Melayu Tak Kisah Tanah Tergadai Aiman Pun Tak Kisah Melayu Oh Melayu Asal Bukan Dap Hapa Pun Tak Tau


 

Melayu tidak peduli tanah tergadai kepada kapitalis asing
Oleh ARIF ATAN / December 18 , 2021Presiden AMANAH, Mohamad Sabu berpendapat masyarakat Melayu majoritinya bersikap tidak peduli apabila sejumlah besar tanah tergadai kepada golongan pemodal asing.
Menurut Ahli Parlimen Kota Raja itu, perkara tersebut berlaku walaupun rata-rata bangsa Melayu amat membenci komunisme.
“Apabila Yang Berhormat Adly mendedahkan dalam sidang DUN Melaka bagaimana seorang Tionghoa Singapura bermodalkan 100 dolar Singapura menggunakan orang tempatan dapat mengambil tanah di Melaka 1,100 ekar dengan memiliki perkongsian 49 peratus, orang Melayu tidak rasa apa-apa kehilangan.
“Apabila didedahkan Forest City, bagaimana bandar itu akan tergadai kepada kapitalis asing, orang Melayu tidak peduli.
“Tetapi orang Melayu amat marah apabila abu Chin Peng dibawa balik. Nampak tak? Hilanglah tanah, tidak mengapa. Janganlah abu Chin Peng dibawa balik.
“Sampai bila kita hendak berada hidup dalam propaganda yang dicipta ini?” soalnya ketika berucap semasa Majlis Pelancaran Buku “Juang Mat Sabu” di Mardhiyyah Hotel & Suites di Shah Alam semalam.
Buku tulisan bekas Menteri Pertahanan itu dilancarkan oleh Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Turut hadir Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaaffar; penyair Pyanhabib selain pemimpin Pakatan Harapan (PH) antaranya, Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dari DAP, Ng Suee Lim.
Dr Wan Azizah melancarkan buku tulisan Mohamad, “Juang Mat Sabu” di di Shah Alam semalam .Berucap lanjut, Mohamad yang mesra dipanggil Mat Sabu itu berpendapat rasisme dalam pemikiran masyarakat Melayu diburukkan lagi dengan sikap golongan intelektual dan agamawan tertentu.
“Soal perkauman sudah jadi persepsi yang sukar dibuang, tambahan pula majlis profesor mendukung fahaman seperti itu.
“Sekarang ini para agamawan tidak ikut lagi agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad, sebaliknya ikut agama yang dibawa lebai-lebai… lebai Mesir, lebai Mekah, lebai Melayu,” tegasnya.
Berkongsikan pengalamannya menziarahi pemimpin komunis antaraya kem Abdullah CD dan kem kaum Cina di Betong, Thailand, Mohamad berpendapat masyarakat Melayu hidup di bawah propaganda bukan realiti apabila amat membenci komunis dan sosialis.
“Kebencian kepada komunis itu begitu tinggi sehingga orang tak benci kepada penjajah Inggeris dan Jepun kerana propaganda yang dihadapkan kepada rakyat.
“Sebab itu apabila saya timbulkan isu Mat Indera pejuang kemerdekaan, rumah saya di Shah Alam cuba dibakar. Nasiblah jiran datang memadam (api).
“Saya berceramah dibaling dengan batu akibat dididik siapa yang melawan kerajaan dianggap sebagai menyokong komunis walaupun waktu itu tanah air belum merdeka.
“Inilah indoktrinasi yang masuk dalam pemikiran rakyat,” tegas Mohamad.
Bekas Timbalan Presiden Pas itu berkata, hal sama juga berlaku dalam negara-negara Islam apabila berlakunya pertembungan fahaman antara Ahli Sunnah dengan Syiah.
“Samalah juga dengan propaganda mutakhir, soal sunni dan syiah yang akhirnya membawa pertarungan sangat dahsyat. Kita lihat satu demi satu negara yang mempelopori isu mazhab itu mengiktiraf Israel.
“Sepatutnya, intelektual kita berperanan supaya kita hidup dalam realiti bukan propaganda,” tambah Mohamad lagi.
Tan Sri Johan Jaaffar (kanan) dan Pyanhabib (kiri) turut hadir dalam pelancaran “Juang Mat Sabu”.Mohamad menandatangani buku yang memuatkan cerita di sebalik tabir sejumlah peristiwa politik tanah air selain isu antarabangsa.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/melayu-tak-kisah-tanah-tergadai-aiman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jika Tanah Rizab Melayu Pun Tergadai Apa Lagi Nak Diharapkan Kepada Melayu

Jika Tanah Rizab Melayu Pun Tergadai Apa Lagi Nak Diharapkan Kepada Melayu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 238 hits
Melayu tidak boleh diharap lagi pertahankan Tanah Melayu SIAPA yang meluluskan semua nama nama pelik kalau bukan orang Melayu sendiri kerana Melayulah yang berkuasa dan menerajui semua agensi kerajaan Kadang kala kita jadi pelik kenapa nega...
Broker Juai Tanah Melayu Yang Kaya Pemimpin Yang Kenai Juai Sampai Selur Melayu Biarlah Dah Percaya Pada Ameno Tu

Broker Juai Tanah Melayu Yang Kaya Pemimpin Yang Kenai Juai Sampai Selur Melayu Biarlah Dah Percaya Pada Ameno Tu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 285 hits
ASUWADI ISMAILPandai pemimpin Melayu main sentimen agama dan bangsa waktu ni Yang pelik nya MELAYU PERCAYA itu lagi pelik Sebab itu Melayu makin lemah bab ekonomi tapi pemimpin Melayu hidup kaya raya
Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 213 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

Pemandu Lori Sayur Yang Jadi Korban Sering Bercerita Kisah Tanah Runtuh Abang

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 214 hits
Oleh PEMANDU lori yang maut tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Km 27 10 Jalan Simpang Pulai Blue Valley dekat Ipoh selalu berkongsi cerita berkaitan kejadian tanah runtuh di Cameron Highlands sebelum beliau sendiri menjadi mangsa trag...
Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 234 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Kisah Manusia Melayu Islam Berjam Rm500 000 Berbeg Tangan Rm250 000

Kisah Manusia Melayu Islam Berjam Rm500 000 Berbeg Tangan Rm250 000

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 300 hits
ZOLKHARNAIN ABIDINJangankan kena denda RM210 juta saya anak kembar minta yuran asrama RM350 pun berkira kira nak bayar Bayar jugalah tanggungjawab Ada orang lain nak beli susu tepung anak pun tidak mampu Jangankan susu anak ada orang nak is...
Melayu Sibuk Dengan Politik Isu Perkauman Dap

Melayu Sibuk Dengan Politik Isu Perkauman Dap

papar berkaitan - pada 13/12/2021 - jumlah : 270 hits
Can Twice Convicted Najib Contest In Election Based on the verdict delivered by the Court of Appeal on Wednesday former Prime Minister Najib Razak is as guilty as hell Judge Abdul Karim Abdul Jalil who was leading the three man bench not on...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama

Aaliyah Massaid Umumkan Hamil Anak Pertama Tepis Gosip Miring Di Awal Pernikahan

Mihun Goreng Melimpah