Lebih 50 Penduduk Berhimpun Mahu Kerajaan Perjelaskan Draf Rtd Dan Rkk Di Janda Baik





BENTONG - Lebih 50 penduduk Kampung Janda Baik di sini hari ini menggesa pihak berkaitan agar memberi penjelasan lebih lanjut mengenai draf Rancangan Daerah Tempatan Bentong (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) Janda Baik.
Mereka melahirkan kebimbangan draf RTD dan RKK berkenaan akan 'mencabul' hak penduduk khususnya melibatkan pengambilan tanah serta menjejaskan sumber pendapatan penduduk.
Perkara itu disuarakan pada sidang media yang diadakan di Riverside Janda Baik di sini pagi tadi yang turut melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Young Syefura Othman.
Seorang penduduk, Hussin Yusoff, 70, berkata, sebarang bentuk rancangan pembangunan di Janda Baik harus mengambil kira pandangan penduduk kerana ia merupakan kawasan pelancongan.
"Saya telah mengusahakan perniagaan chalet sejak 14 tahun lalu dengan pelaburan mencecah hampir RM1 juta. Sekiranya RKK Janda Baik ini dilaksanakan maka ia akan menjejaskan sumber pendapatan saya.
"Andai berlaku pembangunan di sini maka chalet yang saya usahakan akan musnah malah terdapat chalet-chalet lain yang turut akan terjejas," katanya.
Hussin berkata, sebelum ini Kampung Janda Baik sering menjadi tumpuan pelancong dari kawasan Lembah Klang untuk bercuti dan menginap di 44 chalet sekitar kampung terbabit.
Namun jelasnya, andai berlaku sebarang bentuk pembangunan nescaya akan menjejaskan alam sekitar dan sumber pengairan.
"Adalah diharapkan agar pihak berkaitan prihatin dengan nasib penduduk kawasan Janda Baik dengan mengambil kira pandangan dan cadangan dari penduduk," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Bioteknologi Negeri, Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Razak menyifatkan sidang media membabitkan penduduk Kampung Janda Baik itu sebagai 'salah faham'.
Beliau berkata, RTD dan RKK yang ada sekarang merupakan satu draf cadangan dan belum dimuktamadkan.
"Draf ini mungkin boleh jadi draf pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima sebelum kita bentang dan bawa ke jawatankuasa perancang dan mesyuarat Exco sebelum kita membuat keputusan muktamad. Andai ada bantahan kita akan mengulangi semula proses draf berkenaan.
"Penduduk juga perlu tahun sesi pendengaran awam adalah diwartakan dan wajib dibuat sebelum sesuatu projek pembangunan itu dilaksanakan.
"Justeru, kerajaan negeri sedia mendengar keluhan 2,000 penduduk yang membantah RTD dan RKK dalam usaha menjaga kepentingan dan hak bersama khususnya penduduk tempatan," katanya. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2022/06/penduduk-mohon-perjelas-draf-rtd-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adun Ketari Nafi Hasut Mahu Kerajaan Jumpa Penduduk Janda Baik Selesai Isu Rtd Dan Rkk

Adun Ketari Nafi Hasut Mahu Kerajaan Jumpa Penduduk Janda Baik Selesai Isu Rtd Dan Rkk

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 342 hits
BENTONG Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Young Syefura Othman persoalkan kenyataan Menteri Besar Pahang mengenai penangguhan sesi pendengaran awam mengenai RTD dan RKK Janda Baik yang sepatutnya diadakan pada Selasa lalu Menerusi posting t...
Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

Penduduk Kecewa Majlis Perbandaran Bentong Tangguh Pendengaran Awam Rkk Janda Baik

papar berkaitan - pada 13/6/2022 - jumlah : 160 hits
BENTONG Penduduk Kampung Janda Baik dekat sini kecewa dengan tindakan Majlis Perbandaran Bentong menangguhkan sessi bantahan bagi Mesyuarat Jawatankuasa Siasatan Tempatan dan Pendengaran Awam Rancangan Kawasan Khas yang dijadualkan pada 14 ...
Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

Wan Rosdy Kerajaan Pahang Tak Zalim Kajian Menyeluruh Rkk Janda Baik Akan Di Lakukan

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 175 hits
TEMERLOH Pendengaran awam berkaitan Rancangan Khas Kawasan Janda Baik yang dijadualkan pada Selasa ditangguhkan dan satu kajian teliti yang menyeluruh akan dilakukan berhubung perkara itu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkat...
Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

Stop Destroying Our Land 150 Janda Baik Residents Tell Pahang Govt

papar berkaitan - pada 15/6/2022 - jumlah : 181 hits
Some 150 residents of Janda Baik gathered today to protest against development projects by the Pahang state government in their area They claimed that these projects could threaten their livelihood Rancangan Tempatan Daerah and the Rancanga...
Tak Ada Drama Lebih Baik Ke Penonton Persoal Sebab Lee Sangyeob Mahu Terajui Eve

Tak Ada Drama Lebih Baik Ke Penonton Persoal Sebab Lee Sangyeob Mahu Terajui Eve

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 270 hits
Meskipun mula mendapat perhatian ramai kerana personalitinya yang kelakar dalam rancangan hiburan seperti Running Man dan The Sixth Sense Lee Sang yeob sebenarnya dikenali pada awalnya sebagai seorang pelakon yang hebat dan kacak ARTIKEL BE...
Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

Asal Anak Boleh Keluar Buat Aktiviti Paling Berbaloi Lebih Baik Dari Terperap Di Rumah

papar berkaitan - pada 6/6/2022 - jumlah : 166 hits
Cuti persekolahan yang bermula minggu ini apa kata mak ayah peruntukkan waktu seketika untuk bercuti bersama anak anak Sebolehnya usahakan untuk membawa anak keluar seketika dari rumah untuk melakukan pelbagai aktiviti luar rumah Mengapa An...
Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Lebih Baik

Beli Kereta Baru Atau Kereta Terpakai Mana Lebih Baik

papar berkaitan - pada 5/6/2022 - jumlah : 279 hits
Pada masa kini kereta sememangnya menjadi kenderaan penting dan diperlukan untuk membantu pergerakan harian Bukan sahaja membantu mobiliti atau pergerakkan harian kita sendiri malah kereta juga mempunyai keselesaan yang tinggi berbanding pe...
Aku Rasa Prinsip Cina Kapiaq Ni Lebih Baik Dari Para Pak Lebai Yang Kelentong Walaun

Aku Rasa Prinsip Cina Kapiaq Ni Lebih Baik Dari Para Pak Lebai Yang Kelentong Walaun

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 150 hits
Muktamad DAP tak bina kerjasama dengan pengkhianat untuk PRU15 kata Guan Eng June 17 2022 Pengerusi DAP Lim Guan Eng berkata partinya mengambil pendirian menentang politik khianat PETALING JAYA DAP enggan berganjak daripada pendiriannya men...
Usahalah Untuk Jadi Lebih Baik

Usahalah Untuk Jadi Lebih Baik

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 159 hits
Usaha untuk jadi lebih baik Tak boleh tak ada usaha Semua orang kena berusaha meloncat dari satu tangga ke satu tangga Senang kata berhijrah Kalau tak berhijrah tanda ilmu tak bertambah Kalau tak ada ilmu kena cari Sekarang ni ilmu boleh di...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor