Melayu Hilang Kuasa Politik Jika Akta Pembaharuan Semula Bandar Lulus


malaysiakini.com
Diterbitkan: Sep 21, 2024 12:13 PM

Akta Pembaharuan Semula Bandar (URA), yang kini di peringkat akhir sebelum dibentang di Parlimen, berisiko menjadikan orang Melayu hilang kuasa politik dan menjadi minoriti, menurut Bendahari PAS Iskandar Abdul Samad

Iskandar berkata perangkaan URA oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang diterajui pemimpin DAP, Nga Kor Ming seperti ada “udang di sebalik batu”.

“Kita dah tengok bagaimana kampung-kampung tradisi dan warisan Melayu, contohnya di Batu Uban dan lain-lain di Pulau Pinang semua hilang habis dibangunkan dengan pembangunan baru.

“Yang akhir melihat kuasa orang Melayu, kedudukan orang Melayu hilang. Kenapa hilang? Kerana kita tidak lagi menjadi majoriti,” kata bekas Exco Selangor itu seperti dipetik Harakahdaily.

Iskandar memberi contoh satu pembangunan semula kawasan penduduk Melayu, daripada 500 unit kediaman kepada penempatan 2,000 unit.

Katanya, walaupun penduduk asal turut mendapat unit di projek kediaman baru itu, baki 1,500 unit akan dihuni oleh penduduk campuran dan mengubah keadaan asal penempatan di kawasan itu.

“Itu yang kenapa kita merasakan terdapat satu agenda yang tidak baik kepada akta ini. Tuan-puan sekalian, perumahan adalah satu instrumen politik yang paling berkesan untuk mengekalkan kuasa,” katanya lagi.
Nga Kor MingIskandar juga mendakwa pentadbiran lalu menjadikan orang Melayu sebagai majoriti di sesuatu kawasan dengan menyediakan rumah mampu milik berharga bawah RM100,000 kepada mereka, namun kerajaan sekarang melakukan sebaliknya dengan pembinaan rumah berharga lebih RM500,000, yang tidak mampu dimiliki orang Melayu.

Terdahulu, Nga berkata sebaik saja URA diluluskan Parlimen, ia akan membuka peluang pelaburan yang besar dan menjana ratusan bilion Nilai Pembangunan Kasar (GDV).

‘Agenda DAP’

Iskandar berkata URA hanya mengandungi peruntukan “teknikal” seperti perpindahan, pampasan dan penggantian, yang menurutnya perkara kecil berbanding aspek komposisi kaum.

Dia mendakwa golongan miskin bandar akan paling terkesan dengan akta itu, apabila mereka perlu mempertahankan kediaman mereka kerana jika keluar, mereka tidak akan dapat kembali.

Sebagai contoh, dia membangkitkan perobohan kampung-kampung Melayu di Singapura untuk “pembangunan” dan menjadikan mereka minoriti di republik itu.

Selain itu, katanya lagi, Singapura mengamalkan dasar Etnic Integration Programme (EIP) di bawah Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), dengan orang Melayu ditetapkan hanya 28 peratus di satu-satu penempatan.

Dia mendakwa DAP juga melaksanakan dasar yang sama di Malaysia menerusi URA.

Iskandar kemudian mencadangkan satu koperasi diwujudkan untuk “menyelamatkan” tanah dan hartanah milik orang Melayu seperti rumah lama, sawah dan ladang.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/melayu-hilang-kuasa-politik-jika-akta.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahli Politik Penunggang Demi Kuasa Kahwin Demi Dapat Undi

Ahli Politik Penunggang Demi Kuasa Kahwin Demi Dapat Undi

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 107 hits
Mohsin AbdullahApa disuarakan Setiausaha Pemuda PAS Selangor Aubidullah Fahim Ibrahim boleh atau telah meletakkan parti dalam situasi ridiculous Meletakkan PAS dalam posisi sulit Sehari selepas Tuan Ibrahim Tuan Man timbalan presiden PAS me...
Perkahwinan Bukan Alat Keuntungan Politik Dan Nafsu Untuk Kuasa

