Meluruskan Kembali Perjuangan Reformasi


 
Apabila Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10 pada 24 November 2022 ia bermakna perjuangan reformasi kini memasuki tahaf yang kedua.
Dari fasa di luar kerajaan – menuntut perubahan atas jalan raya dan di blok pembangkang di dalam Parlimen, sekarang perjuangan reformasi berada di tengah-tengah kota pentadbiran di Putrajaya.
Hari ini, perjuangan reformasi berada di tahaf perlaksanaan.
Institusi yang penting sekarang ialah Perkhidmatan Awam yang diterajui oleh pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Perkhidmatan Awam ini adalah teras kepada Badan Eksekutif yang bertanggungjawab melaksanakan segala dasar-dasar reformasi Anwar Ibrahim yang kini diberi jenama baru Malaysia Madani.
Menentang rasuah adalah agenda utama pentadbiran Anwar Ibrahim. Menyelamatkan wang negara, mencegah ketirisan dan langkah-langkah berjimat dalam pentadbiran kerajaan adalah contoh-contoh pengumuman positif yang disambut baik oleh rakyat. Termasuklah menentang kronisme dan segala bentuk nepotisme.
Rakyat percaya kepada integriti Anwar Ibrahim. Rakyat menutup sebelah mata apabila Anwar melantik Ahmad Zahid Hamidi sebagai Timbalan Perdana Menteri.
Rakyat memberi tafsiran mereka sendiri bahawa Anwar Ibrahim dalam keadaan tiada pilihan. Rakyat memaafkan. Rakyat sayang pada Anwar. Rakyat faham dan akur, kecuali pihak pembangkang dan pengkritik termasuk si penulis ini.
Rakyat mahu Anwar Ibrahim berjaya sebagai Perdana Menteri. Rakyat mahu Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim ini stabil dan tidak tumbang.
Rakyat ingin beri peluang kepada Anwar. Rakyat menutup sebelah mata lagi apabila Anwar melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan. Rakyat bersangka baik kepada Anwar. Rakyat amat percaya kepada tokoh reformasi ini.
Kesangsian tentang bahayanya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dipegang oleh orang yang sama, semakin berkurangan kedengaran apabila Anwar mengambil beberapa langkah meyakinkan untuk menjaga kewangan dan ekonomi negara.
Tetapi apabila Anwar melantik anaknya sendiri menjadi Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya sebagai Perdana Menteri, maka banyak pihak yang telah mengangkat bendera merah tanda bahaya.
Anwar Ibrahim sebagai peribadi tiada masalah sebenarnya. Sikap amanah dan intergritinya dalam soal kewangan dan ekonomi adalah terpuji.
Pernah menjadi Menteri Kewangan yang terbaik. Dia tidak pernah terkait dengan isu rasuah, pecah amanah jenayah ataupun pengubahan wang haram.
Tetapi yang kita bicarakan di sini bukan soal peribadi tetapi ialah soal sistem tatakelola pentadbiran atau sering disebut “good governance”. Malaysia menuntut sistem pentadbiran yang telus dan berintegriti.
Sebenarnya, ini adalah intipati perjuangan reformasi pentadbiran yang diperjuangkan oleh Anwar Ibrahim berserta ratusan ribu penyokongnya di seluruh negara selama ini.
Benarlah ini satu cabaran. Perjuangan reformasi yang berliku-liku dan kadang-kadang berlengkang-lengkok selama hampir suku abad ini yang dipimpin oleh Perdana Menteri ke-10 kita ini sudah sampai masanya untuk diluruskan kembali.
Adalah diharapkan tulisan ini dapat dibaca oleh Anwar Ibrahim sendiri dan sekian penyokongnya yang begitu ramai berdoa agar Anwar Ibrahim dapat menyelamatkan rakyat dan negara tercinta ini.
Gading mana yang tak retak. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Begitu juga, pemimpin mana yang tidak berbuat silap, sama ada kecil ataupun besar.
Justeru itu, Penulis berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim timbanglah semula, fikirlah semula. Kalau ada yang perlu diperbetulkan, betulkanlah sebelum terlambat atau melarat-larat yang besar padah dan mudaratnya. Kita tidak mahu itu berlaku.
Tulisan ini tiada niat mencemar nama baik Anwar Ibrahim sebagai pemimpin. Tulisan berterus terang ini lahir dari hasrat ingin melihat Anwar Ibrahim selamat dalam memimpin kerajaannya.
Ia datang bukan dari seorang pembangkang atau pengkritik. Tulisan ini datang dari seorang sahabat dan rakan seperjuangan selama ini.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
31 Januari 2023






