Islam Cacat Jika Agama Dan Politik Dipisahkan


malaysiakini.com
NS Ramli
Diterbitkan: Sep 15, 2024 10:02 AM
Politik dan agama tidak boleh dipisahkan kerana ia akan menjadikan Islam seolah-olah agama yang 'cacat', kata bekas ahli parlimen Ketereh, Annuar Musa

Dia berkata, dalam Islam adalah jelas bahawa politik itu sebahagian daripada agama itu sendiri.

"Politik tidak boleh dipisahkan daripada Islam, kerana Islam itu datang dalam bentuk yang lengkap (dan) sempurna.

"Tidak ada cacat baginya... kalau Islam itu kena letak suku, politik suku, ertinya dalam Islam itu tidak ada politik, maka ertinya Islam itu cacat.

"Sedangkan kita tahu Islam itu lengkap sempurna dicukupkan... tetapi kerana Islam itu telah banyak disalah mengertikan dalam sejarah kerana orang dimomokkan agar takut kepada Islam," katanya ketika berucap pada ceramah perdana sempena Muktamar PAS Kali Ke-70 di Kerdau, dekat Temerloh, malam tadi.

Annuar yang juga AJK PAS Pusat turut memberi peringatan kepada Umno supaya tidak memanjangkan lagi sindiran kononnya PAS parti mengamalkan fahaman khawarij.

Ini kerana katanya, dia tahu siapa yang beri nasihat kepada Umno untuk merekakan istilah khawarij bagi diletakkan 'atas kepala' PAS.

"Kalau Umno cabar, saya akan buka... (mereka) sengaja dicari-cari perkataan untuk menggelarkan, untuk menyindir, untuk melabelkan PAS kerana takut dengan kemaraan PAS.

"Lalu ditakut-takutkan orang dengan mengatakan Islam ini, PAS ini bukan Islam sebenar tetapi saki-baki perjuangan kaum khawarij.

"Ini perancangan tertentu yang dibuat untuk memburuk-burukkan Islam," katanya lagi.

Annuar dalam pada itu merasa lega apabila Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dalam ucapannya pada muktamar kali ini menyatakan secara jelas mengenai kesediaan untuk terus memperjuangkan usaha pengukuhan semula semangat Muafakat Nasional bersama Umno.

Katanya, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan bahawa PAS tidak memusuhi Umno, namun ingin melihat parti itu kembali ke landasan perjuangan asal untuk agama dan bangsa.

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Idris Ahmad dalam ceramah sama turut menyindir parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan yang sering menyebut PAS sebagai parti khawarij.

"Kalau kita ini khawarij, kita tak masuk bertanding dalam pilihan raya... khawarij ini dia cuma tahu berperang saja, dia kata semua orang tak betul.

"Yang mengajar politik ekstrem ini siapa dia? Geng-geng Pakatan Harapan (PH) sewaktu mereka jadi pembangkang buat himpunan (Bersih), berkhemah kat dataran.

"Hangpa (dia) tuduh kami khawarij, kami ni pelampau, kami ni ekstrem... yang melampau tu hangpa, yang perangai khawarij tu hangpa.

"PAS tak pernah mengajar penyokong kami macam ni (buat demonstrasi)... macam minyak naik baru ni, naik seringgit dua kupang (sen), bukan kata berguling, siap 'breakdance' kepala kat bawah kaki kat atas berguling dari Dataran Merdeka sampai parlimen," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2024/09/islam-cacat-jika-agama-dan-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permohonan Bantuan Ipt Kelantan Di Bawah Majlis Agama Islam Kelantan

Permohonan Bantuan Ipt Kelantan Di Bawah Majlis Agama Islam Kelantan

papar berkaitan - pada 10/9/2024 - jumlah : 224 hits
Info Bantuan IPT Kelantan Bantuan melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di bawah Majlis Agama Islam Kelantan merupakan salah satu inisiatif untuk membantu pelajar pelajar asnaf yang kurang berkemampuan dari negeri Kelantan Tuj...
Puad Saran Hadi Merdekakan Rakyat Daripada Penjajahan Politik Agama Pas

Puad Saran Hadi Merdekakan Rakyat Daripada Penjajahan Politik Agama Pas

papar berkaitan - pada 2/9/2024 - jumlah : 162 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 2 2024 9 48 AMAhli Majlis Kerja Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi mencadangkan kepada PAS supaya memerdekakan rakyat daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan parti itu Mengulas kenyataan Presiden PA...
Ulasan Dia Nak Lindung Supaya Agama Islam Tak Malu Habih Jatuh Maruah Islam Tak Malu Ka

Ulasan Dia Nak Lindung Supaya Agama Islam Tak Malu Habih Jatuh Maruah Islam Tak Malu Ka

papar berkaitan - pada 20/9/2024 - jumlah : 128 hits
Tergelak la juga aku tengok seorang Professor CinMa berkomentar tentang isu ni Aku tak nak komen pasal isu tu sebab dah ia dah jadi kes polis Tapi komen daripada prof tu bagi aku amat Dia marahkan media sebab sibuk hebahkan kes ini Memaluka...
Gisb Gisbh Kes Eksploitasi Agama Kanak Kanak Terkini

Gisb Gisbh Kes Eksploitasi Agama Kanak Kanak Terkini

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 313 hits
GISB GISBH Kes Eksploitasi Agama kanak kanak Perkembangan Terkini Baru baru ini kecoh mengenai serbuan pihak polis di premis GISB GISBH yang dikatakan mengeksloitasi agama dan kanak kanak Operasi yang dipanggil Operasi Op Global itu turut d...
Jais Diarah Siasat Semua Rumah Amal Sekolah Agama

Jais Diarah Siasat Semua Rumah Amal Sekolah Agama

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 278 hits
Mais ambil serius dakwaan penglibatan sekolah agama dalam kesalahan jenayah dan penyebaran ajaran yang menyeleweng daripada Islam SHAH ALAM Jabatan Agama Islam Selangor diarah melakukan siasatan ke atas semua rumah amal dan sekolah yang mem...
Siasat Yang Bertopeng Agama

Siasat Yang Bertopeng Agama

papar berkaitan - pada 13/9/2024 - jumlah : 124 hits
Minta pihak berkuasa siasat organisasi2 bertopeng agama Jangan asal guna nama agama percaya bulat bulat Zunar Cartoonist Fan Club
Rasuah Rm700 000 Apa Pihak Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin Akan Lakukan

Rasuah Rm700 000 Apa Pihak Bekas Setiausaha Politik Hamzah Zainudin Akan Lakukan

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 141 hits
HarapandailyPihak bekas Setiausaha Politik kepada mantan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa pembelaan akan mengemukakan representasi bagi mengkaji semula tiga pertuduhan ...
Menginap Di Bilik King Premier Sea View Balcony Doubletree By Hilton Hotel

How To Stay Safe While Enjoying The Backcountry This Summer

Zafrul Lompat Zahid Marah Anwar Happy

Makan Malam Di Bilik Hotel Je

Redhouse Lane Unearthing The Hidden Cathedral Caves Beneath The Forest Of Dean

Sabah Pkr To Begin Talks With Harapan Partners Ahead Of Election

Dapurhack Trik Mudah Kurangkan Masin Ikan Kering Confirm Mak Mertua Puji

Tengku Ampuan Pahang Mencemar Duli Menziarahi Pusara Akiko Okumura Di Tanah Perkuburan Usj 22 Subang Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kadangkala Allah Pilih Seorang Dalam Keluarga Untuk Menjaga Orang Tua

Zafrul Biarlah Dia Pakai Baju Warna Apa Pun

Kurma Muda

Mb Selangor Amirudin Goyang Mungkin Mangsa Seterusnya Yang Bakal Kena Kerat

Aku Koyakkan Baju Dia Posting Bos Susu Raih Perhatian Ramai Promote Ais Krim Guna Double Meaning

Kerjaya Sebagai Usahawan Sambilan Kopersi Digital