah Menerima Vaksin

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 326 hits
Seramai 2 016 imam masjid dan 1 000 guru agama di seluruh Sabah telah mendapat janji temu untuk menerima suntikan vaksin Covid 19 Foto Bernama KOTA KINABALU Seramai 2 016 imam masjid dan 1 000 guru agama di seluruh Sabah telah mendapat janj...
Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

Sabah Dijangka Terima 2 2 Juta Dos Vaksin Pada Julai Ogos Hajiji

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 328 hits
195 Pusat Pemberian Vaksin telah diwujudkan RANAU 8 Julai Sabah dijangka menerima 2 2 juta lagi dos vaksin daripada kerajaan Persekutuan pada bulan ini dan awal Ogos depan dalam usaha mempercepatkan proses vaksinasi rakyat menerusi Program ...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

Drama Pabila Dia Tersenyum

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

User Acquisition And Retention

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain