Ph Cenderung Setuju Memorandum Persefahaman Dengan K Jaan


malaysiakini.com
Diterbitkan 11 Sep 2021, 10:50 pm
Dikemaskini 11 Sep 2021, 11:08 pm

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) memaklumkan gabungan itu cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob.

Dalam satu kenyataan, PH berkata memorandum persefahaman ini adalah susulan kepada pertemuan yang telah diadakan di antara pimpinan tertingginya dengan Ismail pada 25 Ogos lalu

"Secara dasarnya, Pakatan Harapan cenderung untuk mempersetujui memorandum persefahaman ini demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian rakyat, tertakluk kepada perincian penambahbaikan deraf yang perlu diperhalusi wakil kedua-dua pihak sebelum boleh dimuktamadkan.

"Marilah kita menggembleng seluruh kekuatan untuk menangani pandemik Covid-19 dan mengatasi kemelesetan ekonomi yang melanda negara kita," katanya.

Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden PKR, Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

PH berkata pertemuan turut diadakan semalam di antara wakil PH dan wakil perdana menteri.

Wakil Perdana Menteri terdiri daripada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin; Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Takiyuddin Hassan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa dan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Manakala wakil PH terdiri daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke; Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo; Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil.
"Pertemuan semalam telah membincangkan sejumlah perkara dasar dan program khusus di mana penekanan juga diberikan kepada keperluan menjalankan reformasi dalam bidang ekonomi dan kesihatan awam bagi menangani pandemik Covid-19.

"Selain itu, isu urusan perjalanan Parlimen, soal pengabsahan, dan perkara berkaitan penambahbaikan tatakelola kerajaan turut dibincangkan," katanya.

Suntikan fiskal tambahan RM45b

Majlis Presiden PH juga menyatakan pendirian bahawa suntikan fiskal tambahan sebanyak RM45 bilion perlu dilakukan kepada dana Covid-19 untuk menangani pandemik ini.

Selain itu, gabungan itu turut membincangkan langkah-langkah reformasi politik yang perlu disertakan di dalam memorandum dengan pihak kerajaan.

Semalam, Ismail mengumumkan mesyuarat kabinet bersetuju untuk melaksanakan tujuh pembaharuan parlimen dan pentadbiran.

Tujuh pembaharuan tersebut adalah:
Pembentangan Rang Undang-undang (RUU) antilompat parti di Parlimen.
Pelaksanaan penurunan had umur mengundi dari 21 tahun kepada 18 tahun dalam masa terdekat

Pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada 10 tahun

Keseimbangan keanggotaan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen melibatkan ahli parlimen kerajaan dan pembangkang

Setiap RUU termasuk RUU Perbekalan yang dibentangkan di Parlimen akan dirunding dan dipersetujui secara bersama

Ahli parti pembangkang akan dilibatkan dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN).
Ketua pembangkang akan diberikan saraan dan kemudahan yang setara dengan seorang menteri


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/09/ph-cenderung-setuju-memorandum.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Setuju Memorandum Kerjasama Pembangkang Kerajaan

Ph Setuju Memorandum Kerjasama Pembangkang Kerajaan

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 243 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan bersetuju untuk diadakan satu memorandum persefahaman antara pihak kerajaan dan pembangkang demi menjaga kebajikan rakyat ketika pandemik Covid 19 belum berakhir dan ekonomi negara semakin melemah Menurut ken...
Memorandum Persefahaman Demi Rakyat

Memorandum Persefahaman Demi Rakyat

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 212 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat pada hari ini untuk membincangkan sebuah memorandum persefahaman di antara Pakatan Harapan dan pihak Kerajaan di mana Pakatan Harapan telah memberi pandangan dan cadangan tambahan k...
Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

Mb Selangor Setuju Tangguh Nyahwarta Hutan Simpan Tapi Memadaikah Tangguh Saja

papar berkaitan - pada 2/9/2021 - jumlah : 274 hits
Biro Politik KEADILAN malam ini telah menerima pandangan dan penjelasan dari YAB Dato Seri Amiruddin Shari Menteri Besar Selangor dan YB Hee Loy Sian Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan Alam Sekitar Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang ...
Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

Putrajaya Tak Setuju Penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 315 hits
MALAYSIA NOW Takiyuddin berkata Malaysia komited untuk memastikan sekurang kurangnya 50 daripada keluasan tanah negara dilitupi kawasan berhutan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Takiyuddin Hassan Gambar Bernama Menteri Tenaga dan Sumber Asli ...
Hiburan Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan Merosakkan Industri Seni

Hiburan Zul Huzaimy Tak Setuju Pelakon Buat Kelas Lakonan Merosakkan Industri Seni

papar berkaitan - pada 6/9/2021 - jumlah : 442 hits
Pelakon versatil Zul Huzaimy berpendapat bahawa tindakan pelakon yang tidak mempunyai kelayakan akademi mahupun pernah merangkul trofi anugerah membuat kelas lakonan boleh merosakkan industri seni ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementMenurutnya l...
Anwar Ph Didakwa Ketepikan Pembangkang Lain Runding Dengan K Jaan

Anwar Ph Didakwa Ketepikan Pembangkang Lain Runding Dengan K Jaan

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 181 hits
Ketua Parti Pejuang Tanah Air Wilayah Persekutuan Khairuddin Abu Hassan kesal Pakatan Harapan mengetepikan parti pembangkang lain dalam mengenai perjanjian pembekalan dan keyakinan dengan kerajaan Ketika hendak menamakan calon perdana mente...
K Jaan Ph Lakar Sejarah Meterai Csa

K Jaan Ph Lakar Sejarah Meterai Csa

papar berkaitan - pada 13/9/2021 - jumlah : 240 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 13 2021 5 31 PMDikemaskini 5 38 PMKerajaan dan Pakatan Harapan hari ini melakar satu sejarah negara dengan memeterai Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Perjanjian itu ditandatangani a...
Mou Transformasi Dan Kestabilan Politik Berikut Apa Yang Dipersetujui K Jaan Ph

Mou Transformasi Dan Kestabilan Politik Berikut Apa Yang Dipersetujui K Jaan Ph

papar berkaitan - pada 14/9/2021 - jumlah : 160 hits
MoU Transformasi dan Kestabilan Politik Berikut apa yang dipersetujui k jaan PH Diterbitkan Sep 13 2021 9 18 PM Kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob dan PH hari ini Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik Secara asasnya...
Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal

Tak Sanggup Dengar Jeritan Dua Beradik Didera Ibu Amp Teman Lelaki Jiran Prihatin Buat Laporan

Negara Ini Akan Lebih Aman Jika Mereka Ini Tidak Lagi Dalam Politik Negara

Traffic Reported Smooth On Major Highways

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cairns Ancient Rock Markers That Still Save Lives

Terbuka Indonesia Pearly Thinaah Tewas Di Tangan Beregu No 1 Dunia

Tiong Orders Pullout From Sibu Association Over Interference By Politician

Pkr S Wong Chen Takes A Break To Ponder His Future

Tips Menang Di Gudangtoto

Susu Snek Padu Buat Hari Lebih Gembira