Karma Politik Akmal


 

Orang mungkin membaca Zahid Hamidi tak boleh kawal Dr Akmal Saleh dan kerananya ketua Pemuda Umno itu dilihat makin menjadi-jadi galaknya. Malah, lebih buruk lagi ada yang mengandaikan presiden Umno seakan-akan memberi restu kepada tindakan pemimpin pelapis itu kerana tidak mahu menimbulkan pertelagahan dalam parti.
Ada juga orang membaca tidak mungkin Akmal — antara yang terkehadapan mempertahankan institusi presiden — membelakangkan Zahid dalam kenyataan-kenyataan pedasnya sebelum ini, daripada isu stoking tertera kalimah Allah, pemboikotan rangkaian kedai serbaneka KK Mart, ‘memperbodoh’ seorang menteri hingga kepada serangan terbarunya ke atas Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.
Mengambil kedudukan ketua Pemuda Umno sebagai ‘lesen’ untuk mengkritik, Akmal terus dilihat lantang menghentam tanpa memilih kawan mahupun lawan hingga ada kalanya menimbulkan rasa kurang selesa dalam kalangan pimpinan Umno sendiri, terutama seorang rakan dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT).
Tapi, seperti kebanyakan mereka, Zahid memilih untuk berdiam diri daripada menegurnya secara terbuka — tak tahulah kalau beliau melakukannya secara terselindung. Atau mungkin juga Akmal sekadar mengikut acuan Zahid sendiri yang terkenal dengan kelantangannya ketika menjadi ketua Pemuda menggantikan Rahim Thamby Chik dari 1994-1999.
Lantaran itu, ramai dalam kalangan pimpinan Umno yang turut mengamalkan ‘elegant silence’ (sikap membisu yang anggun) sebagai mencontohi pendirian Zahid terhadap Akmal. Barangkali ini yang mendorong Akmal lepas bebas dalam nada pertuturannya dengan metafora kereta api yang terlepas daripada kawalan.
Dalam pada itu, dua kenyataan terbaru Zahid seolah-olah turut memberi tempias kepada ketua Pemudanya itu apabila timbalan perdana menteri pada Ahad lalu menjelaskan bahawa kerajaan tidak pernah membuat keputusan mewajibkan semua restoran atau mana-mana industri makanan dan minuman (F&B) di seluruh negara untuk memohon sijil halal.

Jangan paksa orang bukan Islam untuk dapatkan sijil halal, kata Zahid yang juga pengerusi Majlis Halal Malaysia ketika berucap merasmikan Perhimpunan Agung MIC di Shah Alam sambil meminta supaya isu halal itu tidak disalah tafsir, apatah lagi ia masih di peringkat cadangan.
Sudah tentu kenyataannya itu bertentangan dengan pendirian Akmal yang terdahulu menempelak Kok yang mendakwa cadangan mewajibkan perolehan sijil halal ke atas restoran dan syarikat makanan hanya menambah beban kepada peniaga.
Naib pengerusi DAP itu mendakwa cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal hanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil selain bertentangan dengan semangat kepelbagaian budaya dan mungkin menjadikan Malaysia sebagai bahan ejekan di luar negara.
Media sebelumnya melaporkan Ahli Parlimen Seputeh itu sebagai mendakwa pensijilan halal seharusnya bersifat sukarela bagi membolehkan pengusaha membuat keputusan berdasarkan permintaan pasaran dan bukan dilaksanakan secara paksa.

Apa masalah kamu dengan sijil halal ini? Kalau kamu tidak suka, ia tidak melibatkan kamu pun, kata Akmal sebagai jawapannya melalui TikTok pada 7 Sept. “Yang sebenarnya memalukan negara ini adalah ada ahli Parlimen yang seperti kamu wahai nyonya tua yang tak habis-habis menggugat keharmonian negara.

Kalau kamu tak tahu mengenai agama kami, jangan cakap. Kamu diam lebih elok. Dan saya minta juga pada kerajaan sediakan satu logo non-halal ni tampal kat dahi nyonya tua ni, katanya dalam klip video yang turut dimuat naik di Malaysiakini.
Kemudian Zahid ketika berucap pada majlis Malam Cinta Rasul di Putrajaya pada Ahad malam mengingatkan umat Islam agar menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab terbaik mengikuti teladan Rasulullah yang menonjolkan akhlak terpuji serta dicontohi.
Tak mungkin Akmal tidak terasa isi ucapan presidennya itu yang menganjurkan supaya mesti ada adab terbaik jika ada perbezaan pendapat dalam komuniti atau organisasi. Menggelar seorang lebih berusia daripada keturunan berlainan sebagai ‘nyonya tua’ tentunya tidak terkecualikan.
Bukan hendak mengungkit tetapi boikot yang dipeloporinya terhadap KK Mart, Mac lalu — sekalipun selepas pengasas dan pengerusi eksekutif syarikat itu memohon maaf atas kesilapan mempamer 14 pasang stoking tertera kalimah Allah di tiga cawangannya yang tidak disengajakan — dilihat satu tindakan melulu.
Mufti Negeri Perak Wan Zahidi Wan Teh dalam sidang media khasnya pada 3 Mei menasihatkan agar tindakan boikot itu dihentikan kerana selain bertentangan dengan sunnah Rasulullah, satu daripada rukun penting dalam perlakuan jenayah, iaitu niat dan keinginan melakukannya, tidak dapat dibuktikan.
Malah, Anwar Ibrahim sebelum ini enggan melayan kenyataan Akmal yang menggelar Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, sebagai 
bodoh dan menjadi punca keadaan ekonomi negara lemah.

Saya tidak layan kenyataan seperti itu. Pada fikiran saya, ia bukan konteks yang betul bagi kerajaan perpaduan. Kita harus bekerjasama, kata perdana menteri pada 14 April terhadap serangan ke atas Nga yang membuat kenyataan bahawa pekerja terpaksa menanggung sengsara akibat boikot yang dimainkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Akmal juga menyalahkan pengarah pilihan raya Pakatan Harapan (PH) bagi PRK Sungai Bakap, Rafizi Ramli, kerana formula ‘bahlol dan bodoh’ yang diungkapkannya didakwa membawa kepada kekalahan calon PH-Barisan Nasional (BN).

Formula bahlol dan bodoh dari Raja Formula telah mendatangkan hasil di Sungai Bakap. Tahniah rakyat Sungai Bakap. Pemimpin jangan sombong dengan rakyat, tulis Akmal menerusi Facebooknya seperti menyalahkan Rafizi walhal pemimpin PKR itu tidak bermaksud kepada pengundi, sebaliknya ditujukan kepada Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin yang dalam satu ceramahnya menggelar perdana menteri dan jemaah menteri bodoh belaka.
Daripada yang ramai, cuma Ahli MKT Lokman Noor Adam yang berani menegur Akmal supaya tidak menjadi jurucakap kepada PN selepas ketua Pemuda itu mempersoalkan keputusan Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul pada 9 Julai lalu untuk tidak mengosongkan kerusi enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang menyokong perdana menteri.
Terbaru, semuanya seakan-akan berbalik kepada Akmal apabila laporan FMT semalam memetik seorang pemimpin Umno yang enggan dikenali sebagai menyatakan ketua Pemuda Umno itu akan diperkecilkan peranannya dalam kempen PRK Mahkota 28 Sept ini sambil BN mahu memastikan undi terbesar masyarakat Cina.
Kempen ‘Boikot PRK Mahkota – Satu undi untuk BN sama dengan satu undi untuk Akmal Umno’ turut tular di media sosial.
Pemimpin PH Johor sebelum ini menyuarakan kebimbangan serangan Akmal terhadap Kok berhubung isu pensijilan halal berisiko mengecewakan orang bukan Melayu yang menyokong PH dan tidak akan keluar mengundi nanti.

