Jika Anak Kerap Jatuh Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam Periksa 8 Perkara Ini


Bila bayi anda sudah mula belajar berjalan dan jatuh, dia memang berisiko untuk kerap terjatuh. Terjatuh tanpa kesan luka atau kecederaan adalah perkara normal sepanjang tempoh tumbesaran seorang anak tetapi jika terlalu kerap terjatuh sehingga ada benjol dan hentakan kuat di kepala, apakah kesannya terhadap si kecil?

Siapa yang tidak risau apabila anak terjatuh dan menangis kesakitan. Lagi bimbang bila kesan terjatuh meninggalkan benjol atau mengakibatkan kecederaan sampai berdarah.
Tetapi sebelum itu ibu ayah perlu faham mengenai kesan-kesan hentakan kepala supaya dapat membuat perbezaan antara hentakan yang serius dan hentakan yang tidak serius supaya langkah-langkah rawatan yang betul dapat diambil.
1. Lapisan kepala terbahagi kepada kulit, tengkorak dan otak. Apabila ada hentakan atau trauma ke kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau/dan otak.
2. Apabila hentakan berlaku, kulit mungkin terkoyak dan menyebabkan pendarahan tetapi jika luka tersebut besar dan melibatkan salur darah yang besar ia boleh menyebabkan pendarahan yang serius.
3. Selain luka ada juga kecederaan kulit kepala yang disusuli dengan benjol sahaja. Benjol boleh disebabkan oleh bengkak pada kulit atau pun pendarahan di bawah kulit di mana darah berkumpul antara kulit kepala dan tengkorak. Ia bermakna pendarahan itu berada di luar otak dan tidak akan menghimpit otak kerana dihalang oleh tengkorak.
4. Benjol di kepala yang disebabkan oleh pendarahan di bawah kulit biasanya akan hilang dengan sendirinya dan boleh memakan masa hingga 1-2 minggu.
5. Kecederaan kepada tengkorak dan otak mempunyai kesan yang lebih serius berbanding kecederaan kepada kulit sahaja dan kedua-duanya boleh berlaku tanpa apa-apa kesan kepada kulit.
6. Jika ada hentakan kepala dan dari segi luarannya mangsa tidak ada luka atau benjol atau apa-apa tanda kecederaan, bukan bermaksud tidak ada pendarahan atau kesan kepada otak.
7. Apabila ada keretakan kepada tengkorak ia bermaksud hentakan yang berlaku sangat kuat dan ada risiko jangkitan kerana kuman boleh masuk melalui retak di tengkorak ke otak.
8. Kecederaan ke otak boleh berlaku dengan pendarahan dalaman otak bergantung kepada di mana hentakan berlaku, pendarahan dalaman otak boleh berlaku di mana-mana bahagian dalam otak.

Antara simptom-simptom pendarahan dalaman otak atau kecederaan kepada otak:
– Pengsan selepas trauma.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua anggota badan tidak boleh bergerak.
– Amnesia/hilang ingatan.
– Keliru.
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Sawan.
– Muntah lebih dari sekali.
– Tidak dapat bercakap dengan betul atau muka menjadi senget sebelah.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga.
– Mata hitam tidak sama saiz.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
Jika ada simptom-simptom ini janganlah berlengah lagi untuk membawa anak ke hospital yang berdekatan. Jika doktor sudah memeriksa anak dan membenarkan anak di bawa pulang, kebiasaanya doktor akan memberi nasihat untuk memerhatikan anak sekurang-kurangnya dalam 24 jam yang pertama untuk tanda-tanda seperti di atas.
Sekiranya anak anda tidak ada tanda simptom tersebut, kemungkinan berlaku pendarahan dalam otak sangat tipis tetapi proses pemulihan daripada hentakan tersebut mengambil masa yang lama sehingga berminggu bahkan ada yang berbulan.
Bagaimanapun mangsa tidak akan mengalami sebarang kesan jangka panjang walaupun proses pemulihan mengambil masa yang lama.
Rawatan segera

a. Jika berlaku pendarahan akibat luka anak terjatuh, anda perlu segera menghentikan pendarahan kerana kesan serius boleh berlaku kepada mangsa jika hilang darah dengan banyak. Apa yang perlu dilakukan sekiranya terdapat luka pada kulit selepas hentakan ialah dengan mengenakan tekanan pada luka dengan menggunakan kain yang bersih. Jika pendarahan tidak berhenti atau luka agak besar, terus bawa mangsa ke klinik atau pusat kesihatan yang paling dekat sambil meneruskan tekanan terhadap luka tersebut.
b. Benjolan yang berlaku selepas terjatuh akan meninggalkan rasa sakit dan mungkin lebih sakit jika benjol tersebut ditekan. ‘Cold compress’ atau tuaman sejuk boleh mempercepatkan benjolan tersebut reda/kurang.‘Hot compress’ atau tuaman panas boleh mengurangkan sakit tetapi harus disusuli dengan tuaman sejuk kerana panas akan menyebabkan cecair tisu bertambah dan bengkak. Darah beku tersebut akan perlahan-lahan diserap balik ke tisu sekeliling dah benjolan/bengkak akan surut dan hilang.
c. Memberi Paracetamol sahaja jika perlu ubat untuk mengurangkan sakit. Tidak disarankan untuk memberi ubat dari kategori NSAID (‘Non-Steroidal Anti Inflammatory Drugs’) seperti Ibuprofen (Brufen, Bifen, Buprol-B, Ibufac, Nurofen) atau Diclofenac (Cataflam, Voren).
Sumber: doktorbudak.com
The post Jika Anak Kerap Jatuh & Kepala Terhantuk Boleh Menyebabkan Pendarahan Dalam. Periksa 8 Perkara Ini! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/jika-anak-kerap-jatuh-kepala-terhantuk-boleh-menyebabkan-pendarahan-dalam-periksa-8-perkara-ini/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Beritahu 8 Komplikasi Boleh Berlaku Kalau Hb Rendah Anak Pramatang Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

Doktor Beritahu 8 Komplikasi Boleh Berlaku Kalau Hb Rendah Anak Pramatang Risiko Pendarahan Sangat Tinggi

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 396 hits
Apabila mengetahui diri mengalami Hb rendah ibu perlu tahu risiko mengambil langkah untuk mengatasinya Ikuti perkongsian pakar O G ini Anemia atau istilah popularnya Hb rendah salah satu masalah ibu hamil yang tidak boleh dipandang mudah Ia...
Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 465 hits
Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim Dr Siti Aishah Daud Pakar Perbidanan Sakit Puan Subang...
Wajib Periksa Beg Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

Wajib Periksa Beg Guru Ini Kongsi 6 Perkara Ibu Ayah Mesti Buat Lepas Anak Balik Sekolah

papar berkaitan - pada 23/1/2019 - jumlah : 606 hits
Wajib periksa beg anak Selain itu guru ini kongsi 6 perkara ibu ayah mesti buat lepas anak balik sekolah Nampak remeh tapi penting untuk kepentingan semua Bila anak ke sekolah si kecil di luar kawalan ibu ayah dan ada guru yang memantau Per...
Doktor Bagi Neb Bila Pernafasan Anak Teruk Jika Kerap Ambil Tiada Masalah

Doktor Bagi Neb Bila Pernafasan Anak Teruk Jika Kerap Ambil Tiada Masalah

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 726 hits
Rawatan nebuliser adalah cara yang paling cepat berkesan pada bayi dan kanak kanak yang ada masalah pernafasan seperti nafas laju berkahak atau semput Persoalannya ramai ibu bapa risau anak akan ketagih neb jika kerap mengambilnya Adakah be...
Bukan Foto Cantik Semata Mata Norman Hakim Mahu Anak Kongsi Perkara Bermanfaat Di Media Sosial

Bukan Foto Cantik Semata Mata Norman Hakim Mahu Anak Kongsi Perkara Bermanfaat Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 1320 hits
Anak Norman Hakim Marissa Dania memang cantik orangnya Walau pun baru berusia 14 tahun namun pesona gadis ini berjaya mencuri tumpuan ramai Lebih lebih lagi di dalam media sosial Perhatian yang diterima Marissa secara tidak langsung menjadi...
Setiap Anak Akan Alami Separation Anxiety Bila Mula Masuk Ke Tadika Sekolah 7 Langkah Boleh Diambil Untuk Atasinya

Setiap Anak Akan Alami Separation Anxiety Bila Mula Masuk Ke Tadika Sekolah 7 Langkah Boleh Diambil Untuk Atasinya

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 561 hits
Apabila sesi persekolahan yang akan sudah bermula benda yang paling cikgu dan guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti henti Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil boleh jadi juga tempat yang sama tapi ...
Menyanyi Menyeronokkan Boleh Ajar Anak Bercakap Pakar Bahasa Kongsi Tip Untuk Anak Lambat Bercakap

Menyanyi Menyeronokkan Boleh Ajar Anak Bercakap Pakar Bahasa Kongsi Tip Untuk Anak Lambat Bercakap

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 508 hits
Kanak kanak memang sukakan lagu Sebab tu lah mereka boleh habiskan berjam jam hanya untuk menonton video nyanyian di Youtube tv dan lain2 Banyak perkara juga yang boleh dipelajari dengan lagu seperti meniru aksi meniru perkataan mengikut re...
Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

Anak 3 Tahun Suka Mengamuk Ibu Bapa Dah Boleh Hukum Sebelum Hukum Lakukan Ini

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 451 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
Tantrum Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Control Dengan 7 Tips Ini

Tantrum Ada Kaitan Dengan Perkembangan Otak Anak Ibu Ayah Boleh Control Dengan 7 Tips Ini

papar berkaitan - pada 14/1/2019 - jumlah : 464 hits
Tantrum adalah salah satu perkara yang biasa bagi kanak kanak dua tahun ke atas Pada fasa ini ibu ayah perlu lah banyakkan bersabar kerana ia ada kaitan dengan perkembangan otak si manja Ibu ini telah berkongsi mengenai tantrum yang dihadap...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya