Perjuangan Tun Sakaran Dandai Demi Sosioekonomi Pendidikan Rakyat Sabah


Sakaran yang berasal dari Semporna, pernah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.


KOTA KINABALU: Negara khususnya Sabah, hari ini kehilangan seorang tokoh yang tidak pernah jemu berjuang demi meningkatkan tahap sosioekonomi dan pendidikan rakyat, serta syiar Islam di negeri ini, setelah pemergian Tun Sakaran Dandai, awal hari ini.

Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 itu menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Gleaneagles di sini pada pukul 5.30 pagi tadi setelah dirawat di Unit Rawatan Rapi hospital itu akibat jangkitan COVID-19, sejak dimasukkan ke hospital itu pada 18 Ogos lepas.

Budi ditabur Sakaran, 91, tidak akan dapat dilupakan rakyat Sabah terutama di tempat asalnya Semporna apabila Allahyarham mengasaskan pembukaan tanah-tanah Rancangan termasuk Pulau Semporna, Mentaritip Pegagau dan Lihak-Lihak sekali gus meningkatkan tahap sosioekonomi penduduk kawasan itu.

Jasa Allahyarham dalam bidang pendidikan dan syiar Islam juga amat dihargai apabila dilantik menjadi Canselor Pertama Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Sabah 2008, serta Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 2017.

Sakaran yang berasal dari Semporna, berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Jan 1995 hingga 31 Dis 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.

Tun Sakaran Dandai, 91 dikenali sebagai Pejuangan sosioekonomi, pendidikan rakyat Sabah BACA: Tun Sakaran meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19 Dilahirkan pada 15 April 1930 di Kampung Air, Semporna, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Semporna, sebelum menyambung pelajaran di Government Vernacular School Semporna (kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan Pekan Semporna).

Allahyarham juga merupakan penerima Ijazah Doktor Kehormat Falsafah (Pengurusan) UMS pada 2004.

Dalam kerjayanya, Sakaran memulakan tugas dalam perkhidmatan awam sebagai Kerani Anak Negeri (Native Clerk) di Pejabat Daerah Semporna pada 31 Ogos 1948, dan memain peranan penting membangunkan rakyat di peringkat akar umbi melalui perkhidmatannya antaranya di Lahad Datu dan Pejabat Daerah Tuaran.

Pada 1960, Sakaran merupakan Ketua Anak Negeri paling muda dilantik ketika itu dan beliau sering memberi perhatian terhadap pembangunan pendidikan di Semporna khasnya, kerana pada masa itu hanya 35 peratus kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah, dihantar ke sekolah.
Belasungkawa | Tun Sakaran Dandai, 91 tahun, meninggal dunia Beliau kemudiannya telah membantu dalam mendirikan lebih banyak Sekolah Rakyat untuk meningkatkan taraf pendidikan penduduk Sabah, sebelum bersara daripada perkhidmatan awam pada 1967.

Sakaran pernah terlibat dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan antaranya Yang Dipertua Pertubuhan Islam Seluruh Sabah dan mengasaskan Yayasan SABDI yang memfokuskan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi dan pendidikan serta menyebar kesusasteraan Islam.

Dalam arena politik, Sakaran pernah menjadi Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada 1986, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO kedua-duanya pada 1993.

Allahyarham menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semporna pada 1976 dan Ahli Parlimen Silam pada 1978, dan kemudian ADUN Sulabayan pada 1985 sebelum mempertahan kerusi berkenaan selama lapan penggal.

Sakaran juga pernah menganggotai Kabinet Sabah bermula 1971 antaranya sebagai Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Sabah; Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah, dan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Pada 17 Mac 1994, beliau mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah kelapan, kemudian pada 1 Jan 1995 menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan.

Allahyarham menjadi Yang Dipertua Negeri Sabah selama dua penggal sehingga 31 Dis 2002.

-- BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://sabahup2date.blogspot.com/2021/08/perjuangan-tun-sakaran-dandai-demi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan Masjid Negeri Sabah

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 1087 hits
Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11 45 pagi mengikut prosedur operasi standard COVID 19 KOTA KINABALU Jenazah bekas Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan di Masjid Negeri Kota Kinab...
Former Sabah Governor Sakaran Dandai In Icu With Covid 19

Former Sabah Governor Sakaran Dandai In Icu With Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 343 hits
Former Yang di Pertua Negeri of Sabah Tun Sakaran Dandai has been admitted to the intensive care unit of a private hospital here after he was diagnosed with Covid 19 last week according to his son Reuters picKOTA KINABALU Aug 25 Former Yang...
Belasungkawa Tun Sakaran Dandai 91 Tahun Meninggal Dunia

Belasungkawa Tun Sakaran Dandai 91 Tahun Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 401 hits
Bekas Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi Perkhabaran itu disahkan anak ketiganya Datuk Seri Nasir Sakaran SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmat...
Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

Hari Kebangsaan 2021 Tun M Ajak Rakyat Ambil Iktibar Bersatumenerajui

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 323 hits
Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air Tun Dr Mahathir Mohamad percaya rakyat Malaysia mampu mengharungi semua cabaran yang dihadapi Tetapi kata Ahli Parlimen Langkawi itu penting untuk kita ambil iktibar daripada apa yang berlaku SUBSCRIBE now ...
Jauh Ketinggalan Rakyat Sabah Tak Rasa Merdeka Yang Sama

Jauh Ketinggalan Rakyat Sabah Tak Rasa Merdeka Yang Sama

papar berkaitan - pada 31/8/2021 - jumlah : 274 hits
Kain rentang yang dinaikkan penduduk Taman Bandar Sierra dan Taman Rimba di Telipok pada April KOTA KINABALU Apabila Yami Baga menonton televisyen beliau merasa sedikit terkilan melihat iklan Hari Merdeka yang menayangkan orang ramai gembir...
Perjumpaan Anwar Dan Ismail Sabri Demi Rakyat Bukan Minta Jawatan

Perjumpaan Anwar Dan Ismail Sabri Demi Rakyat Bukan Minta Jawatan

papar berkaitan - pada 28/8/2021 - jumlah : 293 hits
Kita beritahu kalau suasana begini dan program program adalah pro rakyat kita tidak mahu sulitkan katanya kepada pemberita selepas bertemu Ismail di Pejabat Perdana Menteri Pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Pa...
Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

Pemimpan Sabah Harap Ismail Sabri Tangani Masalah Rakyat Tidak Lupakan Ma63

papar berkaitan - pada 21/8/2021 - jumlah : 363 hits
Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan pengalaman dimiliki Ismail Sabri sebagai Menteri Kanan selama 17 bulan dalam pentadbiran sebelum ini nyata menyerlahkan kepimpinan dan kemampuannya GAMBAR FAIL KUALA LUMPUR Parti Solidariti Tanah Airku...
Penjajaran Baharu Demi Rakyat

Penjajaran Baharu Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 19/8/2021 - jumlah : 272 hits
Di dalam menghadapi situasi getir seperti ini jiwa besar amat diperlukan kerana tidak ada yang benar benar diharapkan oleh rakyat melainkan kesihatan dan ekonomi rakyat kembali pulih ujarnya Beliau menegaskan apabila mandat rakyat dalam pil...
Tun Sakaran Dirawat Di Icu Akibat Covid 19

Tun Sakaran Dirawat Di Icu Akibat Covid 19

papar berkaitan - pada 26/8/2021 - jumlah : 364 hits
Tun Sakaran Dandai Bekas KM TYT Sakaran dimasukkan ke ICU disyaki terkena jangkitan Covid 19 KOTA KINABALU Bekas Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai dimasukkan ke sebuah hospital swasta dekat sini sejak Rabu minggu lalu selepas d...
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa