Solat Tahiyatul Masjid Ketika Majlis Ilmu Berlangsung



Soalan:
Jika seseorang masuk ke dalam masjid kemudian ada majlis ilmu atau kuliyah, yang mana patut didahulukan? Solat sunat tahiyatul masjid atau duduk mendengar kuliah? Mohon pencerahan ustaz. Terima kasih.

Jawapan:
Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat sunat yang dilakukan ketika mana masuk ke dalam masjid. Ia adalah solat yang sentiasa dilazimi oleh Nabi SAW. Daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمُ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ
“Jika salah seorang daripada kalian masuk ke dalam masjid maka solatlah sebanyak dua rakaat sebelum dia duduk.” [Riwayat Al-Bukhari (444) & Muslim (1687)]

Imam Al-San’ani di dalam penjelasannya terhadap hadis ini, beliau menyebut bahawa hadis ini merupakan satu larangan untuk duduk ketika masuk ke dalam masjid sebelum menunaikan solat dua rakaat. (Rujuk Subul Al-Salam Syarh Bulugh Al-Maram Min Adillah Al-Ahkam, 2/62)

Imam Al-Nawawi menyebut bahawa para ulama sepakat bahawa solat sunat tahiyatul masjid adalah sunnah dan jika tiada keuzuran maka makruh hukumnya untuk duduk sebelum dilakukan solat dua rakaat. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/52)

Kembali kepada persoalan yang dikemukakan, jika seseorang masuk ke dalam masjid dan dalam pada masa yang ada majlis ilmu sedang berlangsung maka sunat baginya untuk melakukan solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum mendegar majlis ilmu yang sedang diadakan. Ini dikiaskan dengan keadaan seseorang yang masuk ke dalam masjid ketika imam sedang berkhutbah. Ianya berdasarkan hadis daripada Abu Jabir Bin Abdullah. Beliau berkata:




جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِىُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَخْطُبُ فَجَلَسَ فَقَالَ لَهُ يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا - ثُمَّ قَالَ - إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا
Sulaik Al-Ghatafani datang pada hari Jumaat dan pada ketika itu Rasulullah SAW sedang berkhutbah. Lalu Sulaik terus duduk. Maka Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Sulaik bangunlah dan solatlah dua rakaat serta segerakan solat tersebut.” Kemudian Baginda bersabda lagi: “Jika salah seorang dari kalian datang (ke masjid) pada hari Jumaat dalam keadaan imam sedang berkhutbah maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” [Riwayat Muslim (2061)]

Imam Al-Nawawi berkata bahawa jika seseorang masuk ke dalam masjid dan Imam sedang berkhutbah maka dia tidak boleh duduk melainkan setelah solat dua rakaat yang dilakukan secara ringkas. (Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 4/53)

Jika khutbah Jumaat yang menjadi syarat sah solat Jumaat pun Nabi perintahkan untuk dilakukan solat tahiyatul masjid sebelum mendengar khutbah apatahlagi majlis ilmu yang mana ia bukan syarat sah bagi mana-mana solat. Lagilah disunatkan untuk melakukan solat tahiyatul masjid.

Kesimpulannya, sunat bagi seseorang untuk melakukan solat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum duduk mendengar majlis ilmu. Semoga Allah memberikan kita kefahaman di dalam agama-Nya. Wallahu’alam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/solat-tahiyatul-masjid-ketika-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

Hukum Ilzaq Ketika Solat Berjemaah

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 455 hits
Soalan Apa Hukum Ilzaq ketika solat berjemaah Adakah ia sunnah Nabi Muhammad SAW Jawapan Solat adalah ibadah yang disyariatkan kepada setiap Muslim untuk dilakukan sama ada berseorangan atau secara berjemaah sepertimana yang dianjurkan oleh...
Tak Over Di Majlis Kahwin Ramai Suka Eina Azman Berbaju Kurung Cotton

Tak Over Di Majlis Kahwin Ramai Suka Eina Azman Berbaju Kurung Cotton

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 1859 hits
Tak Over Di Majlis Kahwin Ramai Suka Eina Azman Berbaju Kurung CottoN Siapa sangka Datin Eina Azman yang memakai baju kurung simple ketika menghadiri majlis perkahwinan Fasha Sandha dan Aidil Aziz dihujani kata kata pujian daripada netizen ...
Pengantin Lelaki Sengaja Siar Video Curang Pasangan Masa Majlis Perkahwinan Berlangsung

Pengantin Lelaki Sengaja Siar Video Curang Pasangan Masa Majlis Perkahwinan Berlangsung

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 636 hits
Apa yang akan anda lakukan sekiranya anda mendapati pasangan curang di belakang anda padahal segala persiapan perkahwinan telah disiapkan Mungkin anda akan membatalkan sahaja perkahwinan namun seorang lelaki ini mahu kisah curang tunangnya ...
Rahsia Sujud Ketika Solat

Rahsia Sujud Ketika Solat

papar berkaitan - pada 2/4/2019 - jumlah : 405 hits
RAHSIA SUJUD KETIKA SOLAT 1 Sujud melibatkan 5 anggota badan yang bertumpu pada bumi dahi hidung kedua telapak tangan lutut dan kedua hujung jari kaki 2 Sujud adalah konsep merendahkan diri memuji Allah SWT dan memohon segala macam hajat ke...
Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

Biad Ap Zionis Tukarkan Masjid Bersejarah Palestin Jadi Pusat Hibu Ran Tidak Benarkan Solat

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 380 hits
Biad ap Zionis tukarkan masjid bersejarah Palestin jadi pusat hibu ran tidak benarkan solat Masjid Al Ahmar yang sebelum ini dikenali sebagai antara masjid yang bersejarah terletak di bandar raya safed utara Palestin Namun selepas pencerobo...
Tidak Solat Secara Qasar Ketika Bermusafir

Tidak Solat Secara Qasar Ketika Bermusafir

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 472 hits
Soalan Bolehkah ketika musafir seorang melakukan solat secara tamam tanpa mengqasarkannya Sebab setahu saya kalau musafir ni kena qasar Mohon pencerahan ustaz Terima kasih Jawapan Solat qasar merupakan rukhsah yang diberikan ketika mana mus...
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin Airasia Dikecam Ketika Solat

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 529 hits
Sah Ke Tak Tu Laju Je Ha Kisah Krew Kabin AirAsia Dikecam Ketika Solat Bila bercakap tentang ibadah kepada Allah SWT setiap insan yang hidup di dunia ini wajib sujud kepada Allah Tak kiralah tua muda kaya miskin berkemampuan atau tidak anda...
Video Hutan Terbakar Teruk 26 Anggota Bomba Terkorban Ketika Cuba Padam Api

Video Hutan Terbakar Teruk 26 Anggota Bomba Terkorban Ketika Cuba Padam Api

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 740 hits
Hutan Terbakar Teruk 26 Anggota Bomba Terkorban Ketika Cuba Padam Api Sekurang kurangnya 26 orang anggota bomba dipercayai terkorban dalam usaha memadam kebakaran hutan di kawasan gunung di wilayah Sichuan China menurut maklumat yang dikong...
Kedudukan Akhir Futsal Lelaki Sukan Sea 2025 Sorotan Pencapaian Dan Keputusan

Lirik Lagu Rindu Yang Pergi Jmbelog

Reset Hidup Untuk Tahun 2026 Cara Mulakan Semula Tanpa Tekanan

Jumaat Selamat Hari Lahir Myadik

Easy Saturday Kitchen Beef Cheeks Recipe

Pengajaran Dakwah Nabi Muhammad Di Taif

Pengkhianat Baghdad Akhir Hidup Ibn Al Alqami

Ppim Desak Tindakan Segera Tangani Banjir Besar Di Aceh Harapan Daily 19 12 2025


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Makan Masakan Padang Di Bandung Pengalaman Menjamu Selera Di Restoran Sederhana Masakan Padang

Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Apocalypse Now Ketakutan Sejati Dari Alam Nyata

Imf Sambut Baik Keputusan Eu Luluskan Pinjaman 90 Bilion

Trading Automatik Btcusdt Cara Jana Usdt Tanpa Ilmu Teknikal

Side Income Usdt Untuk Orang Sibuk Dengan Ai Trading Kripto