Belum Sampai 100 Hari Anwar Dah Khianati Perjuangan Reformasi Muhyiddin


malaysiakini.com
Diterbitkan: Jan 30, 2023 10:55 PM
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin berkata kesilapan demi kesilapan dilakukan oleh Anwar Ibrahim sejak dia dilantik sebagai perdana menteri

Menurutnya janji tatakelola yang baik telah dikhianati apabila Anwar melantik Ahmad Zahid Hamidi yang sedang berhadapan dengan tuduhan jenayah di mahkamah sebagai timbalannya.

"Ini dilakukan semata-mata kerana membalas "budi" Zahid yang berjaya memaksa ahli-ahli parlimen BN memberi sokongan kepada Anwar sebagai Perdana Menteri.

“Bukan setakat itu sahaja, janji perdana menteri tidak memegang jawatan Menteri Kewangan juga dibuang ke laut apabila Anwar melantik dirinya sendiri sebagai Menteri Kewangan. Ini satu lagi kesilapan Anwar yang tanpa segan silu bercakap tak serupa bikin,” katanya dalam catatan di Facebook.

Terbaru, menurut Muhyiddin, Anwar melantik anaknya sendiri, Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada perdana menteri itu.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia seorang perdana menteri melantik anak sebagai penasihat. Pelantikan ini menjadikan slogan reformasi yang dilaungkan oleh Anwar sejak lebih 20 tahun lalu sebagai omongan kosong.

“Belum sampai 100 hari memerintah, Anwar telah mengkhianati semangat perjuangan reformasi yang didukung oleh penyokong-penyokongnya sendiri,” kata bekas perdana menteri itu.

‘Tak rela lihat maruah negara tercalar’

Menurut Muhyiddin sebagai pemimpin parti pembangkang dia boleh saja mengambil kesempatan daripada kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh Anwar dan kerajaannya.

"Tetapi sebagai rakyat biasa, saya tidak rela melihat maruah negara tercalar kerana keterlanjuran perdana menteri.

“Masih belum terlambat untuk Anwar memperbaiki keadaan,” tulisnya.
Justeru Muhyiddin menggesa Anwar meletakkan jawatan sebagai menteri kewangan dan menumpukan tugas sebagai perdana menteri untuk membantu negara dan rakyat mengharungi masa yang mencabar.

Katanya, Anwar juga perlu mengarahkan Ahmad Zahid supaya bercuti sehingga kes mahkamah yang dihadapinya selesai.

"Malulah rakyat Malaysia jika beliau (Zahid) ke luar negara bertemu pemimpin dunia atas tugasan rasmi sebagai timbalan perdana menteri sedangkan kesnya masih dibicarakan di mahkamah.

“Apa agaknya tajuk berita di negara yang dilawatinya,” ujarnya.

Selain itu Muhyiddin berkata Anwar perlu menasihatkan Nurul Izzah supaya meletak jawatan sebagai penasihatnya, memandangkan anak perempuannya itu merupakan seorang pemimpin wanita muda yang berbakat dan berpotensi besar.

“Janganlah pelantikan kecil yang tidak kena pada tempatnya ini menjadi titik hitam dalam perjalanan politiknya menuju masa hadapan yang mungkin lebih cerah,” katanya.

Kritikan Muhyiddin itu muncul selepas Nurul Izzah dilantik sebagai penasihat kewangan dan ekonomi kepada perdana menteri tanpa dibayar gaji.

Keputusan itu membawa kepada dakwaan berlaku amalan nepotisme dan persoalan apakah Nurul Izzah layak untuk memegang jawatan itu, walaupun Pejabat Perdana Menteri mempertahankan kelayakan akademiknya .

Sebelum ini, Pakatan Harapan (PH) berjanji dalam manifesto pada pilihan raya 2018 bahawa perdana menteri tidak akan memegang jawatan menteri kabinet yang lain.

Bagaimanapun, janji yang sama tidak dibuat dalam manifesto untuk pilihan raya umum tahun lalu.

Anwar sebelum ini berkata dia menyandang jawatan sebagai menteri Kewangan untuk pulihkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/01/belum-sampai-100-hari-anwar-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Muhyiddin Dah Kecut Anwar Saman Rm15juta

Muhyiddin Dah Kecut Anwar Saman Rm15juta

papar berkaitan - pada 21/1/2023 - jumlah : 222 hits
Saman isu RM15j Anwar tak patut tersinggung kata MuhyiddinHidir Reduan Abdul RashidSebagai ketua kerajaan perpaduan dan pemimpin Pakatan Harapan kata Muhyiddin Yassin Anwar Ibrahim tidak sepatutnya berasa tersinggung dengan kritikan dan per...
Meluruskan Kembali Perjuangan Reformasi

Meluruskan Kembali Perjuangan Reformasi

papar berkaitan - pada 1/2/2023 - jumlah : 209 hits
Apabila Anwar Ibrahim diangkat menjadi Perdana Menteri ke 10 pada 24 November 2022 ia bermakna perjuangan reformasi kini memasuki tahaf yang kedua Dari fasa di luar kerajaan menuntut perubahan atas jalan raya dan di blok pembangkang di dala...
Lebih 100 Kenderaan Dikesan Guna Lorong Kecemasan Hari Ini

Lebih 100 Kenderaan Dikesan Guna Lorong Kecemasan Hari Ini

papar berkaitan - pada 22/1/2023 - jumlah : 340 hits
Lebih 100 kenderaan dikesan guna lorong kecemasan hari ini Dikemas kini 2 jam yang lalu Diterbitkan pada 21 Jan 2023 11 51PM
Anwar Ke Brunei Selama 2 Hari Esok

Anwar Ke Brunei Selama 2 Hari Esok

papar berkaitan - pada 23/1/2023 - jumlah : 270 hits
PERDANA Menteri nbsp Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari bermula esok Ia merupakan lawatan rasmi ke luar negeri kedua buat Anwar sejak memegang jawatan perdana menteri Menteri Luar Dr Zambry Abdul Kadir ber...
Footage Of Muhyiddin Losing His Cool Daring Anwar Goes Viral Nsttv

Footage Of Muhyiddin Losing His Cool Daring Anwar Goes Viral Nsttv

papar berkaitan - pada 3/2/2023 - jumlah : 321 hits
KUALA LUMPUR Video footage of Tan Sri Muhyiddin Yassin challenging Datuk Seri Anwar Ibrahim is making its rounds online In what is believed to be archived footage prior to the 15th General Election the Parti Pribumi Bersatu Malaysia preside...
Not Too Late For Anwar To Rectify Missteps Says Muhyiddin

Not Too Late For Anwar To Rectify Missteps Says Muhyiddin

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 219 hits
Muhyiddin Yassin says Anwar Ibrahim still has time to correct some of his mistakes after barely 100 days in office PETALING JAYA Perikatan Nasional chairman Muhyiddin Yassin says it is not too late for Prime Minister Anwar Ibrahim to rectif...
Anwar Jawab Pengkritik Cakap Tak Serupa Bikin Dr M Muhyiddin Dihere

Anwar Jawab Pengkritik Cakap Tak Serupa Bikin Dr M Muhyiddin Dihere

papar berkaitan - pada 2/2/2023 - jumlah : 333 hits
Antara paparan Sekilas Fakta 31 Januari 2023 1 Saya tidak gelojoh mahu jadi Presiden UMNO PM KJ 2 Gandingan Khairy Rafizi Nurul Izzah KJ kata dalam pertimbangan 3 Ulang kesilapan Anwar cakap tak serupa bikin Muhyiddin 4 Lepas bersuara tenta...
Lantik Anak Jadi Penasihat Pm Anwar Khianati Rakyat Malaysia

Lantik Anak Jadi Penasihat Pm Anwar Khianati Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 31/1/2023 - jumlah : 220 hits
agendaily com30 01 2023Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin menggesa Datuk Seri Anwar Ibrahim membatalkan pelantikan Nurul Izzah sebagai Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepada Perdana Menteri Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli