Memang Kerajaan Ini Telah Gagal


 
Hapus subsidi isyarat kerajaan gagal, kata persatuan pengguna


Nora Mahpar -June 22, 2022 Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia N Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai kegagalan Putrajaya menjaga kebajikan rakyat khususnya berkait sekuriti makanan.
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu berkata, dasar pertanian negara sejak 1984 yang seharusnya mampu menangani krisis bekalan makanan dalam jangka panjang telah gagal.
“Kerajaan tidak ada pelan jangka panjang berhubung sekuriti makanan dalam negara. Walaupun sekarang kita ada dasar pertanian yang mampan ia tidak cukup kerana kegagalan perancangan di pihak kerajaan.
“Ini semua kegagalan polisi kerajaan, bukan kegagalan rakyat. Kerajaan tak boleh lepas tangan (tarik semula subsidi),” katanya kepada FMT.
Sektor pertanian negara didasari oleh Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010 dan kemudian Dasar Agromakanan 2011-2020, sebagai kesinambungan DPN 3.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan bahawa harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.
Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.
Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harganya di pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.
Mengulas perkembangan itu, Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.
“Tidak mustahil, harga barang asas akan naik sehingga 20% selepas subsidi ini ditarik balik pada 1 Julai nanti… dan mungkin juga akan naik lebih lagi bagi sesetengah barangan,” katanya.
Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya menangguhkan projek mega untuk tempoh dua tahun ini dan menyalurkan dana berkenaan untuk menampung subsidi barangan asas.
“Semua subsidi (yang ditarik ini) adalah subsidi asas, bukan subsidi mewah. Apa yang kerajaan boleh buat dalam tempoh jangka pendek ini adalah tunda projek mewah untuk pastikan sekuriti makanan stabil.
“Kerajaan kena pastikan makanan cukup di atas meja, jika tidak kes kecurian akan bertambah, masalah sosial dan perceraian juga akan banyak berlaku kerana beban tanggungan ketua keluarga yang semakin bertambah,” katanya.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/memang-kerajaan-ini-telah-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hapus Subsidi Isyarat Kerajaan Gagal Kata Persatuan Pengguna

Hapus Subsidi Isyarat Kerajaan Gagal Kata Persatuan Pengguna

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 365 hits
freemalaysiatoday com June 22 2022 5 45 PMPresiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia N Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20 PETALING JAYA Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling aya...
Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

Majoriti Rakyat Mahu Kerajaan Haramkan Arak Perjudian Minuman Manis Ppim Samudera My 04 06 2022

papar berkaitan - pada 14/6/2022 - jumlah : 264 hits
KUALA LUMPUR 04 Jun 2022 Majoriti rakyat Malaysia berpendapat Kerajaan juga harus mengenakan larangan ke atas tabiat tabiat lain seperti larangan meminum arak dan minuman manis perjudian kelab malam karaoke dan pub kepada generasi akan data...
Lebih 50 Penduduk Berhimpun Mahu Kerajaan Perjelaskan Draf Rtd Dan Rkk Di Janda Baik

Lebih 50 Penduduk Berhimpun Mahu Kerajaan Perjelaskan Draf Rtd Dan Rkk Di Janda Baik

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 275 hits
BENTONG Lebih 50 penduduk Kampung Janda Baik di sini hari ini menggesa pihak berkaitan agar memberi penjelasan lebih lanjut mengenai draf Rancangan Daerah Tempatan Bentong dan Rancangan Kawasan Khas Janda Baik Mereka melahirkan kebimbangan ...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 201 hits
TEMERLOH Pendengaran awam berkaitan Rancangan Khas Kawasan Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan dan satu kajian teliti yang menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkat...
Tingkat Pengeluaran Jamin Kualiti Kerajaan Pahang Tubuh Lembaga Durian Pahang

Tingkat Pengeluaran Jamin Kualiti Kerajaan Pahang Tubuh Lembaga Durian Pahang

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 337 hits
LIPIS Kerajaan negeri Pahang akan menubuhkan Lembaga Durian Pahang dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran selain memberi jaminan kualiti serta harga bagi pasaran tempatan dan antarabangsa Pengerusi Jawatankuasa Pertanian Industri Asas T...
Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Di Kg Sg Baru Duluan Merbahaya Khalid Samad

Pengambilan Tanah Oleh Kerajaan Di Kg Sg Baru Duluan Merbahaya Khalid Samad

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 192 hits
TANYA PIMPINAN UMNO MEREKA KATA BOLEH JUAL 3K SKAKI MANA DIA TAK TAU DENGAR MACAM SUARA PM DENGAR JUGA SUARA NUAR MUSA DENGAR JUGA HAHHH NAJIK NAJIK MANA PEE Pengambilan tanah oleh kerajaan untuk diserahkan kepada pemaju swasta sebagaimana ...
Beware Of Tiktok Account Falsely Claiming To Be The Star Journalist

Bomba Guna Helikopter Padam Kebakaran Hutan Di Mukah

Selamat Datang Ogos 2025 Bulan Baru Harapan Baru

Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

50 Tahun Kita Gagal Mengenali Musuh Sidang Media Ppim 31 07 2025

Roti Gardenia Durian

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ujian Membuatkanmu Menangis Tapi Allah Memberimu Sebab Untuk Tersenyum

Lirik Lagu Mendayung Rindu Afieq Shazwan

Design Kotak Packaging Mengikut Niche Produk Makanan Kosmetik Hadiah Banyak Lagi

Ikuti Saya Di Media Sosial

Adab Belajar Bila Ilmu Datang Tundukkan Hati Kita

Domain Extension Startup Guide