Jika Tanah Rizab Melayu Pun Tergadai Apa Lagi Nak Diharapkan Kepada Melayu


Melayu tidak boleh diharap lagi pertahankan Tanah Melayu?
SIAPA yang meluluskan semua nama-nama pelik kalau bukan orang Melayu sendiri, kerana Melayulah yang berkuasa dan menerajui semua agensi kerajaan.

Kadang kala kita jadi pelik, kenapa negara yang berasal-usulkan Melayu, tidak ada identiti dan jati diri yang kelihatan. Agenda hidup bernegara langsung tidak didaulatkan. Ambil satu aspek sahaja kedudukan bahasa Melayu dan tulisan Jawi

Sedangkan bermula daripada pemimpin tertinggi negara bermula daripada monarki, Perdana Menteri dan Kabinet, Ketua GLC, Ketua Setiausaha Negara, KSU setiap Kementerian, Ketua Universiti Awam, DBP, PBT (Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran, Majlis Daerah) dan banyak lagi, boleh dikatakan semua terdiri daripada orang Melayu.

Teramat malang lagi, boleh dikatakan semua pejabat GLC, mesyuaratnya menggunakan bahasa Inggeris, bermula daripada papan tanda, sehingga semua arahan dan tanda-tanda dalam bangunan dan pejabat.

Tabung Haji (TH) itu sendiri sudah mula proses penginggerisan dan pembaratan tersebut. Nasib baik masih ada lagi logo “ta” dan “ha”. Suatu hari nanti, tidak mustahil ditukar kerana nampak kuno jika bertuliskan Jawi.

Jangan bandingkan dengan KL, lihat semua ibu negeri seperti Ipoh, Johor Bahru, Shah Alam, Melaka, Alor Setar, Kuantan, Seremban, Pulau Pinang, Petaling Jaya dan lain-lain. Ada identitikah? Atau lebih London daripada London.

Begitu juga dengan nama-nama taman-taman, nama kedai dan papan tanda, adakah ia mencerminkan jati diri, atas nama Keluarga Malaysia.

Ada papan tanda, nama kedai, iklan dll, langsung tidak ada dalam bahasa Melayu. Cuba pergi sekitar bandar Kajang dan Pulau Pinang.

Ada yang sepenuhnya dalam bahasa Inggeris dan bahasa Cina? PBT makan gaji buta, semuanya tidur?

Puncanya tidak lain, bertali-temali dengan rasuah.

Saya tidak mahu bandingkan dengan Sabah dan Sarawak kerana sejarahnya agak sedikit berbeza. Tetapi negeri-negeri Semenanjung, yang bernama Negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, bagaimana?

Kenapa nama Bangsar Selatan menjadi Bangsar South. Tulisan Bangsar South jauh lebih besar daripada Bangsar Selatan. Terlalu banyak contoh lain. Ini tidak termasuk berhala-berhala yang semakin tinggi sepanjang jalan raya.

Cuba teliti nama-nama yang begitu jelas kelihatan seperti

Trinity Wellness, Ampang. Bagaimana nama “Trinity” boleh diluluskan menjadi nama bangunan komersial? Apakah kita mahu tunggu tanda salib seperti yang berlaku di Pulau Pinang, baharu nak bantah?

Bagaimana pula dengan nama-nama KL East, KL City Centre, Razak Exchange, TRX Signature Tower (TRX Exchange 106), Jazz City, Vision City, Hi-Tech Park dan terlalu banyak lagi nama-nama menjadikan bandaraya seperti London.

Terbaharu, bangunan Merdeka 118 dibangunkan PNB. Bangunan tertinggi di Asia Tenggara. Kedua tertinggi dunia, selepas Burj Khalifa, Dubai. Apakah selepas ini bangunan ini tidak dapat menjana keuntungan disebabkan namanya “merdeka”. Sekarang ini pun sudah dikenali sebagai Merdeka 118 Tower. Apakah perkataan menara tidak boleh menggantikan tower? Kasihan sungguh bahasa negara ini.

Ini belum termasuk nama-nama hotel-hotel antarabangsa. Jika nama itu tidak dapat diubah, sekurang-kurangnya dijawikan, seperti mana yang berlaku di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Ini tidak, sebiji nama asing.

Adakah dengan meletakkan nama-nama dalam bahasa Inggeris ini akan menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris atau maju.

Naif dan cetek sangat kita beranggapan meletakkan tanda-tanda barat itu menjadikan kita pandai berbahasa Inggeris, sehingga tenggelam semua jatidiri, asal-usul bangsa dan negara

Kenapa nama-nama bahasa Melayu langsung tidak didaulatkan. Jika kita semua benar-benar sayangkan negara ini, kenapa tidak cadangkan nama-nama yang mempunyai jati diri

Nampak sangat kedudukan bahasa Melayu atau Jawi sangat hina di mata ultra kiasu. Sebab itu mereka menentang apa jua identiti termasuk Jawi.

Salah siapa? Kenapa sebuah negara asal-usulnya bernama Tanah Melayu, berakhir dengan hilang identiti dan jati diri Melayu

Apakah yang mereka lakukan selama ini? Adakah dengan melihat sahaja?

Sehinggakan di negeri Terengganu pun sudah mula dengan nama-nama Inggeris seperti Terengganu Trade Centre (KTC). Saya pernah tegur PBT di sana kenapa nama dan papan tanda dan tanda arah jalan berbentuk sedemikian rupa. Sudah hilangkah Jawinya? Masih belum mendapat jawapan.

Ini belum bercakap tentang bangunan UMNO dan PWTC (Putra World Trade Centre). UMNO itu sendiri adalah akronim daripada bahasa Inggeris, United Malaysia National Organization. Hina sangatkah jika dinamakan PERKEMBAR (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu)? Tidak glamour kan PERKEMBAR?

Sebenarnya bukan orang/bangsa lain yang merosakkan agenda kebangsaan (negara). Pemimpin Melayu itu sendiri. Orang atau bangsa lain hanya mengambil kesempatan.

Sebab itu, mereka (ultra kiasu) akan tentang habis-habisan jika identiti negara jika dilaksanakan? Termasuk pengajaran Jawi tiga muka surat.

Terbaharu, isu papan tanda jawi dan BM, tanpa meletakkan karakter Cina. Perkara kecil sahaja, soal karakter Bahasa Cina tidak diletakkan dalam papan, sedangkan Sekolah Cian beroperasi seratus peratus kecinaan.

Justeru, kita menyokong sepenuhnya teguran Perdana Menteri ketika merasmikan Malam Kemuncak Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021 di Dewan Sultan Iskandar, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), baru-baru ini, mahukan pihak swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan yang tidak mengutamakan penggunaan bahasa Melayu dalam program mereka. Bahasa Inggeris lebih digunakan termasuk dalam mesyuarat melibatkan agensi terlibat dan GLC. Malah, penggunaan nama syarikat, projek perumahan dan jenama produk kini juga menjadi lumrah dengan tidak menggunakan bahasa Melayu.

Apakah mungkin syarikat Cina, akan menyambut saranan Perdana Menteri? Apakah mesyuarat dan projek-projek mereka akan menggunakan akan menggunakan bahasa Melayu.

Mungkin ada kelihatan satu dua nama Melayu seperti Berjaya. Sekadar nama, isinya bagaimana?

Kita rasa bangga apabila nama PETRONAS (Petrolium Nasional Berhad) berjaya meniti bibir persada dunia. Malangya, apabila masuk ke dalam PETRONAS semuanya dalam bahasa Inggeris. Rupanya hanya pada nama, bukan isinya. Ada apa dengan nama? Jati diri dan identiti orang PETRONAS bagaimana pula?

Insaflah wahai Melayu. Kamu nak buang ke mana DNA Melayu itu dengan hidup berpura-pura menjadi orang lain.

Pulau Pinang sudah lebih dikenali sebagai Penang. Orang Melayu sendiri pun sudah biasa dengan Penang. Begitulah kisah yang sama apabila Singapura menjadi Singapore. Bangsa saya sudah lama tidak menyebut Melaka tetapi Malakak.

Bandingkan dengan negara jiran kita seperti Thailand dan Indonesia, adakah negara ini tidak akan maju dengan identitinya? Adakah Malaysia lebih maju daripada Thailand dan Indonesia. Negara-negara ini sudah mula meninggalkan kita. Kita masih perasan kita yang lebih maju.

Tidak ada erti bangunan kedua tertinggi di dunia, jika orang di bawahnya yang ramai merempat yang hilang jati diri adalah Melayu. Dalam keadaan merdeka lebih 64 tahun, kita yang masih teraba-raba mencari identiti dan jati diri.

Oleh: Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/12/jika-tanah-rizab-melayu-pun-tergadai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanah Rizab Ruu Tanah Kampung Baru Beri Jaminan Kepada Pemilik

Tanah Rizab Ruu Tanah Kampung Baru Beri Jaminan Kepada Pemilik

papar berkaitan - pada 26/11/2021 - jumlah : 225 hits
Draf Rang Undang Undang tanah Kampung Baru yang dijangka dibentang di Parlimen pada awal tahun depan diharap akan memberi jaminan perlindungan seumur hidup kepada pemilik tanah Kampung Baru Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr ...
Matlamat Pas Bukan Nak Satukan Melayu Sangat Pun Nak Cari Partner Yang Boleh Bagi Kemenangan Dapat Jawatan

Matlamat Pas Bukan Nak Satukan Melayu Sangat Pun Nak Cari Partner Yang Boleh Bagi Kemenangan Dapat Jawatan

papar berkaitan - pada 28/11/2021 - jumlah : 245 hits
Setuju tak kalau ajak Amanah bersama pemimpin Umno bagi soalan maut pada PasNovember 28 2021 Pemimpin Umno Shamsul Anuar Nasarah bertanya kepada PAS adakah parti itu bersetuju jika Amanah diajak bersama dalam usaha memperkukuh agenda penyat...
Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 209 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Broker Juai Tanah Melayu Yang Kaya Pemimpin Yang Kenai Juai Sampai Selur Melayu Biarlah Dah Percaya Pada Ameno Tu

Broker Juai Tanah Melayu Yang Kaya Pemimpin Yang Kenai Juai Sampai Selur Melayu Biarlah Dah Percaya Pada Ameno Tu

papar berkaitan - pada 7/12/2021 - jumlah : 259 hits
ASUWADI ISMAILPandai pemimpin Melayu main sentimen agama dan bangsa waktu ni Yang pelik nya MELAYU PERCAYA itu lagi pelik Sebab itu Melayu makin lemah bab ekonomi tapi pemimpin Melayu hidup kaya raya
Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 215 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Tanah Rizab Jangan Sampai Merempat Di Bumi Sendiri

Tanah Rizab Jangan Sampai Merempat Di Bumi Sendiri

papar berkaitan - pada 27/11/2021 - jumlah : 230 hits
PADA Januari lalu tular dakwaan tanah rizab Melayu seluas 641 6 hektar di mukim Sitiawan daerah Manjung Perak dipindah milik kepada orang bukan Melayu sejak 2005 Lebih menyedihkan apabila pegawai Melayu sendiri dipercayai menjadi dalang pen...
Hebat Sakit Nak Bersalin Mampu Kayuh Basikal Pergi Hospital

Hebat Sakit Nak Bersalin Mampu Kayuh Basikal Pergi Hospital

papar berkaitan - pada 3/12/2021 - jumlah : 199 hits
Masuk trimester ketiga ni biasanya ibu mengandung dah mula berdebar debar Maklum sajalah pada waktu ni boleh bersalin tak tentu masa Boleh jadi tiba tiba datang kontraksi atau turun tanda tahu tahu dah nak melahirkan anak Segala persiapan s...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


10 Petua Dapur Berguna Untuk Memudahkan Hidup

Christmas With Tears In 2024

Precious Metal Recycling Malaysia Turning Waste Into Value

Ifa Raziah Dan Roslan Shah Tidak Lagi Bersengketa

Bila Wanita Hilang Malu

Mengenang 20 Tahun Tsunami Aceh Tragedi Harapan Dan Kebangkitan