Wakil Rakyat Bersatu Parlimen Bukit Gantang Tidak Setuju Umno Hantar Nama Calon Awal


 


BUKIT GANTANG - Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak bersetuju dengan tindakan UMNO Bahagian itu yang telah menamakan calon mereka bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau berkata, tindakan itu dilihat mendahului kepimpinan tertinggi dalam pembahagian kerusi parti Melayu bersama Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
"Saya difahamkan UMNO (bahagian Bukit Gantang) menamakan calon bagi keempat-empat kerusi iaitu di Parlimen dan tiga kerusi DUN.
"Sebagai pemimpin bahagian, mereka kenalah sabar dan sepatutnya kita runding melalui mesyuarat sebelum patuh kepada keputusan Pusat.
"Dalam soal bertanding (PRU), bukan kehendak kita individu, tetapi kehendak kolektif parti-parti yang bergabung, mesti ada tolak ansur, jadi saya tak setujulah awal-awal dinamakan, patutnya sabar dan buat kerja, tugas nak menamakan calon, biar pimpinan yang buat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bantuan Tabung Anak-anak Bukit Gantang Intensif Parlimen Bukit Gantang di Dewan Serbaguna Sungai Kerang, Trong di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian UMNO untuk mempertahankan semua kerusi tradisi yang dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.
Pada PRU14 lalu, Syed Abu Hussin yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian itu menang di Parlimen Bukit Gantang atas tiket Barisan Nasional (BN) sebelum umum menjadi wakil rakyat Bebas dan menyertai Bersatu pada Jun lalu.
Tiga lagi kerusi DUN iaitu Trong, Kuala Sepetang dan Changkat Jering turut dimenangi oleh BN masing-masing ditandingi wakil rakyat UMNO.
Ditanya peluang untuk dirinya kembali dicalonkan di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada PRU15 nanti, Syed Abu Hussin berkata, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan parti.
Baginya, sesiapa sahaja boleh diletakkan sebagai calon, asalkan masih dalam Perikatan Nasional (PN) yang telah dipersetujui pucuk pimpinan parti.
"Jika benarkan bertanding, maka saya teruskan, jika tidak maka saya akan bantu kerana semangat perjuangan saya tinggi dan yang pentingnya kerajaan PN dapat dikekalkan," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Kamarudin Abu Bakar ketika dihubungi berkata, UMNO akan mengekalkan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan tiga DUN pada PRU-15.
Katanya, keputusan itu diputuskan oleh kepimpinan parti di peringkat atasan dalam Muafakat Nasional. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/wakil-rakyat-bersatu-bukit-gantang-tak.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dikatakan 15 Wakil Rakyat Umno Berpaling Tadah

Dikatakan 15 Wakil Rakyat Umno Berpaling Tadah

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 504 hits
YANG DIPERTUAN AGONG PILIH MUHYIDDINTAKKAN PARTI CERDEK MASIH DAPAT DITIPU OLEH PEMIMPIN PKR LEMAH LEMAH INGATKAN TERER SANGAT HISHAM UMNO PERLU WASPADA SEDAR BAHAYA SOKONG ANUAR PKRANUAR BRAHIM KANTOI DAN SUSAHKAN RAKYAT TEMBELANG UMNO BOC...
Parlimen Dikuasai Wakil Parti Atau Wakil Rakyat

Parlimen Dikuasai Wakil Parti Atau Wakil Rakyat

papar berkaitan - pada 20/9/2020 - jumlah : 406 hits
Di negara ini Ahli parlimen sudah menjadi 1 simbol status bukan Kononnya amat berkuasa Kononnya amat eklusif Kononnya memiliki gaya mutu keunggulan Kononnya amat bijak dan hebat Mana tak Dengan mudah kita diumpan tuk sedekahkan undi tanpa s...
Umno Sokong Anwar Wakil Rakyat Jawab Sendiri

Umno Sokong Anwar Wakil Rakyat Jawab Sendiri

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 378 hits
Sabtu 26 Sep 2020 11 23 AM MYTOLEH R LOHESWARAhli parlimen Umno menjawab sendiri gagasan yang dibayangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 26 Sept Desas desus wakil rakyat Umno memberi sokongan kepada Presiden ...
Siapa Ahli Parlimen Umno Yang Berpaling Tadah Rakyat Sudah Penat Dengan Semua Sandiwara Ini

Siapa Ahli Parlimen Umno Yang Berpaling Tadah Rakyat Sudah Penat Dengan Semua Sandiwara Ini

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 349 hits
1 Merujuk kenyataan Anwar Ibrahim semalam kononnya beliau bakal membentuk Kerajaan baru ia bukan perkara baru dan mengejutkan Propaganda seumpama ini sudah dilakukan Anwar berkali kali Ia pernah dilakukan pada April 2008 September 2008 Febr...
Dap Dan Umno Akan Bersatu Dalam Kerajaan Baru

Dap Dan Umno Akan Bersatu Dalam Kerajaan Baru

papar berkaitan - pada 26/9/2020 - jumlah : 343 hits
Kadir Jasin Dengan blok padu 42 kerusi dalam Dewan Rakyat DAP akan menjadi cemat pemati jika Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan pusat dalam masa terdekat Ini tidaklah memeranjatkan kerana dalam kerajaan Pakatan Harapan pun DAP mempuny...
Apa Yang Perlu Umno Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan Prn Sabah

Apa Yang Perlu Umno Dan Rakyat Pelajari Dari Keputusan Prn Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 454 hits
Debaran mananti keputusan PRN Sabah 2020 sudah berakhir bila Suruhanjaya Pilihanraya memberikan keputusan rasmi PRN Sabah awal pagi semalam Rakyat Sabah memilih untuk memberikan mandat kepada parti parti di dalam Gabungan Rakyat Sabah yang ...
Sita Pusat Khidmat Parlimen Gombak Bukan Kerana Dendam Tapi Atas Desakan Rakyat

Sita Pusat Khidmat Parlimen Gombak Bukan Kerana Dendam Tapi Atas Desakan Rakyat

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 512 hits
Hilman Idham KUALA LUMPUR Tindakan Majlis Perbandaran Selayang menyita Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak dan DUN Gombak serta arahan pengosongan dewan tersebut mendapat sokongan padu rakyat Gombak khususnya para pengundi yang telah memil...
Pegawai Polis Nama Evo Tak Ikut Hantar Rm5 Juta Untuk Lindungi Boss Rizal

Pegawai Polis Nama Evo Tak Ikut Hantar Rm5 Juta Untuk Lindungi Boss Rizal

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 427 hits
878 total views 352 views today KUALA LUMPUR Datuk Rizal Mansor hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa beliau menurunkan seorang pegawai polis dikenali sebagai Evo di Pejabat Perdana Menteri sebelum menghantar kedua dua beg mengandungi...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners