Tingkat Pengeluaran Jamin Kualiti Kerajaan Pahang Tubuh Lembaga Durian Pahang




LIPIS - Kerajaan negeri Pahang akan menubuhkan Lembaga Durian Pahang (LDP) dalam usaha untuk meningkatkan pengeluaran selain memberi jaminan kualiti serta harga bagi pasaran tempatan dan antarabangsa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Ir Mohd Soffi Abdul Razak berkata, inisiatif penubuhan LDP bertujuan membantu pekebun meningkatkan kemahiran pengurusan tanaman.
Katanya, ia sekali gus akan meningkatkan hasil setiap musim bagi memenuhi jumlah permintaan yang semakin tinggi.
"Penubuhan LDP ini akan diteliti terlebih dahulu oleh penasihat undang-undang negeri selain mengambil kira kerjasama berupa pandangan teknikal dengan Jabatan Pertanian Pahang dan pemain industri perkebunan (durian) di negeri ini.
"Perkara ini pada amnya telah dipersetujui oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta barisan ahli Exco yang komited untuk memastikan pekebun dan pengeluar durian di negeri ini terus memainkan peranan proaktif meningkatkan hasil serta mencongak peluang yang lebih luas untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Penyerahan Insentif Permula Nurseri Durian dan Model Sistem Pengairan Durian yang disertai seramai 60 peserta dan pekebun mukim Budu dan mukim Tanjung Besar di Lubuk Hik, Budu di sini, pada Selasa.
Hadir sama Pengarah Jabatan Pertanian Pahang, Muhd Rizal Baharom.
Sempena majlis tersebut, Mohd Soffi menyaksikan ikrar dan tandatangan wakil pekebun Kampung Lubuk Hik dan Kampung Terap melaksanakan projek durian premium kampung serta menyampaikan bantuan peralatan pertanian daripada Jabatan Pertanian Pahang.
Mohd Soffi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta berkata, LDP menerusi Jabatan Pertanian akan memberikan tumpuan projek tanaman benih termasuk cantuman baka terbaik, pengurusan tanaman, pengeluaran durian serta kriteria harga supaya dapat menembusi pasaran luar sekali gus meningkatkan lagi jumlah permintaan sepanjang musim.
"Jabatan Pertanian dengan kerjasama beberapa agensi lain dan pemain sektor ini akan memastikan tanaman klon yang bermutu tinggi, pemantauan pengurusan dan teknikal di ladang dan kebun serta jaminan kualiti berasaskan Skim Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP).
"Pada peringkat ini, fokus utama LDP antaranya memastikan pekebun menanam klon yang bermutu tinggi terutama pengusah dan pekebun kecil bukan sahaja durian Musang King, IOI dan baka luar, malahan turut menggalakkan durian premium tempatan," katanya.
Beliau turut menjelaskan, Jabatan Pertanian Pahang kini sedang berusaha menggalakkan lebih banyak tanaman dan pengeluaran durian premium dari cantuman klon durian kampung dengan memfokuskan pekebun di Raub, Lipis, Jerantut dan Bentong.
"Sehingga ini cuma terdapat enam jenis (klon) premium durian kampung sejak 2019 menerusi usaha pekebun di Jerantut, Lipis dan Raub dikenal pasti menerusi hasil pertandingan peringkat daerah dan negeri yang sudah dikenali serta memenuhi permintaan ramai pelanggan," ujarnya.
Jelasnya, jumlah baka premium durian kampung masih kecil dan Jabatan Pertanian Pahang sedang menggiatkan usaha menerusi pendedahan kursus cantuman, pengurusan kebun dan buah untuk jaminan bukan sahaja mengisi pasaran tempatan malahan mampu melepasi peringkat antarabangsa. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/tingkat-pengeluaran-jamin-kualiti.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wartawan Tua Dakwa Tindakan Saman Aktivis Bakal Jatuhkan Kerajaan Pahang Pada Pru 15

Wartawan Tua Dakwa Tindakan Saman Aktivis Bakal Jatuhkan Kerajaan Pahang Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 207 hits
TEMERLOH Saman aktivis alam sekitar antara tindakan yang bakal menjatuhkan Kerajaan Negeri pimpinan UMNO pada Pilihan Raya Umum ke 15 inilah reaksi daripada sahabat lama dan pemimpin politik Pahang yang ditemui oleh Khaidir Ahmad ketika bel...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 181 hits
TEMERLOH Pendengaran awam berkaitan Rancangan Khas Kawasan Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan dan satu kajian teliti yang menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkat...
Pm Ismail Perlu Tubuh Kerajaan Perpaduan

Pm Ismail Perlu Tubuh Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 145 hits
Semua nama yang disebut dalam kes perbicaraan Zahid dan Najib wajar disiasat dan didakwa jika bukti kukuh ia meliputi semua bukan terpilih Muhyidfin hish mudian KJ dan sebagainya Langkah terbaik rehat dan gugurkan mereka ganti dengan pemimp...
Kerajaan Pahang Ambil Keputusan Tangguhkan Pindah Pasar Tani Utc Ke Serambi Teruntum

Kerajaan Pahang Ambil Keputusan Tangguhkan Pindah Pasar Tani Utc Ke Serambi Teruntum

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 298 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang mengambil keputusan menangguhkan pemindahan tapak pasar tani di Pusat Transformasi Bandar ke Serambi Teruntum di sini yang dijadualkan Ahad ini Exco Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Datuk Abd Rahim Muda berkata...
Pemimpin Pkr Nafi Dakwaan Umno Anwar Bincang Tubuh Kerajaan Baharu

Pemimpin Pkr Nafi Dakwaan Umno Anwar Bincang Tubuh Kerajaan Baharu

papar berkaitan - pada 7/6/2022 - jumlah : 162 hits
freemalaysiatoday com June 7 2022 7 00 AMTian Chua mempersoalkan dakwaan bahawa puak Umno pro Ismail Sabri Yaakob sedang mengadakan perbincangan dengan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Pemimpin politik menolak dakwaan seorang penganalisis politi...
Benar Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 Di Kuantan Tindakan Berani Kerajaan Pahang

Benar Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 Di Kuantan Tindakan Berani Kerajaan Pahang

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 165 hits
KUANTAN Tindakan memberi laluan penganjuran dan hadir ke Persidangan Perhutanan Malaysia Ke 19 di The Zenith Hotel dekat sini baru baru ini membuktikan sikap berani Kerajaan Pahang dibawah pimpinan Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wa...
Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 337 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan menghentikan eksport 3 6 juta ekor ayam sebulan merupakan tindakan yang tepat Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata langkah itu dilihat akan berjaya menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pen...
Gandum Pas Buat Kecoh Lupa Ker Siapa Kerajaan Sekarang

Gandum Pas Buat Kecoh Lupa Ker Siapa Kerajaan Sekarang

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 173 hits
Isu ni patut dibawa ke kabinet alternatif penyelesaian dibincangkan untuk jangka masa panjang dan pendek Situasi geopolitik yang tidak menentu dan boleh membawa pelbagai lagi ancaman PAS memilih menjadi hero luar gelanggang walaupun pada ha...
Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur

Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 211 hits
Program Sayangi Rumahku 2022 Kerajaan Bantu Baikpulih Rumah Uzur Bantuan Kerajaan merupakan bantuan yang boleh mengurangkan bebanan hidup dan menjamin kelansungan hidup Terbaru melalui program sayangi rumah tahun 2022 ia akan membantu merek...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra

Tekanan Darah Turun Naik Bekas Pm Ismail Sabri Masih Lagi Perlukan Pemantauan Rapi Di Hospital

Zahid Hamidi Yakin Sprm Jalankan Siasatan Adil Kes 4 Pegawai Bekas Pm 9