Kami faham komen tertentu Akmal sebelum ini mungkin mengguris perasaan pengundi Cina. Mereka akan memainkan peranan penting dalam PRK ini dan kami sedang bekerja keras untuk memastikan mereka beramai-ramai ke pusat mengundi kerana sokongan mereka amat penting untuk kami menang, kata pemimpin Umno itu.
Penganalisis juga memberi amaran bahawa kelancangan Akmal mungkin merugikan parti jika pengundi Cina — kira-kira 35% jumlah pengundi DUN Mahkota — memilih untuk tidak keluar mengundi. Ini mengambil pengajaran daripada PRK Sungai Bakap apabila peratusan keluar mengundi rendah dalam kalangan pengundi bukan Melayu membawa kekalahan kepada calon PH-BN.
Ia harus jadi peringatan buat Akmal — di sebalik kesungguhannya memastikan Syed Hussien Syed Abdullah daripada Pemuda Umno ditampilkan sebagai calon BN — seperti tidak dialu-alukan peranan lanjutnya.
Apa pun, tiada individu yang boleh berasakan dirinya lebih besar daripada partinya sendiri. Keutamaan parti hendaklah didahulukan walaupun ia mencalarkan reputasinya.
Akmal — turut hadir memberi sokongan kepada Syed Hussien ketika penamaan calon Sabtu lalu — patut menelan egonya dengan menjauhkan diri daripada kempen PRK Mahkota ini daripada membiarkan BN terpaksa membayar suatu harga yang mahal di atas keterlanjurannya. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/09/karma-politik-akmal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

Akmal Nasrullah Kerajaan Persekutuan Lulus 40 Projek Di Pahang Bernilai Lebih Rm5 9 Bilion

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 140 hits
KUANTAN Kerajaan Persekutuan meluluskan 40 projek di Pahang melibatkan kos lebih RM5 9 bilion menerusi Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air dalam Rancangan Malaysia Ke 12 Timbalan Menteri PETRA Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkat...
Saman Rm25 Juta Akmal Memutar Belit Dan Semai Kebencian

Saman Rm25 Juta Akmal Memutar Belit Dan Semai Kebencian

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 206 hits
Ahli Parlimen DAP Teresa Kok mengeluarkan surat tuntutan kepada Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menuntut ganti rugi RM25 Dalam notis yang dihantar oleh peguamnya Sankara Nair and Partners Kok mendakwa Akmal memutar belit kenyataannya menge...
Umno Needs To Manage Akmal Says Dap Leader After Halal Cert Row

Umno Needs To Manage Akmal Says Dap Leader After Halal Cert Row

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 185 hits
DAP central executive committee member Sheikh Umar Bagharib Ali said Umno Youth chief Dr Akmal Saleh s recent outburst against Teresa Kok was unbecoming of a Muslim PETALING JAYA A DAP leader has urged Umno to manage its youth chief Dr Akma...
Pertembungan Akmal Kok Untungkan Umno Kata Penganalisis

Pertembungan Akmal Kok Untungkan Umno Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 12/9/2024 - jumlah : 146 hits
malaysiatoday com12 Sep 2024Penganalisis berkata pertembungan antara ketua Pemuda Umno dan naib pengerusi DAP pamer bahawa Umno sedia berselisih dengan DAP Penganalisis percaya perbalahan antara Dr Akmal Saleh dan Teresa Kok tidak akan gang...
Boycott Mahkota By Election 1 Vote For Bn Is 1 Vote For Umno Akmal So Better Stays At Home And Rest

Boycott Mahkota By Election 1 Vote For Bn Is 1 Vote For Umno Akmal So Better Stays At Home And Rest

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 183 hits
Does anyone get a feeling the current Anwar administration despite less than 2 years old actually feels extremely familiar as if it has been six decades Yes it feels and smells like the previous ruling Barisan Nasional government is running...
Wanita Umno Chief Rebuffs Questions On Akmal S Nyonya Jibe

Wanita Umno Chief Rebuffs Questions On Akmal S Nyonya Jibe

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 98 hits
MAHKOTA BY ELECTION Wanita Umno chief Noraini Ahmad refused to comment on Umno Youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh calling Seputeh MP Teresa Kok a Nyonya tua She was asked how she felt for her party colleague to use such words on a fellow wo...
Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

Akmal Not Told To Stay Away From Mahkota Campaign Umno Leader

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 189 hits
MAHKOTA BY ELECTION Umno supreme council member Ahmad Maslan denied that party youth chief Dr Muhamad Akmal Saleh was asked to stay away from the campaign over the halal certification issue He said the situation between Akmal and DAP s Tere...
Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

Saman Juga Chatgpt Kata Akmal Pada Nyonya Teresa

papar berkaitan - pada 17/9/2024 - jumlah : 282 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 17 2024 Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh mencabar Teresa Kok supaya menyaman ChatGPT selepas ahli parlimen DAP itu menyalahkan aplikasi berkenaan dan unsur sensasi oleh pihak media berhubung kenyataannya meng...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya