Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca


Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh. Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim. Dr Siti Aishah Daud, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Subang Jaya Medical Centre memberikan penjelasanan mengenai keadaan ini.

Rahim jatuh ialah keadaan di mana tisu atau ligamen yang menyokong organ pelvis seperti rahim dan pundi kencing menjadi lemah. Ia lazimnya terjadi kepada wanita yang sudah melahirkan anak dan wanita yang sudah menopaus. Semakin meningkat usia, maka semakin meningkat risiko rahim jatuh.
Ia terbahagi kepada empat tahap;
Pertama: Rahim turun sedikit daripada kedudukan asal iaitu kira-kira 1 cm dari dalam ke pangkal rahim.
Kedua: Rahim seperti terkeluar tidak melebihi 1cm daripada pangkal rahim.
Ketiga: Rahim terkeluar melebihi 2cm daripada panjang vagina.
Keempat: Rahim terkeluar daripada vagina dan tidak boleh masuk semula.
Terdapat keadaan di mana wanita mengalami rahim jatuh disebabkan oleh kecacatan kongenital di mana ligamen pada pelvis sudah sedia longgar sejak lahir?
Ia disebabkan oleh sindrom Morfan serta Ehler-Danlost yang berkaitan dengan masalah gentian kolagen dalam badan.
Punca
Rahim jatuh disebabkan oleh beberapa faktor yang berkaitan dengan kesihatan dalaman dan keadaan sekeliling. Bagi wanita dalam usia produktif dan belum menopaus, ia boleh disebabkan oleh pelbagai punca.
Proses kelahiran yang rumit yang melibatkan penggunaan alat bantu seperti forseps dan vakum. Ibu yang melahirkan bayi yang besar (berat melebihi 3.5kg ke atas) atau kelahiran kembar. Meneran lebih awal semasa proses kelahiran iaitu sebelum bukaan mencapai 10cm. Wanita yang mempunyai ramai anak. Ibu yang mengalami obesiti. Mengalami ketumbuhan seperti fibroid atau cyst yang bersaiz besar sehingga menekan ke arah pelvis. Ibu yang mengalami batuk yang berpanjangan. Ibu yang merokok atau terdedah kepada asap rokok. Mengalami masalah pernafasan seperti jangkitan pada paru-paru dan tibi yang menyebabkan batuk yang berpanjangan. Sembelit yang berpanjangan. Kerap mengangkat objek yang berat walau pun dalam postur badan yang betul. Tanda-tanda
Wanita seharusnya peka akan tanda-tanda ini. Kedudukan rahim yang semakin menurun akan ditandai dengan pelbagai simptom.
Rasa tidak selesa pada bahagian pelvis atau bawah abdomen. Kencing tidak lawas. Mudah terkencing semasa batuk atau bersin. Sakit belakang atau pinggang (lower back pain). Rasa panas dan seolah-olah ada sesuatu yang akan keluar daripada vagina apabila mencangkung. Mengalami keputihan yang banyak. Pendarahan yang disebabkan oleh ulser pada rahim. Kesan rahim jatuh
Kedudukan rahim yang rendah daripada kedudukan asal akan mengakibatkan pelbagai masalah. Antaranya ialah jangkitan kuman pada bahagian rahim yang boleh menyebabkan pendarahan dan ulser. Selain itu, kesakitan juga boleh dirasai semasa hubungan intim.
Otot kawalan kencing dan dubur juga menjadi lemah yang menyebabkan najis dan air kencing terkeluar tanpa disedari. Bagi kes rahim jatuh pada tahap keempat, pembedahan buang rahim atau histerektomi akan dilakukan untuk mengelakkan kesakitan dan pendarahan serius. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan ketidakupayaan untuk hamil lagi pada masa akan datang.
Senaman lantai pelvis cegah rahim jatuh
Bagi menguatkan otot dan ligamen yang memegang rahim, rutin senaman lantai pelvis atau kegel amat disarankan. Ia boleh dilakukan semasa hamil dan seawal seminggu selepas bersalin.
Selain itu, wanita juga disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan minum air yang banyak bagi memastikan kekuatan tisu ligamen peranakan kuat. Paling mustahak ialah mengelakkan sembelit. Senaman dilakukan secara berkala untuk mengekalkan berat badan unggul serta menjalan pemeriksaan kesihatan bagi memastikan diri bebas daripada ketumbuhan fibroid dan cyst.
 
The post Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh! Kenali 10 Lagi Punca appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/meneran-awal-semasa-proses-bersalin-boleh-menyebabkan-rahim-jatuh-kenali-10-lagi-punca/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Anak Kerap Jatuh Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam Periksa 8 Perkara Ini

Jika Anak Kerap Jatuh Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam Periksa 8 Perkara Ini

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 705 hits
Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh dia memang berisiko untuk kerap terjatuh Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehing...
Kalau Boleh Datang Awal Ye

Kalau Boleh Datang Awal Ye

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 420 hits
Pesan guru kepada mak ayah kalau boleh datang awal ye Ikutkan waktu persekolahan bermula seawal 7 30 pagi tapi ada hari yang anak anak aku akan sampai lewat sedikit ke sekolah kebanyakannya dalam pukul 7 45 pagi gitu Pagar sekolah pun 7 45 ...
Kita Lebih Mudah Jatuh Cinta Amp Kahwin Dengan Orang Seiras Ibu Ayah Kita Kajian

Kita Lebih Mudah Jatuh Cinta Amp Kahwin Dengan Orang Seiras Ibu Ayah Kita Kajian

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 400 hits
Ahli psikologi baru baru ini mengatakan kita mudah tertarik kepada individu yang mempunyai muka seiras dengan ibu ayah kita Sejauh mana anda bersetuju dengan pernyataan ini Tapi jangan hairan ya ini tidak bermakna kita mendapati ibu ayah ki...
Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

Kini Wanita Boleh Lakukan Ujian Saringan Kanser Pangkal Rahim Di Rumah Sendiri

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 414 hits
PENDEKATAN baharu saringan berasaskan teknologi bersepadu akan membolehkan wanita melakukan ujian mengesan kanser serviks dalam keadaan selesa di rumah mereka sendiri ROSE iaitu program saringan serviks pertama di dunia yang memaparkan pens...
Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar Ini Kaedah Rawatanya

Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar Ini Kaedah Rawatanya

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 377 hits
Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak kanak Biasanya proses pembuangan air besar sepanjang...
Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

Proses Bersalin Yang Sangat Lama Punca Bahu Bayi Tersangkut Ibu Hidap Kencing Manis Golongan Berisiko

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 522 hits
Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ialah antara masalah kecemasan yang boleh berlaku ketika kelahiran Ikuti penerangan Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Columbia Asia Bukit Rimau Bahu bayi tersangkut ketika kelahiran ia ...
Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

Awas Anak Tindik Telinga Terlalu Awal Berisiko Tinggi Kena Jangkitan Kuman 4 Tips Ini Boleh Elak Bernanah

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 513 hits
Tindik telinga adalah satu kebiasaan dalam masyarakat kita Tapi tahukah anda yang tindikkan anak terlalu awal boleh menyebabkan risiko tinggi terjadinya jangkitan kuman Anting anting merupakan perhiasan yang lazim digunakan oleh wanita di s...
Kena Pandang Tempat Sujud Sahaja Ke Semasa Solat Tengok Tempat Lain Boleh

Kena Pandang Tempat Sujud Sahaja Ke Semasa Solat Tengok Tempat Lain Boleh

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 739 hits
hanya boleh pandang tempat sujud sahaja ke semasa solat Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Orang ramai kebiasaannya pesan jangan tinggalkan solat solat lah di awal waktu tapi ada tak yang suruh kita perbaiki lah solat fardhu Ada t...
Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue Jangan Main Main Bayi Boleh Stres Meninggal Dalam Rahim

Doktor Terangkan 7 Risiko Kandungan Overdue Jangan Main Main Bayi Boleh Stres Meninggal Dalam Rahim

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 630 hits
Jangan abaikan perihal berkaitan usia kandungan Kandungan melepasi tarikh jangkaan bersalin atau overdue perlu diberikan perhatian ekstra perlu dirujuk ke hospital segera 7 Risikonya ini boleh menyebabkan impak besar kepada bayi ibu Usia ka...
Why Terpene Purity Is The Unsung Hero In Premium Cannabis Products

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Siapa Akan Ganti Rafizi Dan Nik Nazmi

Warga Indonesia Maut Ditikam Lima Warga Senegaranya Ditahan

Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Hari Lautan Sedunia Antara Manfaat Dan Risiko Kerang Kerangan Dalam Diet Rakyat Malaysia

Daqmie Korbankanlah Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Rezeki Tahun Ini

Filem Martabat Misi Berdarah

Lepak Mengopi Beramai Ramai Di Koffie Jln Mentol

Nak Ketupat Tahan Sampai Esok Elak 6 Kesilapan Ini Waktu Masak