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/02/meluruskan-kembali-perjuangan-reformasi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belum Sampai 100 Hari Anwar Dah Khianati Perjuangan Reformasi Muhyiddin

Belum Sampai 100 Hari Anwar Dah Khianati Perjuangan Reformasi Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 229 hits
malaysiakini comDiterbitkan Jan 30 2023 10 55 PMPengerusi Perikatan Nasional Muhyiddin Yassin berkata kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dia dilantik sebagai perdana menteri Menurutnya janji tatakelola yang baik tel...
Mencari Rumi Kembali

Mencari Rumi Kembali

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 252 hits
Bagai musafir terlupa bermukimmasih berjalan masih bersalinkulit bersalin baju akutersia lupa mana tujusudah tiba masa aku pulangmenelanjang kembalisegala perisai kemunafikankudihadapan yang betul mengenal dirikuyang betul mencintai dirikuy...
Kamal Adli Harap Intan Kembali Tunai Janji

Kamal Adli Harap Intan Kembali Tunai Janji

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 135 hits
Kamal Adli dan Intan Ladyana Gambar ihsan mStar Hiburan SEMINGGU sebelum putus Intan banyak janji dengan saya Antaranya termasuk janji susah senang sama sama dan jika dia mati jangan kahwin dengan orang lain luah pelakon kacak Kamal Adli me...
Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 Di Mitec Kembali Dengan Lebih Gempak

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 Di Mitec Kembali Dengan Lebih Gempak

papar berkaitan - pada 18/1/2023 - jumlah : 365 hits
ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK Assalammualaikum semua Festival musim perayaan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya telah membuka tirai dengan jualan gerai pameran sejak Disember 2022 Sambutan am...
Jangan Kembali Kepada Qur An Dan Sunnah By Ustadz Duktur Rakib Jamari

Jangan Kembali Kepada Qur An Dan Sunnah By Ustadz Duktur Rakib Jamari

papar berkaitan - pada 19/1/2023 - jumlah : 171 hits
JANGAN KEMBALI KEPADA QURAN DAN SUNNAH KALAU BYDR H MUHAMMAD RAKIB JAMARI S H
Kembali Pada Tuhan Jalaluddin Rumi

Kembali Pada Tuhan Jalaluddin Rumi

papar berkaitan - pada 20/1/2023 - jumlah : 135 hits
Jika engkau belum mempunyai ilmu hanyalah prasangka maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan Begitulah caranya Jika engkau hanya mampu merangkak maka merangkaklah kepadaNya Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk maka tetaplah...
Selang Sehari Penembakan Massal Kembali Terjadi Di California Tewaskan Tujuh Orang

Selang Sehari Penembakan Massal Kembali Terjadi Di California Tewaskan Tujuh Orang

papar berkaitan - pada 24/1/2023 - jumlah : 291 hits
Penembakan massal kembali terjadi di California Amerika Serikat setelah serangan penembakan pada malam Imlek
Payakan Akan Kembali Dalam Avatar 3

Payakan Akan Kembali Dalam Avatar 3

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 127 hits
Menurut laporan eksklusif dari Empire Magazine Brendan Cowell akan kembali sebagai Mick Scoresby dalam Avatar 3 bersama Payakan makhluk bawah air yang memainkan peranan penting dalam sekuel The Way of Water Dalam Avatar The Way of Water The...
Umno Perlu Kembali Ke Pangkuan Jalan

Umno Perlu Kembali Ke Pangkuan Jalan

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 190 hits
Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang lepas adalah platform terbaik dalam menguji kebijaksanaan berpolitik kesetiaan pada parti dan komitmen serta kepercayaan akar umbi untuk pemimpin utama menstrukturkan semula parti UMNO kata PSU Puteri PSU Pu...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever