Tidak Solat Secara Qasar Ketika Bermusafir



Soalan:
Bolehkah ketika musafir seorang melakukan solat secara tamam tanpa mengqasarkannya. Sebab setahu saya kalau musafir ni kena qasar. Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih.

Jawapan:
Solat qasar merupakan rukhsah yang diberikan ketika mana musafir. Ini berdasarkan kepada pertanyaan yang diajukan oleh Umar Bin Al-Khattab kepada Rasulullah SAW. Kata Ya’la Bin Umayyah kepada Umar R.A:

لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاَةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ فَقَالَ عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنْ ذَلِكَ. فَقَالَ صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ
Firman Allah SWT: “Dan apabila kamu musafir di muka, maka kamu tidaklah berdosa ‘mengqasarkan’ (memendekkan) sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir. Sesungguhnya manusia telah berasa aman.” Maka Umar berkata: “Aku pun pernah hairan sebagaimana kamu lalu aku bertanya kepada Rasulullah SAW berkenaan ayat tersebut.” Rasulullah SAW bersabda: “Ia adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kalian. Maka terimalah pemberiannya.” [Riwayat Muslim (1605)]

Sheikh Muhsin Al-‘Abbad berkata: “Maka harus bagi musafir untuk memendekkan solat yang empat rakaat kepada dua rakaat dan juga menjamakkan di antara solat zohor dengan asar dan maghrib dengan isyak. Ini adalah sedekah yang diberikan kepada kita semua.” (Rujuk Syarh Sunan Abi Daud, 149/1)

Sheikh Dr Wahbah Al-Zuhaili ketika mengulas berkenaan hikmah diberikan rukhsah qasar dan jamak ialah menolak kepayahan yang ada ketika permusafiran dan memberi kemudahan untuk menunaikan kewajipan yang telah difardukan. (Rujuk Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuhu,2/319)




Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, tidak mengapa jika seseorang ingin melakukan solat secara tamam tanpa mengqasarkannya. Ini kerana ia adalah rukhsah yang diberikan pilihan sama ada mahu melakukannya ataupun tidak.

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa rukhsah yang diberikan oleh syara’ ada tiga jenis. Pertama, ialah rukhsah yang wajib dilakukan. Contohnya jika seseorang sedang mengunyah makanan kemudian tiada air yang boleh membantunya untuk menelan makanan tersebut melainkan ada arak maka wajib untuk dia gunakan bagi membolehkannya menelan makanan tersebut. Kedua, rukhsah yang lebih baik untuk ditinggalkan seperti menyapu di atas khuf. Ketiga, rukhsah yang harus untuk dilakukan seperti solat qasar.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/336)

Akan tetapi, lebih elok untuk dia mengqasarkan solat. Inilah pandangan majoriti ulama. Imam Al-Nawawi menyebut: “Berkenaan isu sama ada mahu mengqasarkan solat atau melakukannya secara tamam, para ulama ada beberapa pandangan. Telah kami sebutkan bahawa mazhab kami (mazhab Al-Syafi’i) harus bagi seseorang untuk melakukan solat secara tamam atau mengqasarkannya. Akan tetapi, lebih baik untuk dia melakukan solat secara qasar. Inilah pandangan yang dikemukakan oleh kebanyakan para sahabat seperti Uthman Bin ‘Affan, Sa’ad Bin Abi Waqas, Aisyah dan para sahabat yang lain.” (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab,4/337)

Kesimpulannya, ketika musafir seseorang diberikan pilihan sama ada mahu melakukan solat secara qasar ataupun tamam (sempurna). Akan tetapi, lebih elok untuk dia mengqasarkan solat tersebut. Ini kerana ia merupakan rukhsah dan hadiah daripada Allah SWT kepada umat ini bagi memudahkan mereka menunaikan ibadat yang telah diwajibkan.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/tidak-solat-secara-qasar-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 440 hits
Soalan Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah yang mana patut didahulukan Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat sunat Tahiyatul Masjid ...
Memakai Kasut Ketika Solat

Memakai Kasut Ketika Solat

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 659 hits
Soalan Bolehkah memakai kasut ketika solat Jawapan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kasut ditakrifkan sebagai alas kaki seperti sepatu selipar dan lain lain Di dalam sebuah hadis daripada Syaddad bin Aus R A Nabi SAW bersabda Berbezalah de...
Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 455 hits
Soalan Apa Hukum Ilzaq ketika solat berjemaah Adakah ia sunnah Nabi Muhammad SAW Jawapan Solat adalah ibadah yang disyariatkan kepada setiap Muslim untuk dilakukan sama ada berseorangan atau secara berjemaah sepertimana yang dianjurkan oleh...
Hiburan Saya Silap Dan Bodoh Ketika Itu Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf Lan Pet Pet

Hiburan Saya Silap Dan Bodoh Ketika Itu Mahu Jumpa Pak Ya Minta Maaf Lan Pet Pet

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 461 hits
Berikutan kontroversi tindakannya mengasari dan memukul seorang pengawal keselamatan warga emas baru baru ini pelawak Lan Pet Pet berhasrat mahu bertemu empat mata dengan mangsa Yahya Manap atau mesra dengan panggilan Pak Ya untuk memohon m...
Rugi Kalau Tak Amalkan Pemakanan Ini Ketika Hamil Elak Makanan Yang Berproses

Rugi Kalau Tak Amalkan Pemakanan Ini Ketika Hamil Elak Makanan Yang Berproses

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 399 hits
Wanita hamil perlu makan makanan yang berkhasiat agar kesihatan diri dan kandungan berada di tahap yang baik Amalkan 6 pemakanan ini dan elakkan mengambil makanan yang diproses ataupun makanan segera Ikuti perkongsian Dr Zubaidi MAKANAN TAM...
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

18 Resepi Kuih Tradisional Melayu Yang Famous Ketika Ramadhan

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 4193 hits
18 Resepi Kuih Tradisional Melayu yang Famous Ketika Ramadhan Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua Haa pejam celik pejam celik dah nak dekat dah kita dengan bulan Ramadhan bulan yang dinanti nanti untuk memperoleh pahala berlipat kal...
Najib Zahid Tak Perlu Menonjol Ketika Umno Sedang Bangkit

Najib Zahid Tak Perlu Menonjol Ketika Umno Sedang Bangkit

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 402 hits
16 04 2019Tsunami patah balik orang Melayu kepada BN kerana meluatkan PHBANGI 10 Syaaban 1440H Selasa Tsunami patah balik orang Melayu kepada UMNO serta kebangkitan semula parti itu tidak seharusnya diganggu oleh bekas Perdana Menteri Datuk...
Matan Abu Syuja Masih Memiliki Utang Puasa Ketika Meninggal Dunia

Matan Abu Syuja Masih Memiliki Utang Puasa Ketika Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 451 hits
Siapa yang meninggal dunia lantas memiliki utang puasa maka ahli warisnya yang mempuasakan dirinya Posting ditampilkan lebih awal di
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Rayhana Oo Rayhana

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kedai Kopi Tasik Shah Alam Tempat Makan Santai Kegemaran Keluarga

Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu