Mencari Kibbles Sesuai Untuk Kucing


Alahai kucing oh kucing.. Sejak hadirnya Chloe & Fluffy dalam hidup sis, terasa ada ahli baru dalam keluarga. Tak henti-henti otak ini memikirkan tentang kucing mengalahkan ada anak kecil! Banyak betul perubahan drastik pada saya. Antaranya, sekarang bila shopping di Shopee bukan cari barang sendiri, tapi lebih kepada mencari barang kucing. Tak sangka hebat betul penangan membela kucing ni.

Betullah kata orang, kita tak pernah lalui memang susah untuk zahirkan perasaan sayang kepada kucing. Tak kenal maka tak cinta.. Dulu selalu tanya office mate terutama Mrs. A tentang macam mana feeling bela kucing? So sekarang tahu sendiri macam mana perasaan itu.. 
Adorable cat
Untuk pengetahuan, saya sekarang dalam fasa mencari makanan kering yang sesuai untuk kucing indoor saya bernama Chloe dan Fluffy. 
Jadi antara jenama makanan kering (kibbles) kucing pernah saya cuba seperti berikut:
1. Royal Canin KittenPencinta kucing kata makanan jenama Royal Canin dalam kategori premium kibbles untuk kucing kayangan.. So tentulah saya cuba yang terbaik dulu. Al-maklum fur-mom newbie konon, pilih yang good-good saja.. Malangnya tak serasi, bulu banyak gugur. 
Royal Canin Kitten
Chloe and Fluffy suka kibbles jenama Royal Canin tapi so-so, tak beriya sangat mereka makan.. Kadang-kadang makan pun tak habis.
2. IAMS Proactive HealthSelepas 1 pek Royal Canin Kitten hampir habis, saya selang seli dengan kibbles jenama IAMS sebab officemate saya syorkan jenama ini. Kucing adik dia memang makan IAMS dan takde masalah kesihatan

IAMS Proactive Health
So saya pun cuba beri Chole & Fluffy makan kibbles jenama IAMS Proactive Health. Saya baca label memang agak yakin dengan pilihan kali ini.. Lepas habis 1 paket warna purple untuk kitten terus beli 3 paket lagi dengan jenis yang berbeza, pendek kata punyalah fur-mom ni gelojoh sampai standby ke usia dewasa. Mujur expiry date lambat. 
Si bulus makan IAMS bulu pun tak banyak gugur.  Anak bulus suka jenama IAMS ni tapi tuan bulus tak tahan dengan bau. Bau kibbles tu sendiri bau kucing semerbak dalam rumah, apa lagi bau poop mereka. Saya dan seisi rumah tak tahan bau. So terpaksa ikhtiar kibbles lain.. Sorry anak bulus.

3. PowerCatMaka bertukarlah ke PowerCat sebab teruja dengan status halal dan bahan-bahan yang dinyatakan hanya mengandungi ikan segar & ramuan asli. Paling penting, tanpa garam kerana melalui pembacaan saya, makanan kucing yang mempunyai garam atau lebih garam boleh menyebabkan batu karang

PowerCat Fresh Ocean Fish
Saya pilih PowerCat jenis ikan laut segar disebabkan anak bulus saya mengalami masalah bulu gugur. Masalah bulu gugur elok beri kibbles ikan sebab kaya dengan protein untuk tumbesaran dan omega asli 3 & 6 untuk masalah bulu serta mencantikkan bulu kucing

Powercat Ikan Laut Segar
Kibbles kali ini kurang digemari oleh Chloe & Fluffy sebab keras. Saya tengok mereka mengunyah kibbles ini sangatlah hazab. Pejam-pejam mata menahan keras. Saya pernah letak sedikit air untuk bagi kibbles lembut tetapi langsung tak dijamah. Saya paksa juga, tapi kasihan.. Akhirnya tak habis sampai bersemut. Maka untuk elak pembaziran, saya selang-seli kibbles PowerCat dengan kibbles lain

4. BlackwoodPencarian masih diteruskan.. Kali ini cuba pula kibbles jenama Blackwood iaitu Indoor Formula Cat Food. Chloe & Fluffy suka sangat kibbles ni. Saiz Blackwood kibbles juga kecil dan bentuk seperti bintang, mudah rapuh

Blackwood Indoor Formula Cat Food
Blackwood kibbles tak busuk dan cat poop pun tak bau. I vote for this kibbles. Malangnya hanya ada hidangan ayam dan beras. Ada sesetengah vet mengatakan kucing tak elok makan makanan manusia seperti ramuan beras walaupun setelah diproses. Resepi dalam kibbles jenis Blackwood hanya ada ayam sebagai sumber protein, takde sumber omega 3 & 6 untuk atasi masalah bulu apatah lagi mencantikan bulu

Walaupun begitu, saya tetap maintain dengan Blackwood kibbles ni, sementara mencari kibbles lain yang boleh merawat masalah bulu gugur

5. MISHA meow meowPencarian kibbles seterusnya, jatuh cinta dengan jenama MISHA meow meow sebab ramuan dalam kibbles ni seperti PowerCat, agak menyakinkan dengan kandungan makanan kucing yang lengkap dan seimbang

MISHA meow meow
Tambahan pula tiada garam tambahan dan tiada pewarna tiruan. Ada 32% sumber protein dan omega 3 & 6, perfect! So sebagai permulaan beli repack 1 kg.. Bagi makan Chloe & Fluffy, reaksi mereka macam suka sebab sekali hidang cepat habis! Habis pek kecil terus beli pek 8kg, sekali lagi menunjukkan sikap fur-mom gelojoh, konon dah jumpa kibbles yang serasi dengan anak bulus. 
Hurmmmm tak sampai 3 kali hidangan dari pek baru, mereka dah jemu. Saya tuang kibbles ni dalam bowls makanan mereka, langsung tak excited. Mereka sekadar singgah ambil bau. Lain sungguh penerimaan mereka. Tak sama seperti ketika saya memberi mereka makan IAMS dan Blackwood kibbles, belum tuang dah standby

Kibbles elok tapi mereka pula tak suka.. Hurrrmmm buat masa ini saya put aside. Last try, jenama lain pula.

6. Equilibrio KittenNext, saya cuba kibbles jenama Equilibrio sebab saya pernah baca kibbles jenama ini antara kibbles terbaik. Itu antara testimonial dari pencinta kucing yang dah bela berpuluh ekor kucing

Equilibrio repack kibbles
Maka saya pun cuba beli Equilibrio kibbles repack dulu. Konon beli 2 pek untuk si Chloe yang masih kitten dan 2 pek adult untuk si Fluffy yang sedang meningkat dewasa. Hasil pemerhatian saya mereka suka kibbles jenama ni. Makan agak banyak juga, tak berbau dan poop mereka pun okay

Equilibrio 
FINALLY.
Saya buat keputusan untuk kekal dengan kibbles jenama Blackwood, MISHA dan Equilibrio. Kombinasi 3 jenama ini mereka selera makan, kibbles tak berbau, cat poop takde masalah dan tiada masalah bulu banyak gugur. Buat masa ini saya tak bercadang untuk beri mereka makan wet food

Inilah si bulus kesayangan hamba.. Semasa gambar ini diambil, mereka sedang berselera makan kibbles jenama IAMS campur Equilibrio.

Fluffy and Chloe
Mereka sudah masuk 4 bulan bersama saya.. Fluffy berusia 9 bulan manakala Chloe berusia 7 bulan. Saya pantau kesihatan mereka closely. Kedua-duanya sudah lengkap vaksin dan spay. Si Chloe agak kurus, she was spayed last week, dalam proses sembuh while Fluffy spayed semasa umur 7 bulan pada awal April lalu.. 
Chloe and Fluffy
Happy me, riang rasa dihati bila kucing berselara makan dan sihat.. 
Almari ajaib

Amboi, si Chloe ber-posing depan almari dia.. Nak tahu apa isi almari itu?  Itulah almari mengisi segala keperluan barang si bulus. Nampak di luar kemas, tapi di dalam, jangan terkejut.....

Almari selerak
Bagai membuka pekong sendiri bila saya tunjuk isi almari berselerak - malu.. Segala macam barang kucing.. ada cat toys, kibbles, shampoo, nail clipper, sikat bulu kucing, bekas makanan, tuala mandi, lint roller, plastik litter box dan macam-macam, semua sumbat dalam alamari itu.. So jangan terpedaya dengan kecantikan luaran sahaja, hehehehe
Sampai masanya nanti saya akan organize almari ini.. Saya pun tak suka berselerak begitu, semak mata memandang

Related post : Kucing dan kesedihan.
Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Jika ada antara pembaca bela kucing, boleh share makanan jenis apa kucing anda makan.. Pembaca yang takde kucing pun boleh komen dan berikan pendapat anda.. Thank you for reading.Byeeeee... Wasalam


Regards,


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ladyinredplanner.blogspot.com/2021/07/mencari-kibbles-sesuai-untuk-kucing.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peribahasa Bergambar 16 Peribahasa Kucing

Peribahasa Bergambar 16 Peribahasa Kucing

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 1285 hits
1 Anak kucing menjadi harimau Maksud Orang miskin menjadi kaya atau rakyat biasa menjawat jawatan tinggi dalam pemerintahan 2 Bagai kucing tidur di bantai Ayam bertelur di atas padi Maksud Hidup senang dan mewah 3 Berbelok kucing main daun ...
Koleksi Bergambar Pickup Line Kucing

Koleksi Bergambar Pickup Line Kucing

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 901 hits
Koleksi Bergambar Pickup Line Kucing DD Bangi Petshop DD Setia Alam Petshop yang lucu Lawak The post appeared first on
Kerana Sayang Wanita Ini Bawa Kucing Mati Bersiar Siar

Kerana Sayang Wanita Ini Bawa Kucing Mati Bersiar Siar

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 254 hits
Banyak orang tidak boleh percaya setelah ditinggal mati peliharaan kesayangannya Daniela Cardone juga begitu ketika kucing kesayangannya mati Matute sebulan yang lalu Ia pun mengambil langkah ekstrim Wanita dari Argentina ini menjadi terken...
Cara Memilih Makanan Kucing Dan 3 Makanan Kucing Terbaik

Cara Memilih Makanan Kucing Dan 3 Makanan Kucing Terbaik

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 404 hits
Kucing tahu apa yang mereka suka makan dan banyak yang tidak mahu menyimpang dari apa yang mereka mahu makan tanpa membujuk Ramai orang menganggap ini kerana kucing sukar tetapi selektivitinya sebenarnya adalah sifat evolusi yang menghalang...
Suami Lupa Tinggal Kunci Wanita Bersama 27 Kucing Terperangkap Dalam Rumah

Suami Lupa Tinggal Kunci Wanita Bersama 27 Kucing Terperangkap Dalam Rumah

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 249 hits
Bomba memotong kunci mangga di rumah mangsa PETALING JAYA Seorang wanita berusia 55 tahun terperangkap bersama 27 kucing selepas suaminya mengunci pintu pagar rumah dan membawa bersama kunci itu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat P...
Kepala Bkn Twk Cpns Tak Sesuai Untuk Pegawai Kpk

Kepala Bkn Twk Cpns Tak Sesuai Untuk Pegawai Kpk

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 159 hits
Sehingga untuk pelaksanaan TWK Bima menyebut para assesor melakukan tiga metode yaitu indeks moderasi bernegara penilaian rekam jejak atau profiling dan tes wawancara
Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah

Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah

papar berkaitan - pada 21/6/2021 - jumlah : 347 hits
Aktiviti Yang Sesuai Dilakukan Bersama Anak Anak Di Rumah Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua Sejak Perintah Kawalan Pergerakan bermula di negara kita banyak masa kita dihabiskan di rumah bersama suami dan anak anak Jika dulu kalau st...
Telefon Yes Percuma Meletup 11 Telefon Terbaik Bawah Rm200 Sesuai Pdpr Video

Telefon Yes Percuma Meletup 11 Telefon Terbaik Bawah Rm200 Sesuai Pdpr Video

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 583 hits
Telefon YES percuma meletup 11 telefon terbaik bawah RM100 RM200 sesuai untuk pelajar PdPRtelefon yes 4g jaringan prihatin percuma meletup credit image to the owner telefon yes 4g jaringan prihatin percuma meletuptelefon yes 4g jaringan pri...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Ultimate Guide To Ghibli Park

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Pengasas Pbrs Joseph Kurup Meninggal Dunia



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Gunung Ruang Meletus Ini Senarai Penerbangan Mas Airasia Yang Dibatalkan

The Spark Of Innovation

Lirik Lagu Hidupku Sebelum Mati Kunto Aji

Doa 12 Pintu Pembuka Pintu Rezeki Segala Kebaikan

Daun Kelor Mujarab Untuk Diebetes Fahami 15 Khasiatnya

Menikahi Ibu Kandung Humor Kampung By Dr Hm Rakib S H M Ag Pekanbaru