Membayangkan Seperti Hang Tuah Adakah Beliau Difitnah Dan Siapakah Hang Jebat




Seolah-olah terus tidak puas hati dengan arahan Perdana Menteri yang memintanya berhenti, Dr. Mazlee Malik mengibaratkan perletakan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan baru-baru ini dengan hikayat Hang Tuah yang pernah dihukum oleh Sultan Melaka.Katanya, sewaktu menerima surat daripada Perdana Menteri itu, beliau kini mengerti perasaan Hang Tuah ketika menerima hukuman.“Saya waktu terima surat Tun minta saya letak jawatan, waktu itu saya kata: Eh, baru aku faham perasaan Hang Tuah.“Maksudnya, Hang Tuah tak lihat apa yang berlaku itu, dia lihat selama ini raja bagi dia peluang banyak.“Kalau raja tak bagi dia peluang, dia tak ada peluang hendak pertahankan Melaka, nak lawan lanun, nak berjasa, kan?” kata Dr. Mazlee dalam sebuah video pendek yang tersebar luas di media sosial.Dalam video itu, Dr. Maszlee turut mengimbau bagaimana Hang Tuah hanya mengikut saja arahan raja ketika dihukum, sebelum diselamatkan oleh Bendahara.“Sampai waktu, bila berlaku Jebat mengamuk, raja kata….eh kalau ada Hang Tuah dan Bendahara cari Hang Tuah,” katanya lagi.Dengan mengumpamakan kesnya diarah meletak jawatan oleh Tun Mahathir semacam peristiwa Hang Tuah yang dihukum oleh Sultan Melaka, walaupun setuju menerima hukuman itu, adakah Dr. Mazlee membayangkan ada unsur fitnah dalam pemecatannya iaitu sama seperti Hang Tuah yang difitnah bermukah dengan dayang Sultan?Siapakah yang dimaksudkan Dr. Mazlee telah menabur racun fitnah kepada Tun Mahathir sehingga Perdana Menteri mengurus surat 17 perenggan kepadanya?Adakah ia orang politik dalam PH sendiri atau taikun-taikun tertentu yang rapat dengan Tun Mahathir?Seterusnya, apabila Dr. Mazlee juga mengimbau peristiwa Hang Jebat mengamuk yang kemudian menyebabkan Sultan Melaka menyesal menghukumnya, lalu Bendahara akhirnya mengeluarkan Hang Tuah yang sebelum itu hanya disembunyikan, gambarannya ialah bekas Menteri Pendidikan itu tidak akan bersara daripada dunia politik.Beliau membayangkan akan kembali semula segagah Hang Tuah selepas berlakunya peristiwa “Hang Jebat mengamuk” suatu hari nanti.Siapakah watak Hang Jebat dalam PH yang akan mengamuk itu nanti?Dan siapa pula Bendahara yang menyelamatkan nyawa Dr. Mazlee ini?Benar-benar gagahkah Dr. Mazlee dalam dunia politik sehingga membayangkan beliau suatu hari nanti akan muncul seperti Hang Tuah yang mampu “membunuh” Hang Jebat? (ShahbudinHusin 07/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/membayangkan-seperti-hang-tuahadakah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maszlee Eh Baru Aku Faham Perasaan Hang Tuah

Maszlee Eh Baru Aku Faham Perasaan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 378 hits
Dr Maszlee Malik mengibaratkan peletakan jawatannya sebagai menteri pendidikan seperti kisah dalam hikayat lama pahlawan Melayu Hang Tuah yang dihukum Sultan Melaka Dalam satu video yang disunting pendek dan dimuat naik di media sosial dan ...
Adakah Pembedahan Bariatrik Baik Atau Sebaliknya

Adakah Pembedahan Bariatrik Baik Atau Sebaliknya

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 545 hits
Oleh Amirah Hanis Binti Ishak Program Pemakanan Klinikal Fakulti Sains Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia Obesiti merupakan satu ancaman yang besar kepada kualiti kesihatan seseorang individu Pelbagai jenis penyakit telah dikaitkan de...
Adakah Sayyidatina Khadijah Pernah Meriwayatkan Hadith

Adakah Sayyidatina Khadijah Pernah Meriwayatkan Hadith

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 329 hits
SOALAN Pernahkah Sayyidatina Khadijah R Anha meriwayatkan hadith daripada Rasulullah SAW Saya sering mendengar kisah kisah berkenaan Khadijah dalam sirah Baginda dan beberapa hadith tapi tidak pernah bertemu hadith yang beliau riwayatkan In...
Adakah Anda Mencari Harta Atau Mencari Keberkatan Harta

Adakah Anda Mencari Harta Atau Mencari Keberkatan Harta

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 516 hits
Firman Allah S W T yang bermaksud Carilah apa apa yang kamu hajati dari kurniaan Allah Surah al Jumu ah 10 Berdasarkan sepotong ayat al Quran ini apakah yang dapat kita fahami daripada mesej yang ingin disampaikan oleh Allah S W T kepada ki...
Ditanya Adakah Betui Jejaka Bertuah Yang Dimaksudkan Itu Anak Ahli Pariimen Lni Jawapan Mira Fiizah

Ditanya Adakah Betui Jejaka Bertuah Yang Dimaksudkan Itu Anak Ahli Pariimen Lni Jawapan Mira Fiizah

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1140 hits
Kisah si manis Mira Filzah sentiasa menjadi pujaan satu negara Sejak memberikan kenyataan dia sedang mengenali seseorang pasti peminat tertanya tanya siapa gerangan jejaka bertuah itu Menurut sumber jejaka yang mencuri hati Mira Filzah itu ...
Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

Adakah Peletakan Jawatan Dr Maszlee Ada Kaitan Dengan Projek 1bestarinet

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 1093 hits
1BestariNet 5 sebab kementerian tak sambung kontrak YTLCPUTRAJAYA Kementerian Pendidikan Malaysia hari ini memberi lima sebab tidak menerima tawaran daripada YTL Communications Sdn Bhd untuk menyambung kontrak perkhidmatan internet percuma
Adakah Rakaman Sprm Kena Dengan Garis Masa Kes 1mdb

Adakah Rakaman Sprm Kena Dengan Garis Masa Kes 1mdb

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 469 hits
SPRM semalam menyiarkan sembilan klip audio yang mendakwa terdapat konspirasi jenayah besar untuk mengganggu proses keadilan berhubung penyiasatan 1MDB Agensi itu menegaskan bahawa klip audio itu tulen dan turut memaklumkan tarikh rakaman t...
Adakah Kempen Membawa Mazlee Sia Sia Atau Mukriz Mahathir Sedang Dirancang Ke Mana Mana Kementerian

Adakah Kempen Membawa Mazlee Sia Sia Atau Mukriz Mahathir Sedang Dirancang Ke Mana Mana Kementerian

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 345 hits
Tidak berapa lama selepas Dr Mazlee Malik mengumumkan pemulangan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan semalam tiba tiba muncul kempen di media sosial agar jawatan itu dikembalikan semula kepadanya Sehingga artikel ini ditulis hampir 300 ri...
Nurul Izzah Admits Hajj Trip With Hubby Is Self Funded After Backstabbing By Own Pkr Member

Meet The Malaysian Couple On The Forbes 30 Under 30 Asia 2025 List

Baru Saya Faham Kenapa Orang Merentan Pasal Pak Mat Western Individu Kongsi Pengalaman Tak Best Ketika Ke Restoran Pmw

Daqmie Korbankanlah Chord

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Filem Martabat Misi Berdarah

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bukan Tak Nak Cakap Melayu Tapi Memang Mak Bapak Aku Tak Ada Darah Melayu Nak Buat Macam Mana Ameera Khan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Guardian Bawakan Hairppiness Solusi Penjagaan Rambut Terkini Penyelesaian Kepada Masalah Rambut Anda

Destinasi Pelancongan Yang Wajib Anda Kunjungi Semasa Ke Kelantan

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

Death Thought Legacy

Ke Segar Amat Lane Bersama Anak Anak Buah

Resipi Sayur Lemak Putih Kelantan Menu Kampung Sedap Pancing Selera