Kena Pandang Tempat Sujud Sahaja Ke Semasa Solat Tengok Tempat Lain Boleh


hanya boleh pandang tempat sujud sahaja ke semasa solat? | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semuaa~! Orang ramai kebiasaannya pesan "jangan tinggalkan solat" , "solat lah di awal waktu".. tapi ada tak yang suruh kita "perbaiki lah solat fardhu"? Ada tak? Pernah terfikir tak.. kita solat tapi masih buat maksiat? Kita solat di awal waktu tapi masih 'susah' nak jadi baik? Banyak sebab nya, and one of the reason is because of..  ketika solat, tak khusyuk. Tak fokus. Fikiran ke tempat lain walaupun mata direct pandang tempat sujud.
Eh tapi.. kalau mata tengok ke tempat lain selain dari sejadah (tempat sujud) boleh ke? Apa hukum nya?
HUKUM SOLAT TIDAK MEMANDANG KE TEMPAT SUJUD - Mufti Wilayah Persekutuankena pandang tempat sujud sahaja ke semasa solat? tengok tempat lain boleh?Soalan:
Bolehkah tuan jelaskan berkenaan hukum seseorang itu solat dalam keadaan matanya tidak memandang ke tempat sujud?
Jawapan:
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.
Dalam isu ini kita hendaklah mengetahui bahawa terdapat larangan ke atas perbuatan memandang ke langit semasa solat. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَرْفَعُونَ أَبْصَارَهُمْ إِلَى السَّمَاءِ فِي صَلاَتِهِمْ
Maksudnya: Apalah masalahnya dengan kelompok manusia yang mengangkat pandangan mereka ke langit di dalam solat mereka.
Baginda menegaskan kenyataan ini dengan katanya:
لَيَنْتَهُنَّ عَنْ ذَلِكَ أَوْ لَتُخْطَفَنَّ أَبْصَارُهُمْ
Maksudnya: Hendaklah mereka berhenti dari melakukan hal tersebut atau akan dihilangkan penglihatan mereka (menjadi buta).
Riwayat Al-Bukhari (750)
Hadis di atas ini secara jelas menunjukkan penegahan yang kuat terhadap perbuatan memandang ke langit semasa sedang mendirikan solat. Cumanya para ulama berbeza dalam menetapkan larangan tersebut adakah menunjukkan kepada haram ataupun membawa hukum makruh.
Imam Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam syarahan beliau ke atas hadis ini menukilkan kata-kata dari Imam Ibn Battal yang menyebut: Para ulama telah ijma’ ke atas kemakruhan mengangkat pandangan ke atas semasa sedang solat. Lihat Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272).
Kami menyatakan, dakwaan Imam Ibn Battal berkenaan ijma’ di situ tidaklah membawa erti bahawa tiada ulama lain yang menetapkan hukum yang berbeza. Bahkan Syeikh Syams Al-Haq Al-Azhim Abaadi berkata: ‘’Secara zahirnya mengangkat pandangan dalam keadaan sedang bersolat hukumnya adalah haram. Ini kerana, hukuman menjadi buta itu tidaklah berlaku melainkan terhadap perbuatan yang haram. Pendapat yang masyhur di sisi Syafi’eyyah menyebut hukumnya adalah makruh. Manakala Ibn Hazm telah berlebihan sehingga mengatakan perbuatan tersebut membatalkan solat’’. Lihat ‘Aun Al-Ma’bud, Al Azhim Abaadi (3/134).
Hikmah larangan di dalam hadis tersebut adalah seperti yang disebutkan oleh Al-Qadhi Iyadh Rahimahullah: ‘’Mengangkat pandangan di dalam solat padanya sedikit makna berpaling dari kiblat, dan terkeluar dari hai’ah (pergerakan) solat’’. Lihat Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272).
Selain itu, para ulama juga berbahas mengenai tempat pandangan dihalakan semasa seseorang sedang solat. Kebanyakan mereka berpandangan bahawa disunatkan untuk seseorang yang solat itu menghadapkan pandangan mereka ke tempat sujud. Ini seperti yang disebutkan oleh Imam Ibn Hajar yang menukilkan kenyataan Muhammad Ibn Sirin yang berkata:
‘’Mereka dahulu (para sahabat) berpaling-paling dalam solat mereka sehinggalah turunnya firman Allah S.W.T:
قَد أفْلَحَ المُؤمِنُون الَّذِينَ هُم فِي صَلاتِهِم خَاشِعُون
Maksudnya: Telah berjayalah golongan yang beriman. (Iaitu) mereka yang khusyu’ di dalam solat mereka.
Surah Al-Mu’minuun (1-2)
Maka mereka pun beralih semula ke arah solat mereka (iaitu solat dengan tekun) dan melihat ke arah hadapan mereka. Dan mereka menggalakkan untuk salah seorang mereka tidak melepasi pandangan mereka dari tempat sujud mereka’’. Rujuk Fath Al-Bari, Ibn Hajar (2/272).hukum solat tidak pandang ke tempat sujudKESIMPULAN
Sebagai penutup, setelah kami menekuni beberapa hujahan yang dikemukakan di atas, kami menyatakan bahawa makruh hukumnya seseorang itu tidak memandang ke tempat sujudnya semasa solat. Dalam erti kata dia memandang ke kiri dan ke kanan, atau dia mengangkat pandangannya ke atas. Kerana hal sebegini adalah amat berjauhan dengan konsep solat yang memerlukan seseorang itu untuk khusyuk, khudu’ (tunduk), serta tekun. Manakala disunatkan untuk mereka yang solat menundukkan pandangan mereka menghadap ke tempat sujud.
Akhir kalam, semoga Allah S.W.T memberikan kefahaman yang tepat kepada kita dalam beragama. Ameen.
[SUMBER]
Moga bermanfaat!
Daa~ wassalam! :)



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sayidahnapisah.com/2019/01/kena-pandang-tempat-sujud-sahaja-ke-semasa-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Sahaja Boleh Kuruskan Badan

Kebaikan Intermittent Fasting Bukan Sahaja Boleh Kuruskan Badan

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 1018 hits
Intermittent Fasting sudah tidak asing lagi di kalangan individu yang ingin mendapatkan berat badan yang diidamkan Lebih lebih lagi apabila selebriti kesayangan ramai Lisa Surihani telah membuktikan bahawa IF yang diamalkan telah mengembali...
Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat Kfc Tapi Home Made Sahaja Ya Ini Resipi Mudah Western Food Selamat Untuk Bayi Anda

Baby Dah Boleh Makan Macam Dekat Kfc Tapi Home Made Sahaja Ya Ini Resipi Mudah Western Food Selamat Untuk Bayi Anda

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 904 hits
Tak perlu risau if nak makan KFC MCD Pizza anak duk intai intai jenguk jenguk je baby pun boleh makan tapi homemade punya ya mummy Special lunch untuk permulaan 2019 Western Lunch Popcorn ayam Sausage Fries Ikuti resipi penuh di sini yang d...
Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

Selagi Tak Mandikan Tak Boleh Pakai Mufti Bidas Amalan Guna Air Solat Hajat Untuk Tolak B4la Rileks Media

papar berkaitan - pada 25/12/2018 - jumlah : 514 hits
Amalan bacaan Yasin dan solat hajat bagi melancarkan sesuatu majlis atau memohon diberikan kemudahan dalam menjalankan sesuatu perkara sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat beragama Islam Namun ada juga yang terlalu bergantung kepada amal...
Ia Foto Lama Diambil Di Tempat Lain Tapi Tuduh Kami Bunuh Anjing Lelaki Nafi Racun Anjing Sehingga Mati

Ia Foto Lama Diambil Di Tempat Lain Tapi Tuduh Kami Bunuh Anjing Lelaki Nafi Racun Anjing Sehingga Mati

papar berkaitan - pada 8/1/2019 - jumlah : 768 hits
Ia foto lama diambil di tempat lain tapi tuduh kami bunuh anjing Lelaki nafi racun anjing sehingga matiSusulan viral paparan skrin perbualan group WhatsApp yang berkongsi tips meracun anjing anjing terbiar di sebuah kawasan perumahan di Ser...
Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat Rileks Media

Kesilapan Meletak Jari Kaki Ketika Sujud Dalam Solat Rileks Media

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 389 hits
Ambil seminit baca artikel ni manalah tahu solat kita yang dah berpuluh tahun itu kalau kita persembahkan di depan Allah nanti Allah campakkan ia balik ke muka kita kerana ia tidak sah WAJIB BACA Kesilapan meletak jari kaki ketika sujud dal...
Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut

Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut

papar berkaitan - pada 7/1/2019 - jumlah : 299 hits
Kerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat TersebutKerana Jari Tidak Boleh Kawal Netizen Menyerang Dia Dari Tempat Kerja Dan Ini Jawapan Syarikat Tersebut
Pergi Bodek Tempat Lain Tmj Beritahu Syed Saddiq

Pergi Bodek Tempat Lain Tmj Beritahu Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 600 hits
Pergi bodek tempat lain TMJ beritahu Syed Saddiq Dikemas kini 20 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 26 Dec 2018 11 42PM
Dimana Tempat Boleh Hantar Al Quran Rosak Dan Buku Agama Untuk Dilupuskan

Dimana Tempat Boleh Hantar Al Quran Rosak Dan Buku Agama Untuk Dilupuskan

papar berkaitan - pada 9/1/2019 - jumlah : 1288 hits
Sebelum ni saya ada tulis tentang cara untuk Caranya memang rumit sikit sebab kita tak boleh sebarang je bakar Semuanya kena diasingkan Tambah pulak bila kita ni duduk kawasan taman mana boleh sebarangan bakar Nanti marah la jiran jiran Mem...
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan

papar berkaitan - pada 26/12/2018 - jumlah : 292 hits
Pada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa TindakanPada Tarikh Ini Sahaja Mereka Boleh Lepas Geram Tanpa Kena Apa Apa Tindakan
Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut