Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar Ini Kaedah Rawatanya


Penyakit Hirschsprung adalah keadaan yang jarang berlaku yang menyebabkan najis menjadi terperangkap dalam perut dan sukar membuang air besar. Ia kebiasaannya berlaku kepada bayi dan kanak-kanak.

Biasanya, proses pembuangan air besar sepanjang usus dikawal oleh sistem saraf anda. Dalam penyakit Hirschsprung, saraf yang mengawal pergerakan ini tidak ada pada bahagian akhir usus, yang bermaksud najis mungkin terkumpul dan menyebabkan penyumbatan.
Ini boleh menyebabkan sembelit yang teruk, dan kadangkala membawa kepada jangkitan usus yang serius yang disebut enterocolitis jika tidak dikenal pasti dan dirawat lebih awal.
Walau bagaimanapun, keadaan ini biasanya dikesan tidak lama selepas kelahiran dan dirawat dengan pembedahan secepat mungkin.
Simptom penyakit Hirschsprung Simptom-simptom penyakit Hirschsprung biasanya jelas kelihatan selepas bayi dilahirkan, walaupun kadang-kadang tidak jelas sehingga seorang anak berusia setahun atau dua tahun.
Tanda-tanda keadaan ini dalam bayi termasuklah:
gagal membuang meconium dalam tempoh 48 jam (najis yang gelap seperti tar yang dikeluarkan bayi sihat yang menyusu tidak lama selepas dilahirkan perut bengkak muntah cecair berwarna hijau (cecair hempedu) Tanda-tanda pada bayi dan kanak-kanak yang lebih besar termasuklah:
perut bengkak dan sakit perut sembelit berterusan yang tidak sembuh dengan rawatan biasa tidak makan atau tidak bertambah berat badan dengan baik Sekiranya anak anda mengalami jangkitan usus (enterocolitis), mereka juga mungkin mengalami suhu tinggi (demam) dan cirit-birit berair dan berbau busuk.
Bagaimana penyakit Hirschsprung didiagnosis Jika anak anda mempunyai simptom dan tanda yang perlu dirisaukan, perut anak anda biasanya akan diperiksa dan kadangkala melibatkan pemeriksaan dubur. Doktor atau jururawat akan memasukkan jari ke bahagian dubur (rektum) untuk merasa sebarang keabnormalan.
Jika penyakit Hirschsprung disyaki, X-ray mungkin dilakukan untuk menunjukkan penyumbatan dan pengembangan pada usus.
Diagnosis boleh disahkan dengan melakukan biopsi rektum, yang melibatkan kemasukan alat kecil ke bahagian dubur anak anda untuk mengeluarkan sedikit sampel usus yang terjejas.
Ini kemudiannya diperiksa di bawah mikroskop untuk melihat jika bahagian ini tiada sel saraf.
Apakah punca penyakit Hirschsprung? Otot-otot usus dikawal oleh sel-sel saraf yang dipanggil sel ganglion. Dalam penyakit Hirschsprung, sel-sel ganglion ini hilang daripada bahagian akhir usus hingga ke anus atau pembukaan di bahagian dubur yang mengeluarkan najis.
Atas sebab tertentu, sel-sel tersebut tidak berkembang di bahagian usus apabila bayi membesar dalam rahim. Punca sebenar tidak diketahui tetapi tidak ada kaitan dengan apa yang dilakukan oleh si ibu ketika mengandung.
Sejumlah gen dikaitkan dengan penyakit Hirschsprung dan kadangkala diwarisi dalam keluarga. Sekiranya anda mempunyai anak dengan penyakit ini, anak yang lain mungkin mengalaminya juga.
Keadaan ini juga mungkin berlaku dala, keadaan genetik seperti sindrom Down, tetapi dalam kebanyakan kes tidak.
Rawatan untuk penyakit Hirschsprung Semua kanak-kanak dengan penyakit Hirschsprung akan memerlukan pembedahan.
Semasa mereka menunggu pembedahan, mereka mungkin perlu:
berhenti menyusu dan sebaliknya diberi cecair terus ke dalam saluran darah memakai tiub yang dimasukkan melalui hidung ke dalam perut untuk mengeluarkan sebarang cecair dan udara yang terkumpul di dalamnya menjalani pembilasan usus berkala, di mana tiub nipis dimasukkan ke dalam punggung dan air garam yang hangat digunakan untuk melembutkan dan menyingkirkan najis terperangkap mengambil antibiotik jika mereka mempunyai enterocolitis Anak anda mungkin perlu menetap di hospital pada masa ini, atau anda mungkin perlu menjaga mereka di rumah. Doktor anda akan menasihati anda mengenainya.
Pembedahan Kebanyakan kanak-kanak akan menjalani operasi “pull-through”, di mana bahagian usus yang terjejas akan dibuang dan bahagian usus yang sihat disatukan. Ini biasanya akan dilakukan apabila mereka berumur tiga bulan.
Jika anak anda tidak cukup sihat untuk menjalani prosedur ini – seperti disebabkan enterocolitis atau penyumbatan teruk – mereka mungkin menjalaninya dalam dua peringkat.
Beberapa hari selepas kelahiran, pakar bedah akan mengalihkan usus melalui pembukaan sementara (stoma) yang dibuat di perut. Prosedur ini dipanggil pembentukan kolostomi.
Najis akan keluar terus daripada pembukaan tersebut ke dalam kantung yang dipakai pada badan anak anda sehingga mereka cukup sihat untuk menjalani prosedur lain untuk mengeluarkan bahagian usus yang terjejas, menutup pembukaan stoma, dan menyatukan kembali dengan bahagian usus yang sihat. Ini biasanya dilakukan pada usia tiga bulan.
Prosedur ini boleh dilakukan dengan menggunakan sama ada:
pembedahan laparoskopi – ini melibatkan memasukkan alat pembedahan melalui pembukaan kecil pembedahan terbuka – di mana potongan lebih besar dibuat pada perut anak anda Bincang dengan pakar bedah anda tentang pilihan terbaik untuk anak anda.
Risiko pembedahan Tiada pembedahan yang bebas daripada risiko. Terdapat risiko kecil:
pendarahan semasa atau selepas pembedahan usus menjadi dijangkiti (enterocolitis) kandungan usus yang bocor ke dalam badan, yang boleh menyebabkan jangkitan serius (peritonitis) jika tidak dirawat dengan cepat usus menjadi sempit atau tersumbat sekali lagi, memerlukan pembedahan lanjut Pemulihan dari pembedahan Anak anda mungkin perlu tinggal di hospital selama beberapa hari selepas pembedahan. Mereka akan diberikan ubat-ubatan yang melegakan kesakitan untuk menjadikannya selesa dan cecair ke dalam saluran darah sehingga mereka dapat makan sendiri.
Tiada makanan khas yang diperlukan sebaik sahaja anda pulang ke rumah, tetapi penting untuk memastikan mereka minum banyak cecair sewaktu tempoh pemulihan.
Anak anda akan pulih dengan baik dan usus mereka akan berfungsi sebaik selepas pembedahan.
Pada mulanya mereka mungkin akan mempunyai rasa sakit di punggung ketika membuang air besar. Sebaiknya biarkan punggung mereka terdedah sekerap mungkin, dan gunakan minyak bayi untuk membersihkan bahagian punggung mereka serta nappy cream selepas setiap kali menukar lampin.
Hubungi doktor anda dengan segera jika anak anda mengalami masalah seperti perut bengkak, demam, atau cirit-birit yang busuk.
Sumber: Hello Doktor
The post Penyakit Hirschsprung Menyebabkan Bayi Tak Boleh Buang Air Besar! Ini Kaedah Rawatanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/penyakit-hirschsprung-menyebabkan-bayi-tak-boleh-buang-air-besar-ini-kaedah-rawatanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

Masalah Bayi Kembung Perut Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 522 hits
Bagi ibu bapa yang beru mendapatkan cahaya mata pelbagai rawatan penjagaan perlu dititikberatkan Terutamanya apabila bayi kerap menyusu tetapi kurang buang air besar Perihal ini boleh menyebabkan bayi kembung perut menyebabkannya tidak sele...
Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

Seawal Umur Berapa Bayi Anda Boleh Mula Minum Air Putih

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 424 hits
Air putih merupakan suatu yang sangat penting untuk survival setiap individu Namun begitu bayi yang berumur 6 bulan ke bawah masih belum boleh minum air putih kerana boleh mendatangkan pelbagai kesan terhadap kesihatan mereka Pada masa yang...
Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

Makan Vitamin Diberikan Doktor Masa Hamil Tak Menyebabkan Bayi Besar Dan Berat Ibu Naik

papar berkaitan - pada 18/1/2019 - jumlah : 439 hits
Ramai yang anggap makan vitamin boleh buat ibu hamil gemuk dan bayi dalam kandungan besar Itu salah Sepatutnya jangan culas untuk mengambilnya kerana ini untuk elakkan masalah perkembangan janin Vitamin prenatal ni penting sebab ibu mengand...
5 Jenis Makanan Yang Elok Diamalkan Kalau Susah Buang Air Besar

5 Jenis Makanan Yang Elok Diamalkan Kalau Susah Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 715 hits
MASALAH SUSAH BUANG AIR BESAR ATAU SEMBELIT NIE BOLEH DIALAMI OLEH SESIAPA SAHAJA TAK KIRA ORANG DEWASA KANAK KANAK MAHUPUN IBU MENGANDUNG Time mengandung kalau kena masalah nie memang seksa Memang kena jaga pemakanan Kalau salah makan atau...
Susah Nak Buang Air Besar Cuba Tips Cara Ini Pasti Lawas

Susah Nak Buang Air Besar Cuba Tips Cara Ini Pasti Lawas

papar berkaitan - pada 22/1/2019 - jumlah : 1029 hits
Susah nak buang air besar Cuba tips cara ini pasti lawas Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa Dah berak harini Hahaha tiba tiba tanya soalan cepu cemas kan Okay next soalan bila last berak hahaha Aduii cuba guna ayat sopan sikit Say...
Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar

Ibu Tak Sanggup Tengok Aryan Menangis Kena Jolok Dengan Lilin Setiap Kali Buang Air Besar

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 617 hits
Dilahirkan dengan usus tiada saraf dan alat sulit bengkok penderitaan adik Muhammad Arif Aryan Mohd Kamal Arif empat bulan sungguh berat Menurut bapanya Mohd Kamal masa lahir Aryan hanya disahkan mengalami CHORDOE PENIS AND HYPOSPADIAS namu...
Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

Meneran Lebih Awal Semasa Proses Kelahiran Boleh Menyebabkan Rahim Jatuh Kenali 10 Lagi Punca

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 462 hits
Wanita khususnya yang sudah melalui proses kelahiran mempunyai risiko untuk mengalami rahim jatuh Lebih berbahaya jika ia berlaku tanpa disedari dan seterusnya menggugat kesihatan rahim Dr Siti Aishah Daud Pakar Perbidanan Sakit Puan Subang...
Bantuan Murid Miskin Seluar Besar 38 Inci Kasut Bayi Mp

Bantuan Murid Miskin Seluar Besar 38 Inci Kasut Bayi Mp

papar berkaitan - pada 21/1/2019 - jumlah : 435 hits
Sehelai seluar panjang dengan saiz pinggang 38 inci dan kasut bayi antara barangan yang diterima murid di dua sekolah rendah jenis Cina di Kuala Lumpur Ia sebahagian bantuan program balik ke sekolah yang dikendalikan Yayasan Wilayah Perseku...
Buang Air Kecil Pemain Reog Di Pamulang Temukan Jenazah Banyak Luka

Buang Air Kecil Pemain Reog Di Pamulang Temukan Jenazah Banyak Luka

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 232 hits
Warga Pondok Cabe Udik kecamatan Pamulang Kota Tangerang Selatan digegerkan dengan penemuan mayat laki laki korban pembunuhan Rabu Jenazah yang belum diketahui identitasnya tersebut diduga kuat merupakan korban pembunuhan
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai