Melayu Umno Mau Sailang Melayu Bersatu Hahahahaha




Jawatan ketua menteri Sabah yang terlepas dari 'genggaman Umno' mungkin mendorong rasa tidak puas hati beberapa ahli parlimen parti itu

Ini mungkin memberi kelebihan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim dalam usahanya untuk mengambil alih Putrajaya tetapi tidak menjamin kejayaan kerana beberapa faktor lain juga perlu diperhatikan

Bahkan sebelum pilihan raya Sabah, kepemimpinan tertinggi Umno mengesahkan terdapat ahli parlimen Umno yang sudah berpaling arah kepada Anwar

Pada 23 September, Anwar mendakwa beliau mendapat majoriti di Dewan Rakyat untuk membentuk kerajaan baru dan dalam beberapa jam, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan "ramai" ahli parlimen Umno menyokong Anwar

Sekarang, rasa tidak puas hati itu akan berkembang dengan Ketua Bersatu Sabah Mohd Hajiji Noor diumumkan sebagai ketua menteri Sabah yang baru.
Ini walaupun Zahid berkata terlalu besar nilainya bagi Umno dan BN untuk menyerahkan jawatan itu kepada Bersatu. Umno mahu ketua parti Sabah, Bung Moktar Radin menjadi ketua menteri baru

Gabungan Rakyat Sabah (GRS), yang terdiri daripada BN negeri (Umno, MCA, PBRS), PN (Bersatu, Star, SAPP) dan PBS, memenangi pilihan raya Sabah pada Sabtu lalu dengan meraih 38 daripada 73 kerusi DUN yang dipertandingkan

Semua parti ini, kecuali SAPP, merupakan sebahagian daripada kerajaan persekutuan PN tetapi di peringkat negeri, PN adalah salah satu daripada tiga komponen dalam GRS.
Di dalam GRS, walaupun Umno menang paling banyak sebagai satu parti, dengan 14 kerusi DUN namun sekutu BN, MCA dan PBRS gagal meraih sebarang kerusi.
Sebagai gabungan, PN menguasai lebih banyak DUN dengan mempunyai 17 kerusi, dengan 11 dari Bersatu dan enam dari Star. SAPP tidak memenangi apa-apa manakala PBS menang 7

GRS hari ini menampilkan satu barisan bersatu, berkata Hajiji mendapat sokongan sebulat suara daripada mereka


Bung didesak tolak jawatan KM
Tetapi di sebalik tabir, Umno Sabah tidak mempunyai banyak pilihan kerana tidak mempunyai jumlah Adun mencukupi

Zahid ketika dihubungi mengenai perkembangan terkini memberitahu, Bung didesak untuk memberikan persetujuannya

"Bung 'terpaksa' berkompromi atas desakan 14 Adun BN supaya berada dalam kerajaan baru Sabah, meskipun Bung hanya sebagai timbalan ketua menteri Sabah.
"Datuk Seri Ismail Sabri, Datuk Seri Mahdzir, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Ahmad Maslan mewakili kepimpinan tertinggi Umno sewaktu berkompromi untuk beri kepada Hajiji.
"Keputusan dibuat oleh Bung atas pandangan pimpinan atasan Umno yang berunding di Kota Kinabalu," 
Faktor lain yang menguntungkan Anwar adalah 'bintang' Presiden Warisan Shafie Apdal agak 'malap sinarnya' selepas gagal mempertahankan Sabah

Sebelum ini, DAP dan Amanah mahu Shafie menjadi calon alternatif perdana menteri Pakatan Harapan selain Anwar

Pendirian ini dengan kepercayaan sebagai rakyat Malaysia Timur, Shafie berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk meyakinkan ahli parlimen Sarawak untuk bergabung bersama PH

Bagaimanapun, kemenangan besar yang mereka harapkan di Sabah, untuk meningkatkan kedudukan Shafie, tidak menjadi kenyataan

Anwar untuk tempoh waktu yang lama cuba untuk mendapatkan sokongan ahli parlimen Sarawak, terutama daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan sekarang mengubah arah lain dengan menarik dokongan ahli parlimen daripada Umno pula

DAP berkata terkejut dengan hala tuju itu dan menegaskan parti berkenaan tidak boleh bekerjasama dengan Umno sekiranya Anwar sedang berusaha mendapat sokongan kumpulan MP yang dipimpin oleh Zahid atau bekas perdana menteri Najib Razak, yang keduanya menghadapi tuduhan rasuah

Najib telah didapati bersalah dalam beberapa pertuduhan terhadapnya. Bekas perdana menteri ppada 28 Julai dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta. Beliau kini dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu rayuan

Pada masa ini, Pakatan Harapan mempunyai 91 ahli parlimen di Dewan Rakyat dan memerlukan 21 anggota lagi untuk mendapat majoriti sederhana

Anwar belum menyatakan siapa ahli parlimen yang dikatakan menyokongnya itu, dengan menegaskan beliau mesti mengemukakannya terlebih dahulu kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah terlebih dahulu

Al-Sultan Abdullah sedang menjalani rawatan perubatan dan masih belum memberi perkenan menerima Anwar mengadap

Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang belum didaftarkan yang mempunyai lima anggota parlimen dan dipimpin oleh mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, membayangkan mereka tidak akan menyokong Anwar

"Anwar dah tolak Pejuang (semasa pengumuman baru-baru ini)...dia kata ada majoriti kecuali Dr Mahathir

“Jadi saya ini ditolak terus. Jadi macam mana saya nak sokong dia

"Dia dah tolak kita awal-awal lagi," katanya pada 25 Sept lalu


MP Warisan dapat selamatkan Muhyiddin
Sehingga pilihan raya Sabah, Warisan dan Upko yang mempunyai 10 anggota parlimen juga telah bersekutu dengan Pejuang di blok ketiga

Walau bagaimanapun, dinamik politik telah berubah. Shafie berpotensi menyokong Anwar atau Muhyiddin sekiranya mereka dapat memudahkan Warisan kembali berkuasa di Sabah

Bagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, yang berhadapan ancaman beberapa ahli parlimen Umno berpaling tadah kepada Anwar, adalah bijak membuka pintu kepada Warisan dan Upko

Ini kerana 10 anggota parlimen Warisan dan Upko dapat membuat banyak perbezaan

Pada masa ini, Muhyiddin hanya mendapat sokongan 113 daripada 222 ahli parlimen di Dewan Rakyat. Beliau boleh kehilangan majoriti dengan mudah jika dua ahli parlimen gabungannya berpaling tadah

Warisan juga akan memerhatikan rancangan Anwar selanjutnya untuk melihat apakah beliau benar-benar berupaya mencabar gabungan Muhyiddin

Kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan bertemu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini, dipercayai berkaitan dengan cubaan Anwar mengambil alih kerajaan, tetapi tiada perincian mengenai pertemuan tersebut yang dikeluarkan

Bersamaan dengan itu, Shafie pula menganjurkan pertemuan di Kota Kinabalu dan mengunci mulut mengenainya

Adakah Anwar benar-benar mempunyai jumlah ahli parlimen mencukupi hanya akan diketahui apabila beliau diperkenankan mengadap Yang Di-Pertuan Agong

Sementara itu, kedudukan Warisan di Sabah dapat mempengaruhi bentuk kerajaan persekutuan pada minggu-minggu berikutnya

Warisan dengan 23 kerusi, adalah parti terbesar di DUN Sabah. Bagaimanapun, sekutunya hanya mampu memperoleh sembilan kerusi dalam pilihan raya Sabah, yang menjadikan gabungan Warian Plus mendapat sebanyak 32 kerusi berbanding GRS dengan 38 kerusi. Selebihnya tiga kerusi dimenangi oleh calon bebas

Hajiji telah diundang untuk mengangkat sumpah sebagai ketua menteri Sabah yang baru di istana negeri di Kota Kinabalu

Sorotan akan diberikan terhadap Warisan, sama ada parti itu akan muncul dengan kejutan pada saat-saat akhir, menyokong Hajiji atau menjadi pembangkang

Malaysiakini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://bankami.blogspot.com/2020/09/melayu-umno-mau-sailang-melayu-bersatu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bersatu Musuh Dalam Selimut Umno

Bersatu Musuh Dalam Selimut Umno

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 256 hits
UMNO tidak sama seperti PAS yang ditanamkan sifat walak yang mulia terhadap pemimpin UMNO juga tidak sama dengan Bersatu yang tidak cukup keahlian dan hanya ada lapisan kepimpinan automatik manakala bilangan ahli hanya wujud atas kertas Keu...
Berita Video Rentasan 748 Pemuda Umno Berang Pemuda Bersatu Perkecil Umno Bn

Berita Video Rentasan 748 Pemuda Umno Berang Pemuda Bersatu Perkecil Umno Bn

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 274 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 7481 RUPANYA 70 MENTERI MASIH TAK CUKUP UNTUK KERAJAAN TEBUK ATAP 2 BERSATU IBARAT CACING MENELAN NAGA 3 PAS TEBUK ATAP DEMI PERPADUAN 4 RAKYAT MEMERHATI TOLAK PENGKHIANAT
Bersatu Sedang Dibina Untuk Menggantikan Umno

Bersatu Sedang Dibina Untuk Menggantikan Umno

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 380 hits
Antara parti yang menyebabkan UMNO kalah dalam PRU14 lalu adalah Bersatu Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu dan Tun Mahathir Mohamad Pengerusi Bersatu telah membawa parti itu bergabung dengan PH bagi tujuan menumbangkan UMNO dan BN Se...
Umno Bersatu Berebut Mahu Jadi Ketua Menteri Sabah

Umno Bersatu Berebut Mahu Jadi Ketua Menteri Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 434 hits
FAZLI RADZI Yang di Pertua Negeri Sabah Juhar Mahiruddin meminta tempoh dalam masa terdekat untuk memutuskan Ketua Menteri baharu Sabah Pelantikan tersebut dilihat menemui jalan buntu walaupun empat pemimpin Gabungan Rakyat Sabah sudah mema...
Wakil Rakyat Bersatu Parlimen Bukit Gantang Tidak Setuju Umno Hantar Nama Calon Awal

Wakil Rakyat Bersatu Parlimen Bukit Gantang Tidak Setuju Umno Hantar Nama Calon Awal

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 350 hits
BUKIT GANTANG Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak bersetuju dengan tindakan UMNO Bahagian itu yang telah menamakan calon mereka bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk pilihan raya umu...
Pas Khianati Umno Dengan Mengadakan Kerjasama Dgn Bersatu Dan Menubuhkan Pn

Pas Khianati Umno Dengan Mengadakan Kerjasama Dgn Bersatu Dan Menubuhkan Pn

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 284 hits
Ada satu org post kat saya dan bertanya mengapa PAS khianati UMNO dengan mengadakan kerjasama dgn BERSATU dan menubuhkan PN Saya tanya kat mana yg dikatakan khianat InsyaaAllah PAS sepanjang kerjasamanya dgn siapa pun telah membuktikan seti...
Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

Umno Atau Bersatu Pas Sokong Dua Dua

papar berkaitan - pada 2/10/2020 - jumlah : 406 hits
mhdaily netKetika hubungan antara Umno dan Bersatu dilihat semakin tegang PAS pula mengambil sikap berkecuali Dalam sidang media di Terengganu hari ini Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyatakan sokongan kepada Muafakat Nasional dan Perikatan...
Sabah Bersatu Reps Should Rejoin Umno Urges Shahrir

Sabah Bersatu Reps Should Rejoin Umno Urges Shahrir

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 241 hits
Umno veteran Shahrir Samad today suggested for Sabah Bersatu leaders including its assemblypersons who just won in the recently concluded state election to rejoin Umno In a statement the former cabinet minister called Bersatu a party that w...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya