Mak Lang 1952 Caf Langkawi Tawar Hidangan Laksa Utara 7 Jenis
Untuk edisi Pengembaraan bersama
AlongMurni (AM), AM telah turut sama menyertai QTT FAM Trip ke Pulau Langkawi
yang dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama Lembaga Pembangunan
Langkawi (LADA), Jupeter Holidays dan dibantu oleh Team KembaRojak.
Laksa merupakan menu hidangan
yang popular di Malaysia. Malahan Saluran berita antarabangsa CNN pernah
menyenaraikan hidangan yang cukup popular di Malaysia itu di tangga ketujuh
dalam senarai 50 makanan terbaik dunia. Kesedapan Laksa bergantung pada rasa
kuah yang mempunyai kombinasi rasa masam, kepedasan dan aroma dan kepekatan
kuah sehingga mampu menaikkan selera untuk menikmatinya.
Semasa berkunjung ke Langkawi AM
berkesempatan untuk singgah ke Mak Lang Café 1952 Langkawi yang terletak di
Kampung Bendang Baru. Café ini turut menyajikan hidangan laksa 7 jenis dengan
pelbagai bahan sebagai topping laksa. Sememangnya setiap mangkuk Laksa
mempunyai rasa yang berbeza dan keunikan tersendiri.
MAK LANG 1952 CAFÉ LANGKAWI
TAWAR HIDANGAN LAKSA UTARA 7 JENIS
Pemilik café ini iaitu En Mohammad
Radzi Ismail memaklumkan bahawa nama Mak Lang 1952 Café Langkawi adalah diambil
sempena memperingati nama panggilan dan tahun kelahiran ibu beliau. Kuah Laksa yang
menjadi ramuan rahsia menjadi warisan turun temurun yang sangat diminati oleh
warga setempat.
Pemilik Mak Lang Cafe Langkawi: En Mohammad Radzi Ismail
Café ini dibuka pada Februari
2023 berikutan dari permintaan yang tinggi dari pelajar Ilham Ceramic Studio dan
penduduk setempat yang hadir untuk menyertai Bengkel Kelas Pembuatan Tembikar
dan Kraftangan yang turut sama dikendalikan oleh En Radzi.
Antara 7 Laksa yang dihidangkan
di sini adalah:
Laksa Biasa (Telur Rebus Sebiji) : RM 10
Laksa Telur Goreng (Telur Mata) : RM 10
Laksa Udang (Telur Sebiji + Udang 2 ekor) : RM 12
Laksa Sambal Sotong (Telur Sebiji + Sambal Sotong) : RM 12
Laksa Isi Ketam (Telur rebus Sebiji + Isi Ketam 3 batang) : RM 12
Laksa Siput Kepah (Telur Rebus Sebiji + Isi Kepah)
Laksa Campur (Telur Sebiji, Isi Ketam 2 potong, Sambal Sotong dan Udang 2 ekor)
Terdapat juga menu sajian lain yang
sering mendapat permintaan tinggi seperti seperti Nasi Putih Udang Masak Lemak
dan Nasi lemak Udang Petai.
Nasi Putih Udang Masak Lemak (Udang masak lemak 3 ekor, Ikan goreng seekor dan ulaman)Selain itu, kuih muih tradisional yang dijual dengan harga 50 sen sebiji turut dijual di sini. Dadih cuma dijual dengan harga RM 3 dan Kek per slice dengan harga RM 7.
ILHAM CERAMIC STUDIO.
Kelas Bengkel kraftangan dan
Kelas Membuat Tembikar terletak bersebelahan Mak Lang 1952 Café Langkawi. En Radzi
merupakan salah seorang tenaga pengajar yang turut sama mengajar Kelas Tembikar
sejak tahun 2020.
Malahan terdapat juga kedai yang
menjual hasil kraftangan dan tembikar yang begitu unik dan menakjubkan. Setiap
barangan yang terhasil mempunyai keunikan dan identiti tersendiri. Sehingga kini,
Kelas Pembuatan Tembikar dan Kraftangan masih beroperasi dan pendaftaran dibuka
bagi yang berminat untuk mempelajarinya.
MAKLANG 1952 CAFÉ
LANGKAWI
No 33 (150A), Kg.
Bendang Baru,
Kampung Kuah, 07000
Langkawi, Kedah
Dibuka 8 pagi hingga 6 petang
setiap hari (kecuali Jumaat)
Lokasi: https://maps.app.goo.gl/xHZk7pcPpUp74R9Y8
IG: https://www.instagram.com/maklang1952
SEKALUNG PENGHARGAAN:
Trip ke Langkawi dan Pulau Tuba
ini telah dianjurkan oleh QTT Group Plt dengan kerjasama LADA, Jupeter Holidays
dan disokong oleh KembaRojak.
Pakej Nature-Based Travelers 2MY
diselenggarakan oleh QTT Group Plt dan Kola GlobalTravel Sdn Bhd sebagai
Syarikat Pengurusan Destinasi (DMC). Mereka menawarkan pakej pelancongan
tersuai di seluruh Malaysia, memenuhi keperluan semua peringkat umur dan minat.
Hubungi nombor/e-mel di bawah
untuk mengetahui pengalaman unik yang ditawarkan.
QTT GROUP PLT
Telefon: +60174079734
atau +60193036008
E-mel:
[email protected]
Boleh mention Kod QTTNBT-01
untuk membuat sebarang tempahan Pakej Nature-Based Travelers 2MY
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.alongmurni.com/2024/03/mak-lang-1952-cafe-langkawi-tawar.html