Kuasa Ketiga Syed Saddiq Takkan Ke Mana Sehelai Pun Bulu Roma Anwar Tak Jatuh


 
Setelah didesak banyak pihak, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya akur untuk menarik diri dan tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan.
Presiden Muda itu bagaimanapun mengumumkan pendiriannya untuk tidak bersama blok pembangkang PN, sebaliknya memilih untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga di Dewan Rakyat.
Dalam hal ini, banyak pihak telah memberi respon atau reaksi terhadap keputusan yang dibuat Ahli Parlimen Muar itu.
Ada yang memuji dan tidak kurang yang menghentam beliau.
Tetapi, meskipun Syed Saddiq tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan, pilihannya untuk menjadi kuasa ketiga di Parlimen bukanlah pilihan yang mampu membawanya ke mana-mana.
Dengan hanya satu kerusi saja dimiliki di Parlimen, berbanding kerajaan perpaduan ada 147 dan PN memiliki 74, peranan kuasa ketiga Muda hampir tidak bernilai apa-apa.
Sebagai peringatan kepada Syed Saddiq untuk renungannya, tiada mana-mana parti pernah berjaya dengan impian untuk menjadi kuasa ketiga di negara ini.
Pada PRU 2018, ketika berlaku pertembungan antara PH dan BN ketika itu, Pas telah memilih untuk menjadi kuasa ketiga dengan harapan mereka mampu menjadi penentu dalam pembentukan kerajaan.
Impian Pas itu terbukti gagal di mana mereka hanya berjaya menang 18 kerusi Parlimen saja dan PH mampu membentuk kerajaan tanpa pertolongan sesiapa.
Pada PRU 2022 lalu, Pejuang pimpinan Tun Mahathir Mohamad turut mahu menjadi kuasa ketiga di sebalik PH, BN dan PN saling bersaing untuk menjadi kerajaan.
Pejuang bukan saja kalah semua kerusi, malah hilang deposit di semua kerusi yang ditandinginya.
Apakah Muda yang hanya ada satu kerusi di Muar, itu pun menang pada PRU15 lalu dengan bantuan, sokongan serta laluan diberi PH, merasakan dirinya lebih hebat daripada Pas dan Pejuang dalam konteks berangan-angan sebagai kuasa ketiga?
Sebelum nak bercita-cita mahu jadi kuasa ketiga, lebih baik Syed Saddiq tumpukan fikiran bagaimana untuk Muda mampu mempertahankan lagi kerusi Muar pada PRU selepas ini, sambil memastikan kes mahkamahnya tidak sampai menghumbannya ke penjara.
Di waktu yang sama, tiada majoriti dua pertiga di Parlimen akibat penarikan sokongan Syed Saddiq itu sebenarnya juga tidak memberi apa-apa kesan kepada kerajaan perpaduan.
Tiada apa-apa yang terganggu dalam pentadbiran seharian kerajaan, bahkan kelulusan rang undang-undang di Parlimen hanya memerlukan undi majoriti melalui undian belah bahagi, bukan sokongan dua pertiga Ahli-Ahli Parlimen.
Lebih daripada itu, majoriti dua pertiga juga sudah tidak dimiliki oleh mana-mana Perdana Menteri dan kerajaan sejak tahun 2008 lagi.
Di banyak negara di dunia pula, kerajaan yang memiliki majoriti dua pertiga hanya boleh dibilang dengan jari saja sekarang ini.
Jadi, tak jatuh walau sehelai bulu roma Anwar Ibrahim pun dengan ketiadaan majoriti dua pertiga akibat tindakan Syed Saddiq itu.
Namun, untuk perjuangan masa depan Muda dan dirinya sendiri, Syed Saddiq harus sedar, bukan saja lebih banyak “bulu” mungkin tertanggal daripada tubuhnya, malah mungkin tak cukup “bulu” untuk dipertaruhkan demi survivalnya selepas ini.
Kecualilah, jika beliau tak malu, lalu sedia “menjilat” PN yang diketuai Mahiaddin Md Yasin yang pernah dituduhnya mengheretnya ke mahkamah sebelum ini semata-mata kerana dia enggan menyokong bekas Perdana Menteri yang gagal itu. – ShahbudinHusin 11/09/2023.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/09/kuasa-ketiga-syed-saddiq-takkan-ke-mana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muda Bertanding Pun Harap Ehsan Ph Kuasa Ketiga Syed Saddiq Takkan Kemana

Muda Bertanding Pun Harap Ehsan Ph Kuasa Ketiga Syed Saddiq Takkan Kemana

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 373 hits
KUASA KETIGA SYED SADDIQ TAKKAN KE MANA SEHELAI PUN BULU ROMA ANWAR TAK JATUHShahbudin HusinSetelah didesak banyak pihak Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akhirnya akur untuk menarik diri dan tidak lagi menyokong kerajaan perpaduan Presiden Mud...
Syed Saddiq Just Angling For Govt Position Says Puad

Syed Saddiq Just Angling For Govt Position Says Puad

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 237 hits
Umno Supreme Council member Puad Zarkashi said he was disappointed that the Muda president had used the two thirds majority to his advantage Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has been accused of using withdrawal of support for th...
Syed Saddiq Drama King Hero Tidak Bertempat

Syed Saddiq Drama King Hero Tidak Bertempat

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 253 hits
Syed Saddiq Drama King cuba menjadi hero tetapi tidak bertempat malah beliau juga sekadar menjadi pejuang keadilan palsu dan selektif Syed Saddiq juga cuba buat drama sepatutnya pihak yang harus diserang dan sisasar oleh SS adalah pihak lai...
Is Syed Saddiq Really A Principled Person

Is Syed Saddiq Really A Principled Person

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 255 hits
If the latest antics of Muda founder and chief Syed Saddiq Syed Abdul Rahman are to be believed he is a highly principled person who can t stand to see the corruption charges against Deputy Prime Minister Ahmad Zahid Hamidi dropped Is he re...
Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 311 hits
BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan K...
Saya Bukan Pak Turut Kata Syed Saddiq

Saya Bukan Pak Turut Kata Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 219 hits
PETALING JAYA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan beliau bukan pak turut kata presiden Muda itu menjawab kritikan pemimpin Umno bahawa tindakan partinya keluar kerajaan sebagai helah menuntut jawatan dalam kerajaan Mengulas kenyataan A...
Syed Saddiq Will Move To Opposition Bloc Speaker

Syed Saddiq Will Move To Opposition Bloc Speaker

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 291 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman will be seated in the opposition bloc of the Dewan Rakyat beginning tomorrow following his decision to withdraw support from the unity government Dewan Rakyat Speaker Johari Abdul said he had received a...
Papagomo Didenda Rm2 100 Cederakan Sebut Kata Kurang Sopan Terhadap Syed Saddiq

Papagomo Didenda Rm2 100 Cederakan Sebut Kata Kurang Sopan Terhadap Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 306 hits
BernamaKAJANG Mahkamah Majistret di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM2 100 ke atas bekas exco Pemuda Umno Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo yang didapati bersalah mencederakan Syed Saddiq Syed Abdul R...
Pen Nsula House By Studio Fabricio Rodrigues A Serene Lakeside Sanctuary In Piracaia

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next

Adventure Travel To The Amazon Forest A Journey Into The Heart Of Nature

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

Ditching The Vinegar Burn With These Expertly Crafted Keto Gummies Full Of Apple Flavor

Monitor All Projects To Ensure Timely Completion Pm

Comic Art Festival Kuala Lumpur 9

Drama Dari Rahim Yang Sama


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kerajaan Perlu Ambil Tindakan Tegas Terhadap Tengku Maimun Nazri

Exploring The Underwater Caves Of The Yucat N Peninsula

20 Idea Kerja Dari Rumah 2025 Edition

Especial Construcci N En Madera

Don T Let Voters Feel Sidelined Announce Projects Early Says Tapah Mp

Set Aside Agenda Outgoing Kl Tower Operator Told