Syed Saddiq Sebabkan Kerajaan Hilang Majoriti Dua Per Tiga



BIARPUN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hanya mempunyai satu kerusi Parlimen iaitu Muar yang disandang oleh Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, namun tindakan parti berkenaan menarik sokongan kepada Kerajaan Perpaduan mengakibatkan Kerajaan Perpaduan hilang majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.
Tindakan Muda itu menyebabkan Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini hanya mempunyai 147 daripada 222 kerusi Parlimen iaitu kurang satu kerusi untuk memudahkan mereka melepasi sebarang undian bagi meluluskan sebarang pindaan Perlembagaan Persekutuan, pada masa depan.
Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, tindakan Muda menarik sokongan, meberikan sedikit kesan kepada Kerajaan Perpaduan kerana kehilangan kuasa majoriti dua pertiga untuk meluluskan usul sebarang pindaan melibatkan Perlembagaan Persekutuan.
Namun Mohd Azizuddin berkata, dengan situasi politik mutakhir, isu berkenaan bukan isu besar kerana kerajaan sebelum ini berjaya meminda Perlembagaan Persekutuan biarpun mereka tidak memiliki majoriti dua pertiga di Parlimen.
“Jika ada cadangan pindaan dan sebagainya, kerajaan hari ini boleh berunding dan menandatangani Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) dengan pembangkang bagi memastikan sebarang pembentangan usul termasuklah pindaan Perlembagaan berjalan lancar di Parlimen.
“Malah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika menjadi Perdana Menteri pernah menandatangani CSA bagi memastikan Belanjawan 2023 diluluskan oleh Dewan Rakyat,” katanya.
Tindakan itu adalah sebagai tanda protes terhadap keputusan mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan membabitkan Yayasan Akalbudi, baru-baru ini.
“Muda telah membuat keputusan untuk jadi pembangkang third force (kuasa ketiga) sebagai tanda protes kerana kerajaan pada hari ini menggugurkan 47 kes rasuah. Ini adalah permulaan untuk menormalisasikan rasuah.
“Kami tidak boleh dan tidak akan bertolak ansur dengan langkah tidak berprinsip ini. Biarlah saya dihukum daripada hilang prinsip dan berdosa besar,” tegas Syed Saddiq.
Bagaimanapun, kenyataan terbaharu dikeluarkan oleh Presiden Muda itu menimbulkan 1,001 persoalan sama ada parti berkenaan mampu bertahan jika bergerak solo tanpa bekerjasama dengan koalisi Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) mahu pun Perikatan Nasional (PN).
Ini kerana, kata Mohd Azizuddin kemenangan Syed Saddiq di Parlimen Muar dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini adalah atas ihsan serta sokongan pengundi PH.
“Tanpa sokongan pengundi PH, mustahil untuk Muda menang. Bahkan mereka berisiko hilang deposit kerana parti berkenaan tidak mempunyai penyokong akar umbi yang ramai, sekali gus mengurangkan peluang untuk menang dalam mana-mana pilihan raya akan datang termasuklah pada PRU16 nanti,” katanya.
Dalam pada itu, Pensyarah Sosiobudaya di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, selain menyukarkan kerajaan semasa untuk meminda Perlembagaan, sebarang usaha untuk melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya serta menambah bilangan kerusi Parlimen, pada masa depan juga berdepan kesukaran.
“Namun apa yang pasti Muda sukar menang mana-mana PRU akan datang jika mereka bertanding secara solo kerana mereka dilihat sebagai sebuah parti elit yang tidak mempunyai jentera dan keahlian yang ramai seperti PH-BN atau PN,” katanya.
Semasa Pilihan Raya Negeri baru-baru ini, 14 calon Muda yang bertanding di Dewan Undangan Negeri Selangor telah kalah teruk sehingga hilang wang deposit - SH

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2023/09/syed-saddiq-sebabkan-kerajaan-hilang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Ph Bn Akan Hilang Lebih Banyak Sokongan Syed Saddiq

Kerajaan Ph Bn Akan Hilang Lebih Banyak Sokongan Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 134 hits
utusantv comOleh September 15 2023Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman GAMBAR Team Syed SaddiqKERAJAAN Perpaduan yakni gabungan Pakatan Harapan dengan Barisan Nasional akan hilang lebih banyak sokongan pada masa hadapan sekiranya isu...
Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

Syed Saddiq Keluar Kerajaan Kata Sumber Muda

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 222 hits
freemalaysiatoday com 10 Sep 2023Tindakan presiden Muda itu susulan ketidakpuasan hati terhadap keputusan perbicaraan rasuah Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi baru baru ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijangka membuat pengumuman rasmi...
Syed Saddiq Biar Dihukum Daripada Hilang Prinsip

Syed Saddiq Biar Dihukum Daripada Hilang Prinsip

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 190 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara rasmi mengumumkan keluar daripada kerajaan perpaduan untuk menjadi pembangkang kuasa ketiga Presiden Muda itu berkata keputusan berkenaan diambil sebagai tan...
Puad Zarkashi Keluar Kerajaan Helah Syed Saddiq Mahu Jawatan

Puad Zarkashi Keluar Kerajaan Helah Syed Saddiq Mahu Jawatan

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 175 hits
Nora MahparPETALING JAYA Seorang pemimpin Umno mendakwa tindakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meninggalkan blok kerajaan adalah helah untuk beliau menuntut jawatan dalam pentadbiran Anwar Ibrahim Menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Muar itu...
Pn Menang Pulai Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Kata Hamzah

Pn Menang Pulai Kerajaan Perpaduan Hilang Majoriti Kata Hamzah

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 123 hits
Hamzah Zainudin berkata PN sedia berbincang dengan kerajaan dan mahu menjadi pembangkang yang berwibawa untuk kepentingan rakyat JOHOR BAHRU Kemenangan Perikatan Nasional di Pulai akan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan dan Barisan Nasion...
Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

Serangan Pertama Syed Saddiq Gelar Ahli Parlimen Kerajaan Hipokrit

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 209 hits
bebasnews myBy 12 09 2023Ahli Parlimen Muar itu bangun menyerang Ahli Parlimen kerajaan dengan mengingatkan pendirian mereka ketika menjadi pembangkang Ahli Parlimen Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata mahu kes Zahid Hamidi dilepas t...
Syed Saddiq Ini Kerajaan Nato No Action Talk Only

Syed Saddiq Ini Kerajaan Nato No Action Talk Only

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 102 hits
malaysiakini comAhli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melabelkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai kerajaan nato no action talk only kerana menurutnya gagal melaksanakan reformasi yang dijanjikan sebelum ini...
Syed Saddiq Sembang Jer Lebih Kecut

Syed Saddiq Sembang Jer Lebih Kecut

papar berkaitan - pada 10/9/2023 - jumlah : 202 hits
Sembang ugut muda nak keluar kerajaan sebab bebaskan zahid hamidi Harini buat kenyataan macam dah buat pusingan U Funder MUDA tak bagi keluar daripad kerajaan ker
Join Opposition Syed Saddiq Told After Lapdog Remark

Join Opposition Syed Saddiq Told After Lapdog Remark

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 191 hits
It is time for Muda president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and his party to make a decision says Howard Lee of DAP PETALING JAYA The youth party Muda and its president Syed Saddiq Syed Abdul Rahman have been urged to just leave the governm...
E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Buasir Otak Tv Hadiah Hari Guru Ikut Kerja Bapa Be Like

More Than 20 Ji Members In Johor Igp

Nepal Haram Produk Rempah Dari India Selepas Hong Kong Singapura

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Kidzania Goodday Charge Smoothie Gym Kanak Kanak Pertama Di Malaysia



Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan


Drama Anggun Mikayla Lakonan Alya Iman Nabil Aqil

Punca Otot Kejang

Aktiviti Majlis Forum Dan Pelancaran Buku Halatuju Nasionalis Ppim 18 05 2024

Status Hartanah Hakmilik Sementera Kekal Freehold Leasehold

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pantangnya Dicampur Belacan