Memorandum Persefahaman Demi Rakyat




 Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan, di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan cadangan tambahan kepada tujuh reformasi yang diumum Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob semalam.
Memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertinggi Pakatan Harapan, iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng, Mohamad bin Sabu, bersama Perdana Menteri pada 25 Ogos lalu.
Siri pertemuan di antara wakil Pakatan Harapan dan wakil Perdana Menteri, yang terdiri daripada::
Wakil Perdana Menteri:
• YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri
• YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli
• YB Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang)
• YB Tan Sri Annuar Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia
• YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan
Wakil Pakatan Harapan:
• YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung KEADILAN
• YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Timbalan Presiden AMANAH
• YB Anthony Loke, Setiausaha Organisasi DAP
• YB Gobind Singh Deo, Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP
• YB Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Penerangan KEADILAN
• YB Fahmi Fadzil, Pengarah Komunikasi KEADILAN
Pertemuan semalam telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik COVID-19. Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola Kerajaan turut dibincangkan.
Pakatan Harapan berpendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dibuat kepada Dana COVID-19 RM65 bilion yang kini hanya berbaki RM8.6 bilion untuk menangani pandemik COVID-19 dan memberikan bantuan kewangan kepada rakyat. Di samping itu perlunya ada pengecualian bayaran faedah ke atas moratorium pinjaman bank untuk golongan B40 dan M40.
Majlis Presiden turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan di dalam memorandum tersebut, seperti memperkasakan pelaksanaan Undi 18 sekarang, reformasi Parlimen dan kebebasan institusi kehakiman, antara lain. Wakil-wakil turut telah membincangkan isu undi percaya serta mekanisme pemantauan pelaksanaan memorandum persefahaman ini.
Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.
Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik COVID-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita.
YB DS Anwar Ibrahim
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
YB Hj Mohamad Sabu
Parti Amanah Negara (AMANAH)
YB Lim Guan Eng
Parti Tindakan Demokratik (DAP)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/09/memorandum-persefahaman-demi-rakyat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mou Ph Dan Kerajaan Demi Nyawa Dan Mata Pencarian Rakyat

Mou Ph Dan Kerajaan Demi Nyawa Dan Mata Pencarian Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 228 hits
MALAYSIA DATELINEMajlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan ca...
Amalan Politik Inklusif Demi Kebaikan Rakyat Annuar

Amalan Politik Inklusif Demi Kebaikan Rakyat Annuar

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 235 hits
BH ONLINE Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa bersiaran dalam sesi perbincangan menerusi platform Twitter Spaces anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dari pejabatnya di Putrajaya malam tadi Sesi yang diberi nama Ber...
Perjuangan Tun Sakaran Dandai Demi Sosioekonomi Pendidikan Rakyat Sabah

Perjuangan Tun Sakaran Dandai Demi Sosioekonomi Pendidikan Rakyat Sabah

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 342 hits
Sakaran yang berasal dari Semporna pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke 8 pada 1994 KOTA KINABALU Negara khususnya Sabah har...
Ph Cenderung Setuju Memorandum Persefahaman Dengan K Jaan

Ph Cenderung Setuju Memorandum Persefahaman Dengan K Jaan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 119 hits
malaysiakini comDiterbitkan 11 Sep 2021 10 50 pmDikemaskini 11 Sep 2021 11 08 pmMajlis Presiden Pakatan Harapan memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Ismail S...
Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

Wanita Amerika Culture Sh0ck Tengok Rakyat Australia Berkaki Ayam Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 438 hits
Kejvtan budaya selalu terjadi kepada rakyat Malaysia yang baru tiba di luar negara Walaupun budaya sesebuah negara tu pelik dan bertent4ngan dengan budaya kita namun sebagai pelancong kita haruslah h0rmat dengan cara hidup di negara tu Seor...
Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

Pm Ismail Sabri Dikecam Rakyat Jika Lengah Usul Undi Percaya Pada Sidang Parlimen Sesi September

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 259 hits
Perdana Menteri ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diingatkan agar melaksanakan usul Undi Percaya pada sidang Parlimen sesi September ini atau menghadapi kehilangan keyakinan rakyat terhadap pentadbirannya seperti bekas PM Mahiaddin Yassin...
Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

Muhyiddin Diberi Peluang Kecewakan Rakyat Lagi Kata Warganet

papar berkaitan - pada 5/9/2021 - jumlah : 168 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Warganet memberi pelbagai reaksi terhadap pelantikan bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri Segelintir pengguna media sosial memberikan maklum balas bahaw...
Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran

12 Abang Abang Macho Berentap Dalam Who S Your Bro Maskulin

Hoo Pang Ron Cheng Su Yin Ke Final China Masters 2024

Geng Jin

Perbanyakkanlah Taubat