Mengkritik Presiden Umno Lebih Berdosa Daripada Mengkritik Perdana Menteri


 
Tiga pemimpin yang diambil tindakan oleh MT UMNO baru-baru ini secara umumnya hanyalah kerana mereka merupakan pengkritik kepada Presiden parti, Ahmad Zahid Hamidi.

Tajuddin Abdul Rahman, Ketua UMNO merangkap Ahli Parlimen Pasir Salak, sebelumnya adalah penyokong kuat Zahid Hamidi dan berikutan kalah bertanding Naib Presiden UMNO pada pemilihan 2018, beliau dilantik sebagai Ahli MT dan Pengarah Pilihanraya BN.

Tetapi, setelah kecenderungannya beralih arah dan memihak kepada Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob serta mengkritik Zahid Hamidi, semua jawatan politik lantikan yang dipegangnya segera ditarik balik.

Tajuddin secara terbuka pernah mengadakan sidang media mengkritik Zahid Hamidi berhubung kemelut politik semasa, termasuk mengenai sokongan Presiden UMNO itu kepada Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Penggantungannya selama enam tahun yang diputuskan oleh MT UMNO pada 30 September lalu secara mudahnya adalah tindakan untuk menggugurkannya daripada terus dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Pasir Salak.

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Mohd Yusof Ismail yang turut digantung selama enam tahun adalah juga ialah kerana tindakannya yang kerap mengkritik Zahid Hamidi.

Bagaimanapun, tidak seperti Tajuddin, Mohd Yusof mendakwa, beliau hanya mengkritik Presiden UMNO itu secara tertutup dalam ruang sembang Grup Whatsapp saja.

Mengakui dirinya adalah penyokong kuat Ismail Sabri, ternampak seperti tiada sebab lain Mohd Yusof digantung keahliannya melainkan kerana kritikannya terhadap Zahid Hamidi.

Sama seperti Tajuddin, penggantungan keahlian Mohd Yusof adalah untuk menjadikan beliau tidak layak dipilih sebagai calon mewakili UMNO dan BN dalam PRU15 akan datang.

Bagaimanapun, berbeza dengan Zaharin Md Yasin, seorang Ketua UMNO Cawangan dalam Bahagian Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur yang diketahui kerap mengkritik Zahid Hamidi melalui tulisan dan video di media sosial, beliau sebaliknya dipecat terus keahliannya daripada UMNO.

Zaharin secara berterus-terang mengatakan beliau dipecat adalah kerana kritikannya kepada Zahid Hamidi dan menambah, akan memperhebatkan lagi serangannya setelah bukan lagi merupakan ahli UMNO selepas ini.

Secara mudah untuk difahami, ketiga-tiga mereka yang diambil tindakan oleh MT UMNO pada mesyuarat 30 September lalu adalah kerana dosa mereka mengkritik Presiden UMNO.

Namun, sepertimana kita semua sedia maklum, selain Zahid Hamidi yang menjadi sasaran kritikan ahli UMNO, Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri turut tidak terkecuali menerima nasib yang sama.

Selain melalui tulisan di media sosial, terdapat juga individu tertentu daripada UMNO yang membuat live FB setiap malam untuk mengkritik dan kadang-kadang lebih sesuai dikatakan membalun Perdana Menteri.

Yang peliknya, tidak pernah pun mereka itu diambil tindakan atau sekurang-kurangnya diberi amaran oleh UMNO, walhal Perdana Menteri yang menjaga negara adalah daripada UMNO dan mewakili UMNO.

Kenapa pengkritik Perdana Menteri tidak diambil tindakan oleh UMNO, berbeza dengan pengkritik Presiden UMNO?

Apakah Perdana Menteri daripada UMNO yang menjaga 32 juta rakyat tidak wajar diberi perlindungan oleh parti berbanding Presiden UMNO yang hanya menjaga 3.4 juta ahli?

Apakah mengkritik Presiden UMNO yang hanya menjaga sedikit orang lebih besar dosanya daripada mengkritik Perdana Menteri yang bertanggungjawab menjaga seluruh rakyat negara ini?

Di manakah sebenarnya kemuliaan dan ketinggian institusi Perdana Menteri berbanding institusi Presiden di mata UMNO?

Kalau Perdana Menteri daripada UMNO pun tidak dimuliakan dan ditinggikan darjatnya oleh UMNO, siapa lagi yang diharapkan berbuat demikian?

Apakah jika Perdana Menteri adalah Presiden UMNO, maka hanya pada ketika itu perlindungan seimbang dapat diperolehinya? – ShahbudinHusin 02/09/2022.





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/10/mengkritik-presiden-umno-lebih-berdosa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

Pru 15 Rahim Thamby Chik Ramal Umno Tidak Akan Menang Lebih 50 Kerusi

papar berkaitan - pada 3/10/2022 - jumlah : 133 hits
Walaupun UMNO kelihatan bersedia untuk berhadapan Pilihan Raya Umum Ke 15 namun ahli politik veteran Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik meramalkan parti itu tidak akan menang lebih daripada 50 kerusi Bekas Ketua Menteri Melaka itu berkata seba...
Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

Bubar Parlimen Jemaah Menteri Pas Umno Bersatu Tidak Sokong

papar berkaitan - pada 23/9/2022 - jumlah : 215 hits
Nak buat PRU15 tahun ni memang dah terlambat dan boleh dikatakan agak melampau sekiranya diadakan pada musim tengkujuh Rakyat sedang risau malapetaka banjir apakah yang bakal mereka hadapi Ismail sabri tidak perlu tunduk dengan desakan geng...
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan Pru15 Tahun Ini

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 227 hits
Menteri Kabinet Tolak Cadangan Umno Mahu Adakan PRU15 Tahun Ini Kabinet gagal mencapai kata sepakat untuk mengadakan pilihan raya umum tahun ini menurut laporan Utusan Malaysia Memetik seorang menteri kabinet yang tidak mahu mendedahkan ide...
Semua Perdana Menteri Mahathir Kacau Sejak Bila Mahathir Sayang Ismail Sabri

Semua Perdana Menteri Mahathir Kacau Sejak Bila Mahathir Sayang Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 207 hits
Oleh Adam MaikKedudukan Ismail Sabri terancam Sejak bila Mahathir Sayang Perdana Menteri UMNO Mahathir membuat kenyataan baru2 ini bahawa UMNO berpeluang memenangi pilihanraya ke15 namun kedudukan Ismail Sabri terancam kata nya Sambil itu M...
Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

Kesiannya Presiden Umno Ni Tak Habis2 Merengek Nak Pru15 Segera

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 185 hits
Meskipun jika PRU15 diadakan pada musim tengkujuh Ismail Sabri Yaakob selaku perdana menteri sementara masih mempunyai kuasa dan melaksanakan tugas rasmi termasuk untuk menangani banjir kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Menurut pengerus...
Mahathir Penuh Bagasi Tidak Layak Jadi Calon Perdana Menteri Sekali Lagi Walaupun Sehari

Mahathir Penuh Bagasi Tidak Layak Jadi Calon Perdana Menteri Sekali Lagi Walaupun Sehari

papar berkaitan - pada 29/9/2022 - jumlah : 197 hits
Oleh Adam MalikDipercayai melalui sumber tertentu Tun Mahathir sedang membuat kerja2 belakang tabir pergunakan pengaruh dan pihak ketiga untuk membuat laluan untuk dia menjadi Perdana Menteri Apabila Mahathir memberi kenyataan jika tiada si...
Selepas Bebas 40 Kes Mahkamah Zahid Hamidi Patut Berhenti Menekan Perdana Menteri

Selepas Bebas 40 Kes Mahkamah Zahid Hamidi Patut Berhenti Menekan Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 26/9/2022 - jumlah : 160 hits
Apabila Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan projek visa luar negara Jumaat lalu persoalan yang menjadi penantian pemerhati politik dalam UMNO ialah apakah geraka...
Tahniah Syabas Dan Salute Kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Daripada Hishamuddin Rais

Tahniah Syabas Dan Salute Kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Daripada Hishamuddin Rais

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 142 hits
My comments are in English Ucapan tahniah dan salute itu dekat penghujung YouTube video ini My Comments Today the Prisons Department has confirmed that Najib is NOT in jail The Prison s Department refers a KL High Court ruling dated 12 Sept...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator