Adakah Kempen Membawa Mazlee Sia Sia Atau Mukriz Mahathir Sedang Dirancang Ke Mana Mana Kementerian




Tidak berapa lama selepas Dr. Mazlee Malik mengumumkan pemulangan jawatannya sebagai Menteri Pendidikan semalam, tiba-tiba muncul kempen di media sosial agar jawatan itu dikembalikan semula kepadanya.Sehingga artikel ini ditulis, hampir 300 ribu sudah menandatangani menyokongnya.Sementara sebelum ini, Dr. Mazlee banyak dikecam atas beberapa pendekatan atau kenyataannya, kini setelah beliau meletakkan jawatan, ramai pula yang seolah-olah merindui dan ingin beliau kembali.Sebenarnya, mengharapkan untuk Dr. Mazlee dikembalikan ke jawatannya adalah sesuatu yang mustahil, sekurang-kurangnya dalam waktu yang terdekat ini.Asasnya ialah Dr. Mazlee bukan berundur dengan sukarela atau dengan kehendak hatinya.Beliau sebenarnya dinasihatkan (atau dalam bahasa lebih mudah – dipaksa) untuk meletakkan jawatannya.Dalam kenyataannya semalam, Dr. Mazlee antara lain menyebut – Di atas nasihat YAB Perdana Menteri, dan atas dasar ketaatan dan disiplin kepada kepimpinan parti dan kerajaan, maka dengan hati yang reda walaupun berat, saya Mazlee Malik, dengan ini meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan Malaysia berkuatkuasa 3 Januari 2020.Kenyataan itu jelas menggambarkan Dr. Mazlee telah diminta atau dipaksa untuk berundur atas dasar ketaatan kepada kepimpinan parti dan kerajaan yang mahukannya berbuat demikian, walaupun beliau berat hati untuk melakukannya.Dalam hal ini, selain Tun Mahathir selaku Perdana Menteri dan Pengerusi Bersatu, siapakah lagi yang boleh meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan?Mustahil Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu yang meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan, malah kalau beliau berbuat demikian pun, tidak mungkin Ahli Parlimen Simpang Renggam itu akan menurutinya.Bermakna, yang boleh meminta atau memaksa Dr. Mazlee untuk meletakkan jawatan dan permintaan atau paksaan itu pula tidak boleh ditolak hanya jika ia dilakukan Perdana Menteri.Tetapi, apakah sebabnya yang mendorong Tun Mahathir meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan?Apakah ia berkaitan isu-isu yang berlegar di sekitar Kementerian Pendidikan atau ada sebab-sebab lain?Dalam kenyataan medianya juga, Dr. Mazlee ada menyebut – Saya dilihat menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan terutama melibatkan isu Jawi, internet sekolah dan dan isu sarapan percuma.Dalam hal ini, adakah Tun Mahathir meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan kerana adanya tekanan daripada DAP, NGO tertentu atau tauke-tauke berkaitan kontrak di Kementerian Pendidikan?Atau Tun Mahathir ada perkiraan lain berkaitan politik?Menguatkan lagi asas bahawa perletakan jawatan Dr. Mazlee adalah atas permintaan atau kehendak Tun Mahathir kerana hanya beberapa ketika selepas beliau mengumumkan perletakan jawatannya, dengan pantasnya keluar kenyataan media oleh Pejabat Perdana Menteri yang memakluman perletakan jawatan tersebut telah diterima.Betapa pantasnya kenyataan media itu dikeluarkan seolah-olah ia telah disiapkan atau ditaip sebelum pun Dr. Mazlee mengadakan sidang medianya lagi.Lantaran itu, oleh kerana yang meminta atau memaksa Dr. Mazlee meletakkan jawatan adalah Tun Mahathir sendiri, maka adalah membuang masa saja mengadakan sebarang kempen untuk mengembalikan beliau semula ke jawatan tersebut.Selain mungkin Tun Mahathir ada muslihat atau perkiraan lain di sebalik tindakannya terhadap Dr. Mazlee itu, beliau juga diketahui jarang tunduk kepada tekanan.Walaupun kerap melakukan U-Turn, Tun Mahathir pasti tidak akan berbuat demikian jika untung tidak memihak kepadanya. U-Turn Tun Mahathir adalah U-Turn yang boleh membawa untung.Dalam hal ini, tidak nampak ada untungnya kepada Tun Mahathir jika Dr. Mazlee dikembalikan semula sebagai Menteri Pendidikan.Sebaliknya, dengan ketiadaan Dr. Mazlee, Tun Mahathir mungkin ada ruang yang lebih terbuka untuk mencatur sesuatu, bukan mengenai rakyat atau negara, tetapi lebih tentang dirinya.Semua ini hanya akan dapat diketahui atau dibaca selepas pengganti Dr. Mazlee diumumkan atau melalui rombakan kabinet dalam waktu terdekat ini.Mungkinkah Mukhriz Mahathir yang kini merupakan Menteri Besar Kedah akan dibawa ke Pusat dalam rombakan kabinet nanti? (ShahbudinHusin 03/01/2020)

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/01/adakah-kempen-membawa-mazlee-sia-sia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Jawi Siapa Lebih Berpengaruh Kementerian Atau Pibg Permaisuri

Isu Jawi Siapa Lebih Berpengaruh Kementerian Atau Pibg Permaisuri

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 351 hits
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membangkitkan bidang kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam menentukan pembelajaran Jawi di sekolah vernakular Siapa lebih berkuasa Kementerian pelajaran atau PIBG soal baginda...
Kula Cakes Atau Lila Wadi Mana Yang Best

Kula Cakes Atau Lila Wadi Mana Yang Best

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 714 hits
Bagi peminat makanan viral di Malaysia tentu pernah dengar nama restoran Kula Cakes kan Tapi pernah tak awak dengar nama restoran Lila Wadi Mana satu yang best Sempena cuti sekolah 2019 kami takde plan nak pergi bercuti ke mana Jadi suami a...
Siapa Lagi Berkuasa Kementerian Pelajaran Atau Pibg Soal Tunku Azizah

Siapa Lagi Berkuasa Kementerian Pelajaran Atau Pibg Soal Tunku Azizah

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 317 hits
PERMAISURI Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempersoalkan peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru dalam menentukan sama ada Jawi boleh diajar di sekolah vernakular Baginda juga mempertahankan usaha memperkenalkan Jawi di sekolah d...
Vellfire Dan Accord Kontrak Milik Kroni Mahathir Atau Dap

Vellfire Dan Accord Kontrak Milik Kroni Mahathir Atau Dap

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 599 hits
Ramai yg marah bila kerajaan PH mahu guna duit rakyat untuk pakai Vellfire yang mahal lagi mewah dan Accord yang juga mahal dan mewah Lebih lebih lagi di saat kerajaan PH minta rakyat ikat perut jangan malas dan jangan boros sebagainya Tapi...
Adakah Anda Mencari Harta Atau Mencari Keberkatan Harta

Adakah Anda Mencari Harta Atau Mencari Keberkatan Harta

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 482 hits
Firman Allah S W T yang bermaksud Carilah apa apa yang kamu hajati dari kurniaan Allah Surah al Jumu ah 10 Berdasarkan sepotong ayat al Quran ini apakah yang dapat kita fahami daripada mesej yang ingin disampaikan oleh Allah S W T kepada ki...
Mazlee Sepatutnya Disingkir Oleh Dr Mahathir

Mazlee Sepatutnya Disingkir Oleh Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 316 hits
SEORANG Ahli Parlimen BN pernah memberi gelaran MENTERI KASUT kepada Mazlee Malik berikutan tindakan beliau mengarahkan pelajar sekolah berkasut hitam Mazlee dilantik untuk membawa pembaharuan di dalam bidang pendidikan TETAPI antara perkar...
Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

Siapa Sebenarnya Yang Gagalkan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ds Najib Atau Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 762 hits
Penguasaan Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua telah menjangkau lebih 18 bulan Dan selama lebih 18 bulan inilah juga Dr Mahathir masih lagi menggunakan alasan DS Najib dan Tun Abdullah Badawi untuk melindungi korupsi...
Daim Salahkan Mahathir Atau Wayang

Daim Salahkan Mahathir Atau Wayang

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 431 hits
Sebagaimana kita sedia maklum Tun Mahathir Mohamad telah beberapa kali melabel orang Melayu sebagai pemalas dalam ucapan terbukanya Pada Kongres Maruah Melayu baru baru ini pun beliau mengulangi lagi perkara yang sama Ketika ditanya kemudia...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba