Memakai Kasut Ketika Solat



Soalan:
Bolehkah memakai kasut ketika solat?

Jawapan:
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kasut ditakrifkan sebagai alas kaki seperti sepatu, selipar, dan lain-lain.

Di dalam sebuah hadis daripada Syaddad bin Aus R.A, Nabi SAW bersabda:

خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ ، وَلاَ خِفَافِهِمْ
“Berbezalah dengan orang Yahudi. Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf.” [Riwayat Abu Daud (652)]

Imam al-Munawi dalam Faidh al-Qadir berkata: “Sesungguhnya mereka tidak solat dalam keadaan memakai selipar, maka solatlah kamu jika sekiranya bersih tanpa najis. Diambil dengan zahirnya bahawa sebahagian ulama salaf berkata, sesiapa yang terkena najis pada seliparnya dan apabila bertempuh dengan tanah atau bumi, maka jadilah ia suci dan harus solat padanya. Inilah qaul qadim bagi Imam Syafie manakala qaul jadid menyalahinya.” (Lihat Faidh al-Qadir, 3/431)

Imam Badruddin al-`Aini dalam ‘Umdah al-Qari menyebut: “Maka jadilah ia sunat dari segi qasad untuk mukhalafah (menyelisihi) perbuatan orang Yahudi dan bukanlah sunnah. Ini kerana, solat dengan bersepatu atau memakai selipar bukanlah mempunyai maksud itu sahaja.” (Lihat ‘Umdah al-Qari, 4/119)

Syeikh Syams al-Haq al-‘Azim Abadi dalam ‘Aun al-Ma’bud menyebut: Hadis ini sekurang-kurangnya menunjukkan hukumnya sunat. Begitu juga hadis Abi Said al-Khudri dan beberapa hadis yang lain yang menunjukkan sunat solat dengan bersepatu. Istidlal dengan tidak harus pula adalah berdasarkan hadis Amru bin Syu’aib daripada bapanya, daripada datuknya dan hadis daripada Abi Hurairah. Justeru, Abd al-Rahman bin Abi Laila pernah berkata: “Rasulullah SAW telah solat dengan dua sepatunya. Maka orang ramai pun bersolat dengan sepatu masing-masing. Kemudian Baginda menanggalkannya, dan orang ramai pun menanggalkannya. Maka sesiapa yang mahu untuk solat dengan dua sepatunya, maka solatlah dan siapa yang mahu menanggalkannya, maka tanggalkanlah.” (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 2/354)

Walaubagaimanapun, kasut yang dipakai tersebut hendaklah bersih dan suci daripada najis. Nabi SAW bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ : فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا
“Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.” [Riwayat Abu Daud (650) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (3889)]




Ibn Ruslan berkata: “Perkataan ‘الْأَذَى’ pada bahasa iaitu yang keji dan kotor sama ada ia bersih atau najis.” (Lihat Syarh Sunan Abi Daud, 3/72)

Disebut dalam kitab Subul al-Salam: “Hadis tersebut menunjukkan pensyariatan solat dengan memakai selipar atau sepatu. Begitu juga sapuan selipar atau sepatu pada tanah boleh menyucikannya daripada kotoran. Dan yang zahir pada kedua-duanya adalah dengan maksud najis, sama ada najis bersifat basah atau kering.” (Lihat Subul al-Salam, 1/137)

Kesimpulan

Kami berpandangan dengan melihat kepada suasana dan uruf di Malaysia, keadaannya adalah berbeza. Justeru, tidak memakai kasut semasa berada di dalam masjid dan untuk solat adalah perkara yang biasa bahkan di rumah sendiri pun ditanggalkan kasut ketika mahu memasukinya. Inilah yang lebih aula dan utama daripada memakai kasut yang dibawa masuk ke dalam masjid untuk solat dengannya.

Perkara seperti ini sudah makruf hatta di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi kecuali bagi mereka yang memakai khuf. Adapun khuf, maka tiada khilaf berkenaan kebolehannya dan telah diterima pakai berdasarkan nas yang sahih serta amalan salafussoleh sehingga ke zaman kini.

Semoga pencerahan ini memberi manfaat kepada kita semua dalam berinteraksi dengan nas dan hadis Nabi SAW. Kami akhiri dengan doa:

اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.”

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/memakai-kasut-ketika-solat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 334 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Tidak Solat Secara Qasar Ketika Bermusafir

Tidak Solat Secara Qasar Ketika Bermusafir

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 373 hits
Soalan Bolehkah ketika musafir seorang melakukan solat secara tamam tanpa mengqasarkannya Sebab setahu saya kalau musafir ni kena qasar Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat qasar merupakan rukhsah yang diberikan ketika mana mus...
Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 339 hits
Soalan Apa Hukum Ilzaq ketika solat berjemaah Adakah ia sunnah Nabi Muhammad SAW Jawapan Solat adalah ibadah yang disyariatkan kepada setiap Muslim untuk dilakukan sama ada berseorangan atau secara berjemaah sepertimana yang dianjurkan oleh...
Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

Jadilah Peribadi Yang Ketika Di Lukai Tidak Rapuh Dan Ketika Di Sanjungi Tidak Angkuh 9337

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 327 hits
Banyak Orang Tahajud Jarang Meminta 4 Hal Ini oleh Ustadz Adi Hidayatby SHALAT tahajud adalah shalat sunnah yang dikerjakan di malam hari setelah seseorang bangun dari tidur Ibadah ini termasuk sunnah mu akad yaitu sunnah yang dikuatkan den...
Ibu Terajang Anaknya Yang Kepenatan Ketika Sesi Photoshoot

Ibu Terajang Anaknya Yang Kepenatan Ketika Sesi Photoshoot

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 467 hits
Tergamak seorang ibu menerajang anak perempuannya berusia tiga tahun di bahagian punggung yang mengadu keletihan dan tidak dapat memberi gaya yang dikehendaki lapor Mirror nbsp Mangsa yang hanya dikenali sebagai Niu Niu menjadi model kepada...
Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 438 hits
Soalan Bolehkah seorang wanita mempelawa lelaki asing datang ke rumah ketika ketiadaan suami dan tanpa keizinan suami atas alasan sekadar untuk melakukan tugasan bersama Jawapan Islam merupakan agama yang mengangkat nilai wanita pada martab...
Ini Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Ketika Memutihkan Gigi Dengan Bahan Alami

Ini Hal Yang Harus Kamu Perhatikan Ketika Memutihkan Gigi Dengan Bahan Alami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 254 hits
Menurut drg Andy Wirahadikusumah Sp Pros Prosthodontist memutihkan gigi dengan bahan alami hasilnya tidak akan signifikan Beberapa bahan alami pemutih gigi malah tidak disarankannya karena bisa merusak email gigi
Ecb Mengekalkan Dasar Tidak Berubah Ketika Kemelesetan Global

Ecb Mengekalkan Dasar Tidak Berubah Ketika Kemelesetan Global

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 293 hits
Dasar ECB kekal tidak berubah Pengawal selia akan terus meneruskan dasar monetari yang sangat mudah dengan menyediakan langkah langkah rangsangan baru baru ini dengan peluang untuk mendapatkan kedudukan dalam ekonomi dan menentang penyebara...
Kau Tendang Kepala Anak Aku Kau Ingat Bola Ke Isma Bengang Kepala Anak Kena Terajang Ketika Taekwondo

Kau Tendang Kepala Anak Aku Kau Ingat Bola Ke Isma Bengang Kepala Anak Kena Terajang Ketika Taekwondo

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 802 hits
Penyanyi Isma meluahkan ketidakpuasan hatinya terhadap seorang remaja yang menendang kepala anaknya bertubi tubi dalam satu perlawanan seni mempertahankan diri taekwondo baru baru ini Selain geram Isma secara sinisnya ingin berkenalan denga...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025