Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 Di Mitec Kembali Dengan Lebih Gempak


ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK | Assalammualaikum semua! Festival musim perayaan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya telah membuka tirai dengan jualan gerai pameran sejak Disember 2022. Sambutan amat menggalakkan dengan penyertaaan vendor dari pelbagai jenama tempatan, selebriti dan usahawan kecil. 
Kejayaan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2022 telah memberi keyakinan kepada penganjur, penaja, usahawan dan pengunjung. Hari pertama sehingga ke hari terakhir dipenuhi dengan pengunjung. Ada yang suka membeli-belah dengan cara berbuka puasa di MITEC dan selepas itu terus beli barangan keperluan seisi keluarga. Ibu bapa warga emas, suami dan anak kecil di dalam stroller turut bersesak hadir. 
Penampilan selebriti di booth dan pentas utama juga meriah. Pelbagai sorotan program dan aktiviti berjalan selama 66 jam. Bayangkan betapa seronoknya di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. 
>> Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 
>> 66 Jam Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 DI MITEC KEMBALI DENGAN LEBIH GEMPAK
 Acara: Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023Tarikh: 14 - 17 April 2023Hari: Jumaat, Sabtu, Ahad & IsninMasa: 12 Tengahari (Jumaat) - 5 Pagi (Isnin)Lokasi: MITEC, Kuala Lumpur
My Events International dan Absolut Event & Management bakal menganjurkan ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 (ABXGR23) buat kali kedua dari 14 April hingga 17 April 2023. Dengan kerjasama Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) sebagai lokasi rasmi, festival jualan raya besar-besaran ini akan diadakan selama 66 jam tanpa henti sempena menyambut kedatangan bulan Syawal. 
Dari kiri, Puan Natalie Han, Frontline Brand Manager, Coca-Cola Far East Ltd.; Puan Thana, Group Senior Business Development Director, My Events International; Puan Hema Kandy, Chief Executive Officer, My Events International; Tan Sri Abdul Rahman Mamat, Chairman, Prisma Galeri Sdn Bhd; Encik Ben Ali, Pengarah, Absolut Event Management; Puan Nadiyah Shahab, Pengarah, Absolut Event Management ; Puan Winnee Lim, General Manager Business Development, Malaysia International Trade and Exhibition Centre dan Puan Rozita Che Wan, Usahawan & Selebriti Malaysia semasa sesi Sidang Media Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 pada 17 Jan 2023

Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 merupakan festival yang amat dinantikan oleh semua pihak terutamanya para pempamer dan pengunjung. Seramai 1.2 juta pengunjung telah hadir memeriahkan festival ini pada tahun lepas. Tahun ini, seramai lebih 2 juta pengunjung bakal membanjiri ABXGR23 di MITEC. ABXGR23 bukan sahaja diadakan di indoor tetapi juga outdoor dengan Mini Absolut Food Festival yang menyediakan pelbagai makanan lazat untuk pembelian para pengunjung untuk hidangan berbuka puasa dan sahur. 
500 TAPAK GERAI AKAN BEROPERASI DAN 95% SUDAH DIMILIKI
Lebih daripada 500 booth akan menyertai dan menawarkan pelbagai promosi dan pilihan menarik bagi pembelian untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. ABKGR23 merupakan pusat sehenti di mana pelbagai interaksi pelanggan dan pempamer dapat dilaksanakan. Festival ini merupakan inisiatif dengan tujuan untuk memberi inspirasi dan sokongan untuk usahawan tempatan dan pemilik perniagaan kecil. 
500 booth ini terdiri penyertaan vendor dari pakaian, produk kecantikan, produk kosmetik, barangan perhiasan rumah, makanan tambahan kesihatan, jualan makanan, trak makanan dan macam-macam lagi. 

KELAINAN 66 JAM KALI INI - 3 DEWAN UTAMA MITEC DIBUKA 
Mengambil maklum tentang kekurangan acara pada tahun 2022. Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 menjanjikan penambahbaikan dengan membuka 3 dewan utama. Jika dulu hanya 2 dewan sahaja. Kali ini penambahan 1 lagi dewan adalah khusus untuk ruang menjamu selera makanan yang dibeli di trak makanan di luar dan booth makanan di dalam. 

Ruang yang disediakan di MITEC akan lebih selesa, tiada lagi pengunjung bersila di ruang legar secara berkelompok. Nampak tidak manis sebuah lokasi pameran antarabangsa menjadi seperti itu. Keselesaan pengunjung adalah keutamaan kerana mereka akan berada di MITEC untuk Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 dari waktu berbuka hingga bersahur. Selama 66 jam ini, pihak penganjur sedaya upaya memberikan yang terbaik. InsyaAllah. 
Pelbagai aktviti dan tarikan yang bakal diadakan bagi menarik perhatian pengunjung di antaranya adalah persembahan selebriti, penampilan selebriti dan influencers, cabutan bertuah, Happy Hour serta zon rehat keluarga dan kanak-kanak. 
SUBSIDI KEPADA USAHAWAN YANG MENYERTAI ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2023 
Pada tahun 2022, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Tan Sri Noh Omar telah melancarkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2022 dan mengumumkan subsidi sebanyak 50% diberikan kepada usahawan yang membeli booth. Ia adalah bantuan dari kerajaan bagi membantu usahawan kembali bersemangat berniaga dan dalam masa yang sama meningkatkan ekonomi negara dengan menyokong pembelian jenama buatan Malaysia

Pada tahun ini, dengan kepimpinan Yang Amat Berhormat (YAB) Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. YB Datuk Ewon Benedick merupakan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP). Adakah bantuan seperti tahun lepas akan menjelma lagi? 

Menurut Ben Ali, Pegarah Absolut Event Management, beliau akan berusaha untuk mendapatkan bantuan sebegitu juga bagi membantu para usahawan yang menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023. InsyaAllah. 
MITEC MENAWARKAN LOKASI SELAMAT DAN SELESA
MITEC merupakan lokasi bertaraf antarabangsa yang mampu menjadi lokasi perniagaan kepada syarikat dan usahawan kecil melalu acara Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Sasaran 2 juta lebih pengunjung pada tahun ini dapat memberi peluang jenama-jenama ini dikenali dengan lebih dekat. Acara sebegini perlu diadakan walau berlainan sambutan perayaan


Faedah peniaga menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya di MITEC adalah pembeli dapat membuat pilihan tepat dan membandingkan produk dan terus beli . Ji dibandingkan membeli di pusat membeli belah, harga mahal kerana kos sewaan bulanan dan bil utiliti

Menggalakkan rakyat Malaysia membeli barangan tempatan dan menyahut seruan kerajaan iaitu Buy Malaysian Campaign. Ini adalah kempen untuk menggalakkan pembeli membeli produk-produk buatan Malaysia

1,400 KEMUDAHAN LETAK KERETA DI MITEC
MITEC mempunyai ruang letak kereta yang cukup luas untuk 1,400 kenderaan, menawarkan pengunjung akses mudah dari pintu masuk Utara dan Selatan ke ruang letak kereta Basement 1 dan 1A yang dikawal keselamatan oleh pengendali parkir yang dilantik iaitu ParkRite


Tahun lepas, kadar harga ruang letak kereta MITEC bernilai RM 5 untuk tiga jam pertama dan RM 10 flat rate dalam tempoh satu hari. Berbaloi kan? Barulah tenang nak membeli-belah. Kalau bimbang tentang kadar setiap jam dan parking kenderaan menyalahi undang-undang di tepi jalan. Tak best lah nanti kan. Kalau boleh, nak shopping sampai sahur. Hahaha

Harap-harap kadar parking seperti tahun lalu dilaksanakan lagi. Terima kasih MITEC. Muahcikedddd


PROGRAM KEAGAMAAN SEPANJANG 4 HARI SEMASA MENANTI WAKTU BERBUKA PUASA
Festival raya tahun ini akan lebih mendalami agama Islam dan menghormati Ramadhan dengan menjemput Ustaz-ustaz tersohor untuk menyampaikan khutbah yang bermakna sebelum berbuka puasa, menghiasi kawasan dewan dengan kata-kata Nabi, menikmati persembahan Nashid sebelum solat terawih Maghrib yang dipimpin oleh seorang Imam, serta bacaan Al-Quran oleh pelajar-pelajar tahfiz. 
PROGRAM CSR BUBUR LAMBUK
Festival ABXGR23 juga bakal menganjurkan memasak bubur lambuk beramai-ramai dan pengagihan sebagai inisiatif amal, menjadikan festival ini sebagai festival yang amat berharga untuk bulan Ramadhan. 

PENAJA RASMI YANG GEMPAK
Secara rasminya, Coca-Cola Far East Ltd. akan menyertai ABXGR23 sebagai Rakan Minuman Eksklusif — Blue Diamond So Chantique sebagai Rakan Emas, KKMY Group Sdn Bhd sebagai Rakan Gangsa dan disokong oleh Malaysia Furniture Council


Penyertaan rakan kongsi ini akan membawa festival ini ke peringkat lebih tinggi dan diharapkan penyertaan ini membuahkan hasil bagi kedua-dua belah pihak. 
100 SELEBRITI, INFLUENCERS DAN TIKTOKERS TURUT HADIR
Penglibatan selebriti terkemuka Malaysia bakal hadir dan memeriahkan festival ini. Di antara selebriti yang bakal membuka gerai jualan dan beramah mesra bersama peminat di reruai mereka adalah Aedy Ashraf, Amelia Handerson, Diana Danielle, Rozita Che Wan, Nelydia & Uqasha Senrose, Mira Filzah, Scha Alyahya & Awal Ashaari, Hairul Azrin & Hanis Zalikha, Amyra Rosli, Meergeen, Anna Jobling, Fauziah Gous dan Shahz Jaszle dan serta ramai lagi. 

Pada tahun 2022, seramai 50 - 70 selebriti telah menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Pada tahun 2023 kali ini, seramai 100 selebriti akan hadir. Mereka adalah dikalangan selebriti terkenal masa kini, selebriti veteran, influencers dan tiktokers. Kepelbagaian ini pastinya menjemput para pengunjung untuk datang ke festival dan berpeluang bertemu mesra dengan selebriti kesayangan mereka. 
CHE TA MENEMPAH 4 BOOTH
Umum sedia mengetahui perniagaan Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta mendapat sambutan amat menggalakkan. Jualan inai dan gincu hitam menjadi viral. Produk wajib dimiliki sepanjang masa. 
Pada kebiasaannya pembeli membeli secara dalam talian di TikTok Shop sahaja kan? Kali ini, Che Ta ingin tampil memeriahkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2023 dengan menempah 4 booth! Meriah kan meriah

Setahu Ruby, Che Ta juga mempunyai perniagaan Rozita Che Wan Scarves. Pastinya lebih meriah gabungan byRCW dan rcwscarves. Boleh peminat dapatkan terus di MITEC nanti. 

Koleksi rcwscarves terdiri daripada Shawl Ruffle Letuppppp, Blooming Collection yang terdiri daripada Camellia, Aster, Zinnia  Bluebelle, Lobellia, Jasmine, Scilla, Lily, Dahlia, Gentiana dan Felicia. Manakala koleksi Florescence terdiri daripada Cempaka, Anggerik, Kemboja, Petunia, Tulip, Lavender, Melur, Melati dan Ros. 
byRCW pula terdiri daripada pelbagai produk dari penjagaan diri ke fesyen. Diantaranya adalab produk Pencuci Goyang Segar, beg tangan Selena, Clio, Gaia. Wangian Precious, losyen, inai, gincu dan aksesori mutiara. Haaaa banyak kan produk Che Ta? Memang sesuai buka 4 booth! All the best Che Ta
MENGENAI MY EVENTS INTERNATIONAL
My Events International merupakan syarikat pengurusan acara yang menyediakan pelbagai cara penyelesaian dan pencipta kandungan global dengan pengalaman selama 16 tahun melayani pelanggan utama di Malaysia termasuk 10 buah negara lain di Arab Saudi, Filipina, Nigeria, Pakistan, China, United Kingdom, India, Rwanda dan United Arab Emirates. 
My Events International berdedikasi untuk menyediakan penyelesaian dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan; berdiri teguh dengan tujuan untuk menyampaikan kecemerlangan, membina insan serta melangkaui batasan. 
MENGENAI ABSOLUT EVENT & MANAGEMENT
Absolut Event & Management merupakan jenama baru yang dicipta dengan pengluasan Absolut Chocolat. Absolut Chocolat telah menanam akarnya di tengah-tengah Lembah Klang dengan menempatkan produk mereka di lebih daripada 100 buah stesen minyak seperti Petronas, Shell dan Petron dalam usaha mendekati masyarakat. 
Absolut Event & Management sebelum ini menjadi tuan rumah pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest (Shah Alam). Walaupun ini kali kedua mereka sebagai penganjur, skala dan jumlah keluaran adalah satu kejayaan yang mutlak. 
PUSAT PAMERAN DAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA MALAYSIA (MITEC) 
Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) terletak di Metropolis KL, sebuah pembangunan bersepadu dalam daerah Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Kuala Lumpur

Diposisikan sebagai pemangkin ekonomi dan Gerbang ke Asia Tenggara, MITEC ialah destinasi MICE (Mesyuarat, Insentif, Persidangan, dan Pameran) terbesar di rantau Asia Tenggara dan pusat perdagangan dan pameran terbesar di Malaysia. 
MITEC menawarkan lebih 52,000 meter persegi ruang pameran dan dewan pameran dengan kemungkinan yang tidak terhingga. Sebagai ruang pameran terkemuka di Malaysia, pusat itu menarik 100,000 pengunjung dan persidangan atau konvensyen antara 200 hingga 20,000 perwakilan. 
ABSOLUT BAZAAR : INSTAGRAM | FACEBOOK GAYA RAYA : INSTAGRAM | FACEBOOK

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2023/01/absolut-bazaar-x-festival-gaya-raya-2023.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wsbk 2023 Kembali Dihelat Awal Maret Di Sirkuit Mandalika

Wsbk 2023 Kembali Dihelat Awal Maret Di Sirkuit Mandalika

papar berkaitan - pada 13/1/2023 - jumlah : 146 hits
WSBK 2023 Kembali Dihelat Awal Maret di Sirkuit Mandalika Ajang balap motor bergengsi dunia World Superbike musim 2023 bakal kembali menghelat salah satu serinya di Sirkuit Mandalika Lombok Nusa Tenggara Barat pada 3 5 Maret mendatang
Apakah Aktiviti Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Tahun 2023

Apakah Aktiviti Kempen Kembali Ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama Top Tahun 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 268 hits
Apakah Aktiviti Kempen Kembali ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP Tahun 2023 Kempen Kembali ke Sekolah Cerahi Kehidupan Bersama TOP Menyokong Kehidupan 200 Kanak Kanak Komuniti Program Perumahan Rakyat Sebahagian besar keluarga di Mala...
Tak Mau Ganggu Panen Raya Impor Beras Dipastikan Rampung Februari 2023

Tak Mau Ganggu Panen Raya Impor Beras Dipastikan Rampung Februari 2023

papar berkaitan - pada 17/1/2023 - jumlah : 146 hits
Perum Bulog menegaskan impor beras akan berakhir pada pertengahan Februari Hal itu dilakukan agar tidak mengganggu aktivitas panen beras para petani dalam negeri ketika Maret 2023
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Arb 2023

Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad Arb 2023

papar berkaitan - pada 9/1/2023 - jumlah : 150 hits
Jawatan Kosong Amanah Raya Berhad ARB 2023 Amanah Raya Berhad kini mengalu alukan kepada Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur kurang dari 18 tahun untuk memohon jawatan tetap kontrak yang ditawarkan sebagaimana berikut Sesiapa...
Adsense Kembali Masuk 2023 Motivasi Baru

Adsense Kembali Masuk 2023 Motivasi Baru

papar berkaitan - pada 15/1/2023 - jumlah : 201 hits
Assalamualaikum semua kelmarin Google Adsense kembali menyengat dengan kemasukan earning dalam 58 sen Rezeki jangan di tolak walhal sudah lama juga adsense tidak mejengah di dalam blog Naim ini Bila ia masuk ada perasaan teruja dan seronok ...
Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023

Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 583 hits
Lokasi Encorp Strand Mall Alamat Jalan PJU 5 22 Pusat Perdagangan Kota Damansara 47810 Petaling Jaya Selangor Waktu Operasi 11 00 petang 11 30 malam Tarikh Lawatan 2 Januari 2023 Malaysia Thailand Halal Food Festival 2023 yang diadakan di h...
Hari Ke 4 Tahun 2023 Setahun Lebih Ayah Tinggalkan Aku

Hari Ke 4 Tahun 2023 Setahun Lebih Ayah Tinggalkan Aku

papar berkaitan - pada 5/1/2023 - jumlah : 233 hits
Hari ke 4 tahun 2023 Setahun lebih ayah tinggalkan aku Assalamualaikum korang Aku belum tulis entri yang proper untuk tahun ni Khususnya buat ayahanda tersayang Tiada yang indah didunia ni selain ayah dan mak Dari 2 tinggal lah 1 Bagaikan k...
Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

Selamat Tahun Baru 2023 Semoga Lebih Baik Dari Tahun Sebelumnya

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 271 hits
Assalamualaikum gais Haih Dah title mak mak orang masih lagi nak bergais gais kan haha Bertabahlah korang Makcik ni jiwa muda Untunglah boleh menaip dan mengeja betul lagi kan Alhamdulillah rezeki tubuh badan sihat perasaan tenang dan lapan...
Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

Tiket Seen Festival In Kuala Lumpur 2023 Mula Dijual Pada 13 Januari Ini

papar berkaitan - pada 11/1/2023 - jumlah : 283 hits
TIKET SEEN FESTIVAL IN KUALA LUMPUR 2023 MULA DIJUAL PADA 13 JANUARI INI Assalammualaikum Annyeonghaseyo Festival Muzik K Pop yang dinantikan telah tiba Jangan lepaskan peluang anda untuk menonton NCT DREAM WayV KARD dan ALICE secara langsu...
Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Let S Not Return To The Old Ways Of Tight Media Control

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Bank Islam Berwajah Baru Melalui Aplikasi Dan Web

Company Director Scammed Of Over Rm1mil By Inspector Harun

Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Rare Footage Of Fish Rescuing Friend From Snake Catches Netizens Attention

Kacang Pool Roti Rentung Pertama Kali Merasainya

Resepi Tenggiri Masak Sambal Ala Arab Zigni Yemeni

Pengalaman Naik Mahkamah Saman Jpj Bila Kereta Tiada Roadtax Dan Insuran