Kalau Bela Melayu Kerajaan Bn Mesti Runding Semula Harga Tanah Kg Baru



Kerajaan 90% Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru, Kampung Baru, Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan.
Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB), Syed Badli Shah Syed Osman, harga RM300 sekaki yang ditawarkan melalui pengambilan paksa di bawah Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah (APT), 1960 amat memalukan kerana pemimpin pemimpin Umno dan Pas sebelum ini telah mencela idea kerajaan Pakatan Harapan untuk membeli semula tanah penduduk dengan harga RM1,000 sekaki.
Kata Syed Badli, APT tidak seharusnya digunakan jika kerajaan benar benar serius mahu melihat orang Melayu maju dan memiliki modal secukupnya untuk daya usaha baharu selepas mereka kehilangan tanah
“Pewartaan Seksyen 8, Akta Pengambilan Tanah yang dikuatkuasakan terhadap Projek Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru, Kampung Baru adalah satu bentuk penindasan kepada pemilik.
“Ini berikutan masih terdapat kira-kira 110 pemilik belum menurunkan tandatangan untuk meneruskan projek ini.
“Jika kerajaan tetap mengenakan APT untuk meneruskan projek ini, bererti kerajaan BN sedang menghalau dan menindas pemilik yang rata-ratanya berbangsa Melayu secara paksa,” katanya.
Menurut Syed Badli lagi, pemaksaan ke atas pemilik tanah tidak wajar dilakukan lebih lebih lagi dalam kerajaan hari ini terdapat parti Pas dan Bersatu yang pernah menentang dasar rakus BN merampas tanah milik orang Melayu.
Justeru, Syed Badli mahu Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim mengotakan janji membela orang Melayu yang dibuat kerajaan Perikatan Nasional dan kemudian BN.
“Oleh itu satu bentuk rundingan semula di antara kerajaan, pemaju dan pemilik yang tidak bersetuju perlu diadakan dengan segera untuk mencari solusi terbaik kepada masalah ini.
“Berikutan kegagalan Ahli Parlimen Titiwangsa YB Rina Harun untuk menyelesaikan perkara ini, saya menggesa Menteri Wilayah Persekutuan YB Datuk Seri Shahidan untuk turun bertemu dengan penduduk terjejas secepat mungkin,” katanya.
Isu pengambilan paksa tanah Kampung Sg Baru menjadi panas semula semalam apabila bekas Perdana Menteri Najib Razak menjawab hartanah yang terlibat bukan terletak dalam kawasan Kampung Baru tetapi lokasinya berdekatan KLCC.
Bagaimanapun netizen menyerang Najib, sekiranya tanah di dalam kawasan Kampung Baru sebelum ini pemimpin Umno meletakkan harga RM3,000 sekaki, maka nilai tanah di Kampung Sg Baru sepatutnya lebih tinggi daripada itu.
Manakala hujah bahawa tanah tersebut berstatus pajakan 99 tahun dan bergantung kepada susut nilai tidak diterima netizen kerana sebelum ini BN menggunakan pelbagai alasan untuk mengambil tanah orang Melayu secara murah, sebaliknya kerajaan BN bersedia membayar harga lebih tinggi andai melibatkan bukan Melayu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/33628

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

Runding Semula Harga Tanah Kg Baru Jika Benar Kerajaan Bn Bela Melayu Syed Badli

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 275 hits
Kerajaan 90 Melayu Islam yang sedang memerintah Malaysia digesa merundingkan semula harga tanah penduduk Kampung Sungai baru Kampung Baru Kuala Lumpur yang akan diambil bagi tujuan pembangunan Menurut Mantan Ahli Majlis Penasihat Perbadanan...
Penduduk Kg Bharu Terkejut Kerajaan Guna Akta Pengambilan Tanah Ambil Tanah Mereka

Penduduk Kg Bharu Terkejut Kerajaan Guna Akta Pengambilan Tanah Ambil Tanah Mereka

papar berkaitan - pada 6/12/2021 - jumlah : 641 hits
BORHAN AHMADSebahagian penduduk Kampung Baru Kuala Lumpur terkejut apabila mereka dipaksa berpindah oleh pihak pemaju keluar dari flat dan rumah mereka dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah yang dibenarkan kerajaan Kerajaan menggunakan ...
Nasib La Ada Dalam Kerajaan Melayu Isle

Nasib La Ada Dalam Kerajaan Melayu Isle

papar berkaitan - pada 2/12/2021 - jumlah : 222 hits
ASUWADI ASWADDuit ada pun belum tentu dapat beli minyak masak zaman kerajaan Melayu Islam jadi kerajaan Sebab itu nak jadi pemimpin ni kita kena pilih kebijaksanaan bukan sebab mereka ada gelaran Ustaz Ulama saja Kecuali mereka di gelar ula...
Keluarkan Semula Pekeliling Rasmi Wajib Guna Bahasa Melayu

Keluarkan Semula Pekeliling Rasmi Wajib Guna Bahasa Melayu

papar berkaitan - pada 1/12/2021 - jumlah : 259 hits
Pemerkasaan bahasa kebangsaan di pentas antarabangsa perlu giat dilakukan BANGI Pekeling rasmi mewajibkan penggunakan bahasa Melayu seperti termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan perlu dikeluarkan semula susulan nilai bahasa kebangsaan di...
6072 Harga Ayam Melonjak Naik Ppim Mahu Kerajaan Bertindak Henti Beri Alasan Samudera My 03 12 2021

6072 Harga Ayam Melonjak Naik Ppim Mahu Kerajaan Bertindak Henti Beri Alasan Samudera My 03 12 2021

papar berkaitan - pada 4/12/2021 - jumlah : 306 hits
Harga ayam mentah di negara ini mula dikesan melonjak naik sejak Oktober lalu malah pemborong dan peruncit seperti sudah merancang perkara ini kerana kenyataan mengenai kemungkinan harga ayam naik sehingga RM9 30 sekilogram mula dikeluarkan...
T16l18 Semak Harga Tesco Bandar Baru Nilai

T16l18 Semak Harga Tesco Bandar Baru Nilai

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 375 hits
Petang tadi kami ke TESCO di Bandar Baru Nilai untuk membeli belah Ini adalah senarai harga untuk beberapa produk yang menjadi tumpuan kami di sana Promosi Tesco minggu ini Harga AVA Aroma Floral 1 8 liter ialah RM 5 55 Hadir bersama teknol...
Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Tahun 2025

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Top Commentators Of October 2025 Tahniah Blogger Lydia

Cara Jana Income Tanpa Perlu Kedai Ebook Bisnes Makanan Delivery Untuk Semua

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Raja Charles Uk Menghormati Anggota Tentera Yang Terkorban Di Negara Ini

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman

Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

We Give Sabah Rm17b Anwar Defends Federal Funding In Viral Gaya Street Exchange

Police To Seek Remand Extension For Namewee Over Death Of Taiwanese Influencer Nurse Goddess