Perkahwinan Bukan Alat Keuntungan Politik Dan Nafsu Untuk Kuasa

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 110 hits
Beberapa pemimpin parti kerajaan mengecam saranan yang dikemukakan semasa Muktamar Pemuda PAS semalam Ada yang mencadangkan perkahwinan rentas budaya sebagai cara untuk meraih sokongan daripada golongan bukan Melayu Antara yang mengkritik c...
Tuanku Janganlah Tarik Balik Kes Biar Ini Jadi Pengajaran Sanusi Mengaku Dia Yang Hina Biadap Ketakutan Hilang Kuasa Da

Tuanku Janganlah Tarik Balik Kes Biar Ini Jadi Pengajaran Sanusi Mengaku Dia Yang Hina Biadap Ketakutan Hilang Kuasa Da

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 198 hits
Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sekali lagi mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya yang mempertikai kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan M...
Politik Penyokong Bersilat Pemimpin Istirahat

Politik Penyokong Bersilat Pemimpin Istirahat

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 88 hits
RonasinaSemasa melihat foto mesra dua pemimpin kerajaan yang berbeza parti saya dilatari kebingitan suara Mat Reform dan Din Katak yang bersilat tak berkesudahan Ekoran kecoh isu Khairy Jamaluddin membuat jenaka di stesen radio Hotfm Saya u...
Karma Politik Akmal

Karma Politik Akmal

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 103 hits
Orang mungkin membaca Zahid Hamidi tak boleh kawal Dr Akmal Saleh dan kerananya ketua Pemuda Umno itu dilihat makin menjadi jadi galaknya Malah lebih buruk lagi ada yang mengandaikan presiden Umno seakan akan memberi restu kepada tindakan p...
Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

Faiz Fadzil Isu Judi Jadi Alat Politik Tapi Jenayah Berleluasa Di Negeri Pas

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 172 hits
Malaysiakini nbsp PAS tidak berpijak pada realiti apabila mencabar kerajaan pusat untuk mengharamkan pusat perjudian sedangkan berdiam diri ketika berada dalam kerajaan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara Muhammad Faiz Fadzil berkata malah...
Islam Cacat Jika Agama Dan Politik Dipisahkan

Islam Cacat Jika Agama Dan Politik Dipisahkan

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 157 hits
malaysiakini comPolitik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana ia akan menjadikan Islam seolah olah agama yang cacat kata bekas ahli parlimen Ketereh Annuar Musa Dia berkata dalam Islam adalah jelas bahawa politik itu sebahagian daripada a...
Hilangnya Seorang Pendidik Politik

Hilangnya Seorang Pendidik Politik

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 109 hits
Penganalisis politik tersohor tanah air Allahyarham Raja Petra Raja Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK adalah seorang penyokong kuat PAS yang baru sahaja meninggal dunia di United Kingdom malam tadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat...
Hussein Ahmad Namanya Terpahat Di Kanvas Politik Kelantan

Hussein Ahmad Namanya Terpahat Di Kanvas Politik Kelantan

papar berkaitan - pada 14/9/2024 - jumlah : 361 hits
BELASUNGKAWAKetika saya menziarahinyadirumahnya tahun 2011 HUSSEIN AHMAD antara tokoh politik Kelantan yang hebat dikenali sebagai gedebe Dalam konteks politik Kelantan namanya tidak perlu diperkenalkan lagi Dengan nama jolokan Hussein Sera...
Syed Saddiq Dijangka Terima Peruntukan Parlimen

Rodziah To Confirm On Monday Which Pkr Post She Seeks

Rakam Jika Harga Makanan Tidak Masuk Akal Ppim Sinar Harian 08 03 2025

Lirik Lagu Sesuci Kasih Ibu Arif Azhari

Nasib Anak Anak Yang Meninggal Sebelum Baligh Apakah Semua Masuk Surga

Amanah Urges End To Religious Debates For Harmony

Drama Fallin Intern You

148 Undi Bermakna 2 3 Ada Pembangkang Yang Undi Kerajaan Hamzah Terluka Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cara Terbaik Mengatasi Kelesuan Untuk Pesakit Hypothyroid

Ikan Cencaru Bakar

Cbd Pouches Vs Traditional Nicotine Pouches Which One Is Right For You

Nikah Kat Siam Pasangan Babitkan Remaja 14 Tahun Pun Ada Ke Sana Untuk Nikah

Duit Sikit Happy La Dengan Cara Sikit

Mahathir Terkejut Dengan Siasatan Sprm Terhadap Ismail Sabri