Hapus Subsidi Isyarat Kerajaan Gagal Kata Persatuan Pengguna


freemalaysiatoday.com
Nora Mahpar
-June 22, 2022 5:45 PM
Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia N Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.
PETALING JAYA: Keputusan kerajaan tidak meneruskan harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol mulai 1 Julai ini disifatkan sebagai kegagalan Putrajaya menjaga kebajikan rakyat khususnya berkait sekuriti makanan.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), N Marimuthu berkata, dasar pertanian negara sejak 1984 yang seharusnya mampu menangani krisis bekalan makanan dalam jangka panjang telah gagal.

“Kerajaan tidak ada pelan jangka panjang berhubung sekuriti makanan dalam negara. Walaupun sekarang kita ada dasar pertanian yang mampan ia tidak cukup kerana kegagalan perancangan di pihak kerajaan.

“Ini semua kegagalan polisi kerajaan, bukan kegagalan rakyat. Kerajaan tak boleh lepas tangan (tarik semula subsidi),” katanya kepada FMT.

Sektor pertanian negara didasari oleh Dasar Pertanian Negara (DPN) 1 1984-1991, DPN 2 1992-1997, DPN 3 1998-2010 dan kemudian Dasar Agromakanan 2011-2020, sebagai kesinambungan DPN 3.

Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memutuskan bahawa harga kawalan siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak tulen bagi pek kemasan botol tidak akan diteruskan mulai 1 Julai.

Menterinya, Alexander Nanta Linggi berkata, harga barangan itu dijangka meningkat dan akan ditentukan oleh pasaran.

Beliau berkata, tindakan itu dibuat bagi memastikan bekalan bahan makanan dan harganya di pasaran akan lebih stabil dalam tempoh jangka panjang.

Mengulas perkembangan itu, Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20%.

“Tidak mustahil, harga barang asas akan naik sehingga 20% selepas subsidi ini ditarik balik pada 1 Julai nanti… dan mungkin juga akan naik lebih lagi bagi sesetengah barangan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa kerajaan supaya menangguhkan projek mega untuk tempoh dua tahun ini dan menyalurkan dana berkenaan untuk menampung subsidi barangan asas.

“Semua subsidi (yang ditarik ini) adalah subsidi asas, bukan subsidi mewah. Apa yang kerajaan boleh buat dalam tempoh jangka pendek ini adalah tunda projek mewah untuk pastikan sekuriti makanan stabil.

“Kerajaan kena pastikan makanan cukup di atas meja, jika tidak kes kecurian akan bertambah, masalah sosial dan perceraian juga akan banyak berlaku kerana beban tanggungan ketua keluarga yang semakin bertambah,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/06/hapus-subsidi-isyarat-kerajaan-gagal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

Pulak Kerajaan Nak Hapus Subsidi Minyak Masak

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 281 hits
By JUN 21 2022 Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi Alexander menjelaskan keputusan itu...
Masa Jadi Pm Najib Hapus Subsidi Sekarang Nak Jadi Juara

Masa Jadi Pm Najib Hapus Subsidi Sekarang Nak Jadi Juara

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 287 hits
Masa jadi PM najib hapus subsidi sekarang nak jadi juara Posted By on June 24 2022Cadangan terbaharu bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak mengenai subsidi mungkin dianggap serius oleh para penyokong BN namun hal itu melucukan bagi rak...
Kerajaan Hilang Rm4 8 Bilion Kesan Pengecualian Sst Kata Tengku Zafrul

Kerajaan Hilang Rm4 8 Bilion Kesan Pengecualian Sst Kata Tengku Zafrul

papar berkaitan - pada 17/6/2022 - jumlah : 306 hits
Kerajaan memerlukan lebih banyak hasil untuk menyediakan lebih banyak subsidi kepada rakyat bagi mengekang inflasi kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz PETALING JAYA Kerajaan kehilangan RM4 8 bilion setakat ini susulan pengecualian cuka...
Kenaikan Tarif Elektrik Tak Dapat Dielak Pertimbang Subsidi Bersasar Kata Pakar Ekonomi

Kenaikan Tarif Elektrik Tak Dapat Dielak Pertimbang Subsidi Bersasar Kata Pakar Ekonomi

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 271 hits
PENAFIAN GAMBAR YANG DIGUNAKAN HANYA SEKADAR HIASAN Kenaikan tarif elektrik tidak dapat dielakkan kerana kos penjanaan elektrik telah meningkat dengan mendadak dan pantas tetapi keperluan golongan tertentu harus dipertimbangkan kata ahli ek...
Kerajaan Akan Tambah Baik Gst Jika Diperkenal Semula Kata Menteri

Kerajaan Akan Tambah Baik Gst Jika Diperkenal Semula Kata Menteri

papar berkaitan - pada 10/6/2022 - jumlah : 206 hits
Kerajaan akan tambah baik GST jika diperkenal semula kata menteri nbsp Dikemas kini 11 minit yang lalu Diterbitkan pada 10
Memang Kerajaan Ini Telah Gagal

Memang Kerajaan Ini Telah Gagal

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 214 hits
Hapus subsidi isyarat kerajaan gagal kata persatuan pengguna June 22 2022 Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia N Marimuthu menjangka majoriti harga barangan asas akan meningkat sehingga 20 PETALING JAYA Keputusan kerajaan tidak men...
As Tingkatkan Tekanan Ke Atas Venezuela Operasi Ketiga Menjadi Perhatian Dunia

Carta Kedudukan Akhir Kumpulan B Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025

Krismas Hidup Dalam Jiwa Saya Tiada Siapa Mampu Merampasnya Deanna Yusof Jelaskan Sebab Masih Raikan Hari Natal

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Najib Kena 15 Tahun Penjara Dan Denda Rm11 38 Bilion Bagi Tuduhan Salah Guna Kuasa

Najib Punyai Kepentingan Langsung Terhadap 1mdb Sejak Tia Hakim

Buat Duit Online Tanpa Kerja Lebih Masa Solusi Income Automatik Untuk Orang Sibuk

From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Drama Pak Su Ammara

Yang Tak Pernah Aku Ceritakan Tapi Menguatkanku

Lelaki Palestin Cedera Dilanggar Ketika Solat Tentera Simpanan Israel Disiasat

Hiburan Video Peribadi Tular Pekin Ibrahim Nafi Sambut Hari Natal Kami Hanya Sambut Hari Lahir Bukan Bertukar Hadiah

Dari Tampin Ke Simpang Ampat Alor Gajah Beli Nenas

Rawatan Pergigian Di Klinik Pergigian Familia Megaway