Mengapa Syed Saddiq Buat Apa Yang Dia Buat


 

Kata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Muda (baca: beliau sendiri) akan “tetap komited menyokong usaha kerajaan dalam agenda pembangunan negara progresif yang memerlukan undi 2/3 dewan seperti agenda reformasi institusi.”
Jika begitulah keadaannya bolehkah ditafsir sebarang usaha kerajaan perpaduan di Parlimen tidak akan terjejas (asal ia progresif) walaupun sudah tidak menikmati majoriti 2/3 akibat langkah Syed Saddiq tarik balik sokongan, sekaligus keluar blok kerajaan. Oleh itu apa perlunya kecoh-kecoh yang kita dengar sekarang dan hentam menghentam antara Syed Saddiq dan pengkritiknya?
Namun mengapa Syed Saddiq keluar blok kerajaan in the first place? Kata beliau kerana membantah keputusan melepas tanpa membebaskan presiden Umno yang juga timbalan perdana menteri Zahid Hamidi daripada 47 tuduhan dalam kes berkait Yayasan Akalbudi. Jelas Syed Saddiq menyalahkan kerajaan dan menyifatkan “tindakan kerajaan dilihat menormalisasikan rasuah”. Beliau menegaskan tidak mahu “bertolak ansur dengan perbuatan tidak berprinsip”. Nyata menurut beliau tindakannya berdasarkan prinsip.
Tetapi bagi Razlan Rafii, ahli majlis tertinggi Umno, alasan kes Zahid untuk tinggalkan blok kerajaan adalah “muslihat”. Kata beliau lagi, Syed Saddiq sudah buat keputusan keluar blok kerajaan perpaduan apabila Muda yang dipimpinnya bertembung dengan parti pemerintah persekutuan pada enam pilihan raya negeri tempoh hari. Untuk rekod, Muda meletakkan calonnya di beberapa kawasan bukan sahaja menentang calon Pakatan Harapan-Barisan Nasional tetapi juga Perikatan Nasional. Semua calon Muda kalah.
Untuk berlaku adil perlu juga diimbau apa kata Syed Saddiq ketika mengumumkan partinya akan bertanding PRN secara solo. Ketika itu beliau mendakwa Muda bertanding kerana “parti besar” tidak tunaikan manifesto. Boleh disimpulkan beliau merujuk PH dan jelas beliau bercakap mengenai prinsip. Namun beliau mengakui tindakan bertanding solo pada PRN juga kerana pihaknya “tidak diundang langsung” oleh PH ke mesyuarat pembahagian kerusi.
Imbau beberapa bulan sebelum itu Syed Saddiq pernah meluahkan rasa kecewa kerana permohonan Muda untuk menyertai PH secara formal tidak mendapat apa-apa respon. Adalah dipercayai PKR kurang minat Muda menyertai PH. Ada pihak mendakwa ini kerana terdapat kalangan pemimpin muda PKR melihat Syed Saddiq sebagai ancaman. Namun penghalang utama ialah ramai dalam dan luar PH melihat Syed Saddiq proksi Dr Mahathir Mohamad dan trojan horse – semuanya beliau nafikan tetapi terus menghantuinya sehingga ke hari ini. Pun begitu bolehkah semua faktor yang disebut ini mencetuskan keadaan retak menanti belah?
Berbalik keputusan kes Zahid yang digunakan Syed Saddiq sebagai sebab beliau keluar blok kerajaan. Semasa keputusan diumumkan beliau menzahirkan rasa tidak puas hati lantas mengancam akan tidak menyokong kerajaan. Reaksi ahli majlis tertinggi Umno Puad Zarkashi begini: “tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen. Tak payah ancam-ancam.” Bagi saya sesiapa pun akan melenting dan kota apa yang dikata jika dicabar begitu.
Selain memberitahu Muda tidak perlu beri amaran, Puad juga berkata Muda tidak perlu turun ke jalan raya sebagai protes. Sebaliknya buatlah tindakan yang dinyatakan. Tindakan sudah diambil Syed Saddiq dan kini diberitakan Muda bersama pertubuhan masyarakat sivil merancang demonstasi pada masa terdekat. Syed Saddiq bagaimanapun pun mendakwa tidak ada hasrat (setakat ini) menyertai perhimpuan Pemuda PN, yang dikatakan akan diadakan pada 16 Sept ini. Hakikatnya Muda dan PN senada dalam isu kes Zahid.
Kolumnis Malaysiakini, P Gunasegaram mengaju persoalan adakah Syed Saddiq benar-benar seorang yang berprinsip atau seorang yang bijak memaparkan “opportunistic political stunt” dan menunjuk kuasa yang beliau ada untuk menafikan majoriti 2/3 di Parlimen.
Kata Gunasegaram, seorang wartawan veteran, jika prinsip menjadi keutamaannya, Syed Saddiq mesti bertanya diri sendiri bagaimana beliau boleh menjadi Ahli Parlimen yakni menerusi kerjasama dengan PH yang bukan sahaja tidak meletak calon menentangnya tetapi menyokongnya sehingga menang di Parlimen Muar pada PRU14.
“Sebagai seorang yang berperinsip seperti yang didakwa beliau harus mengosongkan kerusinya dan mendapatkan mandat baharu rakyat yang mengundinya dulu yang berpandu keyakinan beliau akan sokong PH,” kata Gunasegaram. Saya perlu mencelah jika ini dilakukan Syed Saddiq beliau akan hilang hak bertanding untuk tempoh yang lama mengikut perundangan pilihan raya negara.
Apa pun Syed Saddiq sudah mengatakan keengganan tunduk terhadap desakan beberapa ahli politik supaya beliau mengosongkan kerusinya dan sebaliknya beliau menuntut pendesak yang perlu mengosongkan kerusi masing-masing.
Saya akhiri dengan catatan Zin Mahmud, seorang lagi wartawan veteran yang ditulis menurutnya “saja untuk peringatan”. Lalu beliau mengingatkan semua “Syed Saddiq menjadi Ahli Parlimen atas mandat dari pengundi Muda dan Pakatan Harapan sehingga penggal berakhir. Antara mandat itu ialah menyokong PH menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.”
Benar. Suka atau tidak itu realiti. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/09/mengapa-syed-saddiq-buat-apa-yang-dia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Jangan Lupa Dulu Menang Sebab Disokong Pengundi Ph

Syed Saddiq Jangan Lupa Dulu Menang Sebab Disokong Pengundi Ph

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 264 hits
HARAPAN DAILY Setiausaha Agung DAP Anthony Loke mengingatkan Syed Saddiq Syed Abdul bahawa kemenangan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia itu di Parlimen Muar dicapai atas sokongan daripada pengundi PH Menurutnya Saddiq menang di keru...
Syed Saddiq Biar Dihukum Daripada Hilang Prinsip

Syed Saddiq Biar Dihukum Daripada Hilang Prinsip

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 215 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara rasmi mengumumkan keluar daripada kerajaan perpaduan untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga Presiden Muda itu berkata keputusan berkenaan diambil sebagai tan...
Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 247 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2023Tindakan presiden Muda itu susulan ketidakpuasan hati terhadap keputusan perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi baru baru ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka membuat pengumuman rasmi...
Puad Zarkashi Keluar Kerajaan Helah Syed Saddiq Mahu Jawatan

Puad Zarkashi Keluar Kerajaan Helah Syed Saddiq Mahu Jawatan

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 179 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mendakwa tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan blok kerajaan adalah helah untuk beliau menuntut jawatan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Muar itu...
Is Syed Saddiq Really A Principled Person

Is Syed Saddiq Really A Principled Person

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 184 hits
If the latest antics of Muda founder and chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman are to be believed he is a highly principled person who can t stand to see the corruption charges against Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi dropped Is he re...
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 253 hits
BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan K...
Kuasa Ketiga Syed Saddiq Takkan Ke Mana Sehelai Pun Bulu Roma Anwar Tak Jatuh

Kuasa Ketiga Syed Saddiq Takkan Ke Mana Sehelai Pun Bulu Roma Anwar Tak Jatuh

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 163 hits
Setelah didesak banyak pihak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya akur untuk menarik diri dan tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan Presiden Muda itu bagaimanapun mengumumkan pendiriannya untuk tidak bersama blok pembangkang PN sebalikn...
Syed Saddiq Takes Muda Out Of Unity Govt Forms Third Force

Syed Saddiq Takes Muda Out Of Unity Govt Forms Third Force

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 253 hits
Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman was unhappy with deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi s conditional discharge in the Yayasan Akalbudi trial PETALING JAYA Muar MP and Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has dropped ...
Selepas 20 Tahun Jepun Perkenal Wang Kertas Baharu

The Best Of Celebrity Legs And Feet In Tights Vol 74 The Red White And Blue 2024

Pengeluaran Melalui Akaun Gap Di Gold Atm

Diesel Subsidies A Step Forward With Room For Improvement

Enjoying View While It Lasts

Ageing Malaysia The Critical Role Of Caregivers And Government

Sedap Ayam Goreng Dsara Fried Chicken Temerloh

Simpati Nasib Najib Noh Omar Masuk Bersatu



Info Sinopsis Kutipan Filem Kutukan Ilmu Hitam Waruga Black Magic Curse 2024 Kini Di Netflix Malaysia

5 Tumbuhan Berbentuk Aneh Yang Menyerupai Organ Manusia

Info Dan Sinopsis Filem Pemandi Jenazah The Corpse Washer 2024 Kini Di Netflix Malaysia

Berapakah Tahap Kepanasan Suhu Api Dapur Gas Anda

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dedaun Hijau Di Angin Lalu Slot Megadrama Astro Ria


Dua Survey Dapati Najib Terlalu Popular Lalu Ada Pihak Halang Pembebasan Nya

15 Summer Wreath Designs Bursting With Color And Joy

Linda Enggai Bejaku Suah Chord

Kucaimars Aku Fobia Chord

Govt Committed To Building Sungai Bakap Tamil School

Former Court Of Appeal Judge Named New Suhakam